Thursday, October 14, 2010

Penyusuan Eksklusif: Di Tempat Kerja

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Apa khabar agaknya rakan-rakan blogger sekalian…? Banyak juga perkara yang tidak sempat saya nak share dengan rakan-rakan di sini. Maklumlah… kerja-kerja office tidak pernah selesai… Ditambah pula dengan tugas-tugas sebagai isteri dan ibu… Namun… saya tetap bersyukur…

Oklah, saya nak share bagaimana saya memerah dan menyimpan susu ketika di tempat kerja?!
a) Saya akan mula mengepam susu jam 9 pagi... dan akan mengulanginya setiap 3 jam. Ini bermakna saya mengepam susu jam 9, jam 12, jam 3 petang. (jika tidak sempat untuk melakukan 3 sesi, saya akan mengepam sebelah pagi sekali dan sebelah petang sekali) - saya akan mendapat jumlah susu sbyk 18-20 oz untuk ketiga-tiga session tersebut. Alhamdulillah...



 b) Ketika mengepam... kita perlulah sentiasa bertenang dan memikirkan sesuatu yang menarik.. atau sekurang-kurangnya fikirkan wajah comel anak anda.. secara tidak langsung... susu yang diperolehi, banyak!

c) Bagi memastikan payudara dikosongkan sepenuhnya, pam payudara selama 20 minit/sebelah.. (kalau pump machine spektra 3, kita boleh mengepam kedua2 belah dalam satu masa... maknanya anda hanya perlu mengepam selama 20 min sahaja!
* Hasil susu yang saya dapat untuk ketiga-tiga sesi itu saya asingkan di dalam botol yang berbeza… saya hanya akan satukannya apabila susu tersebut berada dalam suhu yang sama… Biasanya saya akan masukkan hasil perahan ke dalam peti sejuk sebaik sampai di rumah… dalam jam 9 malam saya akan satukan, sebelum dipindahkan ke dalam freezer.
* * * * * 
BENAR, Penyusuan eksklusif bukanlah semudah yang disangka. Dengan usia Alisya yang baru melepasi 5 bulan, saya benar-benar rasa tercabar dengan istilah "penyusuan eksklusif!" (apapun tahniah buat diri sendiri kerana berjaya menyusukan Alisya secara eksklusif tanpa campuran susu tepung.... clap! clap! clap!
Apa yang menjadikan saya rasa sukar utk meneruskan penyusuan eksklusif?

Manusia tidak pernah lepas dari dugaan Allah, termasuk saya. Saya dimasukkan ke hospital kerana batu karang hempedu pada 4-6 Ogos 2010. Dua malam di hospital benar-benar menduga akal. Malah saya berasa sangat berputus asa... sangat rindu pada Alisya. Kebetulan pada minggu saya dimasukkan ke hospital itu, adalah Minggu Penyusuan Ibu Sedunia. Lalu saya pulihkan semangat dan teruskan mengepam sepanjang di wad. 
Susu yang di pam, dihantar kepada pengasuh Alisya (terima kasih kepada mak chu & uda yang banyak membantu saya menjaga Alisya sepanjang saya di dalam wad). Terima kasih juga kepada encik hubby yang banyak membantu...

Dalam keadaan begini, stok susu adalah penting... kita boleh gunakan stok susu untuk waktu-waktu kecemasan.. maklum la... kita bukan tahu apa yang akan berlaku pada waktu-waktu mendatang... So... JANGAN TAKUT untuk menyusukan anak-anak anda secara eksklusif...! Kerana setiap anak yang dilahirkan, PASTI ada rezeki (susu) untuknya!!

Cukup di sini dulu... nanti saya akan share perkara lain tentang penyusuan eksklusif ini dalam post yang akan datang!! Selamat menyusukan anak2 comel anda! :-)

No comments:

Post a Comment