Monday, March 27, 2017

Tahniah Pemenang Lazada Birthday Blogger Contest! (^_^)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Tahniah kepada rakan-rakan yang join Lazada Birthday Blogger Contest baru-baru ni. Keputusan dah pun keluar, yang berjaya tahniah tau! Untung dapat shopping di Lazada! 😃


Kot-kot ada pemenang yang belum tahu dia menang... hehehe bolehlah cari nama anda di atas ni... atau boleh rujuk di sini. Tahniah semua... 
 
Tak menang?! Tak pe next time boleh cuba lagi... Ada new contest juga di Lazada. Boleh rujuk di sini. Boleh cuba nasib... Good luck!

Saturday, March 25, 2017

Mini Karnival Didi & Friends @ IOI City Mall, Putrajaya

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Beberapa kali juga tentatif program Karnival Didi & Friends ni lalu di timeline Facebook saya. Tapi Rabu lepas baru saya perasan, ia berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya. Sebelum tu saya ingat event tu di IOI Mall, Puchong.

Kebetulan Rabu lepas saya ambil encik hubby di KLIA. KLIA dengan Putrajaya taklah jauh sangatkan. So, Alisya berhajatlah nak pergi tengok Didi & Friends tu.

Alisya: Mama lepas ambil Abah boleh tak kita pergi tengok Didi & Friends? 

Saya: Kena tanya Abah dulu, kalau Abah tak penat, kita ajak Abah pergi tengok Didi & Friends.

Terus Alisya doa: Ya Allah, harap-haraplah Abah tak penat.

Bila encik hubby masukkan barang semua dalam kereta, terus dia masuk kat tempat driver.

Saya: Eh, nak bawa kereta ke? Tak penat ke?

Encik hubby: Tak penatlah, duduk je 8 jam. (Merujuk pada perjalanan dari Jeddah ke Kuala Lumpur).

Dekat sini malu-malu pula dia nak nyanyi...
Kat rumah siap paksa Mama dia hafal semua lagu...

Alisya dah cuit-cuit saya...

Saya: Putrajaya tak jauh dah kan dari sini?

Encik hubby: Tak, kenapa?

Saya: Alisya nak tengok Didi & Friends dekat IOI City Mall.

Encik hubby: Cari GPS. (Sengih lebar Alisya dengar...)

Dapat jugalah anak-anak jalan-jalan... Nak harap saya drive jauh-jauh dengan anak-anak je memang taklah...


Dapat juga dia minta Abah belikan Nana ni...

Hari ni dan esok (26 Mac 2017) masih ada lagi karnival ni... siapa-siapa yang berdekatan boleh la bawa anak-anak tengok maskot Didi & Friends ni di IOI City Mall, Putrajaya.

Ada macam-macam aktiviti, games, jualan selain menyanyi bersama Didi & Friends... Hora horey! 😜

Sunday, March 19, 2017

Lazada Birthday Blogger Contest

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Kelihatan ramai blogger yang update entri tentang Lazada Birthday Blogger Contest. Seronok pula baca barangan impian masing-masing. 😊. Sesiapa yang pernah membeli di Lazada mesti takkan lepaskan peluang untuk join contest. So, jomlah kita cuba nasib.

a. What do you love about Lazada Malaysia? 
Apa yang saya suka sangat pasal Lazada ni, dah tentulah harganya yang tidak masuk akal. Teringat dulu masa saya kenalkan Lazada pada kakak ipar saya, dia tanya, "betul ke harga Lazada tu?! Macam tak logik!" 😃 Betul... kalau hari-hari track harga barangan yang kita nak, untung nasib dapat 90% diskaun tau!

b. Top three Product picks from Lazada Malaysia (your three favorite products) 
Kalau ikutkan semuanya nak beli di Lazada ni... 😂 Ok, jom tengok senarai wishlist saya.


Pressure cooker ni dah lama ada dalam wishlist. Tapi belum ada rezeki nak beli. Bila tengok kawan-kawan update masakan dengan hanya gunakan pressure cooker ni, rasa alahai, senang jadinya kerja-kerja memasak. Harga item ini masih dalam 'pantauan' saya... tunggu masa nak terkam! 😂


Item kedua yang menjadi idaman adalah set ni. Saya dan encik hubby selalu berangan ada set ni di rumah. Kalau ada kiosk Nescafe ni buat promosi di mall, kami akan singgah dan tengok macam mana cara menggunakannya. Saya pun selalu berangan ada set ni di sebelah sambil layan baca buku... 😂 Agak-agak nak latte, buat latte. Agak-agak nak cappuccino, buat cappuccino. Eh, syok pula berangan eh? 


