Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Thursday, November 29, 2012

Result Periksa Akhir Tahun Faris...

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Alhamdulillah syukur sangat-sangat bila tengok result akhir tahun Faris... Kalau masa pertengahan tahun hari tu... memang teruk juga result periksa Faris... Cikgu di taska pun asyik bagi komen yang tak berapa best, bila saya jemput Faris dari sekolah... 

Saya memang akan stress setiap kali cikgu mengadu pasal Faris tak kenal huruf, lambat baca, suka bandingkan Faris dengan kawan-kawan yang lain dan macam-macam lagilah... (ye la.. gamaknya macam saya ni tak mengajar Faris di rumah...)

Tapi betul juga... takkan la masuk sekolah terus pandaikan...?! Mestilah ada peringkat-peringkatnya... Mula-mula pandai ABC, pandai kira lepas tu mengeja... baca dan lain-lain... Mengajar Faris ni memang kena banyak sabar... sebab dia hanya akan belajar kalau dia nak belajar... kalau kita saja-saja ajak dia belajar memang dia takkan fokus. Dan lagi satu.. yang saya perasan... Faris ni jenis visualize... dia akan lebih faham bila ada gambar... kalau huruf dan perkataan semata-mata memang dia lambat sikit... 

Sekarang Faris dah baca buku 3, buku Bacalah Anakku... Kira oklah... dari tak tahu apa-apa sekarang Faris dah sampai buku 3... walaupun dah buku 3 saya tetap juga ulang buku 1 dan 2... Ulangkaji pun bagus untuk dia... Eh by the way, ni result Faris...


Nota kaki: Tahniah buat Adik (anak Kak Nor) sebab dapat 5A dalam UPSR baru-baru ni... Bagus la adik... walaupun menghadapi UPSR ketika maknya sakit... dan warded dia still dapat perform... Hebat!!

Jom LIKE Tupperware Kiyter! 

Wednesday, November 28, 2012

Siapa Akan ke Final?

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Menonton rancangan Masterchef sedari episod awalnya, beberapa ramalan telah saya buat... Saya pernah meramalkan Ammar akan ke final. Begitu juga dengan Nora... (oh bukan sebab nama kami sama... cuma saya nampak dia sangat konsisten setiap minggu... sehingga saya boleh meramalkan dia ke final) Sejak Nora terkeluar, saya meramalkan Nina akan survive hingga ke final... Sayangnya semalam Nina juga tersingkir... 

Kini yang tinggal (sehingga episod semalam) Along, Ah Hong, Izyan dan Etiqa... Siapa ye agaknya akan ke final?! Encik hubby saya ada menyebut nama Etiqa... sebagai salah seorang finalist. Tapi sejak Along masuk semula, saya rasa dia agak bersungguh-sungguh untuk berjuang. Ah Hong dan Izyan berbakat besar juga... 

Agak-agaknya... Siapa yang akan ke final? 

Along yang sentiasa bernasib baik...
Ah Hong pun ada bakat...
Etiqa ada pakej!
Izyan suka juga buat something yang different
*** Sumber gambar: FB Masterchef Malaysia

Psst: Saya nak sokong Along la... sebabkan... saya rasa... umur saya 18 dulu... masak pun tak pandai lagi... hahaha.. respect la kat Along... sebab umur 18 dah pandai masak macam-macam... KAGUM!!

Sunday, November 25, 2012

Tudung Pertama Alisya...

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

"Adik nak pakai tudung macam mama... Boleh?! Boleh la... Boleh la..."

Ayat ni kerap juga Alisya sebut bila nampak saya bertudung... Baru-baru ni Alisya nampak sepupu dia pakai tudung... Dia pun asyik cakap, "Syifa pakai tudung cantik..." Nampaknya Alisya berminat nak pakai tudung...!

Kebetulan semalam kami keluar untuk membeli barang dapur... Lalu singgah di uptown dekat MITC (tak banyak gerai pun... tapi kami singgah juga la... cuci mata...

Ternampak satu gerai yang jual tudung terus singgah... Cari dan cuba satu persatu tudung kanak-kanak yang comel... mencari yang sepadan dengan muka Alisya... Akhirnya jumpa! Inilah tudung yang menjadi pilihan Alisya...

Tak sempat nak iron dulu tudung tu... excited nak pakai...


