Nuffnang Ads

Bookcafe (^_^)

Agoda Ads

Thursday, January 22, 2009

Sedih tengok ayah...

Hari ni dah 15 hari ayah mentuaku di HTAA. Ayah masuk HTAA untuk kali ke-3 sejak 8hb Jan lalu. Ternyata pembuka tahun baru 2009 ni, sedih bagi kami sekeluarga... Setiap kali melihat ayah... pasti ada air mata singgah di pipi. Ayah kelihatan semakin uzur, badan semakin kurus dan tidak berdaya. Perkataan yg sering keluar dr bibir ayah hanyalah "aduh" & "sakit".

Setelah berbelas hari, baru smlm doktor mengesahkan bahawa ayah mengidap kanser pankreas. Itu pun setelah menjalani operation. Kata doktor lagi, kanser ayah berada pada final stage (tahap 4)!! Mendengar berita itu, kami sekeluarga benar2 terkejut. Dulu... ayah jarang sakit. Ayah akan selalu buat kerja, ayah mmg sihat. Seakan sukar untuk percaya bahawa kini ayah menderita kerana kanser.

"Sakit sangat nora... ayah nak mati dah..." Ayat itulah yg sering ayah ungkap, setiap kali aku duduk di sisinya... Apa yang terdaya aku lakukan?! Hanya mampu berzikir & berdoa untuk kesihatannya...

Melihat ayah dlm keadaan sekarang, teringat aku pada arwah mak. Sedih... semuanya seakan berulang semula... Bagaimana perit & deritanya mak, begitu jua ayah pd ketika ini. Ini ujian buat kami sekeluarga pd thn 2009 ini. Moga ayah kuat semangat & segera sembuh... AMIN...

Tuesday, January 20, 2009

Pertukaran subjek...

Dah dua minggu kelas start... Alhamdulillah buat masa ni semuanya masih terkawal. Selalunya yg tak terkawal bila dah start quiz & test... sbb selalu terlebih masa utk mark paper. Yg jadi lagi "sakit" bila kelas tu ada dalam 30 org... mmg tak dan sehari nak tanda paper.

Ooo ada sedikit perubahan on subject yg kena ajar this semester. Subject Current Media Issues dah ditukar dengan subject Interpersonal Communication. Pertukaran ni adalah atas sbb2 tertentu (so tak leh cite kat sini la kan :p) Agak sakit hati juga la kan... sbb sepanjang cuti sem yg lepas... punye la prepare tuk subjek current media tu... sekali tak ngajar lak...!! Adus... Skang ni nak kena prepare material tuk subjek Interpersonal... mmg agak "terbakar" gak la... mujur la arahan dr pihak atasan.. kalau tak... jgn harap nak tukar subjek.. mujur gak subjek Interpersonal tu ringan skit... tapi ringan2 pun........................................ nak kena prepare gak...!!! Argh.... tension!!

Interpersonal ni studentnya 30 orang.... pastu Translation pun 30 orang... bila mikir bilangan student, pening lak... Tak pe nora... Rileks... InsyaAllah sumenya akan OK....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...