Nuffnang Ads

Kuih Raya! (^_^)

Agoda Ads

Wednesday, May 29, 2013

Selamat Bercuti... ;)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah...


Musim cuti sekolah ni, rata-rata akan ambil kesempatan untuk menghabiskan masa bersama keluarga... Mungkin ramai juga yang bercuti di dalam mahupun luar negara... Ke mana juga anda pergi, moga semuanya dalam keadaan baik dan selamat... Amin...

Buat saya sendiri pun sedang dalam mood bercuti... Encik hubby cuti seminggu... Dan 'percutian' kami sangat padat... (Melaka-Gombak-Kuantan-Gombak-Melaka)... Entri lain baru cerita ya... Tak puas pula rasanya update dengan handphone ni... 

Apapun terima kasih sangat-sangat buat mereka yang sudi singgah ke blog ni walaupun tuan blog sedang bercuti... :p In sha Allah, minggu depan berblog seperti biasa... 

Nota kaki: Luangkan masa yang berkualiti bersama keluarga tersayang... Moga anda semua di bawah lindungan Allah... Amin... Selamat bercuti!   \(^_^)/



Friday, May 24, 2013

Mini Giveaway #4: Pemenang

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Terlewat satu hari untuk umumkan pemenang bagi giveaway yang ni... Encik hubby cuti, maka AF saya menuntut untuk di bawa berjalan-jalan. Hari ni Encik hubby kerja, maka dapatlah saya minta jasa baik Alisya untuk cabut undi...

Sebelum cabut undi tadi, saya suruh Alisya baca Bismillah... sekali dia angkat tangan dan baca doa makan... siap terjemahan sekali... Maklum la baru hafal baca doa makan... boleh la... ^_^

So, pemenang bertuah yang akan mendapat buku Dahsyatnya Doa Ibu ini adalah nombor pada pemilik blog ini:



Tahniah pada Fiza... Minta jasa baik Fiza untuk berikan address ke email nora1404@yahoo.com ya... ^_^

Terima kasih tidak terhingga juga kepada semua yang sudi join giveaway ini... Moga anda semua sihat walafiat dan sentiasa dimurahkan rezeki oleh-Nya... Amin...
  


Thursday, May 23, 2013

Terubat Rindu...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

"Salam dr bumi Mekah... Sangat syahdu perasaan kat sini..." 

Itulah permulaan mesej yang dihantar oleh seorang rakan yang sedang mengerjakan umrah, bersama kedua ibubapanya. Ya Allah, serious saya selalu teringatkan dia di sana sejak dia berangkat pada 11 Mei lalu... Bukan saya risaukan dia... Cuma saya memikirkan apa yang sedang dia lakukan di sana... Dan saya sentiasa berdoa agar dia dan kedua ibu bapanya baik-baik saja...

Ieta memang hobinya merantau/melihat negara orang... boleh rujuk Travelblognya di sini... Ke mana dia pergi, sekurang-kurang saya akan tahu... Bila diberitahu yang dia akan mengerjakan umrah, saya makin teruja... Bila dia mesej dan beritahu yang dia akan berangkat ke Mekah... sebak rasanya... sempat juga saya minta dia doakan agar saya juga dapat ke sana... Sehari sebelum dia berangkat ke Mekah pun saya mesej lagi dan doakan agar perjalanan dan urusannya sekeluarga di sana dipermudahkan Allah...

Dalam masa berbalas mesej tu, sempat saya tanyakan keadaannya di sana... Tak banyak yang dapat dia ceritakan dalam masa yang singkat tu... tapi saya dapat rasakan dia bahagia dan seronok di sana... Syukur alhamdulillah... Sempat juga saya minta dia hantarkan gambar pada saya... Dan gambar ini buat saya mengalirkan air mata... Sungguh... Moga Allah izinkan saya menjejakkan kaki di sana... 


Moga Ieta dan ibu bapanya sihat-sihat saja dan moga Allah permudahkan segala urusannya di sana... Tak sabar pula nak dengar (baca sebagai bermesej dengan Whatsapp...) cerita tentang pengalamannya di Mekah... 

Psst: Serious tak pernah sangka saya dan Ieta boleh berkawan rapat... sebab dulu masa saya mula-mula masuk kerja di IKIP, bukan main sombong dia ni... :p (kalau Marhana baca entri ni mesti dia gelakkan saya, sebab layanan Ieta pada saya dulu... hehe) Tapi tak sangka kami boleh rapat even saya dah tinggalkan IKIP... Moga Allah sentiasa menjaga persahabatan kami dengan baik... Amin...



