Friday, July 15, 2011

Semester Baru Telah Bermula...

Assalamualaikum...

Banyak benda yang tak dapat nak post lately... banyak cerita tapi masa sangat tidak mengizinkan... Semester baru July-December 2011 akan bermula pada 18 July ni... Persiapan?!? Carca marba...!! Sebab sepanjang semester break, banyak benda yang kena settlekan (tapi banyak juga yang belum settle... Hadoi la... rasa macam nak hantuk kepala kat dinding...) 

Quick info for rakan bloggers... Semester ni saya mengajar dua subjek baru... disebabkan perubahan structure dalam pentadbiran IKIP Diploma... By the way, ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Norzimah Kasran (bekas Kordinator Kewartawanan) kerana telah dinaikkan pangkat menjadi Pengarah Program... (Clap... clap... clap..) Terima kasih juga yang tidak terhingga kepada Puan Nor Aishah Hashim di atas segala bakti kepada IKIP Diploma selama 10 tahun ini...

Saturday, July 09, 2011

Oloh-oloh?!?

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,



Oloh, oloh?! Apa tu?! Hehehe.. Tu adalah perkataan pelat Faris yang bermaksud berpeluh-peluh.. Perkataan ni memang Faris suka sebut.. Kalau dia main lompat-lompat.. Main kejar-kejar dengan Alisya, memang dia akan berpeluh dan minta untuk bajunya dibuka..

Situasi 1
"Mama, ukak aju.. Ayies oloh-oloh.." (hehe comeikan ayat tu...)

Situasi 2
"Mama adik oloh-oloh, Ayies ukak kipash nye" (bila dia tengok adik dia berpeluh..)

Ini adalah dua situasi biasa bila dia gunakan perkataan oloh-oloh tu.. Yang berikut ni adalah situasi ketiga yang first time saya dengar dan buat saya sejuk perut...

"Mama, duduk.. Duduk.." kata Faris sambil tepuk sofa minta saya duduk.