Ha... jangan tak tahu, katil dan tilam pun ada jual tau di Lazada! Pendek kata taip je apa jua hajat di hati, confirm ada di Lazada. Spinalhealth mattress ni kalau nak beli dekat luar, memanglah mahal... Tilam ni penting juga sebenarnya dalam memberikan kerehatan pada tubuh badan. Bila tidur lena, maka lebih cergaslah keesokkannya...

c. How do you think Lazada Malaysia can improve? 
Rasanya Lazada perlu pertingkatkan pantauan selepas pembayaran dibuat oleh pembeli. Maksudnya, sebaik pembeli membuat bayaran, usahakan untuk buat follow up dengan pembeli; pastikan barang dah sampai atau sebaliknya. Disebabkan penghantaran barang-barang tersebut dilakukan sendiri oleh penjual... maka ada penjual yang lewat menghantar dan tidak memaklumkan kepada pembeli. Ini secara tidak langsung akan memberikan tanggapan negatif kepada Lazada. Sedangkan Lazada hanya pengantara antara pembeli dan penjual.

d. What is your birthday wish to Lazada Malaysia? 
Semoga Lazada Malaysia terus berkembang maju dan menjadi online one-stop center yang dikenali ramai. Terima kasih kerana memberikan kemudahan online shopping kepada kami. Moga terus berdaya saing dan kekal teguh, Lazada Malaysia! 😄

* * *  

Ok, that's it! Jom kawan-kawan blogger untuk sama-sama join contest ni. Mana tahu ada rezeki boleh dapat hadiah yang ditawarkan. Eh, apa hadiahnya?

Depending on the overall number of participants there will be either 10, 20 or 30 winners:

1. Less than 50 Participants (10 winners)

1st Prize: 1 x RM300
2nd Prize: 3 x RM200
3rd Prize: 6 x RM100

2. More than 50 and less than 100 Participants (20 winners)

1st Prize: 1 x RM500
2nd Prize: 7 x RM250
3rd Prize: 12 x RM125

3. More than 100 Participants (30 winners)

1st Prize : 1 x RM800
2nd Prize : 12 x RM300
3rd Prize :17 x RM150 

Menarikkan?! Klik sini untuk turut sertai, sempat lagi ni... tarikh tutup penyertaan 23 Mac 2017, jam 11.59 malam. Good luck semua... 😄

Saturday, March 18, 2017

"Abah, Doa Dapat Adik Tau!"

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Dua hari lepas masa ambil Faris dari sekolah hujan selebat-lebatnya. Terus saya cakap pada anak-anak;

Saya: Waktu hujan macam ni, elok doa apa yang kita nak. Sebab waktu hujan, waktu mustajab doa...

Alisya: Mustajab tu apa?

Saya: Mustajab tu maksudnya, kalau kita doa, Allah tak tolak... Allah akan bagi apa yang kita nak...

Faris: Allah bagi terus? Kalau minta sekarang terus dapat ke apa?

Saya: Kalau Allah izin kita dapat terus... kita dapat la teruslah... tapi kalau tak dapat terus, maknanya Allah simpan dulu. Nanti bila masa dah sesuai Allah bagi.

Alisya: Masa hujan je ke boleh doa?

Faris: Bila-bila pun boleh doa...

Saya: Ha ah, bila-bila pun boleh... cumanya kalau kena waktu dan tempat mustajab, lagi bagus. Macam masa hujan ni, masa hari Jumaat, depan Kaabah... (tak sempat habis...)

Alisya: Eh depan Kaabah? Abah nak pergi Kaabah kan? Boleh la suruh abah doa... Ma, pinjam telefon. Nak mesej abah.

Saya pun bagi je la phone, sebab saya tengah drive. Perbualan pasal doa tadi habis dekat situ... Esoknya baru saya tengok apa yang Alisya mesej ke abahnya... ?



Pandai dia kirim doa kat abah dia... 😂😂😂 guling-guling saya gelak... minta doa nak 'bayi' tau... sebab dia nak adik. Tu dia minta adik oklahkan... Hari tu dia minta kakak, mana pula saya nak cari kakak untuk dia! 😂

*Alisya belum pandai apply tanda baca, so kalau dia taip mesej, memang sederet gitu je... ?* 😜



https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=331&url=5813

Tuesday, March 14, 2017

Batu Karang Hempedu: Bolehkah Menyusukan Anak Jika Bersedia Untuk Pembedahan?

