Friday, November 30, 2007

Alhamdulillah Semuanya OK...

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,


Alhamdulillah semalam Faris dah pun selesai buat MCUG Test (wee wee test) to check bladder dia... dua kali test ni postpone... yang first tu sebab Faris kena cirit-birit... then yang lagi sekali tu dia kena selsema pula... semalam baru semuanya berjalan lancar... Test ni doktor yang sarankan Faris buat... sebab tiga hari lepas lahir tu Faris kena infection dan kuning yang tinggi... doktor takut kalau buah pinggang dengan bladder Faris kena jangkitan... buah pinggang dah check masa dia dua bulan... Alhamdulillah ok... pundi kencing dia pun ok... normal... alhamdulillah syukur...
 
Jam 2.20 pm Faris kena makan ubat tidur... macam biasa la... Kalau time nak sumbat ubat... mula la tangan dia tuh aktif... Sebab tu la selama ni saya masukkan ubat dalam susu dia je... Jenuh juga la saya dengan nurse tu nak bagi dia makan ubat tidur... 5 minit juga nak masukkan ubat tuh... 4ml kena mkn... tapi rasanya yg betul-betul masuk mulut dia 2-2.5ml je kot...? Yang lain semua dia sembur keluar balik... Haih!
  
 

Jam 2.30 Faris dah tidur... pukul 2.40 masuk bilik x-ray... saya dan suami tak boleh masuk pun bilik x-ray tu.. so kami tunggu di luar... pukul 2.50 pembantu doktor fatimah tu keluar minta puting Faris... lepas tu pukul 3.00 dia minta air suam pula... Kami yang di luar ni cuak dah.. sebab nurse tu tak cakap apa-apa pun... just minta puting dengan air... tak lama tu saya jenguk di bilik x-ray... (ye la.. risaula kan..) tapi disuruh tunggu di luar.... Dalam 10 minit kemudian, dia suruh saya masuk.... cuak!

Saya tengok Faris dah gerak-gerak... merengek kecil... Lepas tu Dr Fatimah suruh saya pujuk Faris, untuk kencing... masa saya masuk tu, test tu dah pun selesai.. cuma dia nak keluarkan balik cecair yang dia masukkan dalam saluran kencing Faris. Doktor explain serba sikit pasal apa yang terpampang di screen... then doktor kata.. "cecair tu ada sikit lagi tak keluar" dari screen tu saya boleh nampak... ada dalam 1/2 inci lagi.

Sambil-sambil tunggu Faris kencing tu... saya sempat la tanya pada doktor:
 
"Betul ke sesiapa yang buat test ni akan rasa sakit masa nak kencing...?"
 
"It shouldn't be..." doktor tu kata... 

"Tapi saya ada baca dalam satu artikel pasal test ni... dalam tu tulis, siapa yang buat test ni akan rasa sakit masa nak kencing, for 1-2 days" (ye la sebab dia masukkan cecair tu dari "bird" Faris. Kena la tanya... takut Faris meragam

Lepas tu doktor kata:
 
"You read then your curiosity level, high. That’s good!" dia kata. (eh mesti la nak tau kan?!)
 
Don’t worry, dia rasa ngilu sikit je… itu pun masa ni je... that’s why I nak dia kencing sekarang… so that lepas ni dia tak sakit. Yang sakit tu maybe liquid tu still in there. (sambil tunjuk kat screen tu) Liquid ni likat, sebab tu nak keluarkan your baby merengek…”
 
“Ooo…” saya angguk faham…

Pukul 5 mcam tu baru selesai… mama pun naik letih la pujuk Faris untuk kencing.. dari pukul 3.10 tu, dekat pukul 4 lebih baru Faris kencing… then jumpa doktor Kishore… dia cakap:

“Ok… good news.. kidney ok, bladder ok… baby ok… stop antibiotik!” (sebab selama ni Faris kena makan antibiotik setiap malam)

Dah alang-alang datang klinik tu, saya tanya la bila nak inject untuk 4 bulan… then doktor belek-belek reportThen dia kata… “nak buat hari ni pun boleh!.” 

Terus inject 4 bulan…. setakat hari ni, berat Faris 6.65kg...

*** Malam tadi Faris meragam sikit… mungkin sakit kena inject kot.. pukul 2.30am baru dia tidur… Kesian Faris)
 

No comments:

Post a Comment