Faris nak ambil gambar dengan Alisya juga...
Sebab dia cakap adik cantik pakai tudung... ^_^

Terus pakai lepas bayar... Then sepanjang dalam kereta dia dok puji diri sendiri cakap, "Adik cantik pakai tudung..." 

Oh ya... Petang tadi masa main kat depan rumah pun Alisya minta dipakaikan tudung... Tengoklah ni...




Hm... nampak gayanya saya kena cari lagi tudung untuk Alisya... Tudung yang saya belikan tu pun agak mahal juga RM15... Kena survey lagi la ni, sebab kakak saya kata ada je tudung budak yang jual RM7 sehelai... Nak buat koleksi tudung untuk Alisya pulalah...!

Psst: Sejuk je perut bila tengok Alisya pakai tudung... (^_^)

Friday, November 23, 2012

Susun: Rak Dapur

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Projek mengemas satu-satunya rak di dapur rumah sewa saya ni dah lama nak buat... cumanya baru jumpa saiz tray yang bersesuaian, untuk menyusun semula barang-barang yang saya letakkan di atasnya. Rak di dapur saya ni mungkin tuan rumah yang buat atau penyewa sebelumnya. Rak ni lebih kurang sedepa panjangnya, berada betul-betul di atas sinki. Sebelum saya menyusunnya, ia kelihatan seperti ini:



Nampak tak tersusunkan?! Plus rak ni agak tinggi, so saya tak nampak dan tak ingat apa yang berada di belakang tu... Bila saya nak ambil barang di belakang tu saya kena la panjat sikit. Memang agak susah la... So, apa yang saya buat:

1. Saya cari tray yang boleh mengisi barang-barang saya tu... Harga tray tu dalam RM3.00 satu. So saya beli 4.( saya beli kat Mydin je... "Mengapa Bayar Lebih?" :p )

2. Saya turunkan semua barang yang ada di rak tersebut... Atau pendek kata kosongkan rak tu...



3. Saya pilih barang-barang yang masih elok dan boleh dipakai (oh jangan terkejut ada juga yang dah expired :p ). Kemudian saya asingkan mengikut kategori... (eh ada kategori pulak?!) Sabun pencuci, spray dapur, spray nyamuk dan lain-lain.

4. Bila dah asingkan ikut kategori, saya labelkan tray. Ini bagi memudahkan saya untuk tahu apa yang ada dalam bahagian belakang tray tu. Lebih kurang macam ni la...


5. Kemudian saya susunkan tray di atas rak tersebut... Taraaaa... dah siap!



So, selepas ni saya tak perlu lagi angkut bangku untuk tengok apa yang ada di belakang rak tu... Saya hanya perlu tarik tray dan walla saya dah boleh ambil apa yang patut... (^_^) Mudahkan?! Jom cuba! Mudah sikit kerja-kerja rumah kita nanti...


Sebelum...

Selepas...


 

Wednesday, November 21, 2012

Barakallahufiq Abah...!!

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Semalam AF sangat excited nak keluar jalan-jalan... Sebab semalam birthday encik hubby. Dari pagi mereka dah practice nyanyi lagu "Happy Birthday" untuk abahnya... Liriknya macam ni...

"Selamat birthday to you...
Selamat birthday to you...
Selamat birthday to you Abah...
Selamat birthday to you..." 

Disebabkan abah balik kerja agak lambat... Faris yang kelaparan habiskan nasi goreng yang saya masak... Alisya pula asyik minta susu... Kesian AF saya... lama sangat tunggu abahnya... 

Birthday boy nak makan Kenny Rogers, so saya ikutkan je lah... (kalau ikut saya... macam sedap je makan kat Secret Recipe... ada kek!!) Ini yang kami order:

Cheese cake...
Spaghetti + BBQ Chicken + Fruits
Macaroni cheese... untuk AF
AF kesayangan saya...
Susahnya Alisya nak pandang kamera...
Birthday boy... with Iced Blended Cappuccino...
Haih... gambar makanan dan minuman saya hilang pula... cari-cari dalam phone dah tak de... :'( mungkin AF saya dah terdelete... Saya makan spaghetti + coslow + chicken with black pepper sauce dan air saya seperti biasa iced blended mocha...   

Semoga encik hubby sentiasa sihat walafiat... panjang umur, sentiasa dimurahkan rezeki dan sentiasa di bawah lindunganNya... InsyaAllah... Amin...

Friday, November 16, 2012

Ibu Saya Telah Pergi...

