Saturday, January 22, 2005

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum....

alhamdulillah, hari ni kita (umat Islam) menyambut hari raya aidiladha (hari raya haji/korban)... org pun amik kesempatan ni nak ucapkan selamat hari raya... semoga kita semua akan lebih memahami erti pengorbanan sebenar... :-)

"Tidak ada amalan yang lebih mulia apabila tibanya Aidiladha, melainkan menyembelih binatang ternakan (lembu atau kambing) sebagai tanda kesyukuran seseorang itu kepada Allah S.W.T. Daging-daging ini kemudiannya dibahagikan sama rata kepada fakir miskin (terutamanya) untuk dinikmati oleh mereka.

Aidiladha bukan sahaja tertumpu kepada penyembelihan binatang ternakan semata-mata, malah pengorbanan itu sendiri membawa pengertian yang besar dalam kehidupan seharian kita.

Renung petikan Ahli Fikir di bawah:
“Jangan menyesal jika pengorbanan anda tidak dihargai orang lain. Pengorbanan sebenarnya dilakukan dengan keikhlasan dan bukannya dengan penghormatan.”

Persoalannya, adakah kita benar-benar berkorban kerana keikhlasan atau sebaliknya? Apa jua pengorbanan yang kita lakukan, lakukanlah dengan keikhlasan dan niat yang bersih. Kita tidak perlu mengharapkan “habuan” dari pengorbanan yang dilakukan, kerana tanpa kita sedari, pasti ada insan yang akan mengingati segala pengorbanan kita. Biarpun ia hanya pengorbanan yang kecil…"


Selamat Hari Raya Aidiladha 1425H.

Thursday, January 20, 2005

Sekadar Meluahkan

kami rasa betul2 sedih sgt dgn pe yg berlaku tadi...
kami rasa nak nangis...
tapi tadi kami tahan je....
skang nie kami betul2 sedih... menangis kami... :-(
kami tak tau nape la hamba Allah tu benci sgt kat kami...
sedangkan kami tak buat salah pun kat dia..
kami sabar je...
dah lama kami sabar...
demi Allah kami tak penah benci dia..
biarlah cam ne bencinya dia pada kami...
kami takut kalau selalu sgt dia wat cam ni kat kami...
kami takut kami pun akan benci dia...
sedangkan menda tu tak patut berlaku sebab kami tak penah sakitkan ati dia...
kalau dia tak suka kami, dia tak perlu buat cam tuh...
kami tak usik dia pun...
kami tak kacau dia pun....
apa yang menyebabkan dia jadi cam tu?
demi Allah kami malu ngan pe yg berlaku tadi...
sebab dia kami rasa... sume org benci kami...
sedih sgt bila kamu pun kononnya nak "tarik" kami untuk pi kat meja dia...
sedangkan kamu tau kami dengan dia tak mungkin akan berbaik...
kamu tak salah... betul... kamu tak salah...
tapi kami rasa tindakan kamu tu seolah2 memperkecilkan kami...
seolah2 kamu menyokong dia...
nampak kamu menangkan dia..
even kami tau kamu tak berniat cam tu...
kami tau kamu berniat baik nak baikkan kami ngan dia...
kamu takkan berjaya... sebab dia mmg takkan nak berbaik ngan kami...
kamu sendiri dah tgk kat Janda Baik tu, bila dia sendiri tak moh dok sebilik ngan kami...
cuma satu kami nak bgtau...
kalau lain kali dia wat cam tu lagi...
kami rasa kami dah tak kuat nak tahan/sabar lagi...
maaf... kami cuma nak luahkan kesedihan kami pada kamu... :-((