Wednesday, September 28, 2005

Seronok Borak Ngan Fizah.. :-)

Hari ni... lepas je meeting KRIS, saya ngan Fizah decide nak pi makan malam sesama... memula tu mmg ingat nak balik terus pas solat Maghrib... tapi bila tgk jam dah kui 8.00 pm saya pun setuju pi dinner ngan Fizah.. tu pun memandangkan perut pun dah lapo...

Kitaorg decide makan Rasa Ayamas kat South City Plaza.. (sebab Fizah ni mmg suke makan nasi ayam... dulu dia suke Chicken Rice Shop... tapi skang dah beralih ke Rasa Ayamas)..

Hari ni mmg rasa seronok sgt.. Mungkin sebab dah lama tak bercerita dengan Fizah... Macam2 topik yg kami borakkan... dr kui 8.30pm sampaila kui 10pm... tu pun kami perasan dah kui 10 bila pekeje kat Rasa Ayamas tu angkat kusi letak atas meja... then dtg kutip pinggan kami :-p Rasanya kalau Ayamas tu buka 24 jam, sure kami borak sampai pagi :-p

Mmg dah lama betul saya & Fizah tak makan bersama.. dulu... Masa saya di HQ, mmg byk masa kami spend bersama.. lebih2 lagi kalau Mira ada... Kami bertiga masuk ke MMSC di bawah MDC internship program. Fizah masuk awal 15 hari, manakala saya dan Mira masuk pada 16 April 2004... Satu department lak tuh.. tu yg rapat... mula renggang bila saya dipindahkan ke department lain dan Mira pula sambung study amik ACCA...

Skang pun Mira dah abis blaja... tu dok melangok la tu kat Ipoh :-p Lama betul tak jupe dia.. setahun dah rasanya... hm... hari tu dia call.. dpt la beborak ngan dia... tak la lama sgt... ye la... kang melambung lak bil tepon... InsyaAllah... kalau ada peluang, nak gak jupe dan beborak sakan ngan Fizah & Mira... InsyaAllah mungkin satu hari nanti... :-)

Monday, September 26, 2005

Tahniah Mel, Fida dan Adi



Gambar kiri: Dr Kiri Mel, Fida & Adi.
Gambar kanan: Mel menerima Diplomanya...

Alhamdulillah pagi tadi Mel, Fida dan Adi (bekas pelajar ITTAR) telahpun selamat menggenggam Diploma Multimedia masing2... Tahniah... dah konvo pun adik2 akak ni.. :-p Konvo kat Stadium Putra lak tu.. waa..mesti meriah...

Maklumla dah lbh 3 tahun belajar... tentulah hari ni hari yang menggembirakan, betul tak?! Penat tu blaja 3 tahun kan.. kan.. kan?!? (tak pe la.. akak dulu pun 5 tahun gak blaja!! uish letih woo, tapi bila dah pegang scroll... hm.. rasa rindu lak nak blaja lagi).

Anyway, ape pun perancangan korang pas ni akak doakan korang berjaya... Kalau plan nak keje pas nie... sediakan diri korang sebaik mungkin... maklum la nak keje bawah org nie.. mental kena kuat... lain la kalau bekeje sendiri... apa pun... segala pengalaman kat ITTAR, pengalaman masa praktikal kat MMSC dan pengalaman2 korang yg lain... gunakan sebaik mungkin. InsyaAllah korang akan berjaya...

Kuatkan semangat untuk tempuhi alam pekerjaan korang nanti.. ;-) Good Luck!

Tahniah Jas...

Hari ni merupakan hari pertunangan Jas dan pasangannya... (kalau tak silap nama tunangnya, Wilia)... Majlis berlangsung di rumah Wilia, di Shah Alam., pada jam 1 tengah hari.

Kalau diikutkan saya tak perlu ke majlis tu sebab E1, Man & Adie dah pakat nak pergi bertiga... tapi last minute semua plan bertukar bila Adie blk Penang dan Man pulak keje hari nie.. So nak tak nak saya jadi bidan terjun laa.. menggantikan Man dan Adie...

Alhamdulillah dalam perbincangan kedua2 belah keluarga lelaki dan perempuan, mereka bersetuju untuk menyatukan Jas dan Wilia, sekitar bulan Februari nanti... InsyaAllah, smoga jodoh kalian berpanjangan...

Buat Jas dan Wilia... tahniah atas pertunangan kalian.. :-)

Sunday, September 25, 2005

Pengalaman Pertama Jalani Rawatan Tradisional...

Hari ni abg Poji (abg sulung saya) dah plan nak bawa mak ke Puchong utk mendapatkan rawatan tradisional... Mula2 mmg malas nak ikut sebab saya menyertai satu event di Ampang sebagai sukarelawan.. event satu hari itu tentunya memenatkan... tapi bila Ateh hantar sms kata tak de anak pempuan yang temankan mak... so last2 pi la jugak...

Kitaorg bergerak dr Gmbk jam 6.30 ptg... sampai sana dalam jam 8.00 mlm (jam skit kat depan IOI)... Sesampai je kat sana... proses rawatan dijalankan... setelah mendapatkan semua info tentang penyakit mak, Wak (gelaran kepada doktor tradisional tersebut) pun mula memeriksa mak...

Rawatan yg dilakukan tidak ubah seperti menggunakan kaedah refleksiologi... (tapi bukan kaki...sebaliknya di bahagian belakang badan mak) Kata Wak, mak tak de sakit buah pinggang (seperti yang diberitahu oleh doktor pakar)... katanya dia telah 'melihat' dan mendapati kedua2 buah pinggang mak masih elok dan sihat (kalau rosakpun bukannya teruk sgt).

"Jika tidak masakan ibumu masih bisa membuang air, bisa duduk dan bisa bergerak (berjalan)?"

Saya hanya diam dan mendengar lanjut... Wak memberitahu semua kesan jika seseorang itu mengalami kerosakan buah pinggang.. Hm... penerangannya sama seperti apa yang telah saya baca dari buku-buku kesihatan dan maklumat tentang penyakit buah pinggang dari internet...

Kata Wak, urat2 belakang badan mak byk yang bersimpul... (kerana mak mengadu sakit di bahagian blkg bdn & myebabkan mak trasa sakit bila duduk atau berdiri terlalu lama..).. Wak mula 'membetulkan' urat2 yang dikatakan bersimpul itu.. Saya hanya memerhatikan rawatan yg dijalankan.. makin lama Wak menekan blkg mak, saya semakin terasa sakit (juga di bahagian blkg).. Saya juga tak henti2 sendawa (mmg saya tak boleh melihat org diurut.. saya yg akan sendawa lbh2 :-P)

"Wah.. ajaib ni.. di sini yg diurut... di sana pula yang sendawa... Banyak angin ya?!" kata Wak...
"Jika tidak tahan, kamu bisa tunggu di luar..." sambung Wak lagi.

"Dia mmg cam tu Wak tak boleh mengurut & tgk org lain diurut.. dia yg akan sendawa..." kata mak pula... Namun x pula saya berganjak dr tmpt duduk saya tu... Makin lama.. Makin sakit.. sampai Mak Lang pun ckp.. "Teruk betul kau nie nora... Smpi merah padam muka tahan sakit tu..."

Masa tu mmg tak tau nak ckp... sakit kat blkg bdn sampai rasa tak boleh nak duduk betul... rasa cam nak terbaring dah... badan pun dah start berpeluh... bila selesai je Wak rawat mak... terus Wak panggil dan tengokkan saya pula... Saya diminta duduk membelakangkan Wak & wak menekan bahu dan bahagian blkg badan saya (seperti kaedah refleksiologi), seperti mana yg dilakukan kpd mak tadi..

"Selalu gastrik ya? Sakit kepala & kadang-kala lenguh di bahagian pinggang?" Saya mengiakan & terfikir sejak akhir2 ni mmg kerap sakit pala, mudah kena gastrik dan lenguh pinggang.

"Saya betulkan uratnya ya?" Saya hanya diam & Wak meneruskan rawatan..

"Di sini mungkin sakit sedikit (di bahagian pinggang).. kamu bertahan ya?!" Masa tu saya mmg dah tak boleh nak tahan... mmg sakit sgt rasanya... Last2 menangis menahan sakit... Tuhan saja tahu sakitnya... Smpi Abg Poji yg dok depan saya masa tu pun pandang dengan pandangan yang simpati... "Tak pe la... tahan skit... Wak nak ubatkan tu.."

Bila habis rawatan refleksiologi tu, Wak ckp perut saya keras... (kerana terlalu banyak angin yg terkumpul).. Wak kata, "lepas ibumu diurut isteri saya, kamu pula..." (utk lembutkan perut dan mudahkan perjalanan darah sume).. Gerun jugak bila dgr kena urut tu sebab blkg saya yg ditekan wak tu mmg masih terasa sakit... walaupun saya dah rasa semakin lega... (tak sakit blkg lagi...)

Saya tahu perut saya (terutama sebelah kiri) mmg keras... Doktor dah ckp byk kali pun... Nenek saya yg selalu urutkan saya pun ckp cam tu... tapi saya x tau la pulak cam ne nak lembutkan perut nie...

