Nuffnang Ads

Bookcafe (^_^)

Agoda Ads

Friday, July 27, 2012

Tip: Bantu Anak Belajar di Dapur

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Seperti yang saya janjikan, ini adalah tip-tip bagi membantu anak kecil anda belajar tentang apa yang ada di dapur... Ini adalah entri sambungan kepada Bila Alisya Masuk Dapur.

Memang tak ramai ibu yang akan membenarkan anak-anak duduk @ bermain di dapur ketika  sedang memasak... Maklum la, di dapur ada banyak juga barang-barang yang bahaya... Dan jika kita cuai mungkin akan mendatangkan kemudaratan pada keselamatan anak-anak. 

Tapi tahukah anda, jika kita mendedahkan anak-anak lebih awal di dapur maka mereka akan lebih faham tentang apa yang boleh dan tidak boleh (do's and don'ts) dilakukan ketika di dapur.
Pisau ni la saya bagi Alisya pakai...
Set Mc'D ni :p
Bagaimana saya mengajar Alisya (yang berusia 2 tahun) perihal di dapur:
1. Pastikan barang-barang yang tajam dan bahaya (seperti pisau, gunting, cerek panas dan lain-lain) diletakkan di tempat yang tinggi. Agar tidak dapat dicapai oleh anak anda - ini bagi memastikan keselamatan anak anda dan juga anda sendiri...

2. Benarkan anak-anak anda untuk mencuba apa yang sedang anda lakukan. Misalnya anda sedang memotong sayur, maka berikan anak anda pisau plastik dan biarkan dia cuba memotong. (Awas, jangan bagi pisau betul pula... jadi apa-apa naya!
* kaedah ini akan membenarkan si kecil belajar untuk memegang dan memotong dengan cara yang betul. (koordinasi tangan)
* Sebelum memotong sayur tersebut, benarkan anak anda untuk melihat dan memegang sayur tersebut agar dia dapat merasakan teksturnya. Jika sayur itu ada bau, maka benarkan dia untuk menghidunya (macam daun limau, serai dan lain-lain)... Sebutkan juga warna sayur tersebut... Secara tidak langsung kita menggalakkannya menggunakan pancaindera.   
* Perkataan "sayur" adalah sangat umum. Maka sebutkan dengan jelas sayur apa yang sedang dipotong. Jika sayur sawi... maka sebutlah "sawi"... Ulanginya sehingga anak-anak anda dapat menyebutnya dengan betul. 
* Selain itu anda boleh terangkan dengan ringkas bahawa sayur bagus untuk kesihatan. (tak perlu diterangkan secara detail sebab anak-anak berusia 2 tahun hanya perlukan ayat yang ringkas dan mudah difahami
***kaedah yang sama boleh dilakukan ketika anda menyiang ikan, ayam, daging, sotong, udang dan lain-lain.

3. Setiap kali anda menggunakan peralatan dapur, sebut dan tunjukkan kepada anak anda. Macam lesung batu untuk tumbuk bawang, senduk, sudip dan lain-lain. - ini membolehkan mereka membezakan antara satu peralatan dengan peralatan yang lain. 

4. Sentiasa puji anak anda apabila dia dapat melakukan sesuatu yang anda ajarkan. (anak-anak kecil memang suka dipuji... maka berilah pujian)

Pinggan mangkuk yang berwarna-warni
berfungsi untuk perkenalkan warna
kepada Faris dan Alisya...
Ada dua kelebihan jika anda membenarkan anak anda "bermain" di dapur:

1. Mereka tahu apa yang sepatutnya ada di dapur. (kalau Alisya main tapisan, senduk, sudu di ruang tamu, dia tahu di mana untuk menyimpannya semula)

2. Saya ada menonton rancangan Motivasi Pagi di TV1, katanya anak yang diberi tunjuk ajar dan pendedahan sedari kecil/awal akan mengelakkan mereka menjadi MALAS.

Saya mengaku bukan dalam masa seminggu dua Alisya boleh serasi dengan apa yang ada di dapur... Memang makan masa... Alisya sendiri masih lagi belajar sehingga sekarang... tapi perkembangan tu memang nampak la... Kalau bawa dia ke pasar malam dia tunjuk pada saya semula "bawang putih", "kentang", "ayam", "fish"  dan lain-lain...

So, jangan takut untuk mengajar anak-anak anda di dapur... kerana mereka dalam proses untuk mengetahui apa yang ada disekelilingnya. 

