Monday, November 06, 2006

Perkataan Terpanjang...

Masa membuat research (content) untuk LetzHop.com, saya terjumpa satu page di wiki-kamus... sesuatu yg rasanya best untuk dishare bersama.

Saya amat tertarik dengan artikel yang bertajuk "Perkataan Melayu yang PALING PANJANG atau TERPANJANG di dunia dalam alam Bahasa Melayu", tulisan onWheeZierPLot... lalu saya membacanya sehingga habis.







Saya betul2 terkejut apabila mendapati perkataan terpanjang dlm bahasa Melayu bukanlah mempertanggungjawabkan, (sebab masa sekolah dulu ramai cikgu yg cakap perkataan tu la yg paling panjang dlm bahasa Melayu...) sebaliknya, perkataan "menyetidaknyahcasdiversifikasielektrostatikkan" (to undiversify uncharged electrostatic electricity) dan "penyetidaknyahcasdiversifikasielektrostatikkan" (the process of undiversifiying uncharged electrostatic electricity) merupakan perkataan yg paling panjang & masing2 mempunyai 46 huruf.

Berbelit gak la lidah ni nak nyebut perkataan tu... masa baca perkataan tu mmg tak dpt nak tafsir maksudnya... tapi bila tgk english versionnya baru la faham :p Rasanya perkataan tu tak de dlm kamus DBP edisi ke-3... tak tau la kalau edisi baru ada perkataan tu... ish kalau ada spelling test, untuk eja perkataan tu... rasanya ramai yang kantoi... sebab saya pun copy paste jek :p

Menarikkan?!?! :D

Klik di sini untuk melihat lain2 perkataan yg terpanjang dlm pelbagai bahasa serata dunia.

5 comments:

  1. masa saya sekolah rendah dulu, cikgu saya cakap, perkataan terpanjang ialah 'assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh'
    memang dari bahasa arab tetapi sudah digunakapai dalam bahasa melayu secara popular. :-)

    ReplyDelete
  2. hm... dlm kamus DBP Edisi 3 tak dimuatkan lagi perkataan tu... eh tapi tak tau la kalau dlm edisi baru ada...

    tapi perkataan assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh mmg dah meluas penggunaanya...! ada 41 huruf...

    ReplyDelete
  3. saya tak tau plak yang perkataan assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh tu satu perkataan..sebab selalunya saya tengok orang eja cam 'assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh'

    even dalam bahasa arab pon dier tak bersambung..hehe..

    tapi perkataan ape penyahcaselektrik ape tu mmg tak pernah dengar and tak guna pon dalam kehidupan seharian..hehe..maybe orang guna untuk wat research paper bidang letrik2 ni in malay ye tak?

    ReplyDelete
  4. hi beba... rasanya pktn tu mmg digunakan utk org2 yg keje/blaja letrik kot... hehehhe btw, thanks singgah... :D (alif sgt comel.... geram...!!)

    ReplyDelete
  5. perkataan 'PENYETIDAKNYAHCASDIVERSIFIKASIELEKTROSTATIKKAN" digunakan dalam biology..termasuk perkataan
    "DIKETIDAKNYAHCASDIVERSIFIKASIELEKTROSTATIKKAN"
    "MENYETIDAKNYAHCASDIVERSIFIKASIELEKTROSTAYIKKAN"

    perkataan dalam bahasa inggeris terpanjang pula ialah "PNEUMONOLTRAMICROSCOPICSILICOVOLCANOCONIOSIS" BERMAKSUD;penyakit paru-paru dsebabkan terhidu debu halus dari gunung berapi ^^

    ReplyDelete