Saturday, January 22, 2005

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum....

alhamdulillah, hari ni kita (umat Islam) menyambut hari raya aidiladha (hari raya haji/korban)... org pun amik kesempatan ni nak ucapkan selamat hari raya... semoga kita semua akan lebih memahami erti pengorbanan sebenar... :-)

"Tidak ada amalan yang lebih mulia apabila tibanya Aidiladha, melainkan menyembelih binatang ternakan (lembu atau kambing) sebagai tanda kesyukuran seseorang itu kepada Allah S.W.T. Daging-daging ini kemudiannya dibahagikan sama rata kepada fakir miskin (terutamanya) untuk dinikmati oleh mereka.

Aidiladha bukan sahaja tertumpu kepada penyembelihan binatang ternakan semata-mata, malah pengorbanan itu sendiri membawa pengertian yang besar dalam kehidupan seharian kita.

Renung petikan Ahli Fikir di bawah:
“Jangan menyesal jika pengorbanan anda tidak dihargai orang lain. Pengorbanan sebenarnya dilakukan dengan keikhlasan dan bukannya dengan penghormatan.”

Persoalannya, adakah kita benar-benar berkorban kerana keikhlasan atau sebaliknya? Apa jua pengorbanan yang kita lakukan, lakukanlah dengan keikhlasan dan niat yang bersih. Kita tidak perlu mengharapkan “habuan” dari pengorbanan yang dilakukan, kerana tanpa kita sedari, pasti ada insan yang akan mengingati segala pengorbanan kita. Biarpun ia hanya pengorbanan yang kecil…"


Selamat Hari Raya Aidiladha 1425H.

No comments:

Post a Comment