Anak dara saya di dapur... :p

Klik untuk bacaan lain tentang Alisya:
Tips: Brush Your Teeth, Sayang!
"Nak Air Kopi"

Tuesday, July 24, 2012

Alisya: Bila Masuk Dapur...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Sempat lagi senyum untuk kamera
mama dia... :p
Alhamdulillah hari ni dah pun hari keempat kita berpuasa... So, setakat ni macam mana? Harap semuanya ok... :-) Saya doakan rakan-rakan blogger sihat dan bertenaga sepanjang bulan yang penuh barakah ini...

Tak de apa sangat nak cerita sebenarnya... just nak share beberapa keping gambar yang berjaya di snap ketika Alisya membantu saya memasak juadah berbuka... Alisya memang kerap membantu saya di dapur... tapi tak pernah dapat snap gambar dia... Hari ni baru dapat... (sebab Alisya ni camera shy - sebiji macam mama :p)

Kerja-kerja yang Alisya suka buat di dapur saya adalah menumbuk bahan-bahan untuk tumisan seperti bawang, halia dan cili... Mencuci beras, memotong sayuran dan mengelap minyak di lantai...

Hehehe sekurang-kurangnya ringan sikit kerja saya di dapur... :p Saya percaya, ramai ibu yang tidak akan membenarkan anak mereka berada di dapur ketika sedang memasak... Betul, dulu pun saya tak suka juga bila Alisya dan Faris asik keluar masuk dapur... Maklum la... bila lantai dapur berminyak, maka sampai ke depan la minyaknya... Selain tu, barang-barang di dapur agak bahaya jugakan? Dengan pisaunya, kuali panasnya, cerek dan sebagainya... 



Saturday, July 21, 2012

Faris: Marhaban Ya Ramadhan...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam Ramadhan,

Alhamdulillah, hari ini kita mula berpuasa. Moga hari pertama ini semuanya ok... Jangan fikirkan sangat jika terasa lapar or dahaga... Itu dugaan kecil buat kita, maka bertahanlah... Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan Allah... InsyaAllah... 
 
Dah fikir nak makan apa untuk berbuka? Klik untuk info Adab-adab Berbuka Puasa Menurut Sunnah.

Beberapa hari sebelum puasa ni, saya ada cakap pada Faris yang nanti dia kena berpuasa sebab dia makan selalu bertambah... Kadang-kadang sampai 3 senduk! (1 senduk sekali makan, then minta tambah lagi satu senduk... sampailah dia betul-betul kenyang) Sebenarnya saya tak kisah pun dia nak makan (tengah ada selerakan...), cuma kadang-kadang kalau saya rasa dia makan banyak sangat saya akan minta dia rehat dulu...
 
Perbualan berlaku masa saya temankan dia makan tengah hari... Perbualannya lebih kurang macam ni:

Saya: Faris kena puasa la...

Faris: Apa?! (dengan mimik muka minta explain)

Saya: Puasa... puasa tu, makan malam je... Siang tak boleh makan... tak boleh susu, tak boleh makan nasi... (terus dia stop makan nasi depan dia...)

Faris: Nugget boleh? 

Saya: Tak boleh...

Faris: Telur boleh? (sambil ketuk-ketuk bekas makan dia dengan sudu yang dia pegang)

Saya: Tak boleh... 

Faris: Aiskrim boleh?

Saya: Tak boleh... Faris tak boleh makan... tak boleh minum... Malam baru boleh makan... Baru boleh minum...

Faris: Cam mana? Nanti mati nanti cam mana? (Adeh... susah betul nak jawab..)

Saya: Tak mati... Lapar sekejap je... (Lama dia diam... dalam hati... Hm... dia dah faham kot?)

Faris: Tidur boleh? (Sambungnya.. masih tak puas hati..)

Saya: Ok, tidur boleh... (terus dia letak sudu... then dia baring kat tilam dia... saya terkedu kejap) Faris dah ke ni? Nak lagi? (dia geleng kepala..) OK, mama kemas ya... (dia terus baring dan diam...

Masa saya kemas-kemas, saya cakap pada dia:

"Faris baru lepas makankan... jangan tidur dulu, tak baik... duduk dulu... rehat..."

Faris jawab sambil jerit dan nangis:

"Semua tak boleh... Makan tak boleh, tidur tak boleh...." (dan terus meraung... Faris kalau dah meraung memang tak dengar dah cakap kita...)

