Nuffnang Ads

Bookcafe (^_^)

Agoda Ads

Thursday, September 22, 2016

Resipi Mudah: Tempe Sira

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Semenjak dua menjak ni, suka sangatlah masak Tempe Sira. Mungkin sebab bila saya beli barang basah, ada stok-stok tempe yang baru sampai dan masih panas. Disebabkan semalam tak masak, hari ni gagah juga la saya masuk dapur, walaupun masih rasa tak sedap badan. Untuk anak-anak goreng ayam je lah. Eh, jom saya kongsi resipi  mudah Tempe Sira ni. 

2 bungkus tempe
Sedikit ikan bilis
1 sudu besar cili kering kisar
(tambah lagi jika suka pedas)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar gula melaka
Sekeping asam keping
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak, goreng tempe dan ikan bilis dan ketepikan.

2. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan cili kering kisar. Masukkan cili sos, gula melaka dan asam keping. Kacau sehingga naik minyak.

3. Tutup api dan masukkan tempe dan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Gaul sebati. 

4. Masukkan dalam bekas kedap udara. Dah tak panas bolehlah tutup. Siap! (^_^)

Selamat mencuba!
   




Wednesday, September 21, 2016

Wordless Wednesday #63

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,



Agak-agak berapa ringgit Nasi Ayam dan Bihun Sup di tempat anda? Saya sampai ke malam ni musykil dengan jumlah yang saya bayar tadi.


* Tak berapa sihat, maka dapur pun tak berasap... pakat beli je la...

Sunday, September 18, 2016

Nasi Lemak Royale, Jitra

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Encik hubby saya kerap juga bercerita tentang Nasi Lemak Royale ni. Dia kata sedap! So, dah alang-alang sampai Kedah ni, saya naklah juga merasa keenakkan Nasi Lemak Royale seperti yang diceritakan Encik hubby. Kira rezekilah juga dapat merasa. 


Nasi Lemak Royale ni antara menu popular di Kedah. Yang saya makan ni di Jitra. Bila tengok gambar Nasi Lemak Royale di telefon, rasa "aihh, sedapnya!"


Tak tahu kenapa di panggil nasi lemak, sebab nasi tu tak bersantan pun. Rasanya macam nasi minyak. Lepas tu lauk dan kuah campur semua tu macam makan nasi kandar. Lauknya sangatlah banyak, sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Akhirnya ambil ayam goreng dengan telur rebus je... (^_^)

Rasanya?! Pada tekak saya ni, biasa je rasanya. Encik hubby kata di Jitra ni macam kurang "kaw" dari yang di Stadium DarulAman, Alor Setar.

So, kalau anda nak rasa Nasi Lemak Royale ni bolehlah ke Stadium DarulAman yang katanya lebih "kaw" dari di Jitra ni. Tapikan, setiap kali saya lalu... beratur orang makan Nasi Lemak Royale di Jitra ni. Cuma pada saya rasanya biasa-biasa saja. Tapi memang nampak menarik dengan kuah banjir tu. 

Kalau ada yang jalan-jalan di Alor Setar ataupun Jitra, bolehlah Google Map atau Waze "Nasi Lemak Royale" insyaAllah sampai. (^_^)






Wednesday, September 14, 2016

Wordless Wednesday #62

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Sekali sekala keluar dari rutin kehidupan biasa. Maka akan dapatlah menikmati keindahan yang jarang-jarang sekali kita dapat tengok. Sebab tu orang kata, sekali sekala apabila kita rasa tertekan, maka berjalanlah di bumi Allah yang luas, insyaAllah kita akan temui kedamaian... (^_^)

Sunset, di Kuala Perlis. 



Sunday, September 11, 2016

Yey, Buku Baru! πŸ˜‰

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Kali pertama saya tertinggal buku yang nak dibawa sekali "bercuti" di Kedah ni. Encik hubby menggantikan Ketua Biro Kedah ni hampir tiga bulan (sebab bos tu bertugas dan menunaikan haji). Sebelum ni Encik hubby yang berulang Kedah - Kuala Lumpur dua minggu sekali. Tapi disebabkan Faris dah mula cuti bergilir masa UPSR hari tu, maka Encik hubby bawa kami sekali ke Kedah.

