Nuffnang Ads

Agoda Ads

Wednesday, September 25, 2013

Wordless Wednesday #40

Bismillahirrahmannirahim
Assalamualaikum dan salam ziarah...


Kempen "Rice for Life" - Tupperware Brands
 
1. Beli BERAS (berapa kilo, terpulang kepada anda)
2. Hantarkan ke booth kami di Tesco Melaka
3. Kami akan salurkan BERAS yang didermakan kepada mereka yang memerlukan.

*Jika anda berminat untuk sama-sama menderma BERAS, tapi berada jauh dari kami, tinggalkan komen di sini atau hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384, in sha Allah kami akan bantu untuk menguruskannya...*

Jom ringankan beban mereka...

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Tuesday, September 24, 2013

Rice For Life...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,


Sepanjang minggu ini (bermula semalam 23-29 September 2013) saya bersama beberapa orang rakan Tupperware Brand (stokis Ayer Keroh) akan berada di Tesco Melaka, dari jam 10 pagi hingga 10 malam. 


Kami mempromosikan Rice Dispencer (bekas beras) di sini. Setiap satu unit Rice Dispenser yang dibeli, RM10 akan didermakan ke 'Tupperware Children's Fund'...

Harga ahli: RM216.00
Harga bukan ahli: RM288.00


Atau anda boleh dermakan 5kg/10kg beras untuk kami edarkan kepada mereka yang memerlukan di sekitar Melaka. Dan kami akan hadiah salah satu keychain yang comel ini kepada anda. (Rakan blogger yang ingin dermakan beras, boleh tinggalkan komen di bawah entri ini ya... In Sha Allah saya akan uruskan...)


Jom membeli sambil beramal...
Sama-sama kita ringankan beban orang lain... In Sha Allah, Allah juga akan meringankan beban urusan kita... Mudah-mudahan, Amin...

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Sunday, September 22, 2013

Hulurkan Bantuan buat Saudara Seislam @ Syria...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,


Saudara seislam kita di Syria memerlukan bantuan kita semua bagi menghadapi musim sejuk. Barang yang akan disumbangkan melalui IKRAM for Syria adalah:

1. Selimut - RM50/seunit
2. Sleeping bag - RM70/seunit
3. Khemah - RM1200/seunit
4. Gandum - RM200/seunit

Moga dengan bantuan kita, sedikit sebanyak akan menggembirakan mereka... Jom kumpul saham akhirat! Moga Allah permudahkan segalanya di Syria... terutamanya buat anak-anak kecil dan orang tua... Amin, In Sha Allah...

* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Saturday, September 21, 2013

Terima Kasih Masya a.k.a Yana... :D

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Entri ini sepatutnya dipublish seminggu selepas raya, sebaik saya ambil sampul surat yang berisi brooch dan ucapan hari raya di Pejabat Pos, Ayer Keroh... Kiriman Masya a.k.a Yana (pemilik blog Kisah Hati) ni sampai seminggu sebelum raya kot... tapi saya dah pun berada di Gombak. So, balik dari Gombak la baru saya ambil kiriman ni.


Terima kasih buat Masya kerana sudi menghadiahkan saya brooch ini (saya antara 10 orang yang meninggalkan komen terbanyak di blog Masya ketika itu... sekarang nama saya tak muncul pun dalam list "suka komen" blog Masya... cepatlah selesai masalah laptop saya ni... :(  ).  


By the way, brooch ni pun dah beberapa kali saya dan Alisya pakai... (^_^) Nak-nak time rayakan?! Thanks Masya... Moga sentiasa sihat walafiat, murah rezeki dan dirahmati Allah... Amin... 

* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Wednesday, September 18, 2013

Wordless Wednesday #39



Alhamdulillah semalam kakak saya telah selamat melahirkan anaknya yang ketiga, dan keduanya (umi dan baby), dalam keadaan baik-baik saja... Tak sabar nak tahu nama baby ni... Anak sulung Uwais Al-Qarni. Anak kedua Ummu Umarah Syifa'... Mesti unik juga nak anak ketiga ni... Tungguuu... (^_^)

* * *
Berminat untuk menjana pendapatan sampingan bersama Tupperware Brands?!
Hubungi/SMS/Whatsapp: Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556



Tuesday, September 17, 2013

Ralat Fakta bagi Entri "Khasiat Buah-buahan Kering"

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Untungnya saya bila menulis entri dan kemudiannya fakta dibetulkan oleh pakar dari bidang yang sepatutnya... ^_^ 

Sebelum ini, saya ada menulis satu entri tentang Khasiat Buah-buahan Kering... Mungkin atas kekhilafan diri saya, saya telah silap menaipkan fakta pertama, yang saya petik dari rancangan Wanita Hari Ini (WHI) iaitu:

a) secawan buah-buahan kering khasiatnya adalah sama dengan secawan buah-buahan segar.

