Wednesday, June 29, 2016

Resipi Mudah: Siakap 3 Rasa

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Sekejap je dah masuk 24 Ramadan, harap rakan-rakan sihat walafiat dan sentiasa dalam lindungan Allah. Saya perasan, sejak awal bulan puasa hari tu, ramai yang menjenguk blog saya. Dah tentu carian famous ketika ini adalah resipi-resipi di blog saya! (^_^) Terima kasih banyak-banyak ye. Disebabkan itu, saya nak share satu lagi resipi yang saya masak kelmarin untuk buka puasa.


Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap - kelar badannya dan bersihkan
2 ulas bawang putih (kalau suka bawang putih banyak, tambah lagi) - dihiris
5-7 helai daun limau purut - dihiris
5 biji cili padi - diketuk
Sedikit cili benggala - dipotong dadu
1 biji tomato - dipotong wedges
3 biji baby corn - dipotong memanjang
Sedikit kobis bunga 
Sedikit daun sup dan daun bawang - dihiris 
3 sudu besar sos cili Thai 
3 sudu besar sos cili
2 susu besar sos tomato
1 sudu besar kicap manis
Sedikit tepung jagung
Sedikit air
Garam dan gula 

Cara-caranya:

1. Lumur ikan siakap dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan tepung jagung. Goreng garing dan ketepikan.

2. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan sos cili Thai, sos cili, sos tomato, kicap manis. Gaul sebati.

3. Masukkan daun limau purut, cili padi, cili benggala, baby corn dan kobis bunga. Kacau dan tambah air jika mahu masakan anda berkuah. 

4. Perasakan dengan garam dan gula jika perlu.

5. Gaul sebati, tutup api dan tuangkan sos atas ikan siakap yang telah digoreng tadi. Taburkan daun sup dan daun bawang. Sedia untuk dihidang.

Mudahkan? Selamat mencuba...  (^_^)


Tak sangka Faris suka sangat ikan siakap 3 rasa ni. Bertambah-tambah dia makan. Siap puji tak habis-habis. Katanya sedap lagi dari di kedai... Nampak tak Mamanya kembang kuncup hidung bila kena puji... (^_^) Bila nampak ikan ni atas meja makan sebelum buka puasa tu dia asyik turun naik tangga ke bilik Mak Ngahnya sambil cakap, "Mama masak special hari ni..." (>_<)

Monday, June 27, 2016

Educational Toys: Menguatkan Otot Tangan

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Anak-anak sebaya anak saya, Alisya (6 tahun) mungkin berhadapan dengan masalah memegang sesuatu benda dengan tidak kuat. Sebab tu bila anak-anak memegang cawan atau pinggan kita akan rasa 'seriau', walaupun ia pinggan plastik. Seriau sebab apa? Sebab kita dapat lihat cara anak-anak memegang tu tidak meyakinkan. Kita risau barang yang dipegang akan terjatuh.

Kalau anda perasan, anak-anak seusia Alisya kebiasaannya otot-otot tangan mereka tidaklah sekuat kanak-kanak sekolah rendah mahupun orang dewasa. Even mereka tidak dapat memegang sesuatu objek dengan seimbang

Saya selalu perasan, Alisya kalau bawa cawan yang berisi separuh air di dalamnya, dia akan berjalan dengan sangat perlahan, dan antara beberapa langkah tu, pasti ada air yang akan tumpah. Kenapa? Sebab dia tak boleh mengagak dan seimbangkan berat sesuatu objek yang dipegang.

Jadi apa nak buat kalau anak-anak ada masalah macam ni? Saya nak kongsikan beberapa education toys yang saya berikan pada Alisya untuk menguatkan otot tangan dan genggaman tangannya.