Saya dah letak dua buah buku untuk dibawa bersama, tapi boleh tertinggal pula. Jadinya untuk tiga hari lepas saya dilanda kebosanan yang melampau. πŸ˜§

Kebetulan semalam sebelum balik rumah, Encik hubby singgah di Jitra Mall. Er, tak banyak kedai di Jitra Mall, cuma ada satu kedai yang menarik perhatian saya, kedai I Love Novel. Apa lagi? Sambar tiga buah buku untuk jadi peneman beberapa hari yang berbaki di Kedah ni. 

Selamat bercuti semua... (^_^)


Kenapa bosan, pergilah jalan-jalan? Hm... Encik hubby kerja, kami je yang "bercuti". 


Saturday, September 10, 2016

Mona Ikan Bakar, Kuala Perlis

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Hampir sejam juga perjalanan ke Kuala Perlis ni dari Alor Setar. Tapi dah alang-alang-alang Encik hubby nak bawa, kita ikut je lah. ?
οΏ‚οΎ Excited juga bila tengok banyak gerai makan yang ada di Kuala Perlis ni. Sebelum ni encik hubby dah pernah makan di salah sebuah gerai (bila tanya dia pun lupa gerai tu nama apa) so, dia ajak makan di gerai yang lain. Jadi kami pilih gerai Mona Ikan Bakar. 

Masa mula-mula pilih aneka seafood tu rambang juga mata, maklumlah ikan-ikan, udang, sotong dan ketam semua nampak segar bugar! :p Rasa macam nak makan semua! Tapi Alisya dengan Faris bukannya suka sangat makan macam ni, so kami ambil sikit-sikit je la... Sikit tak sikit pun inilah yang kami order... ?

Siakap tiga rasa
Siakap bakar
Sotong goreng tepung
Udang goreng tepung, ni favorite Faris.
Kailan ikan masin
Sebenarnya ada juga telur dadar dan tomyam putih (isi ayam dan daging) untuk Alisya dan Faris. Maklumlah, itu je lah lauk budak-budak ni. Alisya lagi best, makan nasi + telur dadar dengan kicap je. ? Itulah anytime favorite dia.

Ok, komen saya tentang Mona Ikan Bakar yang saya dah makan ni, sedap jugalah. Siakap tiga rasa dengan bakar tu memang sedap. Isi siakap bakar tu, kemain lembut... cicah pula dengan air asam, memang best! Oh, ikan siakap tu kami beli seekor je, separuh masak tiga rasa, separuh lagi bakar... ?


Bila ditanya encik hubby, gerai Mona Ikan Bakar dengan gerai yang dia pernah makan dulu mana yang sedap, encik hubby saya kata sedap lagi Mona Ikan Bakar ni. So, oklah boleh recommand gerai ni. (^_^) Nombor telefon ada tu, so kalau anda datang di Kuala Perlis ni, bolehlah singgah dan rasa sendiri makanan di Mona Ikan Bakar, Kuala Perlis. 






Friday, September 09, 2016

Roti Jala + Kuah Durian

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Sebelum ni saya hanya tahu roti jala dimakan dengan sambal ikan bilis ataupun kari ayam. Ada orang cakap roti jala sedap dimakan dengan kuah durian atau kuah manis juga. Tapi di Kuala Lumpur, saya tak pernah jumpa roti jala + kuah durian atau kuah manis.


Di Kedah ni baru saya jumpa roti jala + kuah durian. Eh sedap la pula! (^_^) Rasanya ala-ala makan bubur kacang yang dicampurkan durian, cuma kuah durian ni dicampurkan dengan sedikit biji sagu. Memang sedaplah bagi penggemar durian macam saya. 

Di mana saya dapat makan roti jala + kuah durian ni? Anda boleh cari di gerai luar Stadium DarulAman. Ada dua gerai (sebelah menyebelah) yang menjual roti jala + kuah durian. 

Oh jangan risau pada sesiapa yang tak makan kuah durian, boleh minta kuah kari ayam atau daging. Tapi pada saya kuah durian tu sedap sangat! (^_^) Jika anda ada di sekitar Stadium DarulAman, jangan lupa singgah yea...

Roti Jala Kuah Durian
Stadium DarulAman, Kedah (deret KFC)
Buka 7:00 pagi - 1:00 tengah hari.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...