Nuffnang Ads

Monday, May 30, 2005

Motivation & Inspirational Album From D'Jungle People


Paul Kam (front right) and John Kam (second from left) with their team of young trainers who use music to get the message across.

The Star, Sunday May 15, 2005


Hitting the right note with young executives

By WONG LI ZA

USING music in training programmes is nothing new, but a group of young trainers have decided to write, sing and produce the album themselves.

D’Jungle People, a corporate training company that specialises in experiential learning, recently released an album of 10 motivational and inspirational songs titled Chasing A Dream.

“The album shows that you can achieve anything if you put your mind to it and we are using ourselves as an example of that,” said D’Jungle People managing director Paul Kam.

The concept of the album is founded not upon the staff’s strengths as singers but their persistence and determination to pursue and realise a dream.

Initially, the company had thought of getting professionals to cut the album, “but we wanted to give the message that dreams are there for us to chase,” said Kam.

So they decided to do everything themselves. As it turned out, it took only two months for the 12 trainers and facilitators of D'Jungle People to cut the album.

“Music is something everybody likes, it’s just a matter of what type,” Kam said.

“Most trainers write books and articles expressing their ideas. We believe in using all forms of _expression, including music, to teach and send a message to people about the values we hold,” he added.

The lyrics of the songs are about friendship, trust, team spirit, togetherness and a never-say-die attitude.

Brothers Paul and John Kam established D'Jungle People in 2000, incorporating resources from nature and the environment into their training and development programmes.

“We try to set standards every year and bring experiential learning to the next level,” said Kam.

All the company’s concept programmes, created by the trainers themselves, are customised and designed to achieve specific corporate objectives.

One key programme called “Keepers of the Flame” is targeted at a company’s new staff or young executives.

The programme, designed with a specific storyline, aims to encourage participants to identify their company’s values while having fun at the same time.

To date, Kam said the company has trained over 8,000 executives, managers and directors.

Most of their clients, he said, are multinationals such as Standard Chartered UK, Cadbury, PriceWaterhouseCoopers, Maxis and Shell IT.

Another major client is Multimedia Development Corporation in which D’Jungle People runs one of its training modules for young executives.

For more information, go to D'Jungle People.

p/s: I can't forget all the activities at Cameron Highlands with all of u guys...(the whole LTP34 tdo khemah... what a shame...?!? but we learn da mistake that we done... being honest, that's da most important thing...)

You're the best...!! Really!! Let's keep the fire alive!!

Selamat Pengantin Baru Anne...

Alhamdulillah, sorang lagi kawan saya dah selamat mendirikan masjid... mmg comel Anne ngan pasangannya... Dgn bertemakan warna Oren... pasangan nampak ayu dan tampan...

Masa mula2 diberitahu warna oren jadi pilihan pasangan nie... saya mcm x nampak ape yg menariknya warna tu... (maklum je la org jarang wat warna oren masa kenduri... tapi sejak Zahid menang AF2 tu... mmg tiba2 warna oren jadi pilihan kebanyakkan pasangan pengantin..)

Nie first time saya dpt tgk sendiri pelamin, khemah, hiasan, kek pengantin... semuanya warna oren lembut... mmg sedap mata memandang... tp sayangnya saya tak berkesempatan nak amik gmbr pengantin.. maklum la.. menumpang kete org... er.. tp... rasanya kalau la oren tu oren pekat... tentunya majlis tu nampak janggalkan...??

Buat Anne dan pasangannya, Selamat Pengantin Baru... Semoga jodoh berkekalan.. & semoga kalian dikurniakan anak2 yg soleh & solehah...

Pengantin baru Anne & Huzaini,
Mmg tampan anggun bergaya,
Jgn bergaduh suami isteri,
Moga kekal bahagia sentiasa...

Selamat Pengantin Baru Anne & Huzaini...

Sunday, May 29, 2005

Uwaa... Tensionnye.. Frustnye...!!!

Aaarrgghh... tensen betul hari nie... dah la tgh banyak keje...!! Ingatkan nak la releasekan tensen tgk MADAGASCAR... Punye la semangat waja... nak nonton... X sabar2... (ngalahkan bebdk kecik yg nak nonton cite tu :p)

Nak dijadikan cite.. pi la Summit, Subang... (sbb kat sana selalunya org x ramai sgt.. so lbh relax kalau nak nonton + x yah beratur pepanjang...) Tapi sesampai je... TUUU DIAAA... barisan sikit punye panjang... Lenguh gak la kaki berdiri lelama tuh... dlm hati dah rasa dah, mcm tiket MADAGASCAR yg tinggal cuma sit depan... (tp semangat nak tgk tu... sampai tak kisah la.. kalau dpt sit dpn pun..) Tapi alhamdulillah... dpt sit blakang sekali... A13 & A14... kul 4.05pm. ( Sbb yg reramai 2 tgk STAR WARS) Punyer la hepi x terkata... Masa tu kepala dah mula rasa ringan.. (tensen tu sesikit dah kuar dr badan)...

Lagi 5 minit nak start movie tu, kami dah tunggu depan pintu masuk cinema... punye la excited!! Dari 4.05 - 4.30pm kami tunggu... Still x leh msk hall... x tau la nape... masa tu dah mula rasa bengang dengan pengurusan GSC tuh... (sampai muntah menunggu lama sgt...mana xnye... masa 2 dah terasa gastrik + dengan org yg ramai berkerumun kat pintu msk...+ mereka2 yg x bertanggungjawab merokok kat area tu - walaupun terang2 poster "jangan merokok" ditampal kat situ... Aaarrggg!! X tau la nak kata!!)....

