Friday, May 27, 2005

Taj Mahal Jadi Rebutan...

Istana Cinta... Taj Mahal

"Penganut Hindu Terus Tuntut Taj Mahal"... hm...

Taj Mahal seperti yang kita semua sedia maklum adalah salah sebuah "istana cinta" yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan sebagai simbol sejati cintanya kepada isteri tersayang, Mumtaz Mahal... Dibina sejak abad yg ke-17, dari rekabentuknya yang kukuh dan unik itu... jelas membuktikan kukuhnya cinta antara pasangan ini. Mereka juga menjadi simbol cinta abadi muda mudi dewasa ini... Kasih sayang/cinta yg ditunjukkan oleh Shah Jahan begitu mendalam... sehingga menjadi ikutan Uda dan Dara...

Taj Mahal mengambil masa selama 22 tahun untuk tersergam indah seperti itu, serta melibatkan berpuluh-puluh ribu tenaga kerja. Sejak dibina ia diuruskan oleh Kajian Arkeologi India (sehingga kini) dan ia dikategorikan sebagai salah satu keajaiban dunia.

Kini yg menjadi persoalan adalah perebutan monumen ini antara penganut Sunnah seluruh India dengan penganut Hindu. Setelah 350 tahun monumen ini tersergam indah (tanpa sebarang perebutan), kini isu tanah mula timbul. Penganut Hindu menuntutnya atas alasan Taj Mahal dibina di atas kuil Hindu yang didirikan untuk dewa Shiva, sebelum ia dimusnahkan bagi membolehkan pembinaan simbol cinta Shah Jahan itu.

Walau bagaimanapun, Lembaga Wakaf Sunnah yang menjaga kawasan perkuburan serta masjid penganut Sunnah menegaskan Taj Mahal adalah milik lembaga itu kerana ia menampatkan makam Mumtaz dan Shah Jahan (yang merupakan pengikut Sunnah). Selain makam Shah Jahan dan isterinya, ia juga menempatkan kubur-kubur kerabat diraja yang lain.

Penganut Hindu mendesak agar Taj Mahal diisytiharkan sebagai sebuah kuil Hindu kerana "kuil asal tertimbus di bawah binaan masjid" tersebut. Persoalannya... Mengapa setelah 350 tahun monumen itu dibina... baru sekarang mereka menuntutnya?!?! Adakah sekarang ikatan cinta/kasih sayang itu tidak lagi wujud antara satu sama lain/sesama manusia?

No comments:

Post a Comment