Saya baru mendapat berita dr kakak saya yg menyatakan atuk di sebelah katil mak saya (di ICU) telahpun meninggal dunia pagi tadi jam 4.49 am (28 Feb 2006/29 Muharram 1427H)... Berita itu disampaikan oleh cucunya yg sama2 berjaga di ICU malam kelmarin & malam smlm...
Saya sempat ziarah arwah atuk tu semalam (semasa saya ziarah mak)... Tak sangka semalam adalah hari terakhir saya menatap wajah atuk tu... Masa saya tgk atuk tu.. saya teringat pada arwah atuk saya.. wajahnya pun ada irasnya... Saya smpt juga berzikir di telinga atuk tu... Tak sangka smlm hari terakhirnya... :-(
Saya difahamkan arwah juga mengalami penyakit kencing manis dan masalah buah pinggang.. (sama seperti mak).. :-(
Sesungguhnya setiap manusia akan kembali kepada-Nya... Cuma dlm masa, tempat dan situasi yang berbeza & takkan kita ketahui... Janji Allah... kematian itu tidak akan diawal @ dilewatkan walau seminit & kematian itu adalah pasti...
Al-Fatihah buat atuk & takziah pada keluarganya...
Tuesday, February 28, 2006
Terkini Dari Dr Norli...
Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,
Hari
ni saya seorang je yang datang tengok mak waktu lunch.. adik-beradik yang lain menguruskan
kerja-kerja yang ditinggalkan 2/3 hari lepas.
Hari
ni merupakan hari ke-6 mak di Renal ICU... Keadaannya masih seperti 5 hari
lepas... cuma kata doktor, ubat telah dikurangkan dari 3 kepada 2 jenis.. Ini
kerana mak ada memberikan tindakbalas kepada ubat-ubat tersebut, walaupun
tindakbalas yang minima... (alhamdulillah)
Kata
doktor lagi, mak dah boleh buka mata bila orang panggil dia.. tapi.. dia tidak
fokus, dan pandangannya seolah-olah tiada apa-apa... Dia juga masih tidak kenal
pada dirinya sendiri.. apatah lagi orang yang ada disekelilingnya.
Cuma
apa yg tak sedap didengar... bahagian belakang mak dah pun luka (melecet)... luka
sepanjang 7cm dan selebar 4cm. Luka ni disebabkan tiada pergerakan (mak
hanya terbaring sejak dimasukkan ke wad)...
Walau bagaimanapun doktor pakar
kulit telahpun datang dan memberikan ubat bagi mengatasi masalah tersebut.. Ini adalah bagi
mengelakkan jangkitan kuman... Selain tu, mereka akan menukarkan posisi mak
setiap 4 jam... dan mereka akan menggunakan tilam angin bagi mengurangkan
risiko jangkitan kuman di bahagian luka tersebut..
Sabarlah
mak... :-( In sha Allah dengan izin Allah mak akan sembuh...
Update: Mak saya telah kembali ke rahmatullah pada 7 Mac 2006. Moga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.
Saturday, February 25, 2006
Mati Otak...
Semlm doktor menyatakan pihaknya telah memberikan sejenis ubat untuk melihat sejauh mana otak mak berfungsi... ubat ini memakan masa 2 hari sebelum disahkan keputusannya... Hari ni merupakan hari kedua (juga dikatakan hari penentuan)...
Sebaik sahaja doktor menyebut perkataan MATI OTAK... saya memikirkan punca2 & tanda2 tersebut... Byk artikel yg telah saya baca berkenaan mati otak sejak malam semalam... Apa yg kami harapkan... otak mak berfungsi & memberikan tindakbalas kepada ubat tersebut.
Sila klik artikel di bawah untuk bacaan lanjut tentang MATI OTAK.
What Is Brain Death?
Mati Otak dan Pendermaan Organ
Brain Death
Semoga Allah melindungi mak...

