Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Saturday, November 07, 2015

Renungan: Mimpi Seorang Gadis

Kisah ini dipetik dari program Motivasi Pagi  - TV 3 oleh Ustazah Norbahyah Mahmood 

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.

Lalu Rasulullah menegurnya. 

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?" 

Lalu gadis malang itu pun menceritakan hal yang berlaku padanya.

"Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi. 

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." 

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut. 

"Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga. Disebabkan kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." 

Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Dikibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya? 

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil..Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir... Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja. 

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. 

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. 

Lalu aku bertanya kepada ayahku, "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama"

Lalu dijawab oleh ayahnya, "Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia" 

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. 

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." 

Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYAALLLAH."

Friday, November 06, 2015

Bila E-mel Kena Godam!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Pernah rasa E-mel kena godam (hack)? E-mel saya digodam baru-baru ini. Tiba-tiba saya dapat banyak mesej Whatsapp dari kawan-kawan. Bertanyakan tentang E-mel yang mereka terima dari saya. Kesian pada siapa-siapa yang ada dalam list contact saya, semuanya dapat E-mel ini (yang sebenarnya bukan dari saya...)

Siap guna nama dan link blog saya pula tu... (T_T)

Orang pertama yang perasan E-mel ini adalah encik hubby saya. Bila dia tunjuk, terus saya cuba akses ke E-mel saya. Beberapa kali juga saya cuba untuk log in, tetapi tidak berjaya

Kemudian saya terus hantar report kepada Yahoo Mail. Tidak lama kemudian mereka meminta saya untuk mengesahkan nombor telefon dan terus menghantar kod pengesahan, supaya saya boleh menukar password yang baru.

Kemudian barulah saya dapat akses semula E-mel saya... Risau?! Mahunya tak risau?! Maklumlah, E-melkan boleh dikatakan sebagai "ibu" kepada semua media sosial seseorang. Takut juga kalau ada pihak yang tidak berkenaan tu mengunakannya untuk perkara-perkara yang tidak baik... Anyway, syukur Alhamdulillah saya dah dapat akses semula E-mel saya.

Kepada mereka yang dapat E-mel tersebut dari saya, saya mohon maaf banyak-banyak. Ada juga rakan yang sangat prihatin sampai tolong reportkan ke pihak Yahoo Mail. Terima kasih banyak-banyak. Oh ya, ada juga yang reply E-mel tu, dan bila baca satu-satu, saya rasa reply ini yang paling win!!  (^_^)

Rasa bersalah pula bila rakan-rakan lain
dapat E-mel macam ni dari saya... Maafkan saya yea!

Nak tahu dari mana E-mel saya digodam?!
Digodam dari Nigeria... Hm...
Disebabkan saya dah terkena, maka boleh la saya senaraikan apa yang perlu dibuat jika E-mel anda digodam:

1. Pastikan anda sertakan nombor telefon - dengan adanya nombor telefon anda akan mendapat notification daripada pihak Yahoo Mail, jika E-mel anda cuba diakses oleh orang lain. 

Setting --> Account Info --> Account Security

2. Pastikan anda sertakan alamat E-mel alternatif - jika ada sebarang "perlakuan asing" kepada E-mel anda (seperti diakses oleh device lain, diakses dari negara lain dan lain-lain) maka pihak Yahoo akan menghantar notification kepada anda. 

Setting --> Account Info --> Account Security

3. Jika E-mel digodam, segera maklumkan kepada pihak Yahoo - cuba log masuk ke E-mel anda. Jika tidak boleh, terus klik pada (...)
dan ikut arahan selanjutnya. Ketika ini anda boleh memilih untuk mendapatkan kod pengesahan melalui nombor telefon ataupun E-mel alternatif anda.


4. Masukkan kod pengesahan dan tukar password - setelah mendapat kod pengesahan, segera tukar password anda.

Moga entri ini bermanfaat buat anda yang membacanya. Yang penting, pastikan nombor telefon dan alamat E-mel alternatif di isi oleh anda, untuk memudahkan anda jika perkara seperti ini terjadi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...