Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Thursday, December 22, 2005

Second Peritoneal Dialysis..

Hari ni mak masuk spital lagi tuk 2nd peritoneal dialysis... Kata doktor kena duk wad dlm 3 hari... Kami adik beradik dah naik pening berurusan dgn doktor2 HUKM tuh... Yg sorang ckp gini.. yg sorang ckp gitu... x tau nak ikut ckp sapa...

Semalam saya dgn abg Zaini anta mak utk ujian darah (mmg arahan doktor sebelum ni.. ujian darah akan dilakukan seminggu sekali.. sehingga la tarikh kitaorg anta semalam...) Bila result darah kuar... doktor ckp mak kena tahan wad... sebab toksin dalam darah dah byk + kaki mak dah bengkak (menandakan air dah turun ke kaki dan terpaksa dikeluarkan)... bila mak ckp tak nak masuk wad... doktor PELATIH tu mula takutkan mak... Katanya kalau tak masuk wad, bila2 masa je mak boleh koma dan masuk ICU... (rasanya sorang doktor yg profesional tak guna helah cam tuh tuk pesakit masuk wad!)

Tetiba lak dia ckp... "Siapa yg suruh makcik asik ambil darah je? Makcik ingat dgn selalu ambil darah, buah pinggang makcik boleh baik ke? X makcik... buah pinggang makcik dah rosak teruk..." - masalahnya, sejak mak kuar wad (2 bln lps), doktor (pelatih yg lain) ckp mak kena buat ujian darah sekali seminggu SEHINGGA DIBERITAHU PLAN SETERUSNYA... Ni la masalahnya bila ramai doktor yang jaga sorang pesakit... doktor pelatih pulak tu...!! Mmg menyakitkan hati!!

Kami pun masa tu dipaksa untuk segera melakukan pembedahan untuk memasukkan fistula atau tank (CAPD).. kami digesa utk memberikan jawapan dengan segera... Kaedah memasukkan fistula mmg saya dah study.. CAPD saya pernah terbaca.. tapi baru semalam dgr doktor tu sebut.. terus saya minta dia jelaskan dengan lebih terperinci ttg kaedah CAPD...

Selama lebih kurang 30 jam kami dok dgr pasal CAPD... habis je sesi tu.. doktor tanya nak buat yg mana? Fistula or CAPD..?? Berdasarkan penerangan tadi.. saya rasa kaedah CAPD nampak lebih mudah berbanding fistula... apa pun saya ckp kat doktor tu... saya nak berbincang dgn adik beradik dulu + study pasal CAPD + kena jugak tanya tuan empunya badan yg nak jalani pembedahan tu... (mak)...

Tapi hari ni lain pulak ceritanya... mak nangis2 tepon saya & bg tau yg seorang doktor lelaki (semestinya pelatih) yg marahkan mak bila mak ckp, mak lebih prefer nak buat CAPD... tak nak buat fistula... Dia ckp mak tak boleh buat CAPD... tapi MESTI buat fistula... Bila tanya apa alasannya, dia ckp sebab mak ada masalah mata (laser mata)... Then mak ckp.. mak akan decide kemudian sebab nak bincang ngan kitaorg... terus doktor tu naik angin & ckp.. "Kalau makcik degil (xnak masukkan fistula)... makcik balik je la rumah.. saya boleh lepas tangan..." Yg peliknya... apsal dia nak angin satu badan bila mak x nak buat fistula...

Mlm tu lepas keje... saya trs ke HUKM & tanya doktor (kebetulan mlm tu shif doktor lain)... Bila saya cite balik apa yg doktor laki tu ckp kat mak... doktor tu ckp... "Eh, tak de.. kita mmg akan bagi kelonggaran pada pesakit untuk pilih kaedah mana yang lebih selesa... kita xkan paksa.." (dah lain pulak!) - SO MANA SATU NAK CAYA NIE?!?!

Further info on CAPD

Friday, December 16, 2005

Contact Lenses


Not sure how true is this, but just read and get the info. Maybe it will happen to one of us. Be careful guys...

To those who wear contact lenses, remove them when you have or attend BBQ party or whatsoever that got to do with flames... I heard a horrible true story about contact lenses.... It happened to a 21 year old guy, he wore a pair of contact lenses during a barbecue party.

While, he was barbecuing, he stared at the fire charcoals. After a few seconds, he started to scream for help and moved rapidly, jumping up and down. No one in the party knew why...

When he arrived at the Hospital, the doctor said he'll be blind permanently courtesy of the contact lenses that he had worn. Contact lenses are made by plastics, and the heat from the charcoal melted his contact lenses.

So, tell all your friends..... DO NOT WEAR CONTACT LENSES WHERE OVERHEAT AND FLAMES ARE CONCERNED...


Click here for more info on CONTACT LENSES.. Learn before u use it..

Monday, December 12, 2005

Beginilah Kehidupan..

Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat beberapa barangan. Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf.

Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang tersebut penuh, dan pelajarnya menjawab "ya!". Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf. Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab "ya..."

Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut. Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikir dan bola golf. Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang penuh persoalan, rata-rata pelajarnya menjawab "Ya.."

Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat tindakan profesor tersebut.

"Sekarang..." profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan. "Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda... Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda, anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat anda - Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh. Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil."

"Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu...""... anda tidak akan mempunya ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda." "Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda. Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil berat akan bola golf dahulu - iaitu perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir..."

Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum. "Saya gembira ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan..."

Renungan untuk semua. Apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari seperti tidak mencukupi, ingatlah kisah "Balang Mayonis dan 2 cawan kopi ini... "

Sunday, December 04, 2005

Selamat Pengantin Baru Farah...


Hari ni merupakan hari bersejarah bagi Farah Farzana Rasol... Menjadi Raja Sehari dengan bertemakan warna merah jambu.. Mmg Farah nampak cantik sangat :-)

Walaupun agak kelewatan tiba ke majlis Farah (jam teruk kat simpang masuk ke rumah Farah), namun kesempatan yg ada mmg digunakan sepenuhnya untuk merakamkan gmbr2 Farah bersama pasangannya.

Buat Farah & pasangannya, semoga jodoh kalian berpanjangan... Semoga dikurniakan cahayamata yang comel2... Selamat Pengantin Baru... Moga berbahagia sehingga ke anak cucu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...