Lebih kurang 4.40pm baru kami dpt msk... Pergh... x penah terjadi lagi dlm sejarah org, movie delay sampai 35minit... Masalahnya pihak pengurusan x bg tau pun kenapa movie 2 x ditayangkan tepat pd waktunya... Ergh!! Tapi.. OK la dah dpt msk tu kira reda la sikit rasa bengang tuh...

Masuk je dlm hall tu... movie pun tgh tayang... tgh dok layan hepi... tgh dok layan enjoy....tetiba TUP!! Letrik lak tak de..... Addduuusss.... start aaa angin satu badan... Baru suku movie ditayangkan... Budak2 yg tgk cite tu pun mula merengek nak tgk cite tu... ada yg merengek nak balik (sbb takut gelap)... Pastu pekerja GSC tu suruh kami semua kuar... bila ckp "abis tiket cam ne?" dia cuma jawab "refund"...

Kami semua di HALL 3 pun kuar ngan berat hati... masih ada juga yg duduk dalam tu... dgn harapan letrik ada balik... (tang tu jugak E1 call Idot-kawan kitaorg yg keje kat TNB... ye la wartawan... nak gak tau... satu mesia ke tak de letrik.. lembah klang je ke... - maklum je la skang kredibiliti TNB dipersoalkan..)

Mood masa tu mmg dah jatuh teruk aaa... bukan takat bengang je... tensen.. geram.. rasa nak lempang... sume ada aaa... Tak lama tu... letrik ada balik... (kira dalam 15 min aaa letrik tak de)... pastu sume bersorak.. (sbb nak msk tgk "sambungan" movie tuh...) ... Tetiba kami semua dikejutkan dgn jwpan pihak pengurusan GSC...

"session yg tadi dah cancel eh... ni utk session yg baru pulak. Kalau u'll nak tgk jugak boleh tukar waktu lain / refund je tiket tu"...

Adduuusss... rasa mcm nak pegi depan org tu... nak lempang je dia... Semua org merungut... Sume org marah... tak puas hati... Yg lagi kesian... ada satu group yg tgk cite STAR WARS... lagi 20 min je lagi nak abis cite tuh.... bayangkanlah cam mana tensennya tgk cite tergantung... x de ending... jawapan dorang mmg senang... "tkr waktu @ refund"....

Dah kalau betul nak suruh kitaorg tkr waktu atau refund... bukak la satu kaunter untuk tujuan tu... ini tak... kami dok beratur ngan org yg baru nak beli tiket... bayangkanlah... punye la panjang barisan... org ckp trg2 ngan E1.. org dah x larat nak beratur.. so E1 la yg beratur pepanjang tuh utk refund... Sian dia...

Mmg MALANG aa ari nie.... Blk tu dalam kete... dua2 senyap... dua2 sapu minyak angin kat pala... Aduusss.... bila pikir2 balik..... Teruk betul la pengurusan GSC Summit, Subang tuh... X pro langsung!! Serik!! Jgn harap nak tgk movie kat situ lagi!! Huh!!! >:-(

Friday, May 27, 2005

Taj Mahal Jadi Rebutan...

Istana Cinta... Taj Mahal

"Penganut Hindu Terus Tuntut Taj Mahal"... hm...

Taj Mahal seperti yang kita semua sedia maklum adalah salah sebuah "istana cinta" yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan sebagai simbol sejati cintanya kepada isteri tersayang, Mumtaz Mahal... Dibina sejak abad yg ke-17, dari rekabentuknya yang kukuh dan unik itu... jelas membuktikan kukuhnya cinta antara pasangan ini. Mereka juga menjadi simbol cinta abadi muda mudi dewasa ini... Kasih sayang/cinta yg ditunjukkan oleh Shah Jahan begitu mendalam... sehingga menjadi ikutan Uda dan Dara...

Taj Mahal mengambil masa selama 22 tahun untuk tersergam indah seperti itu, serta melibatkan berpuluh-puluh ribu tenaga kerja. Sejak dibina ia diuruskan oleh Kajian Arkeologi India (sehingga kini) dan ia dikategorikan sebagai salah satu keajaiban dunia.

Kini yg menjadi persoalan adalah perebutan monumen ini antara penganut Sunnah seluruh India dengan penganut Hindu. Setelah 350 tahun monumen ini tersergam indah (tanpa sebarang perebutan), kini isu tanah mula timbul. Penganut Hindu menuntutnya atas alasan Taj Mahal dibina di atas kuil Hindu yang didirikan untuk dewa Shiva, sebelum ia dimusnahkan bagi membolehkan pembinaan simbol cinta Shah Jahan itu.

Walau bagaimanapun, Lembaga Wakaf Sunnah yang menjaga kawasan perkuburan serta masjid penganut Sunnah menegaskan Taj Mahal adalah milik lembaga itu kerana ia menampatkan makam Mumtaz dan Shah Jahan (yang merupakan pengikut Sunnah). Selain makam Shah Jahan dan isterinya, ia juga menempatkan kubur-kubur kerabat diraja yang lain.

Penganut Hindu mendesak agar Taj Mahal diisytiharkan sebagai sebuah kuil Hindu kerana "kuil asal tertimbus di bawah binaan masjid" tersebut. Persoalannya... Mengapa setelah 350 tahun monumen itu dibina... baru sekarang mereka menuntutnya?!?! Adakah sekarang ikatan cinta/kasih sayang itu tidak lagi wujud antara satu sama lain/sesama manusia?

Thursday, May 26, 2005

Aaaa.... MADAGASCAR!!!




Ooohh… look at them… they’re so CUTE!! Aren’t they?!? :D
I really can’t wait to watch this movie…
I’ve already seen da trailer over & over again…
I really can’t wait 2 know bout da whole story..
I wanna know how they solve all da problems & trouble, when they arrived at the ocean/real wild life?!?
Do they get back 2 da zoo?!
Are they satisfied or can they decide which place is suitable for them…??

