Thursday, June 25, 2009

IEC 2009 BEST!!

Berdebar betul bila duduk di kerusi judges bersama Afzan dan Mr Jega... rasa cam tak tentu arah... The first 10 minutes... kecut perut... berdebar-debar... lelama ok... alhamdulillah... hehehe...

Tahun lepas org pernah jadi fasi tuk program IEC ni (thn 2008). Bezanya thn lepas... drama yg students buat kurang memberangsangkan... boring skit... tapi tahun ni... mmg berbeza... berbeza dari segi performance, teamwork, creativity, script writing & confidence level... 4 out of 5 groups done a very good job!!

Kami (audience) pun tak perlu tunggu lama untuk pertukaran scene (dr scene 1 ke 2 ke 3 dan seterusnya). Kalau last year.... smpi rasa nak tido.... huaarrgghhh... (sambil nguap tak tutup mulut.... eh dosa tau... lain kali tutup mulut..)

Antara drama yg terkesan dihati adalah drama "Who's stronger?". Drama ini mengisahkan tentang kehidupan di dalam hutan, dipenuhi dgn flora dan fauna yang cantik. Tetapi, matahari & angin merasakan diri mereka hebat di hutan tersebut, sehingga tercetusnya pergaduhan. Akhirnya mereka memutuskan untuk bertanding, utk melihat siapa yg lebih kuat & hebat.

Kebetulan ada seorang pemburu yg sedang memburu haiwan di hutan tersebut. Mereka bertanding, siapa yang boleh membuatkan pemburu yang sedang berehat di bawah pokok membuka baju, maka dialah yang hebat.

Maka, angin pun menunjukkan kehebatan, namun... pemburu tersebut semakin kuat memeluk tubuhnya kerana kesejukan. Melihat kegagalan angin, matahari ketawa dan dengan bangga menunjukkan kehebatannya pula.... WAH, HEBAT!!!.... Pemburu itu mula membuka jaket yang dipakainya...

Tetapi hangat matahari yang berterusan, membuatkan bunga2 mekar di hutan itu semakin layu dan tidak bermaya. Binatang2 pula... mula kehausan... Cuaca panas berterusan ini semakin mendatangkan kesan (negatif) kepada suasana hutan yang indah tadi... Akhirnya dtg hujan yang meneutralkan keadaan... dengan moral value.... SETIAP APA YANG ADA DI DUNIA INI, SALING MEMERLUKAN ANTARA SATU SAMA LAIN. SETIAP ORANG ADA KEKUATAN DAN KELEMAHAN... KELEMAHAN ITULAH YANG PERLU DIKONGSI AGAR KITA AKAN DPT MEMPERBAIKI KELEMAHAN TERSEBUT... (sori cite ni panjang lagi.. tapi dah dipendekkan... den lotih menaip... hahhahaha)

(Ingat ye... Renung2kan dan selamat beramal...hehehe) Apa pun biarlah kenangan manis ini terus tersemat di hati... Thanks Christle for choosing me... Happy to be part of IEC.... :-)

Tuesday, June 23, 2009

HAH? Ketua JUDGE?

Hari ni Christle buat kejutan... (Dalam hati... kalau dah Christle 'bersidai' kat tempat org ni... sah ada menda nak bagitau @ minta tolong...)

Seperti yg dah dijangka... Christle nak minta tolong hamba Allah yg tak berapa nak betul English ni jadi judge untuk drama competition IEC (Intensive English Course), 25 June ni... (HAH!! Biar betul?!?!)

Kalau ikut hati, mmg la tak nak sbb rasa cam tak layak je... Sebenarnya masa dia ckp tu, org dgn perkataan lain dah pun menolak... tapi tak nak la ckp direct... kengkonon kata nak tanya Kak Zimah dulu... (tapi mmg betul pun sebab tgh sibuk ngan MQA takut ada keje lain nak kena buat... kitakan org bawahan.. so kena la minta permission bos atas kita...)

Tapi yg tak sedapnya bila second time Christle ckp... & ditambah perencah oleh Kak Noni, Ita & Farah... terpaksa la akur... bak kata kak Noni, "bukan senang nak merasa dilantik jadi judge tuk IEC... that's an honour..." Yang lagi kelakar tuh... Christle lantik org jadi ketua judge... Christle ni..... alaaaahaaaiiii....

Thursday, June 18, 2009

Perkenalkan.... org kuat Pasukan Pingpong YP

Sorry tak smpt lagi nak update blog tuk PESAYA hari tu.... Tuntutan kerja tak mengizinkan.... sebagai permulaan... Saya perkenalkan dulu org kuat Pasukan Pingpong YP...

Coach - Vong Aik Sin