Nuffnang Ads

Bookcafe (^_^)

Agoda Ads

Wednesday, December 01, 2010

Hadoi…. Pening Kapla!!

Alhamdulillah… semester July-Nov 2010 telahpun berakhir… students telahpun pulang ke kampung halaman masing-masing… sedang kami (lecturers) sedang bertungkus lumus menanda kertas peperiksaan… seperti biasa… students akan bergembira di kampung halaman… (dan biasanya akan menangis bila result release) sementara kami bertungkus lumus mencari 'lubang' mana nak korek markah dari students answer script.

Sunday, November 14, 2010

Congratulation my dear, mentees… :-)

Alhamdulillah… dengan limpah dan kurnia-Nya, semalam dapat sama-sama meraikan para pelajar dalam Majlis Konvokesyen IKIP 2010, pada 13 November 2010. Pelajar yang diraikan ini adalah batch pertama yang diajar sejak mula menjejakkan kaki di IKIP, iaitu pada tahun 2008. Subjek pertama yang diajar adalah Translation. Memang ketar lutut, bila tengok jumlah mereka yang terlalu ramai… maka agak goyah juga keyakinan ketika itu… Hm… itu kisah dua tahun lepas… tak sangka… hari ini dapat bersama-sama mereka meraikan kejayaan…

Mentee dari kiri: Fitri, Iqlil dan Wan
 

Sunday, October 31, 2010

Alisya dah pandai merangkak!

Sejak abah Alisya outstation (ke Galas), Alisya begitu berusaha untuk merangkak… Alhamdulillah… berkat usaha dan kesabarannya… sekarang ni dia dah pun pandai merangkak. Yey… Clap… Clap... Clap… Walaupun badannya kecik (bak kata kak zimah) namun… dia tetap nampak comel 'terkedek-kedek' bila merangkak… Kesian… abah tak dapat tengok perkembangan Alisya sekarang… dan abah pun tak percaya mama kata Alisya dah boleh merangkak… abah asik tanya… ''betul ke dia dah boleh merangkak…?!? Pelahan ke laju…?!?"

Sekarang ni di mana ada mama dia… di situ jugalah menjadi destinasinya utk merangkak… apa tidaknya dia geram kot tengok abangnya 'mengendeng' bersama mama setiap masa sejak abahnya outstation. Tapi abang Faris bagus… selalu tengok2kan adiknya bila mamanya ni sibuk memasak atau buat keje…

Selain dah pandai merangkak… Alisya pun dah kenal org… kalau dia tak biasa dengan org tu.. mula la speakernya berbunyi… sekarang pun dia dah pandai tak nak tinggal kat umah pengasuhnya… setiap kali mama hantar… dia akan menangis nak ikut mamanya ni pegi keje… Amboi… pandainya dia…! Tapi yg touchingnya abg Faris akan ckp, "adik.. jgn nangis… tunggu mama balik… tunggu.. tunggu…" (sambil tepuk belakang adik…)

Oh lagi satu, gambar kat sebelah ni... Alisya meragakan bonet crochet barunya… (hm…  ada hairband crochet jugak... tapi tak boleh nak upload pula gambarnya tu...) tapi bonet tu terlalu besar untuk Alisya… dia tak boleh pakai lagi… kena tunggu dia besar skit… Mamanya ni begitu excited dengan accessories baby girl di pasaran :p Maklum la… baju & accessories tuk baby boy sume sama je… tapi baby girl.. comel2 barangnya… Faris jgn jealous ya!! :p


*Letih juga jaga budak2 ni bila abahnya takde...

Thursday, October 14, 2010

Penyusuan Eksklusif: Di Tempat Kerja

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Apa khabar agaknya rakan-rakan blogger sekalian…? Banyak juga perkara yang tidak sempat saya nak share dengan rakan-rakan di sini. Maklumlah… kerja-kerja office tidak pernah selesai… Ditambah pula dengan tugas-tugas sebagai isteri dan ibu… Namun… saya tetap bersyukur…

Oklah, saya nak share bagaimana saya memerah dan menyimpan susu ketika di tempat kerja?!
a) Saya akan mula mengepam susu jam 9 pagi... dan akan mengulanginya setiap 3 jam. Ini bermakna saya mengepam susu jam 9, jam 12, jam 3 petang. (jika tidak sempat untuk melakukan 3 sesi, saya akan mengepam sebelah pagi sekali dan sebelah petang sekali) - saya akan mendapat jumlah susu sbyk 18-20 oz untuk ketiga-tiga session tersebut. Alhamdulillah...


