Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum
& salam 1Malaysia,
Hati
saya sekarang sangat sedih & gelisah... Semalam rakan sekerja saya,
Maisarah terlibat dalam kemalangan... Seawal jam 9 pagi saya mendapat mesej
tersebut... Mulalah tak tentu arah saya menelefon rakan-rakan lain... (saya bercuti
selama seminggu sehingga 29/5/11... dan kini berada di KL)... Rakan-rakan office yang
lain berkumpul dan bergerak ke Hospital Temerloh untuk menziarah... Saya di KL
berdoa dan membaca Yasin...
Maklumat
yang saya terima dari rakan-rakan di office semalam, hatinya pecah,
ususnya berlubang dan mengalami pendarahan di kepala... Saya sangat sedih...
Lebih-lebih lagi Mai duduk di belakang kerusi saya.. Memang banyak perkara yang
kami share bersama... (maklum la.. pusing je kerusi, terus berborak... &
berbisik)... Doktor buat immediate operation... Lewat petang, baru
semuanya selesai dan Mai ditempatkan di ICU...
Saya,
masih lagi di KL dan terus mendoakan Mai... Baru sekejap tadi saya dapat mesej
yang mengatakan Mai sedang tenat... Saya bertambah sedih dan belum dapat pergi
menziarahinya... (moga saya berkesempatan bertemunya... :-( )
kuatkan semangat..semoga dia berada dibawah lindungan ilahi
ReplyDeleteAssalamualaikum...bantu sahabat anda dengan membaca surah Yasin...Surah Yasin adalah merupakan jantung al-Quran di mana Rasulullah SAW pernah berpesan supaya mengamalkannya ketika dilanda musibah kerana dengannya Allah akan permudahkan segala urusan dan meringankan derita...Wallahua'lam...
ReplyDeleteshark: ye la.. bukan maisarah je yang kena kuat semangat... org2 disekelilingnya pun kena kuat semangat juga..
ReplyDeletesyahnabil: wa'alaikumsalam... yea... saya mmg bacakan surah yasin dr jauh.. belum berkesempatan menziarahnya lagi... thanks ingatkan...
semoga kawan awak cepat sembuh erk...
ReplyDeletebawak bawak r bersabar.. tu sume dugaan..
ReplyDeleteAssalamualaikum Nora
ReplyDeleteLama tak dengar khabar berita...saya baru terjumpa semula blog ni bila taip nama sendiri dalam google search...Wah!!!...comel-come belaka anak-anak Nora...
Bagaimana dengan perkembangan sahabat Nora tu?
Mcamana nak contact Nora?
Ingat lg kat saya Zaridah?
Mila Ahmad, Menusuk Hati dan Kay_are: thanks sudi singgah blog saya...
ReplyDeleteCik Zaridah: Ya Allah, saya selalu juga singgah blog cik zaridah.. tapi tak de pun entry baru... Macam mana sekarang? Sihat? Lama betul tak dengar cerita..
ReplyDeleteUntuk pengetahuan Cik Zaridah dan semua rakan yang sudi singgah dan baca this entry... rakan saya Syarifah Maisarah Syed Hussain telahpun kembali ke rahmatullah pada 29 May 2011 (Ahad)... Al-Fatihah... Moga Allahyarham ditempatkan bersama org2 yang beriman... Amin...
Cik Zaridah... nanti saya email cik zaridah yea...