Monday, April 11, 2005

Mak Ke Wad Biasa...

Alhamdulillah setelah 3 hari berada di ICU... Akhirnya mak dipindahkan ke wad biasa... Bilik 230, tingkat 2, katil 4...

Walaupun mak seorang je penghuni dalam bilik 230 tu... (tiada pesakit lain) semangat mak nampak kuat... layanan yang diberikan juga (oleh nurse yang bertugas) amat baik... mereka juga tidak pernah masam muka dan sentiasa tersenyum... terima kasih kepada semua nurse kat ICU  dan wad ting. 2, Hospital Tawakal.

Selama mak di masukkan ke hospital... selama itulah kami adik beradik tak pernah lupa untuk menziarahi/temankan mak walaupun masing-masing ada tanggungjawab yang perlu diselesaikan... Kami juga bergilir-gilir menjaga mak di siang dan malam hari...

Saya biasanya ambil syif malam sebab takut nak mintak cuti lagi... penat? memang penat... balik kerja terus balik umah (mandi + solat) then terus ke hospital... + tidur di hospital... letih?!? Memang  letih... tapi nak buat macam mana...?! 

Saya akan balik rumah jam 6am dan bersiap untuk ke tempat kerja... bayangkanlah sepanjang malam di hospital yang hanya tidur-tidur ayam... pagi jam 6am balik rumah solat dan bersiap then drive ke tempat kerja dari Gombak ke Bukit Jalil...!! :-( Kadang-kadang saya hilang tumpuan juga di tempat kerja... sebab tak cukup tidur... makan pun tak tentu...

Apapun yang penting moga mak cepat sembuh...

1 comment:

  1. asalam..
    dan salam perkenalan.nama saya lyn,mula2 sekali terserempak ke blog ni bila lyn buka web site nak cari pasal novel alaf 21.dah lama tak baca novel rasa rindu pulak.oh ya sebelum terlupa rasa nyer lebih baik lyn kenal kan diri lyn degan lebih jelas..
    lyn sekrang ne tengah study bidang perubatan di russia.dalam tahun 1 sem 2.cuti summer dah tak lama lagi dalam 15 hari lagi,tak sabar nak balik..so pas ne lyn dh masuk tahun 2..lyn rindu sgt nak baca novel,kat sini nak dapatkan novel in english pun susah..dan dalam kesempatan ini lyn juga doakan semoga ibu akak akan sembuh segera.insyaalh.amin.
    ok cukup lah setakat ini.semoga berjumpa lagi di lain kali.wsalam

    ReplyDelete