Friday, February 24, 2006
Hari Ke-3 di Renal ICU, HUKM
Tiga hari di Renal ICU, mak masih belum sedarkan diri... Sedih melihat keadaan mak yang bertebuk sana sini... Wayar pun berselirat satu badan... lebih menyedihkan bila melihat kiri dan kanan leher mak ditebuk (untuk masukkan wayar bagi pelbagai ubatan dan proses mencuci kuman & darah)
Kata doktor, paru2 mak telah dipenuhi dgn kuman.. Kuman yg dtgnya dari persekitaran hospital (dr pesakit2 lain) dan kesan dari operation kaki kiri 2 minggu lepas.. Doktor mengesahkan, pakar perubatan telah memberikan mak ubat2an yg kuatnya paling maksimum.. Namun tiada sebarang tindakbalas dari mak sendiri... Mak bergantung sepenuhnya kepada mesin pernafasan.. mak tak berupaya untuk bernafas sendiri... MANDATORY, itulah perkataan yg sering appear di screen mesin pernafasan tersebut...
Tiga hari saya ziarah mak... namun keadaannya masih sama..
Mata mak terpejam rapat... muka pucat (walaupun kerap cuci & tukar darah)... bibir kering... kulit kecut... seluruh badan mak hanya ditutup dengan sehelai selimut... (tentu mak kesejukkan) :-( kaki kanan mak mula luka (mungkin kerana terlalu lama tidak bergerak atau bergesel dgn cadar)
Mak... bernafaslah untuk kami... kami semua perlukan mak... Jangan terlalu lama 'berhijrah' ke dunia lain mak... pulanglah kepada kami... :-(
p/s: Saya belum berkesempatan untuk memberitahu mak... Yg kaki kiri mak telah pun selamat dikebumikan di sebelah pusara ayah pada 23 Februari 2006.

Monday, February 20, 2006
Keadaan Mak Tak Menentu...
Inilah rutin harian saya sejak 2 minggu lalu... Setiap kali waktu makan tengh hari & habis waktu pejabat, saya akan ke HUKM bertemu ibu tersayang... Seperti hari2 yg lepas... tiada sebarang perkembangan yang positif.. Jika ada pun, hanya bertahan sehari dua... Berat mata memandang... saya tahu berat lagi bahu mak yang memikul...
Sejak ptg semalam... Saya tidak dpt bercerita dengan mak seperti hari2 yg lalu... (Walaupun komunikasi sehala...Saya berpuas hati dengan anggukkan mak...) Setiap kali saya dtg, mak hanya tidur.. (mungkin letih dengan ubat2an serta rawatan yang diberikan)... Jika dikejutkan pun, mak hanya buka mata sekejap & kemudian menyambung semula tidurnya...
Setiap kali saya bertemu mak, saya akan beritahu hari, tarikh & masa ketika saya dtg... Saya nak mak alert tentang hari & tarikh terutamanya... Semalam merupakan setahun pemergian arwah ayah (19 Feruari 2006)... Saya beritahu mak... Mak angguk...
Dan yg paling penting saya mahu mak tahu hari pernikahan dan perkahwinan saya semakin hampir... (lebih kurang 3 minggu lagi)... Saya juga akan update apa jua perkara yang berkaitan dgn menjelangnya hari perkahwinan saya... Saya beritahu mak.. saya, abg sulung dan 2 org saksi (pakcik Jono dan pakcik Omar - jiran) menandatangani borang kebenaran berkahwin di Masjid Ar-Rahimah, Greenwood semalam. Mak angguk dan genggam tangan saya..
Saya tahu mak sedih... Saya pun sedih bila memikirkan keadaan mak yg tak menentu... Saya berharap sgt mak akan balik ke rumah untuk sama2 meraikan hari pernikahan saya... :-(

Wednesday, February 08, 2006
Mak di ICU
Saya tak punya byk masa untuk online/update blog sekarang.. Sedikit info dan gmbr untuk kalian..
a) Mak saya dimasukkan ke ICU (HUKM) pada hari Isnin (6 Feb 2006), malam (lebih krg jam 9.30pm) - sebelum itu dia dimasukkan ke wad kecemasan selama lbh kurang 10 jam sebelum dipindahkan ke High Dependency Ward (HDW).
b) Wayar dipasang hampir di kesemua anggota badan.
c) Pembedahan kaki kiri dilakukan jam 2.30 hingga 5.45 pm semalam (Selasa, 7 Feb 2006).
d) Sehingga ke hari ini.. keadaan mak saya masih belum stabil/masih kritikal (masih tidak sedar sejak dimasukkan ke ICU).
Doakan mak saya selamat........................... :-(