Nuffnang Ads

Bookcafe (^_^)

Agoda Ads

Friday, August 21, 2015

#jejakjepunjihan

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Dah start pun rancangan Jejak Jepun Jihan. Hari Rabu lepas adalah episod yang pertama. Excitednyalah saya dan anak-anak tengok. Dulu yang masa Jejak Jepun Zizan pun sakan kami menengoknya...

Sepanjang rancangan tu ditayangkan Alisya dan Faris cakap, kita kena pergi Jepun lagi... sebab yang ni kita tak pergi lagi! Memang la nak oiii... kita pergi Osaka dan Kyoto je hari tu...

Episod pertama Jejak Jepun Jihan tu, tengah musim bunga sakura... Ya Allah cantiknya lah bunga sakura...! Next time kalau ada rezeki ke Jepun lagi nak pergi masa musim bunga sakura la... mesti best! Kalau nak pergi time bunga sakura kena pergi dalam bulan Mac-April.

Subhanallah, cantiknya bunga sakura...

Cerita travel kami ke Jepun hari tu pun tak habis lagi update... Hehehe... Slowly lah kita siapkan yea... Walaupun pergi 8 hari je... Banyak juga nak cerita sebenarnya... tapi masa sangat-sangatlah terhad. Kena sambil-sambil je ni...

So, jomlah kita tengok Jejak Jepun Jihan. Sambil-sambil tu berangan lagi pergi Jepun! Bila, hari apa dan di mana siarannya boleh tengok info di bawah.


Kalau nak tengok gambar-gambar cantik Jihan sepanjang di Jepun boleh follow Instagramnya: jihanmuse. Dan kalau anda nak tengok gambar-gambar cantik penonton-penonton yang dah sampai di Jepun, boleh search #jejakjepunjihan atau #kemanakitaney. Memang banyak gambar-gambar yang cantik!

Tempek sekeping gambar kami di tourist spot, Osaka. Orang kata ni salah satu landmark di Osaka... ataupun orang panggil Glico men spot.


Jiwa Polos Seorang Anak...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Selalunyakan kalau hari Jumaat dan Sabtu, Faris dan Alisya akan tidur di bilik Mak Ngahnya. Biasanya dua hari ni je lah sebab hari mereka cuti sekolah. 

Lagipun mereka memang suka sangat la tidur bilik Mak Ngahnya sebab ada aircond (bilik kami ada kipas je... aircond dari rumah Melaka hari tu ada, tapi tak pasang pun lagi... fikir nanti leceh pula kalau nak pindah kena buka semula!).

Hari tu kan encik hubby saya outstation ke Brazil, so, Jumaat dan Sabtu lepas Alisya tak nak pun tidur di bilik Mak Ngahnya. 

Alisya: Alisya tak nak tidur dengan Mak Ngah, sebab nanti mama tidur sorang-sorang. Kesian mama.

Saya: Tak pe je... Mama boleh je tidur sorang-sorang.

Alisya: Abahkan tak de... Kesian mama sorang-sorang. Mamakan masih batuk lagi... Nanti kalau mama batuk teruk, siapa nak jaga?!

(Alololo... cair saya dengar... saya memang sedang dilanda batuk sejak pertengahan raya hari tu... selalunya memang waktu nak tidur la saya batuk kuat sebab gatal tekak.)

Saya: Mama dah besar dah... boleh je tidur sendiri. Kalau batuk mama minum air ni (sambil tunjuk botol air saya)

Alisya: Tak pe lah... Alisya teman mama. Mak Ngah tak pe, abang tidur dengan Mak Ngah. Alisya tidur dengan mama.

Alahai... baiknya kamu ni sayang! Untung mama ada orang nak jaga time mama tak sihat dan abah jauh... Moga kamu jadi anak yang solehah yea, Alisya!


Nota kaki: Anak-anak kecil ni jiwa mereka sangat polos. Bila mereka boleh cakap dengan lancar, kata-kata mereka juga sangat menenangkan... (^_^)

Thursday, August 20, 2015

Rumah: Ayuman Suites @ Gombak

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Misi mencari rumah masih lagi diteruskan. Asal ada property road show di mana-mana pusat membeli belah, saya akan singgah dan tengok. Kali ni saya ada ternampak satu banner  tentang Ayuman Suites @ Gombak.

Terus SMS nombor agen yang ada pada banner tersebut, bertanyakan lokasi show roomnya. Tak lama lepas tu agen tu call. Kebetulan pula, saya berada berhampiran show room. Apa lagi saya singgahlah tengok. Ini adalah projek yang bakal siap dalam tiga tahun lagi... 2018.

Nampak macam cun bangunannya... :D
Jom tengok susun atur dan reka letak rumah ni...

