Saturday, April 30, 2005

Pengantin Bulan Mei 2005

Tahun 2005 ni ramai gak kengkawan yg akan memulakan hidup baru bersama soulmate memasing... Alhamdulillah semoga panjang jodoh kalian... Selamat Pengantin Baru in advance buat:

a) Min & Fazli (yg akan melangsungkan persandingan pada 1 Mei 2005)
b) Julia & pasangannya ( yg akan melangsungkan persandingan pada 7 Mei 2005)
b) Anne & pasangannya (yg akan melangsungkan persandingan pada 29 Mei 2005)

Terima kasih kerana menjemput... InsyaAllah kalau tak de aral melintang, akan sampailah kami ke rumah kalian... Artikel ini (seperti yg diforwardkan) dikongsi bersama kalian yg akan melangsungkan perkahwinan dan bakal bergelar suami isteri... Tahniah!

PETUA MENGASIHI SUAMI DAN ISTERI

PETUA MENGASIHI ISTERI
  • Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You".
  • Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
  • Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.
  • Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.
  • Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.
  • Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik.
  • Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri.
  • Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
  • Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya...... sekiranya pendapat isteri anda salah, betulkannya.
  • Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.
  • Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
  • Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.
  • Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.
  • Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.
  • Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.
  • Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.
  • Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.
  • Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.
  • Lebihkan isteri anda dari anak-anak.
  • Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi, jam atau umpamanya, kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.
PETUA MENGASIHI SUAMI....
  • Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.
  • Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama alat sulit suaminya dan kedua perut suaminya.
  • Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasaalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.
  • Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.
  • Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.
  • Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.
  • Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.
  • Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.
  • Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya.
  • Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa"hanya kaulah satu-satunya kekasihku".
  • Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jikapun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.
  • Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.
  • Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.
  • Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima'. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda- tanda anda memerlukan jima'. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.
  • Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.
  • Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat.
  • Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda. Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga.

Thursday, April 21, 2005

Kes Ragut Semakin Menjadi2...

Artikel ini dipetik dari forum www.rojak.org
Peringatan untuk diri sendiri dan kaum Hawa sekalian...

Assalamualaikum

Baru dapat tahu dari seorang kawan yang adik iparnya, seorang perempuan, menjadi mangsa tikaman di Sunway. Kira-kira pukul 9 PAGI, beliau memandu keretanya di Sunway selepas menghantar suaminya ke SJMC. Keretanya telah dilanggar dari belakang dan kemudiannya disamun dan ditikam di Sunway.

Sekarang berada di ICU disebabkan kehilangan 75% darahnya akibat tikaman tersebut. 2-3 hari lepas, di Negeri Sembilan, seorang wanita yang keretanya telah dilanggar dari belakang, menjadi mangsa samun dan rogol.

Kejadiaan serupa ini banyak berlaku sejak 2-3 bulan ini. Dalam TV, rancangan 999 kemarin ada memaparkan kejadian serupa. Dalam rancangan tersebut, 2 kejadian dipaparkan.

Pertama, seorang wanita yang memandu di Seksyen 7 Shah Alam kira-kira pukul 11 malam, keretanya di langgar dari belakang. Dia kemudiannya dilarikan ke kawasan pembinaan di Shah Alam dan dirogol bergilir-gilir.

Kedua, di Gombak Setia. Kereta seorang wanita di langgar dari belakang. Semasa pertengkaran, lelaki yang pura-pura menyuruh wanita tersebut memerikasa samaada pintu belakang boleh dibuka atau tidak, telah menolak wanita tersebut kedalam kereta dan rakan lelaki tersebut telah memandu kereta tersebut. Mangsa telah dirogol rasanya (mungkin saya silap).

Dia juga telah dicederakan dengan pisau di jari termasuk diKELAR dipaha (ada la dalam 3-4 inci).

So kekawan, berhati-hati lah. Tidak kira yang dah kawin atau belum.

Terkini... minggu sudah (2nd week of Appri) kejadian makin melampau. Mangsa adalah wanita mengandung. Tempat ialah di USJ Taipan. Apa yg saya tahu mangsa lambat dibantu. Kes ini mangsa belumpun masuk kereta. Beliau diserang/rampas kemudian penyerang melarikan diri. Orangramai kaku atau langsung tak peduli.

Disini, saya menyeru kpd semua sekiranya berlaku depan mata. TOLONG bantu.. saya percaya keberanian akan menjadi ketakutan pd penyerang yg berhatikan binatang!

Peringatkan kenalan, saudara mara serta isteri (atau isteri-isteri) kita "Apa-apa hal, LOCK YR. CAR & JANGAN KELUAR DARI KERETA!". bunyikan alarm, biar semua dengar yg anda dlm kesusahan MAKE SURE ADA NO. PHONE POLICE DLM HANDSET & CALL YR. HUSBAND/NEARBY RELATIVE, KALAU DAH SYAK ACCIDENT TU SCAM, CEPAT-CEPAT PECUT BILA DIA ORANG KELUAR KERETA.

p/s: kak tiah (mangsa ragut di parking lot nak ke Mines. kejadian berlaku pada 18 april 2005)... harap cepat2 sembuh... nasib baik calar skit2 je...

Monday, April 18, 2005

Selamat Pengantin Baru Susi

Alhamdulillah hari ini (17 April 2005-Ahad) sorang lagi kawan sekolah org menamatkan zaman bujangnya :p

Selamat Pengantin Baru buat Susi dan Azman... Semoga kalian dipanjangkan jodoh dan dipelihara/dijauhkan dari hasad dengki manusia... Semoga kalian juga dikurniakan ramai cahayamata yang comel... :-)


Selamat Pengantin Baru Susi... Posted by Hello

Dengan bertemakan warna hijau... kedua mempelai nampak sama cantik dan sama padan, bagai pinang dibelah dua... Semoga kalian berbahagia.... Amin...

Saturday, April 16, 2005

Hepi Besday 2 Me... :p




Kek biasa je...x smpt nak cari kek yg best2! :-p Posted by Hello

Alhamdulillah semalam genaplah 25 tahun menikmati hidup…
Pelbagai pengalaman yg ditimba sepanjang usia ini...
Yg mematangkan…
Yg meyakitkan hati…
Yg manis…
Yg pahit…
Yg sedih…
Yg memenatkan…
Yg meloyakan…
Yg macam-macam lagilah…

Kelmarin mak baru kuar spital… masih nampak lemah… dah janji ngan mak nak wat makan2 skit… pening gak mikir nak makan pe mlm tu… kek besday…?!? Mesti beli!! Sebab kak pura suke makan kek!

Puas tanya kat mak.. nak makan pe… mak kata tak de selera lagi nak makan… last2 pi pasar malam je… byk gak menda makan yg dibeli… antaranya… Kepok lekor, laksam, mee kari, kebab ayam/daging, jagung rebus... (er...ada lagi...tapi tak ingat). Selalunya kalau sesapa sambut besday, org tu akan blanja... biasanya KFC.. tapi mak tak leh makan ayam wat sementara ni... tu yg beli kat pasar malam je :p

Kebetulan kak long ngan abg long datang.. so agak meriah la makan2 malam tu... Adik (anak kak long) pun sonok makan kek.. Mak nampak hepi walaupun pucat skit..

Tak de apa yang org harapkan… cuma nak tgk mak sihat cam selalu… & yg paling penting org selalu doa, moga mak dpt tgk org bersanding/berumahtangga… tu mmg hajat mak… nak tgk salah sorang anak pempuan dia bersanding/berumahtangga… Dengan izin Allah... InsyaAllah...


p/s: Terkilan gak bila arwah tak sempat tgk org bertunang bebaru ni…
Al-Fatihah buat arwah ayah…


HEPI BESDAY gak buat ZAITIE (12 APRIL) & ADIE SURI (15 APRIL) = Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.... & moga kalian berjaya dalam apa jua perkara yang kalian lakukan...

Friday, April 15, 2005

Kuala Lumpur International Book Fair 2005

Click to visit the official website
MMSC cordially invited all staffs, partners and clients to the Opening Ceremony and Book Launching on 23rd April 2005, 12 noon, Open Stage, Putra World Trade Centre (PWTC) in conjunction with Kuala Lumpur International Book Fair 2005.

Please visit our booth at Level 3 No 3036-3037.


Venue: Putra World Trade Centre
Date: 23 April - 2 May 2005
Time: 10am - 9pm

Any enquiry please contact:
Mohd Faroz Zakaria
Rozani Ainon Mahadi
03-8948 9900 ext 407


See KLIB Official Website for more information.

Monday, April 11, 2005

Mak Ke Wad Biasa...

Alhamdulillah setelah 3 hari berada di ICU... Akhirnya mak dipindahkan ke wad biasa... Bilik 230, tingkat 2, katil 4...

Walaupun mak seorang je penghuni dalam bilik 230 tu... (tiada pesakit lain) semangat mak nampak kuat... layanan yang diberikan juga (oleh nurse yang bertugas) amat baik... mereka juga tidak pernah masam muka dan sentiasa tersenyum... terima kasih kepada semua nurse kat ICU  dan wad ting. 2, Hospital Tawakal.

Selama mak di masukkan ke hospital... selama itulah kami adik beradik tak pernah lupa untuk menziarahi/temankan mak walaupun masing-masing ada tanggungjawab yang perlu diselesaikan... Kami juga bergilir-gilir menjaga mak di siang dan malam hari...

Saya biasanya ambil syif malam sebab takut nak mintak cuti lagi... penat? memang penat... balik kerja terus balik umah (mandi + solat) then terus ke hospital... + tidur di hospital... letih?!? Memang  letih... tapi nak buat macam mana...?! 

Saya akan balik rumah jam 6am dan bersiap untuk ke tempat kerja... bayangkanlah sepanjang malam di hospital yang hanya tidur-tidur ayam... pagi jam 6am balik rumah solat dan bersiap then drive ke tempat kerja dari Gombak ke Bukit Jalil...!! :-( Kadang-kadang saya hilang tumpuan juga di tempat kerja... sebab tak cukup tidur... makan pun tak tentu...

Apapun yang penting moga mak cepat sembuh...

Mak.... Sabar La Mak......


Ayat pertama yg terpancul dari mulut mak selepas tersedar... sambil senyum mak tanya pada nora... "MAKCIK KAT MANA NIE?!?!"

Tersentap org dgr perkataan MAKCIK... Bila org ckp, "mak... ni nora ni... anak mak..."
mak ulang lagi soalan yang sama... "Makcik kat mana ni?!"
"Mak... mak tak kenal nora ke?"
lama mak pandang org... kemudian angguk... bila org tanya siapa... mak ckp nora (sambil angguk)... (masa tu kak linda & nani (anak arwah abg rudi ada sama))

Org bagitau mak ada kat hospital... mak nampak celaru... pandang keliling... pandang kak linda... pastu mak tanya kat org... "Ni siapa nie?!" (sambil anak mata mak mengarah pd kak linda...)
"Ni linda mak... anak mak jugak," lama mak pandang kak linda then baru mak angguk...
Terus org tunjuk nani... "Mak.. mak kenal ni siapa?!"
Lama... kemudian baru mak angguk...
"Ni Intan..." (nama manja nani)

Masa tu terus kak linda nangis... org bagi isyarat (mata) pada kak linda supaya dia tak menangis depan mak... tapi keadaan masa tu betul2 sedih... pastu terus kak linda keluar... dan nangis kat koridor depan ICU...

Org cuba tenangkan mak... zikir & selawat kat telinga mak... dan cerita menda2 yg boleh ingatkan mak... masa tu tekanan darah mak... 220/180... urkh... tingginya....!!!

Cemas 9 April 2005

Mak ketika mengerang kesakitan... Posted by Hello

Sekali lagi kami dikejutkan dengan situasi cemas pada 8 April 2005 (Sabtu)... jam 11.55am... mak tiba-tiba mengalami kekejangan dan lupa pada keadaan sekeliling... (berikutan kekurangan gula dalam darah)

Sebelum kejadian mak sedang tidur... pagi tu masa mak inject untuk check kandungan gula dalam darah, resultnya adalah 9. Alhamdulillah memang bagus jika kandungan gula begitu... tapi mak tak ambil breakfast, kecuali 2 sudu kuih seri muka.... mak kata mak dah kenyang... tak nak makan... then mak baring/tidur katanya sejuk sangat...

Kami pun biarkanlah mak berehat... Sekitar jam 11 mak mula berpeluh/buka sweater... tilam semua basah dek peluh... dalam kul 11.45am mak mula mengerang sakit... (ketika tu kak pura, kak linda, yap dan saya ada di rumah) - mak susah nak bernafas....

Saya mula dudukkan mak... tahan badan mak dengan kaki kiri... tahan kepala mak dengan tangan/lengan kiri .... Saya dapat rasa baju dan seluar saya basah dek peluh mak... memang kuyup...

Saya ingat pesan doktor... kalau mak jadi macam tu... disebakan kandungan gula dalam darahnya telah kurang... saya mula bagi mak gula-gula.... mak hanya makan sebiji... saya cuba masukkan sebiji lagi... memandangkan keadaan mak tak berubah... tapi mak hanya gigit gula-gula tu di  hujung gigi... mak mula kekejangan..

Melihatkan keadaan mak sedemikian, saya minta kak linda bukakan mulut mak supaya saya boleh keluarkan gula-gula tu... makan masa juga nak keluarkan gula-gula tu sebab mulut mak asyik nak tertutup... jari saya pun mak gigit... setelah berusaha, akhirnya dapat juga saya keluarkan gula-gula tu.... tapi keadaan mak semakin teruk....

Saya mula tawar air dan bacakan selawat/zikir/ayat qursi pada telinga mak... sementara kak pura urut belakang mak dan kak linda urut kaki mak (untuk melancarkan semula peredaran darah)... namun semunya sia-sia... saya minta kak linda panggil abang poji dan abg zaini (yg ketika itu bekerja) untuk pulang segera... (takut perkara yang tak diingini berlaku)... - juga mula memanggil jiran-jiran terdekat serta ambulan.

Sementara menunggu ambulan sampai... saya cuba masukkan air gula ke dalam mulut mak... (atas nasihat pakcik rahim dan cikgu timah - jiran) hanya sedikit yang dapat mak telan... yang lain... semua keluar semula.... dalam masa yang sama... saya cuba wat mak alert dengan keadaan sekeliling... panggil nama mak... suruh mak bertenang...

Setelah ambulan sampai... sekali lagi ujian gula dalam darah diambil... memang sah... gula dalam darah mak turun.... 0.9! dalam perjalanan ke hospital... mak asyik mengerang... saya cuba ajar mak mengucap.... banyak kali.... sedih tengok mak begitu... :-(

Ketika hampir sampai di hospital.... "meter hayat mak" telah menunjukkan nombor '0', line panjang dan mendatar mula terpampang di meter tersebut... tersentap saya melihat meter tu... sementara paramedic cuba mengejutkan mak semula... dengan pelbagai cara...

Takut?!?! Memang takut... cemas?!?! Memang cemas... (jika dulu perasaan takut dan cemas dibuat-buat - untuk latihan kecemasan PBSM) tapi sekarang ia betul-betul terjadi... depan mata.. REALITI.... hanya Tuhan saja yang tahu betapa cemasnya saya ketika tu...

Alhamdulillah, umur mak masih panjang... walaupun dimasukkan ke ICU... kami tetap bersyukur... kerana bertindak cepat untuk selamatkan mak...

Kepada 2 org paramedik bertugas... serta nurse di Unit Kecemasan, Hospital Tawakal...terima kasih atas tindakan pantas kalian... semoga Allah membalas budi kalian.... Terima kasih....

Thursday, April 07, 2005

Selawat Syifa'

Berikut adalah Selawat Syifa' yg boleh dibaca untuk menyembuhkan penyakit... bacalah selawat ini setiap pagi... (ambil segelas air, bacakan selawat ini dan hembus kepada air tersebut... ) InsyaAllah penyakit yg anda alami akan sedikit berkurangan....

Sesungguhnya kita berikhtiar dan berusaha atas segala sesuatu... Selain pada itu, serahkan kepada yang Maha Kuasa... InsyaAllah...

Bismillahir rahmanir rahim.....


Selawat Syifa' Posted by Hello

Alhamdulillah Ada Perubahan Skit...

Hari ni hari pertama mak inject untuk pembentukan darah... Alhamdulillah ada sedikit perubahan... mak juga kerap buang air... Perkembangan yg positif utk pesakit buah pinggang cam mak...

Sejuk hati bila tgk mak senyum dan ceria hari ni... tak macam selalu yg nampak pucat dan sakit...



Injection mak... Posted by Hello

Wednesday, April 06, 2005

Lagi Sekali Mak Wat Nora Sedih...

Hari ni... sekali lagi org sedih tgk mak....

Mak minta kak linda belikan ubat pelawas kencing... sebab mak kata hari ni mak cuma kencing 2 kali... tu pun sikit sgt... kaki mak pun bengkak... sebab tak kencing.... (air dlm badan tak kuar)

Bila dgr mak nak makan ubat tuh... Org rasa sedih sgt...org tak tau nak xplain cam mana... sebab mmg skang mak akan kencing dalam 2-3 kali jea sehari... (sebab buah pinggang mak dah rosak 80% - 20% lagi tu pun tak leh nak proses sgt) ... kata doktor akan sampai satu tahap nanti... mak takkan boleh kencing langsung... masa tuh la mak akan kena jalani proses dialisis... (pada hemat doktor buah pinggang mak (yg 20% tu) hanya akan boleh 'bekerja' utk tempoh setahun)

Puas org cite kat mak...tapi mak nampak blur dan kurang faham... mak nangis... org cuba kuatkan semangat... walaupun masa tuh org pun rasa nak nangis jugak... org terpaksa sorok ubat pelawas kencing tuh sebab takut mak berdepan dengan masalah lain kalau amik ubat tuh..

Mmg doktor dah pesan... mak tak leh amik sebarang ubat klinik @ farmasi berikutan ketidakupayaan buah pinggang utk memproses air dan makanan yg diambil... mak cuma perlu kawal pemakanan mak dan ambil air dalam jumlah yang sedikit (setakat ni 700ml sehari)... bayangkanlah cam mana mak nak kawal haus dengan minum cuma sebotol air mineral kecil tu... :-( sedih sgt... (btw kaki mak bengkak tu sebab terlebih minum air hari ni)

Doktor ada bekalkan injection untuk mak (injection utk membentuk darah + melambatkan proses kena buat dialisis - seminggu sekali mak perlu inject utk pastikan buah pinggang tak rosak dalam jangka masa yg singkat)... org amik injection tu... org xplain kat mak.. nape doktor kasi injection tuh... org cuba wat mak faham... :-( (bukan senang nak fahamkan mak...) - tapi at last mak ngalah jugak....

Mak... org tau... berat mata kami adik beradik memandang... berat lagi bahu mak yg memikul...

InsyaAllah kami akan bantu dan pantau apa yg boleh... :-(

Sabar la mak......


Kaki mak bengkak skit... Posted by Hello

Sunday, April 03, 2005

Comelnye Dia....


Si Comel Berkaca Mata :p Posted by Hello

:-)) klakar lak tgk si Arfan pakai spek mata tu... bentuk LOVE lagi... Beria2 dia pakai spek tuh... masa ni on the way ke Mid Valley nak beli baju seragam kadet Aizad...

Hm.. Aizad pun nampak segak pakai baju tuh... er.....tapi kerempeng sgt la... kalau berisi skit OK... ;-)


Aizad dengan seragam barunya... Posted by Hello

Saturday, April 02, 2005

Gula Dlm Darah Penting...

Org rujuk kepada Dr Syukur tentang keadaan mak yg lupa malam semalam (1 April 2005)...

Dr Syukur mengesahkan mak lupa akibat kekurangan gula dalam darah... kami dinasihatkan, jika mak mengalami keadaan seperti itu lagi (lupa)... hendaklah diberikan gula2... untuk menstabilkan kandungan gula dalam darah...

Mmg pg tu..semasa nurse periksa kandungan gula dalam darah mak... mmg cukup rendah.. 3.6 je...sepatutnya kandungan gula dalam darah mak perlu capai 6...

Walau bagaimanapun... doc membenarkan mak balik, tetapi perlu mendapatkan rawatan selanjutnya pada 15 April 2005... kami juga diberikan pendedahan tentang plan pemakanan diet mak... agar kami boleh mengawal keadaan mak... utk mengelakkan mak menjalani dialisis...

Doc juga mengingatkan bahawa dos suntikan insulin mak adalah 24 sebelah pagi dan 12 sebelah petang... jika kandungan gula tetap rendah... dos perlu dinaikkan kepada 30 pg dan 14 ptg...

Selain insulin... mak juga perlu diberikan suntikan bagi membentuk darah dalam bdn bagi melambatkan proses melakukan dialisis... Suntikan ini perlu dilakukan seminggu sekali... Selain itu, mak dinasihatkan merancang jumlah air yang boleh diambil dalam sehari... Jika tidak, maka buah pinggang mak akan terus rosak... Jika ini berlaku, mak akan HANYA DIBENARKAN MEMINUM TIDAK LEBIH DARI 500ML SEHARI... :-(

Mak buat nora sedih.... :-(


Mak bangun makan biskut + minum soya... Tetiba mak rasa panas... Badan berpeluh2... Pastu mak tak ingat mak kat mana... Byk kali mak tanya, "kita kat mana?"... Bila org ckp "kita kat spital..." mak tanya lak,"sape yg masuk spital?! Mak ke kau?" Bila org ckp mak... mak tanya,"apsal mak masuk spital lak? Sakit ape?"

Mak diam bila tgk org nangis... mak tgk tangan mak yg masuk air tuh.. pastu mak ckp... "apa kena ngan mak nie?","pukul bape dah ni?"... soalan2 tu mak tanya berulang-ulang... sampai wat org nangis...

Pastu mak nak pi toilet... Mak tanya "toilet kat mana?"... org pun pimpin la mak kuar... then kuar dari toilet tu baru mak perasan/sedar yg dia ada kat spital... lepas tuh... org suruh mak tdo... tapi sekejap sekejap mak akan terjaga dan pandang keliling dia... :-(

* kejadian berlaku sekitar jam 1.30pg pada 1 April 2005 (malam ketiga mak di hospital)...*