Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Thursday, June 16, 2011

Sharifah Maisarah Dalam Kenangan...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam sejahtera,

Allahyarhamah Sharifah Maisarah..

Innalillahi wa innailaihirojiun.. DaripadaNya kita datang, dan kepadaNya kita kembali.. Saya tak tahu dari mana saya nak mulakan entri ni.. Entri ni telah ditaip dua minggu yang lalu dalam phone saya... My previous post, adalah tentang seorg sahabat yang tenat kerana accident.. Klik sini jika belum membacanya...

Nama Sharifah Maisarah Syed Hussain sangat terkenal di IKIP... Malah gerai-gerai makan di sekitar IKIP... Dia memang seorang yang peramah, happy go lucky, sangat suka menolong orang, rajin, aktif & sangat mesra dengan pelajar-pelajarnya...

Pemergiaannya pada 29 May 2011 (Ahad), memang sangat-sangat mengejutkan.. Saya sangat sedih... Melihat tubuhnya yang kaku di depan mata menyebabkan saya teringat akan banyak perkara tentang Allahyarhamah Syarifah Maisarah..

Setiap pagi, sesampai di office.. Allahyarhamah Syarifah Maisarah akan membuka dua website wajib iaitu Harian Metro dan Facebook.. Allahyarhamah Syarifah Maisarah memang suka membaca Harian Metro.. Dan jika ada apa yang menarik, Allahyarham Syarifah Maisarah akan menepuk kerusi saya (meja kerja Allahyarhamah Sharifah Maisarah hanya dibelakang saya) untuk diceritakan kepada saya.. Isu akhir yang saya bincangkan bersama Allahyarhamah Sharifah Maisarah adalah kemalangan maut di traffic light Bahau, Negeri Sembilan lebih kurang sebulan dua yang lalu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...