Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Monday, October 28, 2013

Buang Hempedu: Perkongsian Pakar Pemakanan - Mushidah Zakiah

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah... 

Beruntungnya saya dan rakan-rakan yang mencari informasi tentang diet/menu setelah membuang hempedu, apabila seorang Pakar Pemakanan dari Pusat Perubatan Prince Court sudi berkongsi tentangnya. (Jika masih ingat, saya pernah menulis entri ralat di sini atas keperihatinan Pakar Pemakanan ini

Berikut adalah respon Pakar Pemakanan, Puan Mushidah Zakiah bt Mohad Akran melalui email tentang diet setelah membuang hempedu.    

Puan Nora,
Terima kasih kerana telah mengambil teguran saya secara positif. 

Berkenaan soalan puan tentang diet selepas pembedahan pembuangan pundi hempedu, saya tidak keberatan berkongsi sedikit informasi.

Saya telah membaca entri yang puan sertakan berkenaan menu/diet selepas pembedahan hempedu. Boleh dikatakan fakta yang puan berikan adalah betul.

Namun begitu, secara amnya, untuk memahami diet yang sesuai, kita perlu faham fungsi pundi hempedu terlebih dahulu.

Fungsi Hempedu

Pundi hempedu adalah terletak di bahagian bawah hati yang mana hati mengeluarkan hempedu, sejenis cecair yang diperlukan untuk menghadamkan lemak daripada makanan yang kita ambil. 

Pundi hempedu bertindak sebagai tempat simpanan hempedu yang di hasilkan oleh hati.  Sebaik sahaja ada pengambilan makanan berlemak, pundi hempedu akan merembeskan hempedu ke dalam usus kecil untuk proses penghadaman dan peresapan nutrisi (sebagai respond kepada pengambilan makanan berlemak). 

Namun begitu, selepas pembedahan, hati merembeskan hempedu ke dalam usus kecil secara berterusan (tidak di kawal) kerana tiada lagi pundi hempedu sebagai tempat simpanan hempedu. 

Sekiranya hati telah habis menghasilkan hempedu pada satu satu masa,  dan anda mengambil makanan berlemak selepas penghasilan hempedu, lemak berlebihan yang diambil akan tinggal di dalam usus besar yang mana menyebabkan bakteria mula memakan dan mencernakan lemak tersebut dan kesannya anda akan mengalami kembung perut (angin) atau pun cirit birit.

Disebabkan tiada lagi tempat simpanan hempedu, anda perlu makan secara seimbang seperti piramid makanan, dengan penambahan untuk mengurangkan jumlah lemak dalam diet kepada lebih kurang 40 hingga 50g sehari sahaja.

Saranan
Pertama sekali, penggunaan lemak dalam masakan mesti dikurangkan. Lemak ini termasuk minyak, santan, marjerin, butter. Minyak zaitun adalah minyak yang bagus, namun begitu kuantitinya perlu dihadkan juga. Saranan penggunaan lemak adalah lingkungan 1 hingga 2 sudu teh lemak untuk setiap waktu makan (untuk penyediaan semua jenis lauk pada satu waktu makan)

Kedua, lemak jugak terdapat secara semula jadi dalam makanan berprotein seperti ayam, ikan, daging. Untuk memastikan anda tidak mengambil lemak secara berlebihan, buang semua lemak yang ada pada makanan ini sebelum memasak. Kulit juga termasuk kategori lemak. 

Selain itu, secara amnya, semua jenis makanan yang berminyak/berlemak harus dikurangkan atau diambil dalam kuantiti yang kecil.

Perlu ditekankan, diet ini adalah saranan secara am. Pendekatan diet yang lebih individual amatlah perlu kerana setiap pesakit mempunyai masalah atau tindak balas berbeza terhadap pelbagai jenis makanan. 

Saya harap, penjelasan ini dapat membantu puan memahami dengan lebih jelas. Terima kasih.

