Friday, May 20, 2005

Kematian Menyayat Hati...

Hari ni baru berkesempatan membaca berita2 di Utusan Malaysia Online setelah agak ketinggalan dengan berita2 semasa sejak Ahad lalu (agak sibuk menguruskan beberapa perkara). Sebaik membuka laman web tersebut, tajuk "Suasana pilu guru terima kerongsang tanpa Nur Salina" membuatkan saya membaca dengan lebih lanjut artikel tersebut. Sehingga bait2 yg terakhir... (tanpa sedar mengalirkan air mata... )

Pemergian Nur Salina yang digilis treler (di hadapan sekolah agamanya) pada Hari Guru tempoh hari benar2 mengerikan... Bagaikan disiat2 hati ini, apabila mendapat tahu bahawa pada awalnya mangsa yang masih hidup dan merangkak untuk cuba menyelamatkan diri... namun pemandu tersebut tidak memberhentikan treler (setelah melanggar mangsa), sebaliknya terus memandu (tentunya dengan laju) dan tayar belakang treler menggilis tubuh kecil Nur Salina di depan ibunya!! Ya Allah, begitu tragis kematian si kecil itu...

Org ramai yang menjadi saksi kemalangan tersebut telah bertindak dengan membakar treler tersebut, manakala pemandunya dipukul bertubi2... (saya pasti ini adalah tindakan luar kawal apabila masing2 menjadi saksi tragis kematian Nur Salina - saya pasti jika saya juga di tempat kejadian, saya akan bertindak seperti mereka). Mereka lebih tahu kerana mereka melihat sendiri kejadian itu... Walau bagaimanapun, polis menegur sikap terburu2 saksi, yg membakar treler tersebut... kerana itu adalah salah satu bahan bukti (paling utama).

Sebelum kematiannya, Nur Salina mendesak ibunya membelikan kerongsang untuk dihadiahkan kepada 2 org gurunya (seorg, ustazah di sekolah agamanya dan seorg lagi di sekolah kebangsaannya), bg menghargai guru2 tersebut, sempena sambutan Hari Guru baru2 ini. Semasa kejadian, arwah menyimpan dengan kejap kerongsang tersebut di dalam poket bajunya, dan tidak sabar2 utk memberikan kepada ustazahnya... Namun, takdir telah menentukan bahawa Nur Salina "tidak boleh" memberikannya sendiri... Pun begitu, hajat Nur Salina telah disempurnakan oleh ibunya.

Apa yg amat dikesali adalah, JKKK kawasan tersebut pernah (beberapa kali) meminta pihak2 tertentu untuk membina jejantas di kawasan tersebut... Namun mereka hanya memandang remeh perkara sedemikian... Bila dah jadi macam ni... mula la masing2 menuding jari... Entah la!! Sedih betul!!

Al-Fatihah buat Nur Salina...

No comments:

Post a Comment