Monday, September 06, 2010

Gerak Gempur Soalan EXAM!!!!

Aduhai... hari ni hari yang paling memenatkan kepala... apa taknya orang lain semua dah semangat nak balik kampung... tapi kami di office ni terpaksa berdepan dengan Bengkel Exam! Dengan mood nak raya... tak dapek do nak nyiapkan soklan exam... soalan exam tah kemana, kampung halaman tah kemana... lagu raya tah kemana...kuih raya tah kemana... Pendek kata, memang tak produktif langsung la hari ni..!

Sunday, September 05, 2010

Penyusuan Eksklusif: Ketika Berpantang...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan PENYUSUAN EKSKLUSIF? Penyusuan eksklusif adalah menyusukan anak dengan susu badan tanpa campuran susu formula atau susu tepung mahupun air suam! Seperti yang semua sedia maklum, susu ibu adalah susu yg terbaik bagi bayi yang baru dilahirkan, kerana semua zat yang diperlukan oleh bayi boleh diperolehi dari susu ibu.

Mungkin ramai yang tidak faham tentang kepentingan menyusukan anak secara eksklusif (begitu juga saya, ketika kelahiran pertama dulu). Saya menyusukan Faris selama 1 tahun 8 bulan... hebat bukan?! Tapi bukan dengan penyusuan eksklusif... Selama tempoh itu, Faris juga diberikan susu formula, seawal dia dilahirkan... namun, akibat campuran itu... Faris mudah terkena virus demam selsema... dia juga mudah kena sembelit jika susu tepung ditukar (kepada jenama lain atau jenama sama tapi peringkat umur yang berbeza). Sepanjang usia 3 tahun ini, Faris telah 2 kali masuk wad kerana kuning dan Bronchiolitis. Dia juga sangat mudah berjangkit demam mahupun selsema. Sebab tu untuk kelahiran kedua ini saya bertekad untuk menyusukan anak secara eksklusif.



Friday, August 27, 2010

Mesej buat Syue Syue...

Syue.. saya amat tertarik dengan entry2 di blog awak lately... amat mencuit hati... rasa amat tenang dan sangat seronok membacanya... sangat santai... :-D tapikan syue rasanya ada beberapa perkara yg saya rasa awak perlu add... saya tercari2 ruangan untuk comment... kalau ada ruangan comment tu... lagi menarik...! layout cam yg dah ada skang agak SEMPIT la syue... sbb syue pilih 3 column... kalau nak edit layout/design, pilih yang ada 2 column... so ruang akan nampak lagi lebar dan tersusun...

btw... saya amat suke dengan entry yg ni... advertising project 1 done! Meera tu... Zalikha Ameera ke? dia nampak sgt cantik dalam gambar tu... syue... your shoot SANGAT CANTIK!! Congratulation dear!! :-)

Hati saya berdetik lagi... "rindunya nak mengajar batch u'll, batch yg sgt BEST!"

Wednesday, August 25, 2010

Yey! Alisya dah boleh meniarap...

Wah, hari ni mama sgt teruja melihat perkembangan alisya... sejak dr awal kelahirannya, dia sgt aktif dan suka berborak. selain itu, dia juga sgt suka tersengeh dan tergelak bila org mengagahnya!

selepas habis cuti bersalin, mama sgt risau bila menghantar alisya ke rumah pengasuhnya... mama takut kalau alisya menangis seraya tidak biasa dengan pengasuh... sebaik habis kerja, mama bergegas pulang utk mengambil alisya... sebaik mama sampai di rumah, mama lihat alisya sedang asyik berborak dgn pengasuhnya... (biarpun tidak tahu butir bicaranya!) perbualan itu seakan2 REAL.

hari ini alisya telah berjaya meniarap dengan sendiri! Dua tiga hari lepas, Alisya telah beberapa kali membuat cubaan untuk meniarap namun gagal.. Adakalanya dia menangis kerana tidak mampu untuk meniarap. Tetapi, hari ini Alisya seakan mahu "menunjuk2"! Sebaik mama meletakkan dia di atas tilam milik abangnya, dia terus mengiring dan meniarap. Kemudian tersengeh2 sambil memandang mama. (mungkin dia mahu mama memujinya!)