Adoi la... susah juga nak explain kat budak-budak kecil pasal puasa... Dia dah meraung-raung tu saya biarkan je lah... Slowly dia akan tahu juga apa tu PUASA... Dia masih kecil, saya cuma mencuba untuk send the message... Moga nanti dia akan lebih faham...

Baca lagi kisah Faris:
Faris Insectophobia 
Faris Si Penakut
Mungkin Dah Serasi

Oh ya, lagu ni best saya suka: Rindu Ramadhan (Devotees)
Dua rangkap ni buat saya rasa tersentuh...

"Rindu... aku rindu,
Rindu pada kedatangan,
Bulan yang padanya keberkatan,
Ramadhan ya Ramadhan,

Ya Allah tolong sampaikan,
Hajatku untuk berpanjangan,
Nafasku hingga pengakhiran..."








Thursday, July 19, 2012

Penyusuan: Takkan Kurang, Jangan Risau...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Ramadhan semakin hampir... maka ramailah dikalangan ibu yang pertama kali menyusukan anak secara eksklusif risau jika susu mereka akan berkurangan. Malah ada juga yang plan nak puasa selang sehari... Opppsss... Anda tak perlu buat begitu... malah anda tak perlu risau... sebab susu memang tidak akan berkurangan walaupun anda berpuasa... malah mungkin akan berganda jika anda menjalankan ibadah puasa itu dengan betul.

Bagaimana saya menjalankan ibadah puasa ketika menyusukan Alisya dua tahun lalu?
1. Bangun sahur lebih awal - bangun sahur lebih awal dan minum banyak air suam sebelum dan selepas makan nasi/roti/oat.

2. Sediakan sup sayur atau sup ayam ketika bersahur - lebih banyak cecair yang diminum atau dimakan ketika bersahur akan mengelakkan kita dari dehydrated. Ini juga bagi mengelakkan kita dari rasa pening selepas menyusukan anak. Begitu juga bagi mereka yang memerah di office.

Susu + kurma
3. Ketika hampir waktu imsak saya minum segelas susu segar (tak kisahlah jenama apa pun) yang dicampurkan dengan tiga biji kurma (dicincang. Lagi sedap sebenarnya kalau susu tu diblend sekali dengan kurma... tapi ye la... awal-awal pagi tu... takkan nak blend pula... alamat bangun la anak-anak...) - Alhamdulillah, setiap kali saya puasa saya rasa sangat bertenaga! Ye la... semua orang pun tahu khasiat kurma... So tak perlulah saya mention lagi di sini...

4. Ketika di tempat kerja (ketika itu saya masih bekerja...) saya akan pastikan saya memerah 2 kali juga... seperti hari biasa. Biasanya saya akan perah jam 11 pagi dan 2 petang... Jika sempat sesampai di rumah saya akan perah lagi, biasanya jam 5 atau 6 petang.

5. Ketika berbuka, saya akan minum segelas air suam, sebelum makan berat (saya akan elak minum air manis, sebab air manis akan menyebabkan saya tak puas minum... kalau nak minum air manis pun saya akan minum lepas Isyak...). Waktu berbuka ni saya tak kisah sangat nak makan apa pun... Tapi awas jangan sampai kekenyangan! :p

6. Solat dan ambillah masa (walau sekejap) untuk membaca Al-Quran...

Inilah botol air kesayangan
saya...
7. Sepanjang malam tu, pastikan minum air suam - saya memang akan letak air suam dalam satu botol (650 ml)... dan botol tu akan sentiasa berada bersama saya... dari botol tu la saya akan sukat berapa liter saya minum sehari... saya akan pastikan saya minum lebih dari 2 liter sehari... (even sampai sekarang pun saya mengamalkannya...) 

Apa yang paling penting saya nak share dengan anda bahawa susu yang saya hasilkan pada bulan Ramadhan adalah lebih banyak berbanding bulan-bulan lain... Dan... saya dapat berpuasa penuh!! Alhamdulillah...

Apa yang penting kita perlu sentiasa yakin bahawa susu itu sentiasa cukup untuk anak-anak kita... dan juga sangat penting, sentiasa ingat pada demand dan supply... Semakin banyak anda menyusukan secara direct atau perah, maka semakin banyaklah susu yang dihasilkan... :-)  

So, jangan khuatir... Tempohi bulan Ramadhan dengan 'senyuman'! Tapi jika anda benar-benar tak mampu, berbukalah... Jangan sampai menyakitkan diri sendiri...