Ruang ini yang selalunya menjadi concern saya... Ruang dapur.
Bilik kecil yang boleh nampak di gambar sebelah kanan tu
adalah laundry room.
Ha nilah laundry roomnya... walaupun kecil tapi oklah
ada ruang macam ni... Depan mesin ni ada ruang lagi untuk
ampai baju... Kiranya oklah... takde la kita ampai baju dekat balkonikan.
Master bedroom
Second bedroom. Budak dua orang ni memang sokmo
excited kalau tengok rumah baru!
Inilah plus 1 bedroom... boleh jadi bilik Study/kerja,
stor atau bilik bujang atau... mungkin juga ruang makan... hahahah

Bilik air ni, letaknya betul-betul di sebelah pintu masuk rumah
Rumah ni nampak memang menarik! Harganya bermula RM320k - RM395k. Ada 7% diskaun untuk bumiputra. Harga macam tu, yang letaknya di Gombak kira oklah... tapi keluasannya hanyalah 557 - 657 kaki persegi. Kecil je...

Sesuai la kot untuk yang baru kahwin, small family atau bujang... Yang saiz 557 kaki persegi tu, 2+1 bilik dan 1 bilik air (seperti dalam gambar-gambar di atas). Yang 657 kaki persegi tu ada 3 bilik dan 2 bilik air (satu lagi bilik air dalam master bedroom).

Macam biasa saya tengok-tengok je dulu... lagipun kena tunggu encik hubby balik dari Brazil. Nanti kena bawa encik hubby tengok pula. Then baru decide.


Nota kaki: Rumah macam ni kalau tak duduk sendiri pun, boleh buat investmentkan? Sebelum ni saya ada tengok satu lagi projek di Jalan Kuching, Tapi harganya 500++k, PENGSAN!

Sunday, August 16, 2015

Review Buku: DIAgnosis 2

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Saya sedang membaca buku DIAgnogsis 2. Buku yang agak menarik untuk "dihadam". Sebab apa?! Sebab ada banyak terms yang hanya 'orang hospital' yang pakai dan secara tak langsung kita yang bukan dalam bidang tu pun boleh la belajar sikit-sikit. :p 

Selain tu, sedar tak sedar... dalam 'dunia kedoktoran' ni pun sebenarnya banyak dugaan dan cabaran yang kebanyakan dari kita tak perasan. Sebab kita pun bukan hari-hari masuk hospitalkan... Kita pun jarang ambil tahu. So, bila dah diterjemahkan dalam bentuk buku macam ni, barulah kita perasan.

Saya dah baca tulisan-tulisan Dr Anwar Fazal tertarik dengan petikan ini (yang ada buku ni boleh semak muka surat 72  :p ):

"Kenapa manusia selalu tak jujur dengan cinta?"
"Biasa. Tiada bezanya dengan kita dan Pencipta."
"Huh?"
"Ya. Tahu diri hamba tetapi masih terus galak melakukan dosa."

Sentap baca ayat akhir tu! 

Saya pun salah seorang yang tergolong dalam tu. Tahu kita hambaNya, tapi masih buat dosa juga. Tak kiralah dosa yang macam mana. Kadang-kadang secara sedar, kadang-kadang secara tak sedar. Astaghfirullahala'zim... Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya dan anda yang membaca entri ini.

Oh ya, biasakan kita selalu dengar orang cakap, "nasib baik aku jumpa doktor pakar awal... dapatkan ubat dan rawatan... tu yang sembuh dari sakit tu..." atau ayat biasa yang lain, "aku ambil ubat ni kat klinik... makan setengah botol je... terus sembuh. Baguslah ubat ni!"

Tapikan dalam buku ni buat kita fikir bahawa yang menurunkan dan menyembuhkan penyakit kepada seseorang adalah Allah. Doktor dan ubat adalah 'pengantara dan penawar'. Tapi selalu kita memuji 'pengantara dan penawar' ni berbanding mengucapkan syukur pada Pencipta tu sendiri. Betulkan?

Apa yang saya boleh katakan tentang buku ni... "ini bukan buku biasa!" Kalau nak tahu kenapa, kenalah baca sendiri. Buku ini tidaklah "berat", ia boleh dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Bukan hanya untuk doktor-doktor atau jururawat je tau! Orang biasa macam saya dan anda pun boleh baca.

Boleh dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran dengan harga RM30.00 (saya beli masa member sale dekat MPH so dapat murah! :p )

Moh tambah ilmu! (^_^)

Wednesday, August 12, 2015

Flightradar24.com

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Alkisahnya lepas hantar encik hubby dekat KLIA Isnin, jam 5 pagi hari tu, debar jangan cakap la... (walaupun bukan saya yang naik kapal terbang... :p ).Nak-nak pula destinasi yang encik hubby pergi tu perjalanannya mengambil masa dua hari (transit di London).