Click here 2 watch da trailers.
They’ll be at ur cinema on 27 May 2005..

Tuesday, May 24, 2005

Salah Faham.... Bunuh...

Ish!! Satu cerita yang amat menggerunkan... berlaku petang tadi... dlm jam 5-6pm... E1 call saya tanya Diamond Square kat mana... bila dah bagi direction... dia terus letak phone... x smpt tanya ada kes apa kat sana... Tentu saja ada lagi jenayah yg berlaku... (sbb E1 bertugas di meja jenayah skarang nie)...

Dlm jam 8.15 pm, E1 call lagi minta kepastian dan perbezaan perkataan "dialisis" & "hemodialisis"... selepas memberi jawapan, sekali lagi saya cuba bertanya ttg kes yg berlaku di Diamond Square...

"Abg tgh buat story.. nanti abg cite..." - tentunya jawapan itu membuatkan saya lebih ingin tahu... Nak menunggu E1 cerita mungkin dah BASI cerita tu... (yg jadi nak tahu sgt... sbb kejadian tu berlaku di kawasan tmpt kerja lama saya...)

Kebetulan saya menonton berita TV3 ketika itu... & sedikit liputan ttg kes di Diamond Square dipaparkan... (walaupun sedikit tapi cukup utk menimbulkan pelbagai persoalan!). Seorg lelaki mati ditetak (dgn parang) hanya kerana perselisihan faham...kejadian berlaku di sebuah pusat dialisis (milik pengusaha Cina)..

Antara persoalan yg timbul;
1. Apa yg menyebabkan berlakunya perselisihan faham tersebut?
2. Isu apa yg smpi "bunuh" menjadi penyelesaiannya?!
3. Mengapa pembunuh itu dibenarkan membawa parang ke dlm premis tersebut? (yg merupakan pusat kesihatan bg pesakit2 buah pinggang...). Bukankah itu bahaya?!?
4. Mengapa sekarang terlalu byk kes bunuh yg berlaku di Malaysia?
5. Tidak cukup ketatkah undang2 kita sehingga bunuh berleluasa?
6. Tidak cukup gerunkah mereka dgn hukuman di tali gantung?!?

Aarghh... apa saja la yg berlaku sekarang nie... Risau!! Jenayah merata2... Bak kata E1... "org jahat byk kat luar tu!"

Sunday, May 22, 2005

Selamat Bertunang Fizah... :-)


Hari Pertunangan Fizah... Posted by Hello

Hm...Tahniah & Selamat Bertunang buat Fizah & tunangnya... Pada tanggal ini, 21 May 2005, mereka disatukan... InsyaAllah kalau x de aral melintang... sethn lagi... ada la majlis besar2annye... Kan Fizah?!? :-)

Semoga kalian cepat2 diijabkabulkan... (x sbr dah nak mkn nasi minyakFizah :-D)... Opss.. sorry, Fizah dah sold out!! :-P Semoga surau yg kalian bina akan menjadi masjid kelak! Doa kami akan sentiasa bersama kalian.. :-)

Selamat Bertunang!

p/s: Kami masih lagi nunggu gmbr2 majlis p'tunangan kamu... :-)

Friday, May 20, 2005

Kindom Of Heaven...


Orlando Bloom (Balian of Ibelin)

Filem arahan Ridley Scott ini mendapat pujian dari pelbagai pihak... Rata2 penonton berpuas hati dgn garapan "diplomasi" yang diketengahkan olehnya (berbanding dengan salah satu filemnya dulu yang dikatakan menindas Islam dgn keterlaluan).

Filem ini mengisahkan seorang tukang besi, Balian of Ibelin (lakonan Orlando Bloom) yg bersedih di atas kematian isterinya (isterinya membunuh diri krn kematian anaknya).. Balian yang agak tertekan dengan kematian tersebut telah membunuh paderinya kerana desakan yang keterlaluan.

Dia kemudiannya didatangi seorg lelaki (Godfrey of Ibelin) yang mengakui ayahnya (lakonan Liam Neeson).. Balian ditawarkan menyertai kumpulan ayahnya untuk ke Jerusalem.. Oleh kerana ingin "membersihkan dosanya" Balian bersetuju...

Di pertengahan jalan, mereka diserang & ayahnya mengalami kecederaan yg serius.. Mengetahui yg dia akan mati, Godfrey melantik Balian sebagai knight & diarahkan ke Jerusalem & seterusnya mempertahankannya serta melindungi Raja.

Balian bersungguh2 berusaha mempertahankan Jerusalem yg menjadi tuntutan pejuang Islam ketika itu.. Adegan peperangan "Perang Salib" (antara Kristian dan Islam), menimbulkan rasa cemas, geram & sebagainya...

Pun begitu kejayaan Islam menakluk Jerusalem dipandang "positif" oleh semua pihak tanpa menunjukkan ketidakpuasan! Ternyata Ridley Scott agak berjaya dlm mengekalkan keharmonian agama...

Oppss.. alamak sorry dah tercerita ending skali :p...

Antara para pelakon yg menjayakan filem ini adalah Hospitaler (David Thewlis), Guy de Lusignan (Marton Csokas), Sibylla (Eva Green), Reynald (Brendan Gleeson), Tiberias (Jeremy Irons) & Salahuddin (Ghassan Massoud).


Kematian Menyayat Hati...