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Sejak akhir-akhir ni saya dapat banyak komen yang ditinggalkan oleh rakan-rakan blogger pada entri-entri tentang ibu saya ketika hayatnya... (terima kasih juga kepada widget Linkwithin kerana secara tidak langsung ramai yang membaca entri-entri lama saya...

Ramai rakan blogger yang mendoakan akan kesembuhannya... ramai juga yang menyarankan agar saya menghantar ibu membuat rawatan di beberapa tempat yang dinyatakan... ada juga yang menyarankan saya pelbagai produk... dan macam-macam lagi... Sejujurnya saya amat-amat menghargainya... Sekurang-kurangnya ramai yang prihatin... Saya sangat-sangat terharu...

Namun saya tidak pernah sekalipun publish komen-komen pada entri-entri tersebut, sebaliknya saya hanya delete... (maaf kepada sesiapa yang pernah tinggalkan komen di entri-entri ibu saya...) Kenapa ye?! Saya pun tak pasti kenapa saya hanya delete komen-komen tersebut... (Mungkin saya tak mahu bersedih... Saya selalu membayangkan yang ibu saya 'masih ada' bersama saya...)  Sehinggalah saya mendapat komen yang terbaru dari myfreeminded

Saya sangat-sangat berterima kasih di atas doa tersebut... Saya sangat-sangat hargainya... Komen tu juga membawa saya ke entri-entri yang pernah saya tulis tentang penyakit yang ditanggung ibu saya... Betul... saya sedih... Saya sedih sebab saya tahu, saya tak mampu jadi anak yang baik ketika itu... Saya tahu apa yang saya buat dulu, semuanya tak cukup! 

1. Saya mencuci luka di kakinya... saya tahu itu tak cukup!
2. Saya memandikan dan mengelap tubuhnya... saya tahu itu tak cukup!
3. Saya mengingatkannya waktu makan ubat... saya tahu itu tak cukup!
4. Saya tidur di hospital bergilir-gilir dengan kakak-kakak saya... saya tahu itu tak cukup!
5. Saya meluangkan masa dengannya... saya tahu itu tak cukup!
6. Saya menyuap makan dan minum padanya... saya tahu itu tak cukup!
7. Saya bacakan zikir dan Yasin di telinganya... saya tahu itu tak cukup!
8. Saya melalui detik-detik cemas dengannya... saya tahu itu tak cukup!
9. Saya membuat persiapan perkahwinan saya di hospital semata-mata ingin menjaganya... saya tahu itu tak cukup!
10. Saya memandikan jenazahnya... saya tahu itu tak cukup!

Apalah sangat pengorbanan saya pada ibu yang telah menyusukan saya, membesarkan saya, mendidik saya, menyayangi saya dan sentiasa bersama saya ketika senang, susah dan juga ketika saya sakit. Saya tak mampu nak balas semua tu... Kalaulah boleh diputar masa, saya akan berikan lebih daripada itu... 

Untuk rekod, ibu saya telah kembali ke rahmatullah pada 7 Mac 2006, bersamaan hari Selasa, jam 8.45 pagi. Ya, telah 6 tahun berlalu... tapi semuanya rasa masih baru buat saya... Dan baru saya perasan, saya tidak membuat sebarang entri tentang pemergian allahyarhamah ibu saya melainkan entri ini. Tetapi seorang rakan sekerja saya (ketika itu - office lama) telah menghantar info berikut, disalah satu entri, pada tarikh ibu saya meninggal dunia:

 
Terima kasih kepada encik Zumaidi atas info itu... Saya kehilangan ibu saya pada ketika saya lagi empat hari akan diijabkabulkan. Kesedihan yang saya tampung ketika itu... Hanya Allah yang tahu... 

Moga ibu saya tenang di sana dan tergolong di kalangan para solihin... Mengingat segala kenangan bersama ibu sesuatu yang indah dan tak mungkin dapat saya lupakan... Lebih-lebih lagi masakannya... Buat para blogger... Hargailah ibu bapa anda saat mereka masih ada... Al-Fatihah buat allahyarhamah ibu dan allahyarham bapa saya... Amin...       

Nota kaki: Salam 1434H buat semua blogger. Semoga tahun baru ini menjadikan kita insan yang lebih baik... InsyaAllah... Amin...

Allahyarhamah ibu saya, ketika majlis pertunangan saya... 


