Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Sunday, May 27, 2012

Akhirnya Dapat Sunan Musafir...!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Wah lama juga saya menyepikan diri... Sejak batuk yang belum reda membantutkan hasrat untuk menulis entri dan blogwalking... Mana taknya... bila makan ubat batuk... maka tidur la jawabnya... So, kepada rakan-rakan bloggers yang singgah di blog saya... Saya akan singgah semula ke blog anda apabila batuk saya semakin pulih... Jangan risau... saya akan singgah... Janji! :D

- - - - -

Penantian memang satu penyeksaan... Sejak diwar-warkan akan kemunculan novel akhir fenomena Laksamana Sunan tulisan penulis thriller No.1 Malaysia, Ramlee Awang Murshid... Saya memang tertunggu-tunggu...! Tidak dapat ke Pesta Buku Antarabangsa juga amat meresahkan saya... Kerana difahamkan novel Sunan Musafir edisi kulit keras akan dicetak dan dijual pada Pesta Buku Antarabangsa baru-baru ini...(rasa nak menangis bila dapat tahu en hubby kerja sepanjang Pesta Buku Antarabangsa berlangsung...)


Untuk pengetahuan semua, novel penutup atau siri akhir pengembaraan Laksamana Sunan akan menjawab segala persoalan pada perjalanan hidupnya lebih-lebih lagi kepada watak Ratna yang juga isterinya... (argh memang tak sabar-sabar nak baca...


Novel ini telah berada di dalam genggaman saya dengan edisi kulit keras...!! Yey!! Makanya... akan sunyilah lagi blog saya ini... Sementara saya menghabiskan novel tersebut :P Hahaha...




Friday, May 18, 2012

Walla, Kek Pisang Kukus!!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Sangat lembut & 'rapuh'... tapi moist... :D
Alhamdulillah dari malam semalam teringin nak buat kek pisang kukus... Memandangkan ada lebih  pisang yang dibeli di pasar malam tempoh hari... (en hubby dah bunyi hari tu... katanya pisang banyak-banyak tu nak buat apa..? So, saya fikir la macam mana nak habiskan pisang tu...) Jom buat kek pisang kukus...!

Bahan-bahan yang diperlukan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecil soda bikarbonat
4 biji telur
3/4 cawan gula
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan pisang (dilenyek) - untuk lebih rasa pisang, tambah lagi...
3/4 cawan minyak masak


Wednesday, May 16, 2012

Cikgu Minta Resipi :p

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,


Tadi masa jemput Faris dari taska... Cikgu Faris terus cakap, "Sedapnya puding roti akak... nak resipi boleh?"

"Ye ke? Alhamdulillah... boleh... nanti akak tulis ye" (jawab dengan malu-malu kucing)

"Budak-budak ni suka betul... si Faris pula bila kawan-kawan dia nak ambil puding tu dia cakap... 'Ni mama saya masak!' Suka sangat budak-budak ni makan..." (wah promote masakan mama dia... saya tersengih-sengih je la.. :p

Yang kat rumah ni pun en hubby dah habiskan... :-( kena buat lagi la gamaknya ni...  

Balik tu ada banyak sangat makanan dan jajan yang cikgu bagi... Habis ke tak nak makan semua tu?! Hari ni rasa nak bermalas-malasan... Penat pula rasanya... Haish!
 
p/s: Rakan-rakan bloggers kena cuba la resipi yang awesome ni!! :p
Yey, Puding Roti Kukus
Jom LIKE page ni...

Yey, Puding Roti Kukus!!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Alhamdulillah syukur sangat-sangat... Percubaan pertama saya memasak puding roti kukus menjadi... Yey!! (sebelum ni saya pernah buat puding roti versi bakar...) Nak tahu kenapa saya masak puding roti ni... sila klik sini... Sekarang dah pun jam 2.10am... saya tak nak tulis panjang-panjang... nak upload gambar je lah... (penat pula rasanya... tapi rasa sayang kalau tak blogwalking jenguk kawan-kawan... :-( )

Ini sebelum dikukus dan ditaburkan kismis...
Masa ni berdebar-debar... takut tak jadi...
Setelah ditabur kismis dan seterusnya ke dalam
pengukus... Bismillahirrahmannirahim...