Hari ni baru berkesempatan membaca berita2 di Utusan Malaysia Online setelah agak ketinggalan dengan berita2 semasa sejak Ahad lalu (agak sibuk menguruskan beberapa perkara). Sebaik membuka laman web tersebut, tajuk "Suasana pilu guru terima kerongsang tanpa Nur Salina" membuatkan saya membaca dengan lebih lanjut artikel tersebut. Sehingga bait2 yg terakhir... (tanpa sedar mengalirkan air mata... )

Pemergian Nur Salina yang digilis treler (di hadapan sekolah agamanya) pada Hari Guru tempoh hari benar2 mengerikan... Bagaikan disiat2 hati ini, apabila mendapat tahu bahawa pada awalnya mangsa yang masih hidup dan merangkak untuk cuba menyelamatkan diri... namun pemandu tersebut tidak memberhentikan treler (setelah melanggar mangsa), sebaliknya terus memandu (tentunya dengan laju) dan tayar belakang treler menggilis tubuh kecil Nur Salina di depan ibunya!! Ya Allah, begitu tragis kematian si kecil itu...

Org ramai yang menjadi saksi kemalangan tersebut telah bertindak dengan membakar treler tersebut, manakala pemandunya dipukul bertubi2... (saya pasti ini adalah tindakan luar kawal apabila masing2 menjadi saksi tragis kematian Nur Salina - saya pasti jika saya juga di tempat kejadian, saya akan bertindak seperti mereka). Mereka lebih tahu kerana mereka melihat sendiri kejadian itu... Walau bagaimanapun, polis menegur sikap terburu2 saksi, yg membakar treler tersebut... kerana itu adalah salah satu bahan bukti (paling utama).

Sebelum kematiannya, Nur Salina mendesak ibunya membelikan kerongsang untuk dihadiahkan kepada 2 org gurunya (seorg, ustazah di sekolah agamanya dan seorg lagi di sekolah kebangsaannya), bg menghargai guru2 tersebut, sempena sambutan Hari Guru baru2 ini. Semasa kejadian, arwah menyimpan dengan kejap kerongsang tersebut di dalam poket bajunya, dan tidak sabar2 utk memberikan kepada ustazahnya... Namun, takdir telah menentukan bahawa Nur Salina "tidak boleh" memberikannya sendiri... Pun begitu, hajat Nur Salina telah disempurnakan oleh ibunya.

Apa yg amat dikesali adalah, JKKK kawasan tersebut pernah (beberapa kali) meminta pihak2 tertentu untuk membina jejantas di kawasan tersebut... Namun mereka hanya memandang remeh perkara sedemikian... Bila dah jadi macam ni... mula la masing2 menuding jari... Entah la!! Sedih betul!!

Al-Fatihah buat Nur Salina...

Tuesday, May 17, 2005

Happy Birthday....

Birthday Girls and Boys... in May...
Happy Birthday to:
Picture from left: Adiyusran (17 May) Adiqlady's (23 May) Iela (25 May)

Amad (18 May)
Norsiah
(Lily) (20 May)
EeerieUgly
(21 May)
Norsumarzia
(28 May)

Semoga dirahmati Allah... Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki... Moga dipermudahkan oleh-Nya atas apa jua yg kalian lakukan seharian... Bila nak open table nie?? :p

Selamat Hari Guru!!

Selamat Hari Guru buat semua guru2 di Malaysia...

Alhamdulillah dengan segala "bekal" dari para guru sekalian, saya berjaya sehingga ke peringkat ini... tanpa didikan, tanpa teguran... tanpa motivasi dari kalian... tak mungkin saya cukup kuat untuk menghadapi perjalanan hidup ini.

Terima kasih yang tidak terhingga buat guru2 di Sekolah Rendah Convent Sentul, Kuala Lumpur (1987 - 1992), Sekolah Menengah Convent Sentul, Kuala Lumpur (1993 - 1997)... & semua lecturer Masscomm UiTM, Shah Alam (xpecially journalism lecturer) (matriks & degree) (1998 - 2003)...

Semoga kalian halalkan segala ilmu yg telah kalian curahkan. Terima kasih yg tidak terhingga.. Semoga Allah memberkati kalian... Sayaangggg anda semua.....!! Selamat Hari Guru!!!!
http://cybergifs.com/flowers/blooming.gif

p/s: Selamat Hari Guru juga buat kawan baik org... Noor Zamzarina Zabidi... Cikgu Komputer & Maths kat Sekolah Menengah Bandar Baru Sentul... Semoga tabah & sabar mengajar anak2 murid yg "nakal" tu... :D

Tak lupa juga untuk lecturer yg paling sabar... Cik Zaridah Abdullah... Selamat Hari Guru... (kalau Cik Zaridah x lantik saya jadi class rep dulu... sure saya "pemalu" sampai skang :D) - semoga tabah belajar & menghadapi peperiksaan... saya doakan kejayaan Cik Zaridah... Semoga berjaya mendapat "kertas puaka" tu (scroll actually - "kertas puaka" tu istilah cik Zaridah)... bila agaknya kita boleh ketemu ek?!?

Terima kasih banyak2 atas segala ilmu yg dicurahkan...

Monday, May 16, 2005

:-(

Komputer bukan bidang org... Pengetahuan org pasal komputer mmg "zero" (0)... Walaupun dah setahun org bekeje kat syarikat IT ni... Masih belum menjamin yg org tau semuanya... IT tu luas... dalam 100%, org mungkin baru dpt 10%... Tu pun yang hanya melibatkan portal/website... Selain pada tu org masih merangkak lagi... :-(

Org masih blaja... byk menda yg org PERLU blaja... dlm tempoh sethn jagung ni... jgn harap org boleh serap semua ilmu IT... org perlu mula dari bawah... jgn harapkan org pandai secara mendadak...

