Sunday, September 05, 2010

Penyusuan Eksklusif: Ketika Berpantang...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan PENYUSUAN EKSKLUSIF? Penyusuan eksklusif adalah menyusukan anak dengan susu badan tanpa campuran susu formula atau susu tepung mahupun air suam! Seperti yang semua sedia maklum, susu ibu adalah susu yg terbaik bagi bayi yang baru dilahirkan, kerana semua zat yang diperlukan oleh bayi boleh diperolehi dari susu ibu.

Mungkin ramai yang tidak faham tentang kepentingan menyusukan anak secara eksklusif (begitu juga saya, ketika kelahiran pertama dulu). Saya menyusukan Faris selama 1 tahun 8 bulan... hebat bukan?! Tapi bukan dengan penyusuan eksklusif... Selama tempoh itu, Faris juga diberikan susu formula, seawal dia dilahirkan... namun, akibat campuran itu... Faris mudah terkena virus demam selsema... dia juga mudah kena sembelit jika susu tepung ditukar (kepada jenama lain atau jenama sama tapi peringkat umur yang berbeza). Sepanjang usia 3 tahun ini, Faris telah 2 kali masuk wad kerana kuning dan Bronchiolitis. Dia juga sangat mudah berjangkit demam mahupun selsema. Sebab tu untuk kelahiran kedua ini saya bertekad untuk menyusukan anak secara eksklusif.



Persediaan mental & fizikal amat penting... Pada bulan ke-5 kehamilan saya telah membuat research tentang penyusuan eksklusif ini... sepanjang tempoh itu saya masih lagi tertanya-tanya sama ada mampu atau tidak untuk melakukannya, sehinggalah saya ketemu seorang rakan sekerja yang ketika itu sedang menyusukan anak secara eksklusif. Dengan cerita dan pengalaman rakan tersebut, saya jadikannya sebagai panduan & kekuatan untuk meneruskan hasrat murni saya itu. (terima kasih banyak-banyak kepada Hartinie Abd Aziz yang banyak mbantu!)

Bagaimana saya lakukannya ketika berpantang?!
a) Sepanjang kehamilan saya membuat research tentang penyusuan di internet seperti; cara penyusuan, tips, makanan yang boleh dimakan jika menyusukan, pengalaman orang lain dan sebagainya.

b) Hari pertama Alisya dilahirkan saya telah menyusukannya secara terus. Bagi bakal-bakal ibu, make sure that you breastfeed your baby as early as you can. An hour after giving birth is much more better, to stimulate the production of milk! (saya lewat sikit kerana kekok mendukung Alisya di waktu siang... saya mula menyusukan Alisya selepas Maghrib).

c) Saya mendapatkan breast pump untuk menggalakkan pengeluaran susu. (Pump 2/3 jam sekali jika anak tidur, supaya akan selalu ada fresh milk.) Breast pump yang saya gunakan adalah Spectra 3 (terdapat banyak juga jenama breast pump yang lain... tapi ikut kemampuan saya, Spektra 3!) yang lengkap dengan cooler bag.

d) Minggu kedua kelahiran, saya telah mengira jumlah susu yang diperlukan oleh Alisya dalam sehari... jumlah susu yang diperlukan untuk sehari adalah lebih kurang 18-20 oz... jika jumlah susu yang dipam lebih dari 20 oz, saya akan menjadikannya sbg stok & masukkan di dalam freezer. (susu yang diletakkan dalam freezer akan tahan selama 3 bulan!). Saya menggunakan bekas dadih untuk menyimpan stok susu. (satu bekas dadih tersebut boleh memuatkan 5 oz...) - sehingga post ini ditulis saya telah menyimpan sebanyak 100 oz di dalam freezer untuk digunakan pada masa-masa kecemasan.

e) Cukup Alisya sebulan saya terpaksa mengajar Alisya untuk minum susu dengan menggunakan botol (sebab saya bekerja & untuk memudahkan pengasuh Alisya), saya akan menyusukan Alisya dengan botol dari jam 8 pagi sehingga 6 petang (sebab saya habis kerja jam 5.30 petang) lebih kurang 6-7 kali minum=14 oz dan akan menyusukannya secara direct bermula jam 6.30 sehingga keesokan paginya... itulah yg saya lakukan hari-hari sehingga habis tempoh berpantang... alhamdulillah... Alisya boleh terima situasi tersebut.. malah dia tahu waktu bila dia perlu cari mamanya! :-)

Selamat menyusukan bayi comel anda!! :D

1 comment: