Monday, October 31, 2005

Jenuh Study Pasal Kidney - Dialysis

Sejak cuti raya bermula... saya sibuk buat research pasal Kidney & Dialysis.. Saya dinasihatkan oleh Dr Faikah dari Hospital Tawakal, utk menyiapkan diri dengan istilah2 perubatan bagi pesakit buah pinggang.. utk memudahkan pemahaman saya ttg perkara tersebut.. (lebih2 lagi bila berbincang dgn doktor)

Saya mula mencari info ttg kesan/tanda2 seseorang itu mengidap sakit buah pinggang... sampailah ke proses dialysis dan operation buah pinggang (jika ada penderma buah pinggang).. mmg kalau taip je perkataan DIALYSIS, KIDNEY, FISTULA, NORVASC & lain2 di Google, mmg banyak info yang akan kuar.. baik dari segi info... gambar, tips, pemakanan dan sebagainya... tinggal lagi kita rajin ke tak nak explore menda2 tu...

Pantang mak ngadu rasa tak selesa atau sakit (spt sengal2, bisa2, loya etc..) saya akan trs search di Internet... dgn tujuan nak ringankan rasa ketidakselesaan & kesakitan yg mak tanggung.. kadang2 frust jugak bila info yg kita cari x jupe.. tapi tu la... kena usaha!

Saya amat tertarik dengan info yg terdapat dalam NKF Malaysia (National Kidney Foundation @ Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan).. Bagi "amatur" mcm saya, info asas yang terdpt di situ byk membantu... sebaik sahaja saya faham dengan proses dan istilah, baru saya beralih kepada website2 international, utk memantapkan lagi pemahaman saya...

Urkh.. mmg banyak lagi yg saya perlu tahu... :-((

Sunday, October 30, 2005

Salam Aidilfitri

Alhamdulillah, tidak lama lagi kita akan menyambut kehadiran Syawal nan mulia.

Sempena bulan baik ini, saya ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali diri saya...

Mohon maaf atas keterlanjuran bahasa, perlakuan @ sebarang kesalahan yang mungkin menyebabkan kalian tersinggung, terasa hati, termenyampah, termeluat & semua yang "ter" la... Mungkin saya tak perasan/tak sengaja melakukannya.

Bagi mereka yang pernah belanja makan.. belanja minum... Terima kasih saya ucapkan & mohon dihalalkan semuanya..

Pada cikgu2, lecturer2, kengkawan yang banyak membantu saya dalam pelbagai bidang/perkara, saya mohon halalkan segala ilmu/nasihat yang dicurahkan. Sesungguhnya saya tidak termampu nak membalasnya.. InsyaAllah, Allah akan membalas segala kebaikan kalian.

Pada mereka yang akan pulang ke kampung... Selamat pulang ke kampung. Semoga perjalanan kalian tidak terganggu dengan perkara2 yang tidak diingini... Semoga selamat pergi & selamat kembali...

Pada semua...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1426H
&
MAAF ZAHIR & BATIN..


Wednesday, October 19, 2005

Gerhana Bulan...

Saya sempat merakamkan gerhana bulan malam semalam... Gambar diambil dengan kamera digital Canon Powershot S2 IS & dirakamkan pada jam 8.10 minit malam dgn exp 1/250 saat.


Tuesday, October 18, 2005

Gerhana Bulan Malam Ini...

Malam ini, (17 Oktober 2005, bersamaan 13 Ramadhan 1426H), semua rakyat Malaysia berpeluang untuk melihat Gerhana Bulan (separa). Fenomena ini boleh dilihat sekitar jam 8.03 - 8.25 pm... So kepada sesapa yang ada digital camera tu, boleh la amik gmbr.. buat kenang-kenangan sbb fenomena sebegini bukan selalunya berlaku... moga dgn melihat fenomena ini kita akan lebih menghargai kehidupan dan sentiasa m'agungkan ciptaan Allah s.w.t... InsyaAllah..



Sila klik di sini...

Sunday, October 09, 2005

Sedih Tengok Fatin... :-(




fatin1

fatin2

fatin3

Saya tgk Buletin Utama TV3 pasal fatin ni semalam (7 Okt 2005).. kesian baru 4 bln, tapi dah 3 kali menjalani pembedahan.. dalam usia yang terlalu "kecil" fatin terpaksa berdepan dengan "kesakitan".. pembedahan yang latest kaki kanannya terpaksa di potong sebab ada ketumbuhan & secara x langsung untuk memudahkannya membuang air... Fatin perlukan perhatian dari familynya 24 jam...!!

mmg sedih aa tgk.. family fatin org susah.. ayah dia pulak dah diberhentikan keje sebab selalu sgt amik cuti dan berulang-alik anta dia ke hospital.. skang ni mak dia je yang tanggung keluarga.. dgn keje kilang & berpendapatan RM300 lebih sebulan.. selain menanggung kos perubahan fatin, mak dia juga perlu tanggung keperluan anak2 lain (8 abg & kakak fatin) dan kehidupan dorang sekeluarga...

Ini email yang saya terima dari Nisa (Karangkraf)

Anak bongsu dari 9 beradik. Bapa kerja security guard di SP (tapi dah diberhentikan kerja kerana kerap mengambil cuti) dan Mak kerja kilang di Prai. Kaki kanan Fatin dipotong pada hari ke 3 kelahirannya , sebab doctor suspect ketumbuhan pada kaki nya ada cancer. Bila dah dipotong barulah dapat nampak jantinanya yang sebenar. Isi kemerahan yang terbonjol keluar dari punggung belakang adalah ususnya yang di keluarkan bagi membolehkan Fatin membuang air besar.

Just imagine, baru umur lebih 3 bulan sekarang. Kalau berpeluang melawat dia di rumah, Fatin dengan matanya yang bulat seolah-olah mahu memberitahu sesuatu kepada pelawat-pelawat . Tak banyak orang yang tahu, termasuklah masyarakat sekeliling. Diharapkan dengan tersebarnya message ini, Fatin akan dapat menjalani rawatan yang lebih baik lagi.

Sekarang ini perlu rawatan susulan di Hosp. Alor Star. Bapa perlu berulang-alik dari rumah ke Hospital Alor Star. Fatin akan didukung oleh bapanya (Rashidi) menaiki Bas, yang perjalanannya memakan masa 1.5 ke 2 jam. Cuba bayangkan kesusahan yang Fatin perlu lalui. Alhamdullilah, 2 perjalanan yang lepas, ada 2 hamba Allah yang telah membantu menghantar Fatin, bapa dan kakaknya ke Alor Star dengan kereta mereka. Mudah-mudahan, dengan tersebarnya message ini, akan ada lagi hamba Allah yang akan tampil membantu meringankan kesusahan bapa Fatin, Rashidi untuk menghantar anaknya ini untuk mendapat rawatan.

Keluarga Fatin menetap di 4445 Paya Keladi Hujung, Kepala Batas, Seberang Prai Utara. Sesiapa yang sudi, Rashidi tidak keberatan untuk menerima kunjungan dari orang ramai yang ingin melihat sendiri keadaan Fatin. Mungkin Rashidi dan isterinya keluar bekerja, tapi Fatin dijaga oleh neneknya. Rashidi boleh dihubungi pada talian 019-4023596.

Kepada yang tersentuh dan ingin melawat anak yang istimewa ini, dan sekiranya anda tidak biasa dengan Kepala Batas, anda perlu mengambil jalan lama dari pekan Kepala Batas ke Sungai Petani. Belok di Simpang arah ke kanan menghala ke Paya Keladi. Teruskan perjalanan sehingga anda nampak papan tanda Paya Keladi Hujung di sebelah kanan. Ada sekolah agama di sebelah kanan bertentang dengan kedai runcit di seberang jalan. Belok kanan dilorong bersebelahan sekolah agama dan masuk lebih kurang 100m. Rumah ayah Fatin di sebelah kanan (kembar dua) dan betul-betul di belakang sekolah agama.

Kepada yg ingin menyumbangkan secara online, akaun Rashid di Public Bank Kepala Batas (alwadiah) adalah 4-9153033.

p/s: Jika termampu, sama2 la kita bantu Fatin... kerana hari ini hari family Fatin, kita takkan tahu bila pula hari kita akan diuji Allah.. Sama2 la kita beringat... roda kehidupan kita ni sentiasa berputar... sementara kita masih di atas.. bantulah mereka yang dibawah...

Saturday, October 08, 2005

Kisah Rasulullah SAW & Pengemis Buta

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya".

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW praktis tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abu Bakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, "Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?".

Aisyah RA menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja".

"Apakah Itu?", tanya Abu Bakar RA.
"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana", kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil menghardik, "Siapakah kamu ?". Abubakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa.""Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", bantah si pengemis buta itu.

"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW".

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar RA, dan kemudian berkata, "Benarkah demikian?"

Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... "

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW? Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau? Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.

Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya.

Wednesday, October 05, 2005

Selamat Datang Ramadhan...

Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia. Amalan berpuasa adalah tuntutan wajib ke atas semua muslim, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi banyak manfaat dan keistimewaan, faedah dan fadhilat bagi mereka yang menghayatinya.

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kepada kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu, supaya kami menjadi orang-orang bertaqwa“
Surah Al-Baqarah: 183

Menurut syariat, puasa bermaksud menahan diri dari segala sesuatu yang boleh membatalkan puasa (seperti makan, minum, hubungan kelamin dan sebagainya) dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari. Niat berpuasa adalah dengan beribadah kepada Allah, meningkatkan taqwa dan mendapatkan keredhaan dari-Nya

Seperti yang kita sedia maklum, Ramadhan merupakan bulan yang penuh keberkatan. Bulan inilah di mana ibadah kita akan dilipat gandakan pahalanya. Malah pada bulan inilah kitab suci Al-Quranul Karim diturunkan, sebagai benteng dan petunjuk untuk membezakan antara yang benar dengan yang salah, yang halal serta yang haram.

Dengan berpuasa, kita dapat membersihkan rohani dengan menanamkan perasaan kesabaran, kasih sayang, pemurah, berkata benar, ikhlas, berdisiplin, terhindar dari sifat tamak, yakin dan sebagainya.

Sesungguhnya beruntunglah mereka yang berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan kerana berpuasa adalah alat penyembuh yang terbaik dalam membersihkan rohani dan jasmani manusia.

Akhir kalam, berpuasalah… kerana mungkin tahun ini merupakan tahun terakhir kita berpuasa. Selamat berpuasa buat semua kaum muslimin dan muslimat.

Marhaban Ya Ramadhan. Kepada semua yang singgah ke blog saya ni... saya ambil kesempatan ni ucapkan Selamat Berpuasa & ampun maaf saya pinta sekiranya terdpt salah & silap saya pada kalian selama nie... Semoga kita sama2 mendapat keberkatan dari Ramadhan tahun ini...


p/s: rindunya kat arwah ayah ngan arwah abg... :-(
Dua tiga hari lepas mak nangis... bila saya tanya nape..?? dia ckp, "bulan puasa nak dkt.... teringat kat arwah ayah.." :-(

Dgr je mak ckp cam tuh... saya pun ikut nangis.. sedih tul... tak sangka ramadhan tahun lepas, ramadhan terakhir kami ngan ayah... selalu kalau time2 nak puasa ni.. ayah la yg paling sibuk cari kurma... masa sahur lak ayah akan pastikan kami adik beradik bangun sahur... + ayah akan letakkan nasi kat pinggan kitaorg... dan ayah pun selalu akan pastikan kami pi terawih... kalau tak pi masjid tuk terawih, ayah kata buat kat umah... hm... :-(

Setiap kali pas posa lak... ayah akan pastikan kitaorg tak tinggal posa ganti... mesti ganti masa bulan syawal tu jugak (seeloknya masa posa 6).. bak kata ayah.. elakkan dari tangguhkan ganti posa.. takut nanti terlupa.. atau 'meninggal dunia' seblm sempat nak bayar hutang... :-((

Al-Fatihah tuk arwah ayah & abg...

Monday, October 03, 2005

Bila Anak2 Sedara Cite Pasal Bola....



Gmbr kiri diambil dari Utusan Online..
Gmbr kanan: Anak2 Sedara, dr kiri Angah (Zaidan), Aizad dan Kandar.

Demam Piala Malaysia dah berakhir... Abis je bola.. terus si angah ngan Kandar perli Aizad yang kalah (sebab Aizad sorang je kat umah ni yang sokong Perlis...) Angah ngan Kandar sokong Selangor... Aizad tak puas hati terus kata Selangor main tipu... (ye la mana nak tahan kena perli sengsorang :p) Siap ckp pasal rasuah sume... Fuh.. hebat gak dorang nie berdebat pasal bola... :

Aizad Menulis:
Perlis dikalahlah semalam tension betul. Semalam bambang pamungkas menjaringkan 3 gol dan yusri cuba menjaringkan bola tetapi tidak gol. Minit ke 16 bambang pamungkas mejaringkan gol. Ele aboy memberikan bola kepada bambang lalu bambang menanduk lalu GGGOOOLLLL. Minit ke 86 Ele aboy memberikan bola kepada bambang lalu bambang menanduk lalu GGGGGOOOOOLLLLL. Minit ke 97 syukri memberikan bola kepada bambang lalu bambang menahan bola ketika berebut dengan azizi lalu GGGGGOOOOOLLLLL. SELANGOR telah memenagi sebuah PIALA iaitu PIALA MALAYSIA. Tension... tension...

ZaidanMenulis:
Semalam Selangor kalahkan Perlis 3-0. Semalam Bambang Pamungkas menjaringkan 1 Gol pada pusingan yang pertama. Pada pusingan yang kedua pula Bambang Pamungkas menjaringkan 2 lagi Gol. Pada pusingan yang pertama Eli Aiboy menendang dan Bambang Pamungkas menanduk dan GGGGOOOOLLLL ! Pada pusingan yang kedua Yusri menyepak lalu corner dan Eli Aiboy menyepak tinggi dan Bambang Pamungkas menanduk dan GGGGOOOOLLLL! Pada pusingan yang kedua juga B.Fuentes menggelecek dan terjatuh dan mengambil bola semula dan menyepak lalu Yusri menendang dan Bambang Pamungkas menahan lalu GGGGOOOOLLLL! Akhirnya Selangor dapat memegang Piala Malaysia. Aku sokong Selangor. Hidup Selangor!!

Iskandar Menulis:
SELANGOR TEWASKAN PERLIS 3-0 . AZAM BAMBANG TELAH TERCAPAI. SELANGOR BEST!!


P/s: Betul ke nama2 pemain bola yg dorang tulis nie??? :-?
Nampak sgt tak ikut perkembangan bola sepak. :-P