5 tahun org blaja masscomm + sertai bengkel2 penulisan... Hanya utk 'pandai menulis'... semuanya dengan BERGURU!! Itupun org rasa masih banyak yg org perlu blaja... Inikan pula blaja menda2 komputer TANPA GURU!!! Yg tentunya sesuatu yg baru bagi budak masscomm!! Bayangkan la cam mana tahap penerimaan & pemahaman org pada komputer?!?!

Jgn harapkan org tau kewujudan sistem/sorfware2 tertentu hanya kerana penglibatan awal dalam bidang IT (yg tentunya master/phd bg sesetengah pihak)... Bagi sesetengah pihak perkara2 macam tu mmg remeh... Tanya je sistem/software ni tuk ape?! Semua jawapan di hujung jari... tapi cuba cerita ngan budak account... budak ekonomi... budak law.... org sure mereka pun tak tau (melainkan mereka ada minat yg mendalam dalam bidang IT)

Kalau pengetahuan IT org sama level ngan IT graduate/ngan mereka yg "hidup matinya kerana minat pada komputer"... sure org takkan benarkan sesiapa "mencabuli" hak privacy (komputer) org... even mereka pun x berhak nak "pantau" apa pun aktiviti yg berlaku dalam komputer org... idealoginya mudah... "kalau kita respect org tu.... kita takkan ambil kesempatan atas apa jua keadaan yg ada... kita xkan cabuli privacy org lain."

Maafkan org... Org perlu banyak lagi blaja... :-((

Friday, May 13, 2005

Gayne & Kelisa Barunya....


Gayne & Kelisa barunya :p Posted by Hello

What a good news!!
Congratulation 2 Gayne at last u bought Kelisa haaaa?
Silver color haaa... oooo... eksen eh... tak nak kasi tau plate number kete :p??
(dia bg tau WMV je... ade ke dia kata, takut org beli no. ekor pakai no plate dia :p) - nonsense la gayne... just wanna know la...

heheheh... gayne belum berani bawa kete baru dia "jalan2"... dia wat perhiasan je kat umah :p
apa la gayne...membazir tau kalau tak bawa... (tapi ok gak... save minyak.. minyakkan mahal skang..)

er... nanti ada masa u bawa i jalan2 dengan kereta baru u eh gayne...!!
kita pi genting nak gayne naik kete baru :-))
pape pun..hati2 bawa kete tuh...

Pandu Cermat.. Sayangilah keluarga Anda!! (eeeceh! :p)

Thursday, May 12, 2005

Ketahui Nombor Siri HP Anda...

Er... mungkin info nie boleh pakai... mana tau... kita perlukan satu hari nanti...

Ini adalah sesuatu yang bernilai untuk diketahui. Untuk mengetahui nombor siri handset, sila dail: star hash zero six hash (*#06#). Lima belas digit no. akan muncul di skrin handset anda. Catat no. ini dan simpan. Apabila handset anda di curi, telefon kepada telco anda dan beri no. ini. Dengan adanya nombor ini, mereka boleh blok handset anda jadi walaupun pencuri tersebut tukar kad SIM, handset itu tidak boleh digunakan langsung. Jadi dia tak dapatlah nak pakai sendiri atau menjualkannya. Jika semua orang lakukan ini, tiada sebab untuk pencuri mencuri handset lagi. Hantarkan ini kepada kawan anda yang mempunyai handset dan marilah kita bersama-sama membuatkan pencuri handset tukar kejer lain. (try skrg!)


p/s: YM msg ini difwdkan oleh Niza...

Tugas "Tukang Gantung"...

Email ini diforwardkan oleh seorang rakan. Menyentuh tentang tugas seorang "pencabut nyawa". Saya tertarik untuk membaca email ini kerana sedang membaca novel (Rahsia Perindu - Ramlee Awang Murshid) yang sedikit sebanyak menyentuh bagaimana proses hukuman gantung dijalankan...

Artikel ini memberikan pengajaran kepada setiap orang yang membacanya. Dari hakikat "hukuman gantung" itu sendiri sehinggalah persoalan "kematian". Adakah kita akan tersenyum (di akhir hayat kita), seperti mana tersenyumnya mereka di tali gantung. Renung dan fikirkan... kerana mereka telah ditentukan keadaan dan tempat kematian mereka...sedangkan kita?!?

HUKUMAN gantung sampai mati merupakan hukuman paling berat yang boleh dijatuhkan ke atas mana-mana orang perseorangan yang didapati melakukan kesalahan di bawah akta-akta tertentu seperti yang telah diperuntukkan oleh undang-undang negara. Hanya seseorang wanita yang sedang mengandung sahaja boleh dikecualikan daripada hukuman tersebut tetapi mahkamah boleh menggantikannya dengan hukuman penjara seumur hidup seperti yang termaktub di bawah Seksyen 275 Kanun Prosedur Jenayah (CPC).

Berbalik kepada hukuman mati ini, ia bukanlah satu proses yang mudah kerana banyak prosedur dan peraturan yang perlu diikuti oleh pihak penjara sebelum dibolehkan melaksanakan hukuman yang menakutkan ini. Untuk itu, Jabatan Penjara Malaysia telah melantik beberapa orang pegawainya untuk menyandang jawatan paling menggerunkan ini yang dinamakan Pegawai Tugas Khas atau `tukang gantung'. 

Tukang gantung bukanlah satu jawatan yang diimpikan oleh mana-mana pegawai jabatan ini kerana ia dilihat sebagai satu tugas yang cukup mencabar, baik dari segi fizikal mahupun spiritual. Memang berat tugasan ini kerana kami boleh diibaratkan sebagai `pencabut nyawa' tetapi kalau bukan kami yang buat kerja tersebut, siapa lagi?'' katanya dalam satu pertemuan baru-baru ini.

