Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Thursday, April 28, 2011

S.E.L.F.I.S.H !!!

Assalamualaikum & salam 1Malaysia,

Imej dr Google
Urgh S.E.L.F.I.S.H!

Hari ni memang hari panas hati sedunia! Saya sangat tension bila ada orang yang sangat mementingkan diri sendiri... Kalau dah rasa x boleh nak duduk dalam satu team & bekerjasama antara satu sama lain, baik keluar je dari team.. Senang.. X payah nak menyusahkan orang lain!! Kalau dah rasa buat keje x ikhlas, cakap awal-awal.. Senang bagi kat orang lain yang lebih ikhlas bekerja..

Ni la masalah kita yg bernama manusia... Kita selalu rasa kita ni hebat, xde orang lain dah hebat dari kita.. Suka sangat bangga dgn usaha kecil yg dilakukan, dengan niat mendapat pujian.. Xboleh duduk dalam satu group, sebab berlaga angin dengan ketua dan ahli kumpulan lain.. X respect ketua.. Nak apa sebenarnya??

Saya Nak Bangku Kosong Tu...

Assalamualaikum & salam 1Malaysia,

Pagi-pagi hari sementara tunggu Subuh, (buat soalan exam sambil blog walking...) saya terjumpa blog saudara HH... ada offer untuk dimasukkan dalam bloglistnya... agak menarik... (walaupun malas nak taip entri.. tapi terpaksa sebab nak daftar segment ni...)

http://hasrulhassan.blogspot.com/2011/04/bloglist-bangku-kosong-dibuka-untuk.html
Rasanya saya masih sempat mendaftar di bangku kosong tu sebab offer ni dibuka sehingga pagi 28 April 2011.. Sempat la lagi saya ni kot... kepada sesiapa lagi yg nak join... klik sini... (untuk incik HH, saya pilih no 2...)

* Ini adalah post super pendek... Just entry untuk join segment incik HH...


Tuesday, April 26, 2011

Yey... dah ada 100 follower...

Assalamualaikum & salam 1Malaysia,

Alhamdulillah... saya sangat-sangat berterima kasih kepada rakan-rakan blogger yang sudi menjenguk blog saya yang tak seberapa ni... apatah lagi mereka yang sudi menjadi FOLLOWER... Terima kasih banyak-banyak... saya sangat terharu... (huhuhu... betul... betul terharu... tak sangka...)

Saya berhasrat untuk membuat review kepada blog Nadia Alzahra kerana anda follower saya yang ke-100... terima kasih Nadia...Terima kasih banyak-banyak...!!


Saturday, April 23, 2011

Tidur Sekejap...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

"Ya Allah, sakitnya kepala... mata pun berat je ni... rasa macam nak terlelap... mengantuknya..."

Pernah tak rakan blogger rasa macam ni... Pernah? Betulkan... asal pukul 1 petang tu mula la mata nak terlelap... tapi bila memikirkan kerja yang banyak, kita akan abaikan 'perasaan ingin tidur' itu... dan terus membuat kerja... tapi sayangnya walaupun jam dah menunjukkan pukul 3-4 petang, kita masih tak dapat menyiapkan kerja dari jam 1 tersebut... Nak tahu kenapa?

Satu artikel yang saya baca dari Majalah Solusi (Isu No.29), muka surat 95-96 ada menyatakan bahawa badan kita mempunyai pusingan biologi. Sistem ini menyebabkan kita berasa mengantuk pada waktu tertentu dan berasa bertenaga pada waktu yang lain.

Jika kita dapat tidur sekejap, kita sebenarnya mengecas kembali tenaga di dalam badan kita... (seolah-olah sama je macam bateri handphone kita yang kehabisan bateri... kan perlu dicaj agar kita dapat terus menggunakannya... macam tu juga badan kita!!)

Menurut artikel yang ditulis oleh Dr Farhan Hadi Mohd Taib ini, mereka yang dapat tidur selama lebih kurang 30 minit pada sebelah siang berisiko rendah mendapat serangan jantung!! Seorang pakar tidur dari Universiti Cornell, Dr James Maas pula berpendapat, tidur selama 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan.

Kenapa anda perlu tidur di sebelah siang?
  1. membantu mengurangkan tekanan di tempat kerja dan belajar.
  2. meningkatkan kecekapan dan produktiviti.
  3. meningkatkan kemampuan pembelajaran dan daya ingatan.
  4. baik untuk jantung dan kesihatan.
  5. meningkatkan fungsi kognitif.
  6. memberi stamina kepada tubuh untuk melakukan senaman.
  7. menjadikan minda lebih kreatif.
  8. mengelakkan daripada mengantuk ketika bekerja atau belajar.
Ha.. apa lagi.. jom TIDUR SIANG! Kalau tak tidur siang nanti kena sakit jantung... Hahahaha... Untuk lebih banyak info menarik, dapatkan Majalah Solusi di pasaran!!