Alhamdulillah... dah pun siap!!! Baunya sedap betul!!
 Apa?! Nak tahu rasanya?! Memang sedap la... disebabkan baunya yang menusuk kalbu, saya dah makan tadi... (oh jangan risau... saya buat dua loyang... satu untuk Taska Faris... dan satu lagi untuk disimpan di rumah... Ada sesiapa nak rasa... meh la datang rumah... :p)

Saya tengah rebus telur... kalau rajin esok pagi nak buat sandwich telur untuk Faris bawa ke Taska juga... Kalau tak rajin... saya buat untuk makan sendiri je petang-petang sikit... 

Kepada rakan-rakan blogger yang nak membuat sendiri puding roti kukus ini... boleh rujuk resipi di sini... InsyaAllah first time cuba mesti menjadi... (saya pun first time buat... :D

Bahan-bahan

4 keping roti – dipotong kecil-kecil
1 tin susu cair (375 mL)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar butter
Sedikit kismis


Cara-cara
  1. Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.
  2. Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
  3. Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.
  4. Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
  5. Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.


Selamat mencuba!!

Tuesday, May 15, 2012

Mungkin Puding Roti Kukus?!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Taska Faris akan menyambut Hari Guru esok dan setiap pelajar perlu membawa makanan atau dalam erti kata lain potluck... Sejak dapat surat dari pihak Taska Faris tu... puas saya fikir nak masak/buat apa... 

Saya ada mencadangkan pada encik hubby untuk buat homemade strawberry ice cream (memandangkan saya telah berjaya membuat homemade chocolate ice cream...)... tapi encik hubby kata... 

Inilah homemade chocolate ice cream yang saya buat...
"Nanti cikgu kata... dah la surirumah tapi bagi aiskrim jea?"

"La... cakap la homemade... lagipun kan pakai tupperware kita sendiri... bukan bekas aiskrim yang jual kat kedai tu..." balas saya sedikit kecewa... :-(  (saya rasa macam sesuai sebab lepas mereka makan-makan dan main... makan pula aiskrim tu... hm... nyaman... Melaka ni memang panas la..!!)

Encik hubby diam... tak de respon... So, saya menyifatkan encik hubby tak setuju... terus saya berfikir lagi apa nak buat... Ingat nak buat popia Nestum je... tapi macam tak sesuai pula... sebab nanti bersepah-sepah... 


Saturday, May 12, 2012

Alhamdulillah, Alisya 2 Tahun Sudah!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana kini anak kedua saya Alisya Farha telahpun menginjak 2 tahun semalam... Seronok sangat dia bila abang Faris dok nyanyi lagu birthday untuk dia... Sepanjang hari Alisya tak sabar tunggu abah dia balik office... nak pergi shopping katanya.

Malam semalam bawa Alisya dan Faris jalan-jalan dan makan-makan... bila tanya nak makan apa... dua-dua jawab nak mainan... bila tunjuk Burger King... dua-dua tak nak sebab katanya tak de mainan... So, ke A&W je la... sebab di Jusco Bandaraya Melaka tu tak de Mc'Donald... A&W ada la dapat mainan juga... Beary LED keychain.. oklah... mereka pun suka sangat!!

Lepas makan A&W, kami jalan-jalan sekejap dan ternampak la kedai Baskin Robbins... Tak pernah lagi try ice cream cake Baskin Robbins... Lepas 10 minit, tinjau kek dalam peti tu... rasa nak try pula... 



Friday, May 11, 2012

Nuffnang: 3 BE Bulan Mei! :D

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Syukur alhamdulillah... berkat kesabaran, akhirnya tersangkut juga BE Nuffnang di blog saya untuk bulan Mei ni... Bukan 1 tapi 3!!! Terima kasih Nuffnang! :D (ok serius saya tersenyum tak habis-habis... hehehe

Ini adalah kali pertama blog saya mendapat Buffered Earning (BE), selama mendaftar dengan Nuffnang... Tapi dulu saya tak aktif... (sebab dulu bekerja... so tak banyak masa sangat untuk berblog...) Sekarang ni macam dah jadi kemestian pula, singgah blog rakan-rakan blogger... baca entri... kadang-kadang sampai berjam-jam...! :p Seronok! :-)


Untuk pengetahuan semua, (ulangkaji untuk yang dah tahu, bab baru untuk yang baru belajar berblog bersama Nuffnang :p) BE ni tak sama macam kempen Nuffnang yang biasa. Lainnya adalah:

1. Advertiser akan memilih sendiri blog mana yang menarik minatnya... biasanya berdasarkan target market advertiser tersebut... Sebab tu anda kena rajin update survey di blog manager akaun Nuffnang anda.