Melihat pada fizikalnya sendiri ia sudah cukup menggerunkan. Dengan ketinggian hampir enam kaki dan berat mencecah 100 kilogram, pegawai penjara yang sudah berkhidmat lebih 20 tahun ini juga mempunyai raut wajah yang cukup garang. Pendek kata, melihat wajahnya sahaja boleh membuatkan banduan `kecut perut'. 

Pun begitu, beliau mengakui tidak ramai warga Jabatan Penjara waima anaknya sendiri tahu yang di sebalik tugas harian sebagai pegawai penjara, beliau juga sebenarnya menjalankan tugas sebagai tukang gantung. Isteri saya sahaja yang tahu tugas saya ini tetapi kami tidak pernah berbincang mengenainya, saya pun tak pernah bercerita dengan saudara-mara apatah lagi berborak mengenai `kerja' itu di kedai-kedai kopi kerana tiada apa yang perlu dimegahkan dengan tugas ini. Pendek kata bila bercakap mengenai hukuman mati, semuanya automatik menjadi rahsia... orang tak tahu saya tukang gantung malah saya sendiri pun tidak tahu siapa yang akan saya gantung,'' katanya.

Menurut pegawai yang berusia dalam lingkungan 50-an ini, beliau hanya tahu identiti banduan yang akan digantungnya itu kira-kira sehari sebelum hukuman tersebut dilaksanakan. Katanya, tugas menggantung pesalah selalunya dijalankan pada hari Selasa dan Khamis iaitu di antara pukul 5 hingga 7 pagi.

Sejurus sebelum menjalankan tugas tersebut, beliau terlebih dahulu secara berseorangan akan masuk ke bilik banduan yang dimaksudkan sebelum menggari tangan pesalah tersebut ke belakang. Beliau kemudian akan menyarungkan muka pesalah dengan kain hitam dan membawanya keluar dari sel akhir untuk ke bilik gantung sambil dibantu beberapa wadar yang lain. 

Sebelum tugas menggantung dilakukan, saya akan mengambil ukuran berat banduan dan ketinggiannya terlebih dahulu... selalunya semakin berat seseorang banduan, semakin pendek tali yang digunakan dan begitulah sebaliknya. Ini penting kerana jika salah perkiraan, ia akan mencederakan leher banduan, silap hari bulan kepala boleh putus dari badan, apa pun saya bersyukur kerana kes seperti itu tidak pernah berlaku dalam sejarah pelaksanaan hukuman mati di negara ini,'' katanya.

Mengenai keadaan mayat, pegawai tersebut memberitahu, selalunya muka pesalah akan bertukar kebiruan atau kehitaman selepas digantung kerana kekurangan oksigen. Ujarnya, lidah pesalah juga akan terjelir sedikit dan leher akan mengecil hingga sekecil batang penyapu. Tetapi yang paling menggerunkan, sebaik sahaja ikatan dilonggarkan, selalunya akan kedengaran bunyi `dengusan' daripada mulut mayat berkenaan. Bunyinya seperti ini.... eeeerrrrkkk, ia sebenarnya hasil tindak balas gas dalam badan tetapi kalau kita tak biasa, kita mungkin terkejut besar,'' katanya sambil ketawa.

Menurut beliau, sebelum digantung, pesalah akan diminta berdiri di atas sebuah platform. Setelah mendapat isyarat daripada pegawai atasannya, barulah beliau menarik gear' dan platform itu akan terbuka hingga menyebabkan tubuh pesalah jatuh ke bawah. Tidak seperti yang difikirkan oleh kebanyakan orang, sebenarnya tidak ada beban seperti guni pasir atau beg yang diikat di kaki pesalah. 

Selalunya sebaik sahaja terjatuh ke bawah, tulang leher pesalah akan terus patah atau lari dari kedudukan hingga menyebabkan dia mati serta-merta. Setelah dibiarkan tergantung untuk seketika, mayat akan diturunkan sebelum diperiksa oleh doktor yang bertugas. Mayat pesalah juga tidak perlu menjalani proses bedah siasat seperti persepsi sesetengah pihak. Ia sekali gus menamatkan cerita-cerita `nakal' kononnya organ pesalah akan diambil untuk dijual dan sebagainya.

Selepas itu, mayat akan diserahkan kepada waris atau keluarga untuk diuruskan pengebumiannya. Kerja-kerja menggantung pesalah akan dilakukan dengan cepat dan pantas... tak sampai beberapa minit pun. Di saat itu tidak ada ruang untuk melakukan kesilapan, semuanya mesti cepat dan sempurna. Kami juga tidak akan bercakap-cakap baik sesama anggota mahupun dengan pesalah dan hanya menumpukan perhatian pada tugasan yang diberi. Matinya pesalah bermakna tugas kami pun selesai, selepas itu kami semua akan kembali menjalankan tugas hakiki masing-masing dan meneruskan kehidupan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku,'' katanya.

Mengenai `gangguan' yang diterima sepanjang menjalankan tugas ini, beliau mengakui pernah `dikacau' namun menganggap ia adalah asam garam dalam kehidupan seseorang tukang gantung. Pernah suatu ketika dulu, katanya, ada seorang banduan akhir yang meminta untuk menghisap rokok sejurus sebelum digantung. Pada awalnya beliau bersetuju untuk memenuhi permintaan banduan tersebut tetapi disebabkan faktor masa dan peraturan, beliau terus menjalankan perintah gantung tanpa banyak bicara. 