Fakta yang betul adalah "setengah cawan buah-buahan kering khasiatnya adalah sama dengan secawan buah-buahan segar"

Fakta ini diterangkan secara terperinci oleh Pakar Pemakanan dari Hospital Prince Court, Mushidah Zakiah Mohad Akran (panel yang sama dalam rancangan WHI yang saya tonton) dalam email kepada saya seperti berikut:

"Setengah cawan buah-buahan kering khasiatnya adalah sama dengan secawan buah-buahan segar. Ini kerana buah-buahan kering telah terhidrat dan mengandungi kurang air berbanding buah buahan segar. Oleh itu, kandungan gula dan nutrisi lain juga jauh lebih tinggi untuk kuantiti yang sama. Fakta ini amat penting lebih-lebih lagi untuk pesakit diabetes di mana mereka tidak sepatutnya mengambil buah buahan kering secara berlebihan."

Saya amat berbesar hati dan berterima kasih kepada Pakar Pemakanan Hospital Prince Court, Mushidah Zakiah Mohad Akran yang sudi menghantar email kepada saya bagi membetulkan fakta tersebut... Serious, fakta yang salah akan mendatangkan mudarat kepada sesetengah pihak... So, pencerahan sebegini memang perlu. Terima kasih sekali lagi buat Puan Mushidah kerana meluangkan masa membaca blog saya dan membetulkan fakta. Saya sangat-sangat menghargainya...

Rakan blogger boleh klik pada print screen di bawah untuk membaca email yang dihantar oleh Puan Mushidah kepada saya.



Nota kaki: Blog saya mungkin blog picisan... tapi secara tidak langsung ia mungkin appear dalam carian Google mahupun Yahoo (atau mana-mana enjin carian) bila ada perkataan yang berkaitan dengan carian seseorang. Dengan itu, saya amat berbesar hati jika ada yang perasan tentang kesilapan fakta pada entri-entri saya... Mohon ditegur supaya saya boleh betulkan fakta tersebut... ^_^      

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Friday, September 13, 2013

You're Invited! ^_^


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah, 



Jika anda berada di sekitar Melaka, dan berminat untuk menjana pendapatan sampingan bersama Tupperware Brands, rebut peluang bersama kami dalam satu majlis anjuran bersama cawangan Stokis Tupperware Brands di Melaka (Ayer Keroh, Melaka Raya dan Jasin). 

Event Recruiting Rally ini akan diadakan di King's Hotel pada 16 September 2013 (Isnin) pada jam 2.00 - 5.00 petang. Dalam majlis ini, anda akan didedahkan dengan produk-produk Tuppeware Brands (product knowledge) serta kaedah untuk menjana pendapatan sampingan dengan Tupperware. 

Bayaran?! Hanya RM5.00 seorang dan anda akan berpeluang mendapat pelbagai hadiah dan potongan harga bagi barangan terpilih. Jom rebut peluang ini. Jika berminat untuk sertai event ini dan mengetahui dengan lebih lanjut hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384.  

* * *
Berminat untuk menjana pendapatan sampingan dengan Tupperware Brands?!
Hubungi/SMS/Whatsapp: Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.




Wednesday, September 11, 2013

Wordless Wednesday #38



Walaupun tak banyak... tapi tetap bersyukur... Cek pertama blogging... (^_^;) Thanks Nuffnang...!



* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Wordless Wednesday #37


Anak bujang saya, Adam Faris (6 tahun) dah pandai basuh pinggan dan cawan yang digunakan... Tapi sayangnya, semuanya bukan ditelangkupkan... Apa pun, effortnya harus dipuji... ^_^  Good job, Faris!


* * * 
Berminat untuk menjana pendapatan lebih dengan Tupperware Brands?
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...