Saturday, November 10, 2012

Tupperware Kiyter: Diskaun 10%


Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Ada tak siapa-siapa peminat Tupperware Brands? Jika ada jom cuci mata di Facebook Tupperware Kiyter yang kini menawarkan 10% diskaun atas barang-barang READY STOCK. Anda mungkin berkenan dengan yang ini... 

Tempting Treats 1.1L
boleh letak biskut-biskut buat minum petang :D , atau set pink yang comel ini... 

Snowflake Surprise + Square Eco Bottle
Pink Passion
Set yang sesuai untuk menghiasi peti sejuk anda... :D 

Untuk mengetahui saiz dan pelbagai pilihan lain, jom pakat LIKE page, Tupperware Kiyter. Kalau tak nak beli pun tak pe... Jom cuci mata!! (^_^) 

Friday, November 09, 2012

Saya join GA 2012 Nurul Yui

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Hari ni rasa nak memeriahkan GA anjuran Nurul Yui... Mana tahu kalau ada rezekikan...?! Kalau ada yang berminat dan berkesempatan boleh la join GA ni, tekan la banner di bawah ni... Tarikh tutup 23/11/12, hari Jumaat, jam 8.12 malam. 



Eh lupa... GA ni ada macam slogan yang perlu diselesaikan... ni jawapan saya... 

Saya join GA 2012 Nurul Yui kerana, menyokong rakan-rakan blogger yang menganjurkan GA seterusnya memeriahkan dunia blogging! (nasib baik cukup 10 patah perkataan (^_^) )

Antara hadiah yang ditawarkan...
1. Topup / bank in melalui CIMB RM30
2. 5 hadiah saguhati berupa barangan craft dari Nurul Yui Collection


Wednesday, November 07, 2012

Resipi Mudah: Roti Jala

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Hasil saya 'menjala' pagi semalam... Dapatlah dalam sepuluh ketul roti jala... Resipi yang mudah ni saya ambil dari majalah Mingguan Wanita simpanan saya... Sukatan ni yang saya agak-agak... (sebab sukatan bahan dalam majalah tu dalam gram... susah sikit nak agak kalau tak de penimbang...) Mungkin anda juga boleh gunakan...

Bahan-bahan yang diperlukan:
7 senduk kecil tepung gandum
Setengah sudu kecil garam
Air masak secukupnya
Sedikit serbuk kunyit (sebagai pewarna)
Minyak masak 

Cara membuatnya:
1. Ayakkan tepung gandum di dalam sebuah bekas. Masukkan serbuk kunyit.
2. Larutkan garam dalam segelas air masak. Kemudian campurkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung tadi. (*Adunan tidak boleh terlalu cair atau terlalu pekat* So, kena agak-agaklah kepekatannya...)
3. Kacau adunan sehingga sebati. 
4. Tapis adunan agar tidak tersumbat pada acuan roti jala. 
5. Sapukan sedikit minyak pada kuali leper dan mula 'menjala'.
6. Apabila telah masak, angkat dan gulungkan.

Roti jala makan dengan kari ayamlah kan?! Memang sedap... Selamat mencuba! (^_^)

Ada HABUK Kat Armpit!!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah, 

Sedang saya sibuk menjahit cross stitch, Faris yang sedang baring tiba-tiba datang dekat saya... 

Faris: Mama, armpit Ayies ada HABUK la mama... (dari ekor mata, saya perasan dia tunjuk ketiaknya...)

Saya: Hah? Faris main kat mana sampai habuk lekat? (tanya saya sambil terus menjahit... bila dia tengok saya endah tak endah... dia buka baju dan dekatkan ketiaknya pada saya...)

Saya: Eh apa ni Faris...?! Mama pegang jarum ni kan.. Karang tercucuk pulak!!

Faris: Ayies cakap... Armpit Ayies ada HABUK... tengok ni... (saya pun pandang...)

Saya: Chait! tu bukan HABUK... tu ketiak ada DAKI... dah jom mandi...!!

Sepanjang mandi tu Faris gelak-gelak... sambil gosok armpit dia... lepas tu dia cakap... "NI DAKI... DAKI... AYIES INGAT HABUK TADI!!" 

OK... itu adalah perkataan baru lagi untuk Faris... Adoi... sabar je la...  