Tiba-tiba suatu malam ketika saya sedang tidur, mayat lelaki yang saya gantung itu `datang' dalam keadaan terbongkok-bongkok ke bucu katil dan mencuit-cuit tubuh saya. Dia kemudian meletakkan jarinya ke bibir seolah-olah mahukan rokok yang saya janjikan padanya dulu, bagaimanapun dengan hormat saya memintanya 'pulang' dan dia pun terus menghilangkan diri.

Sehingga kini saya tertanya-tanya adakah perkara tersebut memang betul-betul berlaku ataupun cuma mainan tidur semata-mata,'' katanya sambil tersenyum. Selain itu, beliau mengakui selalunya akan menerima `alamat' beberapa hari sebelum ditugaskan untuk menggantung pesalah di penjara. Antaranya beliau akan rasa panas di belakang leher, berdebar-debar, gelisah dan tidak sedap hati. Selalunya selepas beberapa hari mengalami gangguan tersebut, beliau pasti akan dipanggil oleh ibu pejabat untuk menjalankan tanggungjawabnya. Kalau diikutkan, Jabatan Penjara Malaysia boleh berbangga kerana kita di sini menjalankan tugas dengan seteliti mungkin sehingga tidak ada setitis pun darah yang keluar dari tubuh banduan yang kita gantung berbanding hukuman tembak dan kerusi elektrik yang dilakukan di penjara-penjara luar negara,'' ujarnya.

Mengenai tali yang digunakan untuk menggantung pesalah, beliau berkata, ia merupakan tali khas yang diimport dari luar negara dan harganya mencecah ribuan ringgit. Ini kerana tali tersebut sangat berkualiti, tahan lasak serta tidak melukakan leher pesalah. Beliau yang mengakui kerap tersentuh hati ketika melaksanakan hukuman gantung menasihati orang ramai supaya menjauhi jenayah kerana ia boleh merosakkan diri sendiri, bangsa, negara dan agama. Cuma saya minta orang ramai supaya jangan menghina banduan-banduan akhir ini kerana mereka sekurang-kurangnya tahu bila akan mati dan berkemungkinan sudah bertaubat, tetapi bagaimana pula dengan kita?

Terus terang saya katakan ada kalanya mayat mereka lebih sempurna daripada mayat orang lain, ada mayat banduan yang saya gantung itu berbau wangi dan ada yang wajahnya berseri-seri serta tersenyum seolah-olah pemergian' mereka dirahmati-Nya,'' ujar beliau.

Sebelum meminta izin untuk berundur diri, beliau berkata kepada penulis: Saya berharap cerita saya ini dapat memberi keinsafan dan pengajaran kepada kita semua.Ingatlah, seandainya saya sudah menarik `gear' di bilik gantung itu, hanya keajaiban sahaja yang boleh menyelamatkan nyawa banduan tersebut dan sejarah telah membuktikan...keajaiban itu tidak pernah berlaku!''


p/s: Terima kasih kepada Normazmin Che Ad yang forwardkan email nie (juga kredit kepada Saujanaku YahooGroups)

Tuesday, May 10, 2005

Selamat Pengantin Baru Julia & Pasangannya...


Gambar ehsan dari Hasliza... TQPosted by Hello

Selamat Pengantin Baru...
Semoga Kekal Abadi...
Bahagia ke anak cucu...
Semoga murah rezeki....
AMIN....

Semoga jodoh kalian berdua berpanjangan...
http://cybergifs.com/hearts/heartani.gif

Friday, May 06, 2005

Selamat Hari Ibu


Mak... Posted by Hello

Selamat Hari Ibu
(Buat ibu tersayang, Zainon Sahar)

Ku renung ke dalam matamu,
Sayu...
Dari riak wajahmu,
Ku terpandang kekecewaan,
Kekecewaan yang teramat sangat!

Sabarlah ibu,
Bukan itu yang kau mahu,
Bukan itu juga yang kupinta...
Takdir?!
Ya… Semuanya tertulis sejak azali.

Kasihmu ibu tidak pernah padam,
Biarpun kesakitan itu kau tanggung,
Masih kuterasakan kehangatan kasih sayangmu...
Sungguh, sedikitpun tidak pernah ia luak!

Kesabaranmu menjadi benteng ketabahanku,
Kekuatanmu menjadi api nyalaan semangatku,
Walau apapun yang terjadi,
Aku akan sentiasa di sisimu,
Selagi ada hayatku...
Selagi ada kudratku...
Itulah janji anakmu yang satu,
Selamat Hari Ibu
Ucapan ikhlas dari anakmu...

Jumaat
6 Mei 2005
12.21pm
Opis TPM, Bukit Jalil.


p/s: Sajak ini ditulis ketika Internet connection kat TPM down!! Sampai kul 6 mmg connection tak pulih... uish... Ajak tepon banyak kali kat opis teknikal TPM, tapi sampai ke sudah gak tak de org pick up phone... Mana tah dorang pi...!! http://cybergifs.com/faces/frowny.gif

KISS - Because I'm A Girl

I watched this Korean music video (I think the music video already 3 years back but I just watched it 3 weeks ago http://cybergifs.com/faces/-P.gif). I got it from one of my friend (Kak Ayu), and I must say, it's probably the saddest music video I've ever seen. It’s really, really makes me cry… even I watch it over and over again…  Depressed?! I think this song will make u feel better…http://cybergifs.com/faces/wink.gif

http://my5minutes.com/displaymedia.php?pos=-10835

Because I’m A Girl (English Version)
(Original Korean Version by Choi, Joon-Young and Im)

I just can't understand the ways,
Of all the men and their mistakes.
You give them all your heart,
And then they rip it all away...

You told me how much you loved me,
And how our love was meant to be,
And I believed in you,
I thought that you would set me free...