Entri berkaitan:
a) Akhirnya Hempedu Dibuang
b) Buang Hempedu: Amalan Selepas Pembedahan
c) Buang Hempedu: Menu Sepanjang Berpantang
d) Buang Hempedu: Sebab Saya Jalani Pembedahan

Nota kaki: Terima kasih banyak-banyak pada Puan Mushidah kerana sudi berkongsi ilmu dan kepakaran bersama saya dan pembaca blog ini, terutamanya mereka yang juga mengalami masalah batu karang hempedu seperti saya. Moga Allah kurniakan kesihatan buat kita semua... In sha Allah... Amin...

* * * 
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


35 comments:

  1. wah bagusnya dia.. baik kan.. snaggup berkongsi.. balas emel akak secara personal...

    ReplyDelete
  2. Baguslah akak. Dapat saya ilmu baru. terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  3. salam kak...sy bru 7 ari pas op...buang hempedu tu..nk tahu punce terjadi batu hempedu ...tempoh berpantang berapa lama...dn risiko untk terjadi balik penyakit tu boleh terjdi ke lps pembuangan tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam... alhamdulillah... moga segera sembuh ya dan selamat berpantang.. :D dulu saya berpantang sebulan juga... tak makan makanan berminyak, bersantan dan fast food... byk mkn bubur/nestum/oat... banyakkan minum air suam...

      penyakit ni mungkin boleh berulang kalau kita tak jaga pemakanan kita... kalau boleh kawal pemakanandan amalkan memakan mengikut piramid makanan. banykkan buah2an dan sayuran... yang paling penting makan dalam kuantiti yang sedikit pada satu2 masa...

      batu karang boleh terjadi apabila lemak dan minyak tidak dapat dikeluarkan daripada tubuh badan kita... pendek kata, pastikan kita "membuang" pada setiap hari...

      Delete
  4. Salam. .sy bru je buang kantung hempedu 3 hari lepas..sakit luka operate pn masih terasa. .betul ke batu boleh ada blik ? Sdgkan kita dah buang hempedu terus. .takutnya kalau sakit berulang lg. .=(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam... bak kata doktor saya dulu, batu karang mungkin boleh jadi lagi kalau kita tidak menukar plan pemakanan kita.

      Walaupun kita telah membuang kantunh hempedyu tersebut, ia masih boleh terjadi di buah pinggang, saluran hati, mahupun pundi kencing... yang penting, kena minum banyak air...

      Jaga diri ya... (^_^) moga cepat sembuh

      Delete
  5. salam, sy br je lepas operate buang hempedu.nak tnyelah, badan still sakit2 lg ke lepas buang tu.mcm sy dekat tengkuk belakang sakit bl bgn.tempt tebuk pun skt juga..ade x sesape yg mengalami.0173010258

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam.. saya rasa itu adalah sakit yg biasa selepas operation... insyaAllah slowly ia akan reda... yg penting kena rehat cukup ya...

      Delete
  6. Assalam..trima kasih blog ni sngt mbantu..sy br mnjalani opration buang pundi hempedu 3 hari lalu...mmg sangat sakit smpi rasa angin kat seluruh bdn..hr ptama buang pundi hempedu..direa smpi 7 x ke tandas..asal mnum sikit..mmg kuar..huhu..ble tak suggest makanan utk pantang..smpi skrg x berani nak mkn..mkn sikit sj da nak kuar balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam... saya tidak pula cirit birit selepas operation... mungkin itu salah satu simptom selepas operation utk badan cik/puan... mungkin ia adalah normal... cuma saya sarankan consult semula dgn doc, jika ia berterusan.

      Saya telah berkongsi menu yg saya makan sepanjang berpantang selepas membuang hempedu... Cik/puan boleh rujuk pautan berikut...

      http://dialoguda.blogspot.my/2013/04/buang-hempedu-menu-sepanjang-berpantang.html?m=1

      Delete
  7. Salam..semalam 11/10/15 saya br shj mnjalani laparoscopy membuang hempedu bersama batu. Alhamdulillah, everything going well..wwpon ada rasa sedikit sakit tp sekurang2 xsakit spt yg ditanggung sebelom ni.