Masa isteri wak tu urutkan perut saya... dia pun terkejut bila tekan perut saya... "Keras sungguh ni.. lihat isinya semua sudah turun ke bawah... peranakan kamu juga" Saya hanya diam dan tunggu tindakan selanjutnya... ternyata isteri Wak tu bersungguh2 "melembutkan" perut saya... "Kamu rileks saja ya... jgn ditahan nafasnya.. jgn keraskan perutnya.." Itulah antara perkataan yang sering diulangnya.. Sakitnya jgn ckp aaa... Rasa cam nak suruh dia berhenti ngurut je.. Berpeluh2 isteri Wak tu ngurut saya... katanya dia blm pernah lagi ngurut org yg perutnya keras cam perut saya... Tapi alhamdulillah dia berjaya "melembutkan" perut saya... dan saya juga terasa lebih selasa dan tidak senak perut...

Alhamdulillah... bak kata org... ikhtiar lah... cari penawar bagi setiap kesakitan yang kamu alami... inilah pengalaman pertama saya menjalani rawatan tradisional di Puchong... Mudah2an saya tidak mudah terkena sakit pala, gastrik dan lenguh pinggang lagi... InsyaAllah....

Friday, September 23, 2005

Hargailah Si Dia Di Sisimu...

Jika kamu memancing ikan... setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kail mu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang...
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada... jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh... cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula... akhirnya ia di buang... sedangkanjika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi... .

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya... janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... akhirnya kamu kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu berterusan hingga ke akhirnya...

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu... mengenyangkan, berkhasiat... mengapa kamu berlengah... cuba mencari makanan yang lain... terlalu ingin mengejar kelazatan... Kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya... kamu akan menyesal...

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu, menyayangimu, mengasihimu... mengapa kamu berlengah... cuba membandingkannya dengan yang lain... terlalu mengejar kesempurnaan... Kelak... kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah...


--> Beginilah umpamanya kehidupan kita dalam menilai seseorang... Sesungguhnya kita tidak perasan akan kehadiran seseorang yang memenuhi segalanya... sehinggalah satu waktu dia pergi meninggalkan kita...

Siapakah Anda?

Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu, iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada Tuhannya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Al-Quran, hadis dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dungu kepala otaknya?
Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyeksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika dia didalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah oranmg yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w.

Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti kebesaran al-Quran dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata, Inna lillahi wainna illahi rajiuun. Lalu sambil berkata,  Ya Rabbi aku redha dengan ketentuan-mu ini, sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis air mata mutiara?
Orang yang menangis air mata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya alu mengalir air matanya.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukan harta.

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap-sedia untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.

Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beria-ia berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang sentiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur hidupnya adalah orang yang tidak mempedulikan akan halal dan haramnya sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu ditipu adalah orang muda yang yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan dimana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling sempit?
Orang yang mempuanyai rumah yang paling sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia iuntuk menghindari seksa neraka.

Airmata Nabi Adam

Tahukah saudara/i semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Baginda sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata baginda. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Baginda menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya Aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Apa Yang Akan Ditanya Dalam sehari ada 24 jam. Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk ?

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab :
Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.
Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"

Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak."

Semoga menjadi pedoman hidup kita hingga keakhir hayat , Insya'Allah .

Wassallam.

Sunday, September 18, 2005

Kejohanan Bowling KRIS Selesai...

Alhamdulillah hari ni semua perancangan bg Kejohanan Bowling Tahunan KRIS 2005/06 berjalan dengan lancar. Walaupun terdapat sedikit kelewatan dr segi penyediaan breakfast... tetapi rata2 semuanya berpuas hati...

Tahniah dan kredit kepada Lan (AJK Sukan KRIS) yang telah bertungkus lumus untuk merealisasikan segala perancangan sempena kejohanan pertama KRIS bagi sesi 2005/06. Terima kasih juga bagi semua ahli KRIS yang telah berkerjasama dalam memberikan yang terbaik untuk kejohanan ini.

Tahniah juga kepada semua pemenang. Dan ternyata segala objektif kejohanan telahpun tercapai. Terima kasih kepada semua...

Friday, September 09, 2005

Ala... Comeinye Dia...


Hm, adik Arfan ngan abg Aizad...

Adik skang dah pandai pose... Asal angkat camera... Suruh senyum... dan2 ada aksi2 yg comei... :-) siap kenyit mata lagi... Adik arfan sampai skang belum pandai panggil "Mak Uda". Tah bila la nak dgr dia sebut "Mak Uda"... Antara perkataan2 yg dia dah pandai sebut, "atuk"(arwah ayah), "wan", "abah", "bu" (ibu), "aijad" (aizad), "anyah" (angah), "akjang" (pak anjang), "atteh" (mak teh), "pokcu" (busu) & "tatak" (kakak=Nani)...

Arfan ni peminat no satu MAWI WORLD :P lagu yg dia paling suke, Nour El Ain & Aduh Saleha... kalau dengar jek muzik 2 lagu ni.... sure dia start joget & buat mimik muka menyanyi (ala2 miming la tu) :P Mmg comei!!