Nota kaki: Tidur setengah jam sebelum waktu Zohor adalah rutin yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Makna kata, ini adalah sunnah Rasulullah... Jom hidupkan sunnah!

Thursday, April 14, 2011

Happy Birthday to ME! :-)

Assalamualaikum & salam 1Malaysia,

Happy birthday to me,
Happy birthday to me,
Happy birthday to me,
Happy birthday to me...

Hehehe, hari ni senyum smpi ke telinga.. Kenapa? Sebab... Hari nie birthday saya! :D

Monday, April 11, 2011

Seronok naik kerja semula... heee..

Assalamualaikum & salam 1Malaysia,

Hari ni hari pertama saya bekerja setelah 3 minggu bercuti.. Wah, saya sgt excited utk dtg bekerja krn bosan berbaring di rumah... Ye la, kalau di office ada jugak kerja yg nak di buat, pastu ada juga kawan-kawan yg boleh diajak berborak.. Release la jugak tension... berbeza dgn duduk di rumah.. *mungkin sbb saya dah biasa bekerja, dan x biasa duduk di rumah lama2*

Thursday, April 07, 2011

Home Workstation...

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia,

Hari ni dah masuk hari ketiga, saya membuat kerja-kerja office di rumah... Masih dalam MC sehingga Jumaat ni... tapi sedang bertungkus lumus membuat soalan final yang akan berlangsung pada Mei ini... 

Yang lagi menjadikan saya kelam-kabut adalah saya terlepas dari menghadiri Bengkel Exam... rata-rata dari mereka yang menghadiri bengkel itu, telahpun siap soalan mereka... so, saya kena kerja kuat sikit... huhuhuhu kesian...

Ramai yg suruh rehat je... nanti dah naik kerja baru buat soalan final... Ish... lambat sangat dah tu... sebab naik kerja ni... bukannya kelas tak de... kelas akan berjalan seperti biasa... malah, saya kena juga menggantikan kelas yang dah tertinggal selama DUA MINGGU...!!

Wednesday, April 06, 2011

Akhirnya HEMPEDU Dibuang...

*** Entry updated 12/12/13 ***


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Pertama sekali saya ingin memohon maaf kepada semua rakan blogger yang singgah di blog saya tanpa ada pembaharuan post... Saya berehat setelah selesai operation pada 27 Mac 2011. InsyaAllah, selepas ini saya boleh menulis semula... Yey!! Rindu sangat-sangat pada anda semua...

Entri kali ini agak sedih & pada saya mencemaskan.. Ya, bagaimana kehidupan saya selepas ni? Hempedu saya di BUANG!!

Inilah pengalaman yang terpaksa saya lalui, bermula 21/3, (malah seminggu sebelum lagi) perut saya rasa tidak sedap.. Adakalanya terasa macam gastrik, adakalanya pula terasa sebu... Tidak pernah terfikir akan penyakit yang pernah diberitahu oleh doctor iaitu batu karang dalam hempedu akan berulang... kerana pada fikiran saya, penyakit itu akan berulang mungkin 3-4 tahun lagi, memandangkan batu-batu itu kecil dan tidak banyak..

Gambar kiri: 6 biji batu karang dikeluarkan.
Sungguh saya tak sangka, hanya dalam tempoh 7 bulan ia menyerang kembali.. Cuma kali ini sedikit berbeza. Seolah memberi klu, saya gastrik pada 21/3: lalu saya mendapatkan rawatan di klinik dan disuntik dgn ubat gastrik & diberikan MC.

Keesokkan harinya 22/3: saya mengalami demam panas, badan menggigil kesejukkan, sendi-sendi semuanya sakit, saya tak berdaya untuk berdiri lama. Lalu saya ke klinik yang sama semula, kerana terfikir terkena demam denggi. Diberikan MC selama 2 hari.

Tetapi pada malam 23/3: saya seperti kena gastrik semula, malah kali ini sakitnya sampai ke bahagian kanan belakang badan. Tidak cukup dengan itu, warna urine saya seakan merah darah. Saya cemas! Melihatkan keadaan saya, lalu en hubby mengajak saya ke hospital pakar..

"Ya benar, penyakit batu hempedu awak menyerang kembali! Tapi awak bertuah kerana hanya berguling & tidak dimasukkan ke ICU!"

Begitulah ayat yg diberikan oleh doktor.. Doktor menyarankan saya menjalankan operation membuang batu hempedu. "Hah?!?! Buang hempedu? Habis tu macam mana kehidupan saya lepas ni?"