(chorus)
You should've just told me the truth,
That I wasn't the girl for you...
Still I didn't have a clue,
So my heart depended on you... Whoah
Although I'll say 'I hate u' now,
Although I'll shout and curse you out...
I'll always have love for you,
Because I am a girl

Been told a man will leave you cold,
Get sick of you and bored...
I know that it's no lie,
I gave my all still I just cry.
Never again will I be fooled,
To give my all when nothing's true...
I won't be played again,
But I will fall in love again...

(chorus)
You should've just told me the truth,
That I wasn't the girl for you...
Still I didn't have a clue,
So my heart depended on you... Whoah
Although I'll say 'I hate u' now,
Although I'll shout and curse you out...
I'll always have love for you,
Because I am a girl

I loved u so... now u leave me in the cold,
How could this be, I thought that you'd only love me...
Into the night, I will pray that you're alright..
You hurt me so, I can't let u go ---

(bridge)
You took advantage of my willingness to do anything for love,
Now I'm the only one in pain... will you please take it all away~ Oh~

(chorus)
Never thought born being a girl,
How I can love you and be burned...
And now I will build a wall,
To never get torn again~
Although I'll say 'I hate u' now,
Although I'll shout and curse you out... I'll always have love for you,
Because I am a girl
Although I'll say 'I hate u' now,
Although I'll shout and curse you out... I'll always have love for you,
Because I am a girl

* If u wanna listen to English version, just lemme know!

p/s: I'll sing it when I'm depressed.

Wednesday, May 04, 2005

Andai Org x de Lagi...

Hari ni tak tau nape rasa sedih sgt...
Bila pandang mak... Bila pikirkan adik beradik..
Bila teringat e1... Bila teringat kawan2...
rasa sedih sgt...

Setiap kali pandang mak org akan berdoa minta mak dipanjangkan umur...
Diberikan kesihatan yang sewajarnya...
Org berdoa jugak agar mak dpt tgk org naik pelamin...
Itu impian mak.. mak nak sgt tgk salah sorang anak pempuan dia naik pelamin...
InsyaAllah... kalau panjang umur org... tercapai la impian mak tu...

Bila terpikirkan adik beradik... org sentiasa doakan mereka tabah + dan diberikan kejayaan di dunia dan akhirat...
bila terpikirkan situasi yg kami semua hadapi bersama... org doakan situasi ini (mak sakit) tidak lama... org tau semua rasa "sakitnya" tapi... hanya kesabaran menjadi benteng... andai org tak de lagi... org harap sgt dorang akan dpt jaga mak dengan baik...

Bila teringatkan e1... org harap sgt dia tidak terlalu mengabdikan cintanya pada org... org takut kalau org tak sempat membina kebahagiaan dan impian bersama dia... andai org tak de lagi... org harap e1 akan tenang dan mencari pengganti org... walaupun perit untuk berkongsi kasih sayang... tapi... itu yg org harapkan...

Bila teringatkan kawan2... org harap sesgt mereka akan berbahagia dalam kerjaya dan hidup... pada mereka yang telah berkahwin... semoga dikurniakan zuriat2 yg cemerlang dunia akhirat... bg yg sedang mencari teman... org doakan kalian akan ketemu pasangan hidup yg ideal... yg belum mendapat kerja... org doakan kalian akan dapat pekerjaan... yg masih di menuntut ilmu...semoga kalian beroleh kejayaan... andai org tak de lagi... halalkanlah makan dan minum org... ilmu yg kalian kongsikan bersama... dan segala2nya....

andai org tak de lagi... org mohon kemaafan dari semua... maafkan salah silap org selama kalian mengenali org... pada mereka yang terasa hati... org mohon maaf... adakalanya tingkah laku org adalah tidak sengaja...

andai org tak de lagi... doakan ketenangan org di sana... terima kasih pada semua...

Atuk... abg rudi... ayah... org rindu ssgt... Semoga roh kalian dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan org2 yg beriman... Amin...

Al-Fatihah buat Allahyarham Bad Latiff...

Al-fatihah buat Allahyarham Bad Latiff (suatu ketika dulu pelakon kanak2 popular=Nujum Pak Belalang)yg telah kembali ke rahmatullah hari ini kerana penyakit asma... Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan org2 yang beriman...AMIN...



Berita dari Utusan Malaysia

Sunday, May 01, 2005

Ketemu Penulis Novel Thriller No.1 Malaysia



Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Hari ni bawa anak-anak saudara ke Pameran Buku Antarabangsa Ke-24 di PWTC... Macam biasa ke sana dengan harapan dapat ketemu Ramlee Awang Mushid (RAM), Penulis Novel Thriller No.1 Malaysia...  

Ini adalah penulis favorite ni... Memang setakat ni tak pernah lagi ketinggalan memiliki novelnya... Antara novel-novel tulisannya adalah Semangat Hutan, Tombiruo, Tombiruo Terakhir, Mandatori, Ranggau, Satu Janji, ADAM (Aku Darah Anak Malaysia) dan ini yang latest RAHSIA PERINDU.

 

RAM juga merupakan pememang kedua Hadiah Sako 2 melalui novel ketujuhnya iaitu PEI PAN. Memang best novelnya... Even kesemua novelnya tidak mengecewakan!!

Dalam perjumpaan yang singkat ini, sempat juga saya meminta tandatangannya serta bergambar bersama... Yang paling tak sabar nak tunggu novel terbarunya yang akan keluar pada bulan Oktober nanti... berjudul BAGAIKAN PUTERI... Hm, tajuk pun dah best! Tak sabar nak tunggu Oktober... Sementara tu baca yang ni dulu la... :D
Ketemu RAM lagi... :D
Tak lepaskan peluang bergambar bersama...
Lagi gambar bersama RAM...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...