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,


Perkara yang paling seronok bila kita berkongsi maklumat di blog, ada orang yang membaca dan mengambil manfaat daripadanya. Artikel-artikel berkaitan batu karang hempedu atau gallstone paling banyak dibaca sejak tahun 2011. Iaitu tahun saya membuang hempedu. Ramai yang tinggalkan komen dan e-mel berbentuk pertanyaan, malah ramai juga yang menghargai (berterima kasih) perkongsian saya. Terima kasih... 😃

Komen terbaru yang saya terima dari pembaca blog saya ni, berkenaan dengan memberikan susu badan kepada anak jika ingin melakukan pembedahan membuang hempedu. 

Untuk pengetahuan, ketika saya melakukan pembedahan pada 27 Mac 2011, saya juga sedang dalam journey menyusukan Alisya sehingga usianya dua tahun. Ketika itu, Alisya baru 10 bulan. Masih menyusu.  

Empat atau lima hari sebelum pembedahan, saya mengalami sakit yang sangat kuat. Lalu diberikan steroid untuk menahan sakit. Beberapa kali juga loya dan muntah. Seingat saya sepanjang saya di wad, dua kali saya diberikan steroid.

Disebabkan saya mengambil steroid kerana sakit yang kuat, lalu doktor sarankan agar saya tidak memberikan susu badan kepada Alisya. Doktor cadangkan saya tetap memerah susu mengikut jadual supaya production susu tidak drop. Tak dapat nak bayangkan perasaan saya yang perlu perah dan buang susu tersebut. Maklumlah sekali pam dapat juga 5 - 7 oz. Tapi nak buat macam manakan? Susu tu memang tak sesuai untuk diberikan kepada Alisya ketika itu.

Itu semasa saya di dalam wad. Sebaik saya keluar dari hospital, doktor membekalkan ubat yang selamat untuk saya yang sedang menyusukan Alisya.   

So, macam mana Alisya menyusu sepanjang saya di wad?
Alhamdulillah, saya memang perah susu setiap hari mengikut jadual sebelum saya masuk wad. Maka susu yang diperah tu, dapat disimpan sebagai stok. So, sepanjang saya di wad, Alisya memang dibekalkan dengan stok-stok susu yang ada.

Disebabkan anak Puan yang bertanya ni, menolak botol susu... susah jugakan. Tapi mungkin Puan boleh pujuk dan ajar... atau mungkin boleh cuba ajar anak minum dalam cawan sebelum tidur. Saya amat yakin jika dipujuk berkali-kali kepada anak yang telah menjangkau usia setahun, insyaAllah anak akan faham. Moga Allah permudahkan urusan dan berikan kesihatan kepada Puan. 

Artikel berkaitan batu karang hempedu:
1. Akhirnya Hempedu Dibuang
2. Amalan Selepas Buang Hempedu
3. Menu Sepanjang Berpantang
4. Kesan Jika Tidak Buang Hempedu
5. Perkongsian Pakar Pemakanan 
6. Lakukan Ultrasound  

 

Thursday, March 02, 2017

Suami Saya Pun Sweet Macam Shuib Sepahtu ^_^

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

26 Februari lepas, Shuib Sepahtu tunaikan janji pada isterinya, Siti Sarah untuk adakan majlis perkahwinan besar-besaran. Majlis itu disambut pada hari ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-6. Alhamdulillah, tahniah Shuib dan Siti Sarah. Memang sweetkan?

Tapikan saya rasa sesweet-sweet Shuib, pasti sweet lagi suami kita semuakan? Betul tak Okje? Saya tengok Okje dengan Pak Jilap pun sweet. Encik hubby saya pun sweet juga tau! 😍😍😍 

Bila dikenang-kenang balik, banyak yang saya dan encik hubby lalui sepanjang hampir 11 tahun perkahwinan kami. Susah senang dalam mengurus rumahtangga tu sendiri.  

Dari duduk berjauhan (PJJ - perkahwinan jarak jauh), kesempitan duit, membesarkan Faris dan Alisya, dari dua-dua bekerja sampailah saya jadi surirumah dan macam-macam lagi onak dan duri yang orang tak nampak, tapi kami harung je semua. Maklumlah, perkahwinan mana yang tak de ujiankan?

Alhamdulillah hampir 11 tahun dia menjadi cinta hati saya. (Eh, rasa pelik pula buat entri sweet-sweet macam ni. 😂) Dia sangat sweet bila tahun lepas pada perkahwinan kami yang ke-10, dia bawa saya dan anak-anak bercuti di Ancasa Royale Pekan, Pahang. Mulanya saya rasa hanyalah percutian biasa. Tapi bila tengok bilik... wah... bukan main lagi deko bilik hotel. Macam tengok rancangan Romantika rasanya. 😂😂😂

Dengan tuala angsa lovenya... kelopak-kelopak bunga di katil dan bath tubnya... serta candle light dinnernya. Wow! (Walaupun candle light dinner dengan Faris dan Alisya, tetap berbunga-bunga hati saya masa tu... tersengih je sepanjang hari). Ulangtahun perkahwinan kami yang ke-10 tu terasa sangat perfect! Saya tak tahu bila encik hubby rancang semuanya... 

Saya memang tak jangkakan semua tu. Plus saya ni bukanlah jenis yang ingat tarikh-tarikh penting macam encik hubby saya. Yang saya ingat, tarikh lahir kami anak beranak je. Nak kata ingat bila kenal, tarikh couple, tu semua bukan saya.


Ni first time tengok depan mata...
Bilik ni sangat besar dan dekonya cantik... tema "Love is in the air" 😍
Bath tub pun ada kelopak bunga... 😍

Inilah main course "candle light dinner" kami.
Salah satu dari menu ni sangat-sangat masin... tak ingat dah yang mana satu.
Tak kisah dah masin pun, yang penting cinta hati depan mata... 😂😂😂
Faris dan Alisya makan pizza dan chicken chop
Ni menu selingan-selingan tu... Semua sedap!
Nak balik bilik tu dapat coklat dalam bekas love ni...

Punyalah lama makan untuk candle light dinner ni... Seingat saya 2 jam setengah tau! 😄😄😄 Sebab nak tunggu pertukaran setiap lima menu tu... Sampai Faris dan Alisya mengeluh kata lambatnya lagi nak balik bilik... Sebab diorang dah mengantuk... penat mandi kolam sebelah petangnya tu.

Anak-anak, kalau dapat mandi kolam,
maka sempurnalah cuti mereka 😜

Bukan sebab percutian dan candle light dinner ni je yang sweet encik hubby buat, malah banyak lagi moment yang pada saya, "alahai sweetnya..." Pendek katakan, sebenarnya... suami kita ni special dan sweet mengikut karakter mereka masing-masing. Tak perlu pun kita nak suami kita jadi seperti Shuib Sepahtu. Saya percaya, bukan satu malah mungkin banyak situasi sweet suami pada pandangan mata kita sebagai isteri. Tapi orang tak nampak sebab kita bukan artis, untuk diwar-warkan kepada umum.

Serabai saya masa ni... tah kenapa
tudung tu...
boleh la... 😂
Bukan senang encik hubby nak "wefie"macam ni...
Saya lihat ramai isteri yang komen seumpama ini dan tag suami masing-masing di Facebook, "how I wish my husband, like Shuib... sweet kan B?", "Abang, bila turn kita nak buat majlis macam Shuib?, "Sayang, cuba jadi sweet macam Shuib, pleaseeeee....."

Berlapang dadalah dengan pasangan yang Allah dah tentukan untuk kita. Terima seadanya... Dia tak buat majlis besar-besaran macam Shuib bukan bermakna dia tak sweet.

Awak... suami kalau tolong lipat baju, kemas katil, sidai kain, jaga masa awak dalam pantang atau masak masa awak sakit dah lebih dari sweet dah awak... Seriously!

So tak perlulah komen dan tag suami masing-masing untuk jadi seperti apa yang anda lihat di Facebook. Dia mungkin terguris hati, stress dan down. Orang lain yang baca komen sedemikian mungkin fikir... "ooo suami dia tak sweet rupanya...", "eeeiii boringnya suami dia ni... tak reti nak sweet-sweet ke?", atau "kesian dia dapat suami tak sweet..." Bukan ke secara tidak langsung menjatuhkan air muka suami?

Maka jomlah guna internet dengan berhemah... #fikirsebelumkomen agar tiada hati sesiapa yang terguris, lebih-lebih lagi pasangan kita...


https://bookcafe.com.my/en/promosi-bookcafe/wakaf/