Bila dah naik kapal terbang, bukannya boleh mesejkan... dah sah-sah tak de line. Sebelum encik hubby naik kapal terbang, dia akan bagitau siap-siap, berapa jam atas awan dan akan inform sebaik sampai di tempat transit (London). So, bila kapal terbang berlepas, saya akan mula kira jam... Dan mulalah rasa tak senang duduk.

Encik hubby berlepas lebih kurang 9.30 pagi, Isnin. Dalam tak senang duduk tu... sambil kira berapa jam yang tinggal, tiba-tiba dapat Whatsapp dari kawan saya, Zue.

Dia maklumkan kedudukan terkini flight encik hubby saya. Lebih kurang 5.30 petang, kira-kira 8 jam setelah kapal terbang berlepas. Serious, saya tak tahu langsung flights boleh dilihat secara live.

Kedudukan MH4 (yang warna merah) lebih kurang jam 5.30 petang.
Kedudukan MH4 lebih kurang jam 6.30 petang.
Zue maklumkan pada saya yang saya boleh melihat kesemua kapal terbang yang sedang dalam perjalanan ke mana-mana destinasi melalui flightradar24.com. Dan itulah first time saya tengok, punyalah banyak flights di udara pada satu-satu masa. Satu dunia pula tu!! Canggih betul!

Dan ini yang saya print screen, jadual menunjukkan pergerakkan flight MH4. Tengah malam hari tersebut saya dapat lihat, MH4 yang dinaiki oleh encik hubby saya telah selamat mendarat di London sebelum menyambung perjalanan dengan flight yang lain. Tak lama lepas saya tengok jadual ni, encik hubby Whatsapp dan maklumkan dah sampai London. So, memang betul la flightradar24.com tu.(>_<)


Lepas ni encik hubby balik, saya boleh la tengok flightradar24 je. Tak de la risau sangat menunggu encik hubby mesej. Terima kasih Zue bagi info pasal flightradar ni... :-*

Oh ya, untuk guna flightradar24 ni, anda hanya perlu tahu jenis kapal terbang yang dinaiki. Lepas tu boleh taip je pada ruangan search tu. Ok, saya tunjuk satu contoh. Saya search kedudukan MH753. Bila klik padanya, akan keluar info tentang flight tersebut, termasuklah ketinggian dan kelajuannya... Senangkan?! So, lepas ni kalau ada family, kawan-kawan, saudara mara... yang akan menaiki kapal terbang, boleh la anda check di flightradar24.com ni. (^_^)


Nota kaki: Perjalanan pertama kali yang jauh buat encik hubby saya. Kesian dia, siap bagitau rasa tak sedap badan. Maklumlah berjam-jam lamanya. Kalau saya confirm dah beberapa kali muntah... Masa pergi Jepun hari tu pun saya acah-acah kuat je dalam flight! Hahahaha...

Oh ya, tiba-tiba terfikir... punyalah banyak kapal terbang yang boleh dilihat dalam flightradar tu... maknanya luas sungguhlah langit milik Allah tu... Subhanallah. 

Thursday, August 06, 2015

Rania Turn's 1 GiveAway!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Alhamdulillah sekejap je dah besar anak CikSu a.k.a QasehnyaRania. Rasanya macam baru je lagi CikSu sharing pasal pengalaman mengandung dan bersalin dalam blog! Tup tup rupanya dah setahun pun... Kejap je kan?!

So, sebagai tanda sokongan, saya nak joinlah GiveAway anjuran CikSu ni...


Sesiapa yang nak join, sempat lagi ni... Tarikh tutup 15 Ogos 2015... Nak join, click banner ya... (^_^)


Nota kaki: Eh, dah lama juga saya tak join giveaway. Dan saya pun dah lama tak buat mini giveaway!

Wednesday, August 05, 2015

Wordless Wednesday #57


Tersentuh melihat gambar ini yang singgah di wall FB saya. Caption yang tertulis adalah si suami mengayuh basikal, tetapi dia buta. Manakala si isteri memandu arah, sedangkan dia cacat.

Ya, ini buat orang yang celik hati untuk berfikir... bahawa hidup suami isteri adalah untuk SALING MELENGKAPI. Jika ada "maksud" lain terhadap rumahtangga, maka akan pincanglah ia...

Nota kaki: Moga pasangan ini sentiasa di bawah lindungan Allah. Moga jodoh mereka sampai ke Jannah... InsyaAllah... Amin...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...