    Apapun tq.entry ni byk membantu. Hmm..selamat bpantang utk sy dan teman senasib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam... alhamdulillah juliana, syukur segalanya berjalan dgn lancar... terima kasih juga kerana sudi membaca perkongsian saya di sini...

      Saya doakan juliana akan segera sembuh...selamat berpantang... :D

      Delete
  8. Salam nk tny pas abis bius tu bape ari kite kna tnggung sakit? Sakit sgt ke...ngeri la plk rase

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikummussalam... sakit selepas operation tu bergantung pada tahap badan seseorang.

      Macam saya sendiri sakitnya tu tidaklah sesakit sebelum hempedu dibuang. Sebaik selesai operation saya muntah hijau, mengikut kata nurse itu adalah gas yang dimasukkan dalam badan saya untuk mengembungkan perut saya ketika operation.

      Pendek kata, sakit sebelum operation tu lebih sakit daripada selepas selesai operation... :D

      Delete
    2. Alhamdulillah dh 3 hari wt operation buang hempedu...pakai kaedah laparoscopy...xde sakit mn pn pas operate ni lg sakit bila batu ddk dlm hempedu kan3 hehe

      Delete
    3. Alhamdulillah... betulkan Angah, sakit sebelum buang hempedu tu lagi sakit berbanding dah buang... InsyaAllah bila dah buang hempedu, perut akan rasa lebih lega...

      Delete
    4. Saya dah buang hempedu lebih kurang 9 bulan dng satu tebukan kecil di pusat. lepas operation mmg la sakit sikit sebab buang hempedu. tapi lepas tu rasa lega sangat & Alhamdullilah dan kembali sihat. kualiti hidup pun semakin bagus sebab kita sihat. Doc saya pesan just jaga diet je dan pantau warna najis utk 3 bulan pertama sebab takut saya tak dpt nutrisi yang sepatutnya.

      pada yg takut2 nak oprate tu, kena kuat semangat. kena ingat kita nak sihat, kalu selalu sakit mmg tak best kan

      Delete
  9. Terima kasih atas perkongsian ilmu nie,,sbb sya antranya yg baru di buang hempedu,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2... Moga segera sembuh ya (^_^)

      Delete
  10. Tq atas prkongsian ilmunya,,😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2, moga bermanfaat buat mereka yang mencari info ni...

      Delete
    2. Saya baru saja menjalani pembedahan membuang hempedu minggu lps melalui laparoscopic. Alhamdulilah semua brjn dgn lancar. Terima kasih di atas perkongsian yg sgt berguna. Setakat ni saya makanan yg tidak berminyak dan lebih kpd sayuran n buahan. Saya jg minium air suam 2 liter sehari.

      Delete
    3. Alhamdulillah... Didoakan agar segera sembuh, terima kasih juga kerana sudi membaca info di blog saya... :D

      Delete
  11. saya nk tanyA..masih berpantang lagi ke..saya operate thn lepas...tp skrang sayA makan seperti biasa..huhu..risau juga

    ReplyDelete
  12. Hihihi saya tak berpantang dah. Sekarang ni pantang nampak kot...hahahah

    ReplyDelete
  13. Anak saya umur 3 thn buang pundi hempedu baru2 ni. Bgmn jika dia masih menyusu adakah saya perlu kurangkan. Saya tanya doktor hrtu doktor kata bagi je apa yang dia nak makan. Tp saya takut mslh lain dikemudian hari. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut doktor, memang boleh je makan semua... tapi anak umur 3 tahun kalau tak kasi minum susu kesian pula. Mungkin puan boleh bagi sikit2...

      Delete
  14. Semalam saya baru jalani pembedahan laparoscopic...bila nak tarik nafas je belah kanan sy sakit...knp yer??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sebab baru lagi encik. Encik perlu banyak berehat. Minum air suam banyak ye encik... Saya doakan encik cepat sembuh. Take care

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...