Sunday, November 14, 2010

Congratulation my dear, mentees… :-)

Alhamdulillah… dengan limpah dan kurnia-Nya, semalam dapat sama-sama meraikan para pelajar dalam Majlis Konvokesyen IKIP 2010, pada 13 November 2010. Pelajar yang diraikan ini adalah batch pertama yang diajar sejak mula menjejakkan kaki di IKIP, iaitu pada tahun 2008. Subjek pertama yang diajar adalah Translation. Memang ketar lutut, bila tengok jumlah mereka yang terlalu ramai… maka agak goyah juga keyakinan ketika itu… Hm… itu kisah dua tahun lepas… tak sangka… hari ini dapat bersama-sama mereka meraikan kejayaan…

Mentee dari kiri: Fitri, Iqlil dan Wan
 

Perkenalkan… mentee-mentee yang grad pada hari ini… dari kiri: Mohd Fitri… seorang 'mat Kelate' yang Englishnya juga bunyi Kelate :p (heheh jangan marah Fitri). Seorang yang simple… baik hati… sangat hormat pada orang tua… rajin… tapi kadang-kadang suka ambil mudah sesuatu perkara… seorang yang agak lurus dan adakalanya terlalu berterus-terang,… hm… Alhamdulillah… sekarang bekerja di Harian Metro cawangan Kelantan… Nampak sangat berkaliber sebagai seorang wartawan… sangat rajin berusaha untuk perbaiki diri sendiri…

Mentee kedua, Iqlil Dhania… seorang yang comel… begitu keanak-anakkan… agak manja… adakalanya agak kelam-kabut… kuat makan mcD… ;p seorang yang rajin… bertulisan besar tetapi kemas… kalau jawab final exam, dia seolah-olah menghantar manuscript novel… hahahah… (jangan marah Iqlil…) bukan dia hantar answer script yang merapu… tapi jawapan yang penuh dengan example dan penerangan, which is very good. Sekarang bekerja dengan Karangkraf (akhbar Sinar)… dan jangan tak percaya… dia adalah seorang wartawan SUKAN!! Alhamdulillah… Oh lupa… Iqlil juga diumumkan sebagai pelajar cemerlang dalam Majlis Konvo ini… Tahniah Iqlil!!

Seterusnya… mentee yang ketiga adalah Khairul Riduan… juga dikenali sebagai Wan Cai… seorang yang cool… dan kadang-kala sangat nakal… seorang yang agak mudah melenting (cepat marah…), seorang yang agak kuat berahsia… jika kena gayanya dia akan mudah bercerita… sekarang bekerja di 8TV… oh ya... yang ni buah hatinya Syue Syue...  hm... harap kalian kekal hingga ke jinjang pelamin... Alhamdulillah… semuanya telah berjaya menamatkan pengajian dan telah bekerja…

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan Iqlil, Fitri dan Wan… yang sama-sama konvo pada hari ni… iaitu… Najwa, Siti Sarah, Shuhada, Ranju, Ruziah… (ni yang nampak semalam…) yang lain-lain kalau tak ditulis nama… jangan kecik hati… maklum la… orang ramai semalam… so tak berkesempatan untuk ketemu semuanya… apa pun tahniah… dengan iringan doa… moga kalian akan terus berjaya…. Amin…

2 comments:

  1. mat Klate said: when i was born...my mother give me the 'budu' and also make the budu as my milk....
    hahaha....

    tp ape2 pon madam thankz a lot.....

    ReplyDelete