Wednesday, May 22, 2013

Tuesday, May 21, 2013

Kurangkan Aktiviti Luar Rumah Semasa Cuaca Panas, Elak Strok Matahari - Pakar

KUALA LUMPUR, 14 (Mei) Bernama -- Orang ramai terutama kanak-kanak dinasihat mengurangkan aktiviti di luar rumah semasa cuaca panas sekarang bagi mengelakkan terkena 'sunstroke' atau strok matahari yang menyebabkan seseorang pengsan.

Setiausaha Agung Kehormat Persatuan Perubatan Malaysia, Dr H. Krishna Kumar berkata keadaan itu berlaku antaranya disebabkan panas matahari yang menyerap cairan daripada badan mengakibatkan mereka mengalami dehidrasi.

"Walaupun minum banyak air tetap tidak digalakkan melakukan aktiviti di luar rumah kerana air lebih cepat terserap melalui peluh yang dihasilkan.

"Lebih teruk jika terjadi kepada kanak-kanak kerana sistem pertahanan tubuh mereka tidak sekuat golongan dewasa," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Dr Krishna menasihatkan kanak-kanak yang berjalan kaki ke sekolah menggunakan payung bagi mengelakkan mereka berasa lemah akibat cuaca panas yang seterusnya akan mengganggu pembelajaran.

Pakar perubatan Hospital Pantai Kuala Lumpur Dr David Quek Kwang Leng menyarankan penghidap penyakit berbahaya seperti diabetes, jantung dan buah pinggang berunding dengan pakar masing-masing bagi mengetahui cara penjagaan diri semasa cuaca panas.

"Mereka yang normal dan menghidap penyakit serius mempunyai kondisi badan yang berbeza. Maka penjagaan diri mereka juga harus lebih mendalam," katanya.

Beliau berkata jika kebiasaannya masyarakat perlu minum seliter air setiap hari, ketika cuaca panas orang ramai disaran minum antara satu setengah dan dua liter termasuk pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan banyak.

Katanya selain kerap mandi untuk menyejukkan badan, penggunaan krim pelindung cahaya matahari juga dapat membantu melindungi kulit daripada terbakar.

Laman web TheStar.com pada Selasa memetik Jabatan Meteorologi Malaysia yang mengatakan cuaca panas dan kering di Lembah Klang sekarang boleh dikaitkan dengan perubahan pola angin dan kesan ribut Mahesan di Teluk Bengal.

Keadaan itu dijangka berubah apabila pola angin stabil dengan peralihan monsun hujung bulan ini yang diramal membawa lebih banyak hujan.

"Pada masa sekarang, suhu di Lembah Klang secara purata mencatatkan 35 darjah Celcius," lapor laman web itu.

-- BERNAMA 

Nota kaki: Faris sekarang kalau balik sekolah akan minum sejug Milo atau Nescafe sejuk dengan kerap... So saya memang akan standby Milo atau Nescafe untuknya dalam peti... bila dia nak minum, dia akan ambil secawan... Alisya pun minum air suam dengan banyak (Alisya ni senang sikit nak suruh minum air suam...), kalau dia nak susu saya akan buatkan je... sebab cuaca panaskan... kita sendiri rasa kerap haus... inikan pula anak-anak kecil ni... 

Baca entri berkaitan: Cuaca Panas


Mini Giveaway #4: Senarai Peserta

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Berikut adalah senarai peserta bagi Mini Giveaway #4. Terima kasih kerana sudi join. Yang pasti salah seorang peserta bertuah akan memiliki buku Dasyatnya Doa Ibu...  

1. http://cyanxkamo.blogspot.com/

2. http://whatever-ville.blogspot.com/

3. http://nanaownlife.blogspot.com/

4. http://my-adam.blogspot.com/

5. http://norazis2908.blogspot.com/

6. http://aku-saya-alam.blogspot.com/

7. http://anumzakie.blogspot.com/

8. http://ihaveasweetsmile.blogspot.com/

9. http://cikviva.blogspot.com/

10. http://kesumaangsana.blogspot.com/

11. http://atieyusoffamily.blogspot.com/

12. http://puankutu.blogspot.com/

13. http://bahrain-info.blogspot.com/

14. http://haslizalizz.com/

15. http://masyaamiraaimie.blogspot.com/

16. http://azievee.blogspot.com/

17. http://ceritadanishdanumi.blogspot.com/

18. http://mamiraysha.blogspot.com/

19. http://hainomokje.blogspot.com/

20. http://sharingiscaring-fiza.blogspot.com/

21. http://lobaksusue.blogspot.com/

22. http://www.encikcopypaste.my/

23. http://pari2cumel.blogspot.com/




Nota kaki: In sha Allah dalam sehari dua ni saya akan minta Alisya untuk buat cabutan undi... 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...