Monday, November 05, 2012

Bersantai di Pantai Pengkalan Balak

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Alhamdulillah setelah sekian lama tak bermalam di hotel/resort... Dapatlah kami sekeluarga merehatkan badan di Perahu Layar Beach Resort, di Pengkalan Balak, Melaka... Walaupun "percutian" ini dalam Melaka juga... sekurang-kurangnya dapatlah bawa AF berjalan-jalan... Oh ya, ini pertama kali Alisya bermalam di resort. Memang seronok sangat dia...!

Dan yang paling penting... seronoknya dapat tengok laut... tersangatlah tenangnya... kalau 3 tahun lalu, hari-hari saya tengok laut... sebab kolej IKIP tempat saya bekerja dulu berhadapan dengan laut... 

Sekali sekala saya ada juga buat kuliah di depan laut tu... bila time lunch juga, hari-hari disapa angin laut... Nasi lemak... rojak ayam... Haih!! Sedapnya!! Ah, rindunya zaman mengajar dulu... Macam saya, Faris pun excited bila tengok laut... ye la... dulu pun encik hubby rajin bawa Faris main-main di tepi pantai...  Maklum la di Pahang dulu ada banyak tempat boleh singgah main air laut... 


Pemandangan dari dalam bilik
Hujan dah nak turun... Air pasang... Ombak kuat
tapi Faris tetap nak main ombak... Lastnya pegang
tiang yang penanda aras air laut tu... :p
Takut takut pun posing juga...

Tips: Pentingnya Menjaga Gigi Anak

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Ramai ibu bapa yang masih 'takut' untuk mengajar anak-anak untuk memberus gigi. Sedangkan perkara ini perlu diajar sedari mereka kecil agar mereka tahu akan kepentingan rutin ini. 

Seperti orang dewasa, kanak-kanak juga akan mudah mendapat kerosakan gigi dan jangkitan dalam mulut. Ini kerana sisa makanan yang tertinggal di dalamnya. 

Bila?
Sebaik sahaja gigi pertama anak tumbuh, maka ibu bapa perlu mengajar anaknya cara yang betul untuk memberus gigi. (biasanya gigi bayi boleh tumbuh pada bila-bila masa sejak lahir sehinggalah 2 tahun lebih, so kalau baby masih kecil 4-6 bulan ibu bapa kenalah bersihkan gigi mereka...

Kenapa?
- untuk mengelakkan jangkitan bakteria di dalam mulut
- mencegah kesakitan, kerengsaan dan kerosakan gigi

Bagaimana?
1. Bagi bayi yang masih belum tumbuh gigi, bersihkan gusi mereka dengan kain bersih. (dulu saya pakai kain lampin yang dipotong empat... senang... sebab kain lampin tak la keras sangat) Caranya: basahkan kain lampin tu dengan air suam dan gosok dengan lembut pada gusinya ketika mandi...

2. Bagi kanak-kanak yang baru tumbuh gigi, gunakan berus gigi yang boleh disumbat dalam jari anda (baby toothbrush finger), lalu gosokkan perlahan-lahan pada giginya.  

3. Bagi kanak-kanak yang giginya sudah agak penuh, bolehlah dibelikan berus gigi yang lembut dan ajarkan mereka cara memberus gigi dengan betul. Ketika ini, jika anak anda telah berusia 7 bulan ke atas, bolehlah diletakkan sedikit ubat gigi yang tidak mempunyai fluorida. (Ubat Gigi Mu'min Junior, merupakan salah satu produk yang halal dan selamat untuk kegunaan kanak-kanak...)

Elakkan!
1. Jangan letakkan ubat gigi, jika bayi anda berumur 6 bulan ke bawah, walaupun ubat gigi yang tidak mempunyai fluorida. 

2. Jangan biarkan anak-anak memberus gigi tanpa pengawasan anda.

3. Jangan biarkan anak anda tidur dengan botol susu. (ini paling susah sekali, sebab AF saya memang takkan boleh tidur kalau tak minum susu...)


Nota kaki: Gigi yang sihat membolehkan si comel anda untuk makan, bercakap dan senyum. So berikan mereka  keyakinan itu dengan rutin memberus gigi! (^_^) Klik sini untuk tips saya mengajar anak-anak saya memberus gigi. Klik sini untuk rujukan lanjut...
 

Friday, November 02, 2012

Jari Saya Sakit...

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Semalam Faris lukis gambar ibu jarinya yang luka... (padahal bukan luka teruk pun, sikit je... beria sangat nak pakai plaster...

