Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Wednesday, July 31, 2013

Wordless Wednesday #35


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 22 Ramadhan,

Berikut adalah tip mudah bagi mengetahui sama ada telur yang dibeli dalam keadaan yang baik atau sebaliknya. Kredit kepada Facebook: Kedai Mama And Kids.


* * * 


Tupperware Kiyter sedang merekrut ahli baru dalam team kami. 
Nikmati diskaun sehingga 25%-30% sebagai ahli  
(atas barangan Tupperware (25%), NatureCare, Nutrimetics, TupperClean) 
dengan yuran keahlian hanya RM70.00
Juga nikmati pelbagai lagi keistimewaan lain.


Call/SMS/Whatsapp: Nora: 0193441384 / Kamarul: 012-6526556
Jom Sertai Kami! ^_^

Tuesday, July 30, 2013

"Adik Tak Bau Mama..."


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 21 Ramadhan,

Dah dua tiga kali sahur Alisya bangun jam 4.30 pagi... Dia bukan bangun untuk bersahur... Tapi mencari mamanya...

Saya: Kenapa bangun awal sangat? Alisya nak puasa ke?

Alisya: Tak... Adik cari mama...

Saya: Kenapa? Mama nak sahur... Alisya tidur kat atas ya...?!

Alisya: Tak nak... Adik tak bau mama...

Alololo, pandai pula dia... Tekejut juga bila dia cakap macam tu... Terus saya dukung dia, letak di atas tilam di ruang tamu sambil saya siapkan makanan untuk sahur... Dan selalunya dia akan minta susu dan terlelap semula bila saya cakap saya nak masak di dapur...

Alisya ni ada satu perangai, dia tak suka kalau saya tak beritahu ke mana saya nak pergi... Kalau saya ke dapur, saya kena beritahu dia kenapa saya nak ke dapur. Lebih kurang macam minta izin la... Kalau saya tak buat macam tu... maka meraung la dia minta saya duduk di sebelahnya sehinggalah dia bertenang semula... Hai la anak...


Nota kaki: Saya pun kalau pergi training Tupperware, mesti tak sabar nak balik dan "bergaduh" dengan Faris dan Alisya... Tiba-tiba terfikir... Kalau saya "tak de" nanti, macam mana agaknya Faris dan Alisya...?! (sedih pula! :( )

* * * 


Tupperware Kiyter sedang merekrut ahli baru dalam team kami. 
Nikmati diskaun sehingga 25% sebagai ahli  
(atas barangan Tupperware, TupperChef, TupperClean, NatureCare, Nutrimetics, NanoNature) 
dengan yuran keahlian hanya RM70.00
Juga nikmati pelbagai lagi keistimewaan lain 
seperti komisen bulanan, peluang melancong dan kereta.

Call/SMS/Whatsapp: Nora: 0193441384 / Kamarul: 012-6526556
Jom Sertai Kami! ^_^

Monday, July 29, 2013

Khasiat Buah-buahan Kering


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 20 Ramadhan,

Buah-buahan kering biasanya popular pada bulan Ramadhan... Namun sebenarnya khasiat buah-buahan kering seperti kurma, buah tin, kismis, aprikot, prun dan lain-lain adalah sama dengan buah-buahan segar. So tak salah kalau kita ambil di luar bulan Ramadhan juga... ^_^

Menonton Wanita Hari Ini, membuka mata saya juga untuk mengambil kira tentang pemakanan buah-buahan kering ini walaupun bukan dalam bulan Ramadhan nanti. Saya kongsikan juga beberapa perkara yang dibincangkan dalam WHI tersebut.

Menurut Mushidah Zakiah Mohd Akran (Pakar Pemakanan Hospital Prince Court) dan Chef Imelda (peserta MasterChef Malaysia)
a) setengah cawan buah-buahan kering khasiatnya adalah sama dengan secawan buah-buahan segar.
b) gantikan gula di dalam masakan dengan buah-buahan kering seperti kismis, strawberi kering dan lain-lain. Manis buah-buahan kering adalah lebih sedap dan menyihatkan.
c) cara memilih buah-buahan kering - pilihlah yang masih ada kelembapan dan warna yang tidak pudar warnanya.

Khasiat buah-buahan kering ini saya petik dari Advertorial Herbalife:

1. Kurma - mengandungi glukosa yang mampu memberikan tenaga segera pada badan. Ia juga kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.

Kismis
2. Kismis - bukan hanya enak sebagai kudapan atau dicampurkan dalam makanan. Pengambilannya ternyata memberikan pelbagai khasiat seperti melambatkan proses penuaan, mencegah penggumpalan darah, menurunkan kolesterol dan membantu mencegah serangan jantung serta darah tinggi.

3. Prun - kaya dengan serat, potasium dan antioksidan. Prun adalah sumber serat yang baik dan telah lama dikenali sebagai buah yang mengandungi khasiat yang tinggi. Ia juga dapat melambatkan penuaan terhadap tubuh badan dan otak. Sekiranya golongan pertengahan umur menambahkan antioksida ini dalam pemakanan mereka, nescaya risiko penyakit penuaan dapat dikurangkan.

Aprikot
4. Buah tin - mengandungi sumber potasium tinggi yang berupaya mengawal tekanan darah dalam tubuh. Kandungan kaliumnya juga berguna untuk menurunkan tekanan darah. Membantu menurunkan kolesterol, selain membekalkan serat yang banyak, kalsium, zat besi, vitamin B6, vitamin E dan juga potasium.

5. Aprikot - sumber beta karotena yang tinggi, iaitu sejenis nutrien larut lemak yang kebiasaannya ditemui pada sayuran berdaun hijau dan buah-buahan seperti lobak serta ubi kentang. Ia juga membekalkan sumber potasium, zat besi, kalsium, fosforus dan vitamin C untuk keperluan harian anda. 

Nota kaki: Jom amalkan makan buah-buah kering ini, walaupun di luar bulan Ramadhan... :D


* * *


Tupperware Kiyter sedang merekrut ahli baru dalam team kami. 
Nikmati diskaun sehingga 25% sebagai ahli  
(atas barangan Tupperware, NatureCare, Nutrimetics, TupperClean, 
NanoNature, TupperClean & TupperChef) 
dengan yuran keahlian hanya RM70.00
Juga nikmati pakej melancong dan kereta serta pelbagai lagi keistimewaan lain.


Call/SMS/Whatsapp: Nora: 0193441384 / Kamarul: 012-6526556
Jom Sertai Kami! ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...