Thursday, June 16, 2011

Sharifah Maisarah Dalam Kenangan...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam sejahtera,

Innalillahi wa innailaihirojiun.. DaripadaNya kita datang, dan kepadaNya kita kembali. Saya tak tahu dari mana saya nak mulakan entri ni.. Entri ni telah ditaip dua minggu yang lalu dalam phone saya... My previous post, adalah tentang seorang sahabat yang tenat kerana accident.. Klik sini jika belum membacanya...

Nama Sharifah Maisarah Syed Hussain sangat terkenal di IKIP. Malah gerai-gerai makan di sekitarnya. Dia memang seorang yang peramah, happy go lucky, sangat suka menolong orang, rajin, aktif & sangat mesra dengan pelajar-pelajarnya.

Allahyarhamah Sharifah Maisarah kanan sekali (tudung purple)

Pemergiaannya pada 29 May 2011 (Ahad), memang sangat-sangat mengejutkan.. Saya sangat sedih... Melihat tubuhnya yang kaku di depan mata menyebabkan saya teringat akan banyak perkara tentang Allahyarhamah Syarifah Maisarah..

Setiap pagi, sesampai di office.. Allahyarhamah Syarifah Maisarah akan membuka dua website wajib iaitu Harian Metro dan Facebook.. Allahyarhamah Syarifah Maisarah memang suka membaca Harian Metro.. Dan jika ada apa yang menarik, Allahyarham Syarifah Maisarah akan menepuk kerusi saya (meja kerja Allahyarhamah Sharifah Maisarah hanya dibelakang saya) untuk diceritakan kepada saya.. Isu akhir yang saya bincangkan bersama Allahyarhamah Sharifah Maisarah adalah kemalangan maut di traffic light Bahau, Negeri Sembilan lebih kurang sebulan dua yang lalu.

Allahyarhamah Sharifah Maisarah memang sangat sensitif dengan berita-berita kemalangan.. Allahyarhamah Sharifah Maisarah pernah cakap, mati yang paling dia takut adalah mati accident.. (dan tak sangka Allahyarhamah Sharifah Maisarah meninggal dunia kerana accident...)

Saya tanya kenapa?

Katanya, mati accident tak sempat minta maaf dengan semua orang..

Keadaan kereta Allahyarhamah... 
Sambil berseloroh saya kata, sebab tu la pakar motivasi kata, sebelum tidur, kita kena maafkan semua orang, dan dengan harapan orang lain pun akan buat perkara yang sama pada kita... Kena jaga percakapan & perbuatan juga agar orang tak kecil hati..

"Betul.. Betul.. Saya setuju.." katanya lalu menyambung berkomunikasi dengan pelajar dan bekas-bekas pelajarnya melalui Facebook.. Allahyarhamah Sharifah Maisarah sangat rajin memberikan feedback atau menjawab soalan dari pelajar-pelajarnya melalui social network itu (memang tak dinafikan Facebook adalah medium yang sangat berkesan untuk mengumpulkan para pelajar, baik yang lama mahupun yang baru...)

Hari Jumaat (20 May) sebelum saya bercuti panjang (cuti seminggu dr 23-27 May), semasa Allahyarhamah Sharifah Maisarah berkemas untuk balik, dia sibuk menanyakan kenapa saya cuti lama sangat.. Bila saya kata nak menguruskan rumah di KL, Allahyarhamah Sharifah Maisarah terus jawab...

"Kak Nora cuti lama sangat.. Nanti tak jumpa saya..."

Saya jawab, "alah Mai ni.. Seminggu je pun.... Isnin minggu berikutnya kita jumpa la balik..."

Tapi Allahyarhamah Sharifah Maisarah tetap jawab, "lama sangat... Nanti tak jumpa..." (dalam hati saya kata, la sebelum ni pun aku cuti jugak... tak pernah pun tanya... Rupanya Allahyarhamah Sharifah Maisarah memang nak pergi... Itu la kali terakhir saya bercakap dengan Allahyarhamah Sharifah Maisarah... Dan itulah kali terakhir dia melambai ke arah saya... Dan mmg saya tak sempat jumpa dia on the following Monday... Last saya ketemu Allahyarhamah Sharifah Maisarah adalah pada hari jenazahnya nak dikebumikan di Kampung Temin, Jerantut... Memang saya sangat-sangat sedih...) 

Akhir bulan April tempoh hari, kami (seramai 7 orang) beramai-ramai ke LHDN, untuk mengambil nombor pin (cukai pendapatan). Kami sempat sarapan bersama-sama setelah mendapat nombor pin tersebut.. Dan sempat la juga kami snap, 2/3 keping gambar.. Allahyarhamah Sharifah Maisarah banyak kali minta saya uploadkan gmbr tu... Tapi saya tak sempat nak uploadkan.. Sampai la hari ni.. Baru saya berkesempatan.. Sorry Mai... :-( Nilah gambar-gambar yang kami sempat snap tempoh hari...



Satu hari sedang saya blogwalking (untuk blog Journalism), Allahyarhamah Sharifah Maisarah pernah bergurau...

"Teringin la nak tengok Kak Nora tulis pasal saya dalam blog akak..."

"Apa yang menariknya pasal Mai?" balas saya.

"Kena ada benda yang menarik ke baru nak tulis? Tulis saja-saja tak boleh?"

"Mana boleh.. tak de isu." Mendengar jawapan saya, Allahyarhamah Sharifah Maisarah tergelak besar... Maklumlah kalau ikut kewartawanan, memanglah kena ada isu dulu baru boleh masuk berita. Kononnya macam tu la...

Tapi tak sangka, hari ni saya menulis tentang Allahyarhamah Sharifah Maisarah... Tapi dia tak dapat membacanya... :-(

Allahyarhamah Sharifah Maisarah juga suka 'tumpang letak' air kotak atau air vitagen dia dalam "peti ais" kecil saya (beg susu). Bila dah sejuk dia akan bising kata...

"Kak Nora susu dah bertukar jadi anggur... (merujuk kepada air vitagen perisa anggurnya sambil tersengeh2...)" Biasanya saya akan gelak je... kadang-kadang dia suka juga bergurau kata nak minum air susu saya yang dah diperah... sebab dia kata nampak macam sedap...! Benda akhir yang dia tumpang letak dalam beg susu saya adalah coklat yang beri oleh Nadiah... dia kata coklat tu cair sebab dari dalam kereta.. Setiap kali saya nak perah susu.. saya akan teringat benda-benda yang Allahyarhamah tumpang dalam beg susu saya... 

Semuanya macam tak percaya... Saya sendiri sampai saat post entry ini masih tidak percaya yang Mai dah tak de... :-( Moga, Allahyarhamah Sharifah Maisarah akan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Amin (Al-Fatihah)

Meja kerja Allahyarhamah Sharifah Maisarah sebelum kami mengemasnya… Hingga saat ini meja itu masih kosong dan belum ada penggantinya… 


"Alangkah beratnya "perpisahan" itu, lebih-lebih lagi tanpa ucapan Selamat Tinggal..."
Allahyarhamah Sharifah Maisarah Syed Hussain
27 Januari 1985 - 29 Mei 2011
Abadi Dalam Kenangan... 
Al-Fatihah...