Nuffnang Ads

Kuih Raya! (^_^)

Agoda Ads

Saturday, November 29, 2014

Coconut Shake: Akan Rindukah Nanti?

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Mendapat berita bahawa encik hubby akan bertugas semula di Kuala Lumpur, bermula 1 Januari 2015. Setelah beberapa tahun di Kuantan, kemudian 3 tahun di Melaka, kini kami akan berpindah semula ke KL. Sebaik mendapat berita tu, rasa penatnya la berkemas untuk berpindah. Letih!  :(

Kalau beritahu 6 bulan atau setidak-tidaknya 3 bulan sebelum tarikh lapor diri (1 Jan 2015), ada juga masa bertenang. Fikir pula Faris dah bersekolah, memang serabut dibuatnya! Mana nak duduk... mana nak sekolah. Haih!!

Dalam saat serabut berfikir tentang rumah... Terfikir pula saya... Agak-agaknya apa yang akan saya rindukan tentang Melaka?! Hm... mungkin coconut shakenya?! Ya, mungkin! :p


Nota kaki: Lebih serabut lagi, bila memikirkan Faris nak masuk sekolah baru... Sekolah lama hari tu pun hampir 4 bulan asyik menangis... even encik hubby saya tunggu setiap hari di luar sekolah sehingga habis perhimpunan... Setiap hari!!

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Friday, November 28, 2014

Rezeki Hari Jumaat.. :)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Hari ni Adam Faris ikut Pak Anjangnya pergi solat Jumaat. Bukan main excited dia nak pergi solat dengan Pak Anjang. Sebaik Pak Anjang start motor, dia dah kelam kabut masuk bilik air, ambil wuduk dan pakai seluar panjang serta kopiah "pinjam" milik Pak Anjang. 

Balik tu, Faris pegang duit RM1. Saya ingat Pak Anjang yang bagi, rupanya ada seorang pakcik tua yang berikan duit tu pada Faris ketika Faris duduk di tepi dinding masjid setelah mengerjakan solat Jumaat.

Abang saya cerita, katanya pakcik tua tu dah pun berjalan keluar dari masjid, tetapi kemudian masuk semula dan berikan Faris duit RM1. Masa pakcik tua tu menghulurkan duit pada Faris... abang saya cakap, "eh duit apa pulak ni?" 

Pakcik tua tu cakap, "tak pe la... ambil je...". Tersenyum dan terus berlalu pergi. Terus abang saya tanya Faris, "Faris ada minta duit ke?" Faris jawab, "Tak de la... Ayies duduk je, lepas tu dia bagi seringgit".

Faris cerita pada saya rupanya, lepas habis solat tu katanya dia rasa haus... Terdetik dalam hati rasa macam nak beli air. Tapi tak bawa duit. Masa dia duduk tu dia terasa sangat nak minum air... Tiba-tiba pakcik tua tu bagi dia duit. 

Kalau ikutkan duit yang pakcik tua tu bagi, memang cukup untuk Faris beli sebungkus air. Itulah dinamakan rezeki. Dapat hari Jumaat pula tu... Alhamdulillah... Tapi Faris bila dapat duit tu, sayang pula nak guna, sebab tu dia bawa balik dan suruh saya simpan. Tau pula dia erti "sayang". (^_^)


Nota kaki: Faris memang agak rapat juga dengan abang saya, sebab masa dia baby lagi (masa saya duduk jauh dengan encik hubby), abang saya la tukang dodoikan Faris sampai tertidur...

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Thursday, November 27, 2014

Siapa Kata Anak Tak Memerhati?

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Masih lagi bercerita tentang kain baju. :p Tapi kali ni nak cerita tentang Faris dan Alisya. Masa saya melipat kain, kebanyakkan baju-baju kakak, abang dan adik saya, saya tak cam. Maklumlah jarang-jarang balik Gombak.

Bila saya tak cam kain baju kakak, abang dan adik saya... maka susahlah saya nak susun ikut tuan empunya baju. Kalau dah susun siap-siap, boleh la angkat terus letak di bilik mereka.

