Thursday, January 22, 2009

Sedih tengok ayah...

Hari ni dah 15 hari ayah mentuaku di HTAA. Ayah masuk HTAA untuk kali ke-3 sejak 8hb Jan lalu. Ternyata pembuka tahun baru 2009 ni, sedih bagi kami sekeluarga... Setiap kali melihat ayah... pasti ada air mata singgah di pipi. Ayah kelihatan semakin uzur, badan semakin kurus dan tidak berdaya. Perkataan yg sering keluar dr bibir ayah hanyalah "aduh" & "sakit".

Setelah berbelas hari, baru smlm doktor mengesahkan bahawa ayah mengidap kanser pankreas. Itu pun setelah menjalani operation. Kata doktor lagi, kanser ayah berada pada final stage (tahap 4)!! Mendengar berita itu, kami sekeluarga benar2 terkejut. Dulu... ayah jarang sakit. Ayah akan selalu buat kerja, ayah mmg sihat. Seakan sukar untuk percaya bahawa kini ayah menderita kerana kanser.

"Sakit sangat nora... ayah nak mati dah..." Ayat itulah yg sering ayah ungkap, setiap kali aku duduk di sisinya... Apa yang terdaya aku lakukan?! Hanya mampu berzikir & berdoa untuk kesihatannya...

Melihat ayah dlm keadaan sekarang, teringat aku pada arwah mak. Sedih... semuanya seakan berulang semula... Bagaimana perit & deritanya mak, begitu jua ayah pd ketika ini. Ini ujian buat kami sekeluarga pd thn 2009 ini. Moga ayah kuat semangat & segera sembuh... AMIN...

1 comment:

  1. takziah nora...semoga roh arwah ditempatkan disisi orang2 yg beriman...

    ReplyDelete