Tuesday, February 28, 2006

Atuk Pergi Dulu...

Saya baru mendapat berita dr kakak saya yg menyatakan atuk di sebelah katil mak saya (di ICU) telahpun meninggal dunia pagi tadi jam 4.49 am (28 Feb 2006/29 Muharram 1427H)... Berita itu disampaikan oleh cucunya yg sama2 berjaga di ICU malam kelmarin & malam smlm...

Saya sempat ziarah arwah atuk tu semalam (semasa saya ziarah mak)... Tak sangka semalam adalah hari terakhir saya menatap wajah atuk tu... Masa saya tgk atuk tu.. saya teringat pada arwah atuk saya.. wajahnya pun ada irasnya... Saya smpt juga berzikir di telinga atuk tu... Tak sangka smlm hari terakhirnya... :-(

Saya difahamkan arwah juga mengalami penyakit kencing manis dan masalah buah pinggang.. (sama seperti mak).. :-(

Sesungguhnya setiap manusia akan kembali kepada-Nya... Cuma dlm masa, tempat dan situasi yang berbeza & takkan kita ketahui... Janji Allah... kematian itu tidak akan diawal @ dilewatkan walau seminit & kematian itu adalah pasti...

Al-Fatihah buat atuk & takziah pada keluarganya...

1 comment:

  1. Saya mendapat berita pagi ini ( 9:20am - 7hb. Mac 2006) bahawa emak Nora telah pulang ke rahmatullah pada jam 8:45am. Marilah kita bersama-sama berdoa agar roh emak beliau dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh dan solehah. Al-fatihah.
    Buat Nora, bersabarlah menempuh dugaan yang besar ini. Sesungguhnya manusia mampu merancang tapi Allah maha mengetahui yang terbaik untuk makhluknya. teruskan kehidupan ini kerana yang pergi tak akan kembali.

    ReplyDelete