Lama dok menung baju siapa la yang saya tengah lipat ni... saya pun tanya Alisya dan Faris. "Ni siapa punya baju ni eh?" AF jawab serentak, "Poksu".

Ooo ok... Saya lipat dan letak di tempat adik saya. Lepas tu lipat pula yang lain... Tanya lagi, "Ni siapa punya pulak?" Alisya jawab, "Itu Mak Ngah punya la mama.." Saya jawab, "ok"... Yang jadi masalah tu kakak saya memang suka pakai baju adik saya. Kalau adik saya buat 5S pada almari baju dia... Memang kakak saya akan ambil baju-baju tu. Sebab elok lagi, sayang nak buang apatah lagi nak buat jadi kain buruk!

Saya: Yang ni pulak siapa punya ni?

Faris: Kenapa mama ni?! Tu baju Mak Ngah la... asik tak tahu je mama ni! (Sambil gelak-gelak)

Saya: (Tergelak) Manalah mama tau... Kalau mama tahu, mama tak tanyalah... Macam mana Faris tau ni baju Mak Ngah... Poksu... Pak Anjang?

Alisya: Tahu la... Semalam Alisya main lawan-lawan dengan Poksu, Alisya nampak la baju yang Poksu pakai tu...

Faris: Hah, memang la!

Alisya saya yang baru berusia 4 tahun ni, memang seorang pemerhati yang baik... malah seorang yang sangat teliti. Bayangkanlah, kalau baju saya berlubang sikit je pun... dia akan perasan! Ayat dia selalunya macam ni, "Kesian mama, baju mama dah koyak... nanti kita beli lain yea... tunggu gaji..."

Hehe comelkan Alisya saya! (^_^)

Tips Keibubapaan: 
Ibu bapa perlu menunjukkan sifat yang baik dan positif di hadapan anak-anak, kerana mereka akan mengikut atau istilah mudahnya "copy paste"  apa yang ibu bapa lakukan.  Jangan ingat mereka kecil dan tidak memerhati. Sebenarnya mereka adalah pemerhati yang baik! So, jaga tingkah laku agar anak-anak sentiasa di landasan yang betul.

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Tuesday, November 25, 2014

"Eni... Angkat Kain Jemuran..." (^_^)y

Bismillahirrahmannirrahim 
Assalamualaikum dan salam ziarah,


Pembukaan cuti sekolah ni, saya dan anak-anak duduk di rumah pusaka arwah mak dan ayah. Sementara encik hubby kena bertugas di PWTC, untuk persidangan UMNO sehingga 30 November ni.

Cuaca di Gombak sekarang ni pun tak boleh diagak... sekejap panas terik, tak lama lepas tu hujan selebat-lebatnya. Semalam pun hujan... maka banyaklah kain yang masih belum kering. Selain baju saya, Faris dan Alisya, ada juga baju kakak, abang serta adik saya. Memang banyaklah!

Seawal pagi saya dah ampai semua baju di pagar... semua baju saya letakkan di tempat yang kena matahari. Pintu dan sliding door, saya buka seluas-luasnya agar saya boleh pantau keadaan cuaca dari dalam rumah. :p Sementara masak, saya pesan juga pada Faris, kalau hujan cepat-cepat panggil saya.

Selesai masak, saya pun duduk di ruang tamu... Nampak mendung ni. Saya pun keluar dan angkat baju yang dah kering. Mana yang masih basah, saya biarkan dulu, walaupun matahari sekejap ada... sekejap tak de.

Agak-agak dah setengah jam saya keluar semula, mana baju yang kering saya angkat... baju yang masih basah saya terbalikkan (macam terbalikkan sate kat bara api... :p ). Kemudian saya masuk rumah... tak lama lepas tu keluar lagi dan terbalikkan lagi baju-baju tu.

Terdetik di hati... "Eh sama macam ayah buat dulu..." lepas tu saya tergelak sendiri. Kalau nak tahu, arwah ayah saya dulu, itulah kerjanya lepas dia pencen. Sekejap-sekejap dia akan keluar dan terbalik-terbalikkan baju di ampaian... saya dengan arwah mak selalu gelak bila ayah buat macam tu... Sebab rasa pelik, kenapa nak diterbalik-terbalikan baju tu kan...! Tapi tak sangka, hari ni saya buat benda yang sama macam arwah ayah  buat dulu... Dan sekarang saya gelakkan diri sendiri... :p


Nota kaki: Moga arwah mak dan ayah saya tenang saja di sana. Al-Fatihah. 