Tuesday, May 08, 2012

Renungan: Indahnya Sakit! :-)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Alisya ketika demam panas
Apa khabar agaknya rakan-rakan bloggers semua... Dengan iringan doa agar semuanya sihat walafiat dan sentiasa di bawah lindungan Allah S.W.T... Amin... 

Ketika saya menaip entri ini, saya mengalami batuk teruk... Suara pun dah serak dan makin hilang... malah suara saya ni jadi bahan gelak anak-anak.. :P Tak pe la, asalkan mama kuat nak memasak dan mengemas... Itu yang penting...

Bila bercakap tentang SAKIT saya teringat rancangan Tanyalah Ustazah bersama Dr Robiah K Hamzah, di TV9 yang saya tonton seminggu dua yang lalu. Tajuknya "Mahalnya Sakit". Antara kupasan dalam rancangan itu, adalah hikmah sakit dan ganjaran yang akan diterima oleh seseorang yang sakit.

Hikmah sakit ada dua... yang mana pertama adalah Allah menghapuskan dosa-dosa orang yang ditimpa sakit dan yang kedua Allah meninggikan darjatnya... Dan ganjaran bagi orang yang sakit adalah SYURGA... Subhanallah, sayangnya Allah kepada kita... Diberinya kita sakit, dan dioffer pula ganjaran SYURGA... Dengan syarat kita REDHA dengan penyakit yang diterima itu... 


Saturday, May 05, 2012

Renungan Sempena Hari Ibu...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Kasih ibu membawa ke syurga... Mungkin masih ramai yang tidak sedar betapa pentingnya ibu bapa... Lebih-lebih lagi ibu, yang sanggup berkorban apa sahaja demi memastikan anak-anak mendapat apa yang dihajati... Susah senang, itu tak penting... Yang penting, mereka ingin melihat anak-anak gembira... Benar... itulah kasih ibu... Seseorang itu tidak akan sedar, sehinggalah dia sendiri bergelar IBU...

Ini adalah ulangkaji bagi mereka yang telah membaca kisah ini... dan bagi yang baru membacanya... Hayatilah...


KERANA DIA SEORANG IBU


Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. 

“Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Thursday, May 03, 2012

CELCOM: Jangan Susahkan Saya!!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Sebulan ni, saya rasa 'sakit hati' dengan bil telefon saya yang semakin 'menggila' cajnya!! CELCOM tolong jangan susahkan saya dengan pelbagai push messages yang tidak pernah saya langgan/subscribe... Push messages yang dihantar ke telefon saya dikenakan caj sebanyak RM3 bagi setiap satu mesej. 

Saya telah dicaj RM72, untuk 24 push messages yang saya terima sepanjang bulan April. Langsung tidak munasabah!! Mesej yang masuk ke dalam TELEFON saya tanpa disubscribe... then saya pula yang kena caj/bayar? Apa celop?!

Malah sehingga post ini ditulis, saya baru menerima reminder daripada Celcom yang mengatakan bil saya hampir mencecah Rm300!! Hello... bil saya selama ni hanya RM90 tau!! Dan saya tak pernah pakai lebih dari RM100!!! Puas en hubby dail Celcom Customer Careline tapi tak dapat... kemudian saya search di internet dan terjumpa dengan artikel berikut, di Utusan Online bertarikh 12 April 2012. 


Wednesday, May 02, 2012

Wordless Wednesday #6

Baju yang Alisya pakai tu sebenarnya baju Faris.... tapi dia beria nak pakai...
Lepas sarung, dia dok jalan macam model... tayang baju abangnya.. :p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...