Salam Ramadhan buat semua ibu yang menyusukan anak-anak secara esklusif...        

Untuk bacaan lain:
Tips Menggalakkan Penghasilan Susu Ibu

Tuesday, July 17, 2012

Birthday Faris (Part 2)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Alhamdulillah dapat juga mencari kek birthday untuk Faris lewat petang tadi... Kek ni kami beli di La Boheme, kecil je kek ni... namanya Black Forest harganya RM32... Oklah untuk makan 4 beranak je... lagipun Alisya dengan Faris bukan makan sangat pun... Mereka excited nak tiup lilin je... 
 
Black forest cake (La Boheme)

Faris dapat birthday kiss daripada adiknya Alisya :p

Barakallahufik, Faris...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Dah siap pack untuk
kawan-kawan
Alhamdulillah hari ni genaplah lima tahun usia Adam Faris... Syukur ke hadrat Ilahi di atas segala kenikmatan hidup buatnya... Tak sangka... Sekejap je masa berlalu... Semoga kami terus tabah dan sabar untuk membesarkannya menjadi anak yang soleh...

Dari hari Jumaat lagi Faris sangat sibuk mencari barang-barang untuk diberikan kepada kawan-kawannya... Mujur di sini pun ada Super Cowboy.... Dapat la beli beberapa barang untuk dimuatkan ke dalam paper bag. 

Hari Sabtu pula kami keluar lagi mencari kek birthday untuk dijamu kepada kawan-kawan Faris yang ada 25 orang tu... Merata juga mencari... Mencari yang halal dan berpatutan (susah juga nak cari kedai kek Melayu di Melaka ni)... Tapi nampaknya tak berhasil dan kami pulang kepenatan... Sambung esok pula cari kedai kek...



Saturday, July 14, 2012

Bermain Dalam Panas Terik...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

"Kawan... buat apa tu?" tanya Faris (melalui tingkap rumah kami) kepada anak-anak jiran sebelah yang sedang bermain basikal. 

"Main basikal..." jawab Alisha anak sulung kak Azah dan abang Sham.

"Kakak... kakak uat apa tu?" tanya Alisya, anak saya pula.

"Keluar la..." jawab Alisha memanggil Faris dan Alisya keluar. Mereka cuba memujuk saya agar membenarkan mereka keluar bermain... Alisya pula dah menjerit-jerit... Akhirnya saya bukakan juga pintu... 

Ok... inilah cara mereka bermain... Dipisahkan dengan pagar... Anak-anak jiran beralaskan tikar dan payung, manakala Faris dan Alisya berbumbungkan play tent. Maka bermandi peluh la mereka berempat... 


Saya terbalikkan play tent ni sebab disebelah atasnya
ada dua lubang..




Monday, July 09, 2012

Faris Si Penakut!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Kejadian ini berlaku masa makan malam tadi... 
"Faris tolong ambil kicap..." kata saya. 

Faris kemudiannya bangun dan mengajak adiknya Alisya temankan... Tapi Alisya sedang asyik makan epal dan memang tak berganjak, walaupun berkali-kali Faris panggil... (sebab Alisya memang suka makan epal... so panggillah macam manapun dia memang dia buat tak tahu, walaupun dia menyahut bila abangnya panggil...) Lama Faris berdiri sambil perhatikan dapur...

"Ayies takut..." masih lagi berdiri sambil memandang ke dapur... Saya dan encik hubby biarkan saja... Sambil sengaja sibukkan diri mengisi nasi ke pinggan masing-masing... Mungkin dia pun terfikir macam mana nak makan nasi kalau tak de kicap...? Lalu dia berlari ke dapur sambil baca...

"Alif ba ta sa jim ha kho dal... alif ba ta sa jim ha kho dal... alif ba ta sa jim ha kho dal..."  sehinggalah sampai ke meja makan semula... :p

Saya dan encik hubby yang terdengar tergelak sakan... Faris baca sampai 'dal' sebab sampai huruf tu je yang dia kenal. (Faris memang dah hafal lagu Alif Ba Ta cuma huruf yang dia betul-betul kenal baru sampai 'dal'... Kesian pula kat dia...)

P/S: Mungkin saya kena ajar dia baca ayat Qursi lepas ni.... hahahah kesian anak mama ni... takut sangat dia...

Wednesday, July 04, 2012

Wordless Wednesday #7: How Many Faces?


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Cuba kira berapa banyak wajah yang anda boleh kenalpasti dari gambar ini...? Selamat mencari! :p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...