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Monday, November 17, 2014

Posto! Posto! Hehe...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Sabtu lepas, masa kami baru balik dari Pantai Puteri, Melaka, kami nampak sekeping kertas warna pink berdekatan dengan motor encik hubby. Mula-mula cuak juga. Ingatkan surat amaran TNB (sebab sebelum tu kami dah dapat surat warna kuning TNB... :p)


Rupanya ada surat dari jiran sebelah kami (jiran baru). Kawan-kawan AF yang dulu Alisha dan Zafran dan berpindah ke Johor. Sejak Alisha dan Zafran berpindah, Alisya selalu sangat tanya, bila rumah tu nak ada orang. Alisya kata dia bosan tak de kawan. Alhamdulillah akhir Oktober lepas dah ada jiran baru...

(Zaman anak-anak kita sibuk dengan gajet... tapi masih ada yang pegang pensel dan hantar surat/posto untuk berkawan... Siapa kata cara tradisional dah lapuk?) 

Memang ramai budak-budak kecil di rumah jiran baru saya tu... Masa mereka mula-mula pindah masuk, Faris dan Alisya ada la "usha-usha" nak kawan. Tapi mereka agak malu-malu. Sekarang ni mungkin dah ready la kot nak berkawan... Tak percaya?! Tengok ni...


Siap ada tempat kosong kena isi tau!! Hehe cute pula saya tengok! Saya dengan encik hubby tergelak tengok surat tu. Lepas tu saya suruh Faris isi tempat kosong tu dan pass semula pada jiran sebelah. Tak lama lepas tu Faris dan Alisya dah boleh borak dan main dengan jiran sebelah.

Sebenarnya, budak-budak kecil di sebelah rumah saya ni adalah cucu-cucu kepada tuan rumah. Keluarganya besar, anak-anak dah besar. Memang meriah rumahnya dengan suara budak-budak ni. 

Ada seorang cucu akak ni, namanya Khalisya, rambut kerinting... Comel sangat! Umur pun sebaya Alisya saya. Budak Khalisya tu, kalau nampak saya di luar, selalu tegur saya.

"Makcik sihat?"
"Makcik dah masak?"
"Makcik dah makan?"
"Makcik makan apa tadi?"
"Makcik nak pergi mana?" (bila dia nampak saya start engine kereta)
"Makcik buat apa tu?"
"Abang mana makcik?" (tanya Faris mana)
"Makcik dengar baby Adam nangis?" (saya tak sure baby Adam tu adik dia or sepupu dia... maklum la... ramai orang keluar masuk rumah tu... saya pun tak cam... maklum la keluarga besar...)

Kemain la banyak soalan dia... tapi dia memang cute sangat. Nanti ada masa/peluang saya ambil gambar Khalisya, cucu jiran saya.


Nota kaki: Masa encik hubby saya pergi Jepun selama seminggu bulan lepas, tak de la saya rasa takut sangat. Sebab anak-anak jiran saya akan duduk depan rumah sambil main gitar dan berbual... Alhamdulillah... Itulah salah satu hikmah berjirankan?!

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Saturday, November 08, 2014

Jom Meriahkan "Tupperware Hotspot"

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,


Sejak Khamis lalu kami dah sibuk mengedarkan kad jemputan bagi event "Hotspot" Tupperware Brands di sekitar Melaka. Hotspot berlangsung hari ini dan esok (8 & 9 November 2014), bermula jam 10 pagi hingga 6 petang.

Bagi peminat Tupperware Brands, anda dijemput hadir bagi memeriahkan Stokis Ayer Keroh, Melaka. Pelbagai hadiah dan aktiviti menarik akan berlangsung. Jangan lepaskan peluang tau!


Kalau ada rakan blogger yang baca entri ni dan ingin datang boleh maklumkan pada saya, 0193441384.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...