Grape Shape Builders
RM28.00/pek
Bentuk alat permainan ini, dapat merangsang tapak tangan dan memperbaiki genggaman anak-anak. Mereka akan lebih berhati-hati untuk memanipulasi objek kecil dan seterusnya menyambung pecahan-pecahan bahagian antara satu sama lain. Eh, runcing pula jari-jemari Alisya ni! :p
Selain menguatkan otot tangan, alat permainan ini juga akan meningkatkan daya fokus anak-anak dalam bereksplorasi membina objek mengikut kreativiti dan imaginasi mereka. Tengok Alisya fokus sangat, padahal nak buat huruf A je! (^_^)

Tadaa... dah siap huruf A. Nak siapkan ni pun beberapa kali saya tengok Alisya merehatkan tangannya dengan cara 'menggenggam dan merenjis', hilangkan lenguh tangan. (>_<) Permainan ini juga meningkatkan penggunaan kedua-dua belah tangan.
 
Aktiviti yang boleh dilakukan dengan alat permainan ini adalah:
1. mencantumkan objek menjadi huruf, nombor atau bentuk (segitiga, bulatan, empat segi dan lain-lain)
2. mengelaskan/mengasingkan objek mengikut warna
3. mengira dan melakukan matematik mudah (operasi tambah dan tolak)

Tengok Alisya ni, sorting colour pun, menjadikan dia sangat fokus. (^_^)

Contoh lain permainan yang boleh digunakan untuk menguatkan otot tangan:

Animal Builder
RM30/pek


 Mana nak dapat education toys macam ni?

MOMS & TOTS SHOPPE
3A-2, Jalan PPS 1,
Pusat Perdagangan Selaseh,
Taman Selaseh Fasa 2,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.
(dibuka setiap hari (kecuali RABU) dari 10 pagi - 7 petang)
Telefon: 03-6734 4343
SMS/Whatsapp: 019 - 2303 549

Jika anda berada di luar kawasan, jangan risau, Moms & Tots Shoppe boleh pos terus sampai di depan rumah anda, klik Facebook berikut untuk membuat pembelian secara online.
Facebook: Moms & Tots Shoppe       

Thursday, June 09, 2016

Kurta Plain by Rafie Ramli

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Apa khabar agaknya rakan-rakan blogger? Lama dah tak menulis. Wi-Fi buat hal, laptop pun buat hal. Sedih betul! Nak update blog pun tak boleh. Kalau dapat tengok blog rakan-rakan pun melalui skrin kecil handphone. Tak puas! Apa pun, mana-mana kerja writing yang tertunggak kenalah siapkan... 

Dah ada baju raya? Kot ada siapa-siapa yang mencari baju raya untuk encik hubby masing-masing, bolehlah try tengok di Kurta Plain by Rafie Ramli.



Kurta Plain by Rafie Ramli ni nampak smartkan? Dari jahitan dan kemasan baju ni sendiri memang dah nampak lain dari yang lain. Nampak sangat exclusive!

Biasanyakan, orang lelaki, mereka beli baju Melayu, tapi lepas tu pakai bajunya saja, seluar baju Melayu tu tak dipakainya pun... Betul tak? Samalah dengan encik hubby saya. Pakai seluar baju Melayu tu untuk ambil gambar pagi raya je. Lepas tu ditukarnya pakai seluar lain.


Sekurang-kurangnya, Kurta Plain by Rafie Ramli ni memang baju saja. So, bolehlah digayakan dengan seluar favorite encik hubbykan? Pilihan warnanya pun menarik. Kiranya memang warna orang lelakilah. So, akan nampak lebih bergaya.

Oh ya, kurta ni kan, bukan hanya untuk dipakai pada hari raya je tau. Kira memang sangat sesuai untuk apa saja majlis. Baik yang formal, mahupun tidak formal. Jom tengok pelbagai lagi pilihan warna yang lain. 


Apa tunggu lagi? Kalau nak cuci-cuci mata dulu pun boleh... Kot-kot la lepas tu ada yang tersangkutkan? (^_^) 

Klik Felinna Boutique untuk lebih banyak pilihan baju raya!