"Macam biasa!" Itulah jawapan ringkas dari doktor berkenaan.. Sambil otak saya ligat memikirkan anak-anak.. Lebih-lebih lagi pada Alisya yg masih lagi fully breastfeed.

"Macam mana kalau saya tak nak buat lagi operation tu?"
"Terpulang pada awak. Cuma awak kena ingat, hari ni mungkin nasib awak baik sebab saya jumpa awak di sini (merujuk kepada wad biasa), bukan ICU."

Setelah berbincang dengan en hubby, akhirnya kami memutuskan untuk saya menjalani pembedahan. Pada 26/3: saya menjalani 'minor operation' membesarkan saluran hati + mengeluarkan batu karang yang tersumbat di dalam saluran tersebut. Prosedur ini dipanggil sebagai Endoscopic retrograde cholangiopancreatography (ERCP). 


Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar... setelah saluran hati dibuka, perut saya rasa lebih selesa... Setelah ERCP, saya sangat lapar (3 hari sebelum itu, saya langsung tiada selera makan...). Dapat juga saya habiskan separuh bubur nasi + ikan bakar.

Credit to Kak Pura: Setelah selesai operation.  







Pada 27/3: Saya  sangat berdebar-debar untuk menjalani pembedahan membuang batu hempedu. Prosedur ini pula dipanggil laparaskopik (saya sempat surf internet dan membaca pelbagai informasi tentang laparaskopik) Yea... mujur saja phone yang dihadiahkan oleh en hubby berguna pada saat-saat kecemasan ni...  

Saya mula mengumpulkan maklumat dan kekuatan untuk menghadapi pembedahan ini... Ternyata ramai juga rakan-rakan blogger yang telah menjalani operation membuang hempedu ni... sekurang-kurangnya saya tahu saya tidak keseorangan... serius takut nak operate!! last operation dulu tahun 2001 -operate apendiks... Sebanyak 6 biji batu karang yang dikeluarkan dari operation tersebut... dan hempedu di bawa ke makmal untuk ujian lanjut.

Pada 28/3: Saya telah dibenarkan pulang oleh doktor... takut juga duduk di rumah... maklum la... kalau di hospital, boleh tekan button panggil nurse... kalau jadi apa-apa di rumah... cuak juga... Apa yang paling saya takut adalah kalau tersalah makan... tapi bak kata doktor: 

"Awak nak makan apa, makan je... tak de masalah... Apa je yang husband awak makan, awak boleh makan juga..."  

Tapi saya takut juga... 3-5 hari pertama mmg makan bubur + ikan tenggiri je... minum pun air suam je...

Saya warded 5 hari 4 malam, dan dalam tempoh itu juga, Alisya terpaksa tinggal dengan pengasuhnya. Kesian Alisya... Hasrat saya untuk menyusukan Alisya sepenuhnya sehingga umurnya 2 tahun seakan tidak kesampaian... Mungkin kerana ubat-ubatan yang diberikan kepada saya sepanjang tempoh 5 hari ini menyebabkan susu kurang... Namun begitu saya masih belum berputus asa... 

4/4: Saya berkunjung semula ke Kuantan Specialist untuk membuka jahitan dan dressing... Alhamdulillah, semuanya kelihatan baik.. dan saya diberi MC sehingga 8/4 ini.. uish... lamanya tinggal kelas... kesian students... :-( doktor memaklumkan hempedu saya dijangkiti kuman dan terdapat beberapa biji lagi batu karang di hempedu tersebut.

Alhamdulillah, kini seminggu telah berlalu... dan saya semakin sihat... Moga selepas ni saya tidak jatuh sakit lagi... Amin... Kepada mereka yang sudi menziarah saya di hospital, terima kasih banyak-banyak: Kak Pura, Yap, Kak Zimah, Kak Nana, Kak Sara, Ieta, Maisarah, Mak Chu & Uda (Pengasuh Alisya), Diana, Aishah, Khaizal, Khalil, Nazrol, Amin dan Muiz... Diana SOST dan tidak lupa juga Puan Aishah... Terima kasih banyak-banyak... 

Dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan Facebook dan blogger dan semua yang sudi mendoakan saya agar cepat sembuh... Sayang anda semua... Moga Allah memberkati dan melimpahkan rezeki dan kesihatan buat anda semua... InsyaAllah... 

Lagi entri berkaitan batu karang hempedu:
1. Amalan Selepas Buang Hempedu
2. Menu Sepanjang Berpantang
3. Kesan Jika Tidak Buang Hempedu
4. Perkongsian Pakar Pemakanan
5. Bolehkah Menyusukan Anak Jika Bersedia Untuk Pembedahan

Untuk bacaan lanjut:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...