Thursday, October 23, 2014

Saya Sedang Berpantang!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,


Ya, saya sedang berpantang. Tapi bukanlah berpantang sebab saya pregnant @ keguguran, jauh sekali pantang bersalin... :p

Saya mengalami bisa-bisa pinggang hingga ke kaki (tumit to be exact)... tak tau nak cakap la sakit macam mana... Macam nyucuk-nyucuk gitu la kot. Dalam keadaan encik hubby yang jauh beribu batu dari Malaysia, anak-anak yang masih belum tahu apa-apa... memang menakutkan!

Bayangkanlah saya yang sedang sakit ni tinggal bertiga dengan Faris dan Alisya sepanjang 7 hari lepas (encik hubby bertugas di Jepun), rutin hantar dan ambil anak pergi balik sekolah, buat kerja rumah mengemas, masak dan lain-lain... Terasa sangat menyakitkan dan memenatkan..

Sampai satu tahap tak mampu nak tahan sakit, saya Whatsapp kakak saya, menaip mesej sambil menangis... Masa tu saya fikir, kalau la jadi apa-apa pada saya... macam manalah anak-anak saya.

Si Alisya yang sangat prihatin, bila tengok saya menangis terus dia urut tapak kaki kanan saya... (dia tahu saya sakit kaki). Walaupun tangannya yang kecil tu tak mampu kurangkan sakit saya, tapi saya rasa tenang juga...

Merata jugalah saya mencari tukang urut/bidan. Pada saya jika diurut mungkin akan rasa lega. Dapat call dan buat appointment dengan bidan untuk berurut sebelah malam lepas Isyak Selasa hari tu... Mikirkan malam dan keadaan saya yang sakit, kakak saya sarankan minta staff encik hubby saya temankan.

Sebab sakit sangatkan, saya dengan tak malunya mesej staff encik hubby saya, Shida. Mujurlah Shida sudi nak tolong saya. Tapi.... nak dijadikan cerita lepas Maghrib tu, bidan tu call kata dia ada hal pula... Frust jugalah saya... Maklum la tengah sakit, tiba-tiba cancel berurut pula.

Malam tu juga Shida tolong saya cari bidan lain... Merata juga dia tanya orang. Baiknya Shida... Dan akhirnya jumpa! Terus saya set appointment esoknya. Bidan tu datang sendiri ke rumah saya.

Kata bidan tu, saya kena bisa sejuk. Kebanyakan urat bergumpal. Sakitnya tak tau nak cakap la... Makin diurut untuk dileraikan gumpalan tu, makin sakit rasanya. Peranakan pun sedikit turun, menyebabkan sakit berganda!

Alang-alang dah jumpa bidan, saya minta untuk diurut satu badan 3 hari berturut. Termasuk sengkak.

Sekarang ni baru la rasa lega sikit badan saya ni... Bidan tu pesan, saya kenalah berpantang sikit, agar tak kena bisa sejuk lagi lain kali.

Berikut adalah tips elak bisa sejuk yang diberikan tukang urut/bidan kepada saya.

1. Kena sentiasa pakai selipar/stokin di rumah.
2. Elakkan minum ais/air sejuk.
3. Elakkan makan sayur-sayur yang sejuk.
4. Kurangkan penggunaan air-cond. (Saya rasa memang ni sebab utama. Saya memang tak tahan air-cond, setiap malam pasang air-cond, sebab Faris alah kipas, sebab ada mild resdung. So, malam pun saya kena pakai stokin)
5. Disebabkan darah saya tak mengalir betul, bidan sarankan saya tidur, dengan kaki di tinggikan sedikit dari kepala.)

Alhamdulillah sekarang dah makin lega... tak de lagi bisa-bisa badan... Encik hubby pun balik dari Jepun hari ni... makin legalah saya...

Nota kaki: Saya kongsikan nombor telefon tukang urut/bidan ni. Manalah tahu ada orang yang mencari tukang urut/bidan sekitar Melaka. Kak Lela: 012-3131715 (Masjid Tanah)

Thursday, October 09, 2014

12 CPUV On Going?!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Saya sebenarnya dah lama juga tak menjenguk akaun Nuffnang saya... Lama, memang lama... Menulis blog juga cuma di atas kertas (buku nota)... Mood menulis pun tah ke mana perginya... Entri yang duduk dalam draft jangan cakap la... Memang berderet! Tah bila nak keluar tak tahu la. Lately ni saya cuma gemar membaca blog orang lain.

Saya percaya, malah sangat percaya bahawa penulisan juga perlukan komitmen, dari segi masa, pembacaan, pemerhatian, pengalaman dan lain-lain. Tanpa semua tu... memang takkan ada penulisan yang baik untuk dimanfaatkan oleh pembaca. Kalau tak de yang boleh dimanfaatkan oleh pembaca, mungkin penulisan tu penulisan yang sia-sia. Rugilah kan?!