Oh jarinya sangat gemuk dan comel.. hahaha
Cuba tengok hasil lukisannya... Amacam sama tak?! (^_^) Bila tanya kenapa kuku panjang sangat? Tajam-tajam pula tu... Then dia jawab, "Memang la... belum potong kuku lagi... kalau dah potong tak panjang la.." (adeh, sabar je la...

Sama tak? Sama tak? :p


Tips: Menjadi Ibu Bapa Mithali

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Image taken from here
Ilmu ini saya petik dari rancangan Selami Jiwa (musim kedua) bersama Dato' Dr Fadzilah Kamsah. Perkara yang mungkin kita dah tahu tapi susah sangat nak buat... 

Nak jadi ibu bapa yang disayangi dan dihormati anak-anak bukanlah mudah... Kita (ibu bapa) perlulah tunjukan teladan yang baik... Sebab anak-anak sedikit sebanyak akan "tiru" perangai dan tingkah laku kita... 

Jom semak tips menjadi ibu bapa mithali:

1. Rapatkan diri dengan Allah - ibu bapa perlu banyakkan berdoa agar kita dapat menjadi ibu bapa yang baik, dihormati, disayangi dan disegani anak-anak.

2. Bentuk suasana rumahtangga yang harmoni - ibu bapa yang ada salah faham, cuba selesaikan dengan cara yang terbaik... jangan bergaduh depan anak-anak, kerana akan mengganggu emosi anak-anak tersebut.

3. Jadilah kawan kepada anak-anak apabila mereka berusia 14-21 tahun, apabila anak dah berusia 21 tahun, biarkan mereka membuat keputusan sendiri - dalam keadaan ini ibu bapa hanya bertindak sebagai penasihat dan mendoakan anak-anak.

4. Pamer kasih sayang yang lebih kepada anak-anak agar mereka sentiasa rasa tenang dan selamat disamping kita...

5. Ibu bapa perlu menpunyai hubungan yang baik dengan cikgu sekolah agar boleh memantau peribadi anak-anak.

6. Jika pasangan yang telah berpisah, jalinkan hubungan baik dengan bekas pasangan (suami/isteri) - ini kerana tanggungjawab menjaga anak-anak adalah tanggungjawab bersama.


Moga perkongsian ini sedikit sebanyak menyedarkan kita bahawa perasaan anak-anak perlulah dijaga, sejak dari mereka kecil sehinggalah mereka dewasa.  

Thursday, November 01, 2012

Macam Mana Bunyi Cacing?!

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

AF saya... Alisya Farha & Adam Faris
Dalam perjalanan balik dari bank saya borak-borak dengan AF saya... Terfikir nak main game teka bunyi binatang dengan mereka:

Saya: Bunyi tiger macam mana Alisya?
Alisya: Auuummm... (masa ni Faris tak berminat nak join)

Saya: Pandai... bunyi monkey?

Alisya: uk ak uk ak uk ak... 


Saya: Very good... bunyi cat?
Alisya: Meeooowww... 


Saya: Pandai la Alisya ni... (tiba-tiba Faris menyampuk...)
Faris: Adik tak pandai... adik tak pergi sekolah...
Alisya: Adik pandai la...

Saya: Dua-dua pun pandai... (kalau tak di stop kan... boleh jadi gaduh AF ni...) Ok... Bunyi elephant macam mana?
Faris & Alisya: eeeekkkkkkkk... (sambil buat macam belalai dengan tangan...)

Saya: Pandai... Bunyi dog?
Faris & Alisya: wafff waff... 


Saya: Pandai... Bunyi duck?
Faris & Alisya: kuek... kuek.. kuek...


Saya: Pandainya... bunyi ayam?
Faris & Alisya: kok kok kokkk...

Saya: Bunyi cacing?! (oh saya terlepas sebut nama binatang ni sebab saya nak buat u-turn... Faris & Alisya senyap *bunyi cengkerik*... masing-masing berfikir... Saya tergelak dengan soalan saya sendiri... Dalam hati tertanya... macam mana bunyi cacing? Kot-kot la AF saya boleh bagi apa-apa bunyi...

Tiba-tiba Faris cakap... Apa mama ni... mama tak pandai ke?!?! Cacing ada bunyi ke?!? Cacing mana ada bunyi...!!! Pot pet.. pot pet... Pot pet... Pot pet... (Adeh... terkena pula saya! Sabar je la... huhu... Faris kalau dah start membebel... susah nak berhenti... saya pula yang senyap *bunyi cengkerik*)

  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...