Apapun, berbalik kepada Nuffnang saya, nampaknya masih ada rezeki untuk saya. Baru sekejap tadi saya buka... sekali kira ada 12 on going CPUV. Alhamdulillah... (^_^)

Nampak gayanya saya kena la lepaskan beberapa entri dari draft, supaya berguna juga CPUV yang saya dapat tu... Orang kata rezeki dah ada depan mata, takkan nak tengok je kan... Kena usaha juga untuk dapatkan hasil... Biarlah walau sikit. Patut bersyukur, sebab saya tahu ramai juga yang belum pernah merasa CPUV walau dah bertahun-tahun letak iklan Nuffnang di blog masing-masing. Moga Allah turut memberikan rezeki berblog buat awak, awak, dan  juga awak, kalaupun bukan dengan Nuffnang, mungkin juga dengan pengiklan lain... Amin, Insya Allah...

Rezeki kita semuanya berbeza. Rezeki bukan dalam bentuk wang je. Anak bijak juga rezeki, rumah selesa juga rezeki, pekerjaan baik juga rezeki, jiran-jiran yang baik juga rezeki, kawan-kawan yang baik juga rezeki, eh jangan tak tahu sihat tubuh badan pun rezeki tau! Maka bersyukurlah dengan apa yang kita ada/dapat.

Thursday, October 02, 2014

Prihatinnya Kamu, Duhai Anak...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Dah tiga hari saya batuk, sampai hilang suara. Seingat saya tak de pula siapa-siapa di rumah ni yang kena batuk. Mugkin sebab cuaca yang tak menentu sekarang ni... Kadang-kadang panas terik, tak lama lepas tu hujan mencurah-curah...

Dua hari lepas saya tak boleh nak bercakap langsung... suara tak keluar. Sampai Faris dan Alisya cakap, "mama sakit tekak, mama diam je, tak payah cakap..."

Pagi ni rasa tak sedap badan. Saya tak dapat tidur lena semalaman sebab batuk kuat sangat... Lepas siapkan bekal Faris, saya tidur semula. Badan panas. Harap-harap lepas tidur saya akan rasa reda sikit.

Mungkin sebab tak tidur lena malam semalam, buatkan saya agak lena tidur pagi tu... Sedar-sedar, Alisya cium-cium pipi saya... Lepas tu saya dengar dia cakap:

Cinta hati saya...
Alisya: Mama, panasnya muka mama! (sambil tangan kecilnya meraba-raba muka saya, dari dahi ke pipi dan ke leher...) Panas ni. Jom-jom bangun. Alisya bawa mama pergi klinik. (sambil tarik-tarik tangan saya)

Saya: Larat ke nak angkat mama?

Alisya: Kalau mama kecil macam ni, Alisya boleh la angkat... (sambil tunjuk cara dia angkat bantal peluk kepunyaannya)... Sebab tu Alisya suruh bangun. Bangun, bangun, nanti Alisya pegang.

Wah, kemain bersungguh-sungguh dia nak bawa saya ke klinik. Kelakar pun ada. Saya beritahu Alisya, kalau saya mandi... kuranglah demam saya. Lepas tu kelam kabut dia suruh saya mandi.

Prihatin juga kamu yea Alisya... Tersentuh hati mama. Moga jadi anak yang solehah, berjaya di dunia dan akhirat. Amin...

Oh ya... Semalam pun masa hantar Faris ke sekolah agama, Faris suruh saya tunggu je dia di luar sekolah sebab sekolah agama dia semalam jam 4.30 - 6.15 je... Saya beritahu dia saya tak larat nak tunggu depan sekolah, saya nak balik dan berehat di rumah.

Lepas tu Faris cakap, "oklah kalau macam tu... Mama pergi klinik kat sana dulu... ambil ubat. Lepas tu rehat kat rumah... Kalau mama tak larat, mama call abah, suruh abah je datang..." Baik betul dia, siap plankan apa yang patut saya buat.

Tapi mama dia ni, punyalah malas nak pergi klinik dan ambil ubat... Encik hubby pun dah dua tiga kali ajak saya pergi klinik... Ish, memang malas la nak ambil ubat. Rasanya dah lama juga saya tak makan ubat klinik... Kalau doktor bagi pun confirm saya tak makan. 

Anak-anak kecil saya... Kadang-kadang mereka boleh buat saya rasa tersentuh hati dengan kata-kata mereka... Moga mereka mudah untuk menimba ilmu, jadi anak-anak yang baik, berjaya dunia akhirat. Amin...