"Alahai... Alisya dah besar yea?!?" (dgn reaksi muka yg excited) sambil Alisya terkekek2 gembira! Mungkin sgt gembira kerana dpt menunjukkan aksinya tadi...

Dalam hati mama terdetik "cepatnya masa berlalu..."

Saturday, May 29, 2010

Kisah Tanggal Pusat...

Bila cerita pasal "tanggal pusat" macam2 versi org tua yg kita dgr... ada yg kata...

"kalau budak lambat tanggal pusat... maknanya dia tu degil...! kalau yg cepat pulak... budaknya baik... dgr kata... dll"

tak tau sejauh mana betulnya kata2 tu... mungkin susah sikit nak menilai... sebab anak2 masih kecik lagi... kalau ikutkan, Faris tanggal pusat pada hari ke-22!! punyer la lama... masa tu mmg risau sungguh!! Ye la kan... bila masih tak tanggal pusat... nak mandikan pun susah... nak jaga pun susah... dia pun masa tu mesti tak selesa... tapi tu la yg berlaku pd Faris dulu... tak pernah lagi jadi dalam sejarah family... tanggal pusat sampai 22 hari..!! org kata pulak... selagi tak tanggal pusat... baby akan mudah dijangkiti penyakit seperti demam dan selsema... (hm.. mungkin betul gak... sebab Faris mudah sgt berjangkit... even sampai sekarang... Faris mudah berjangkit dengan sesapa yg ada selsema dan demam. Sian dia...)

Yg Alisya pula... hari ke-4 dah tanggal pusat... senang betul nak jaga dia... tak byk merengek... Alisya akan nangis time nak susu... nak tukar pampers dan nak mandi.. lain2 dia akan terkebil2 jek... hahah... Alhamdulillah...

Ada lagi... org tua2 kata... "kalau nak adik-beradik tu baik sokmo... letakkan pusat2 mereka (yg dah tanggal tu) dalam satu uncang... insyaAllah... mereka mudah mesra dan berbaik sampai ke besar..." (sampai sekarang masih tak jupe uncang pusat faris tu... isk.. mana la peginya ek??) tp tgk Faris layan Alisya sgt baik sekali!! Dia syg bangat sama adiknya... kalau Alisya baring... dia nak baring sebelah Alisya... smbl cium tangan dan peluk Alisya... kalau Alisya nangis, dia akan tepuk smbl jerit panggil mama atau abah... hm... (abg penyayang ni...!!)

Ada lagi ke fakta/mitos pasal tanggal pusat ni? Ada siapa2 nak share?

Sangat HAPPY baca blog students...

Pejam celik... pejam celik... rupenya dah nak masuk 3 tahun mengajar di kolej ni... Rasa cam tak caya je... Memula masa masuk keje, ingatkan akan mengajar di sini paling lama pun 2 tahun je... tapi tak sangka... dah nak msk 3 thn... mungkin rezeki masih di sini... apa pun agak enjoy juga mengajar di sini!! :-)

Time2 cuti ni... ada juga la masa nak belek2 blog students yg pernah diajar... (walaupun dalam masa yg sama... sakit pala tanda final paper bebudak! lain yg diajar.. lain yg dijawab! ada yg lagi best... salin balik soklan... tanpa jawapan!! hadoiii la...) rasa hepi sgt... bila mereka yg aktif menulis blog... cerita pasal activity mereka, tempat2 yg mereka lawati, movie review dan yg paling penting... status pekerjaan mahupun pembelajaran... tak sangka blog ni berkesan juga untuk tujuan connection after graduation... ok la... sedikit sebanyak dpt jugak maklumat... kepada mereka yg rajin ber'blogging' teruskan menulis... sbb saya suka membacanya...!! :-)

Monday, May 24, 2010

Alhamdulillah... :-)



Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,
  


Alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi... kerana dengan limpah kurnia-Nya... hamba-Nya ini telah selamat melahirkan seorang baby girl seberat 3.01kg, secara normal... pada 11 May 2010 bersamaan hari Selasa... Baby yang secomel abangnya Faris, seayu mamanya dan semanis abahnya telah diberikan nama ALISYA FARHA. ;-P


Hari ni genap usia Alisya 14 hari... nampak gayanya Alisya dan mamanya berada dalam keadaan yang sihat walafiat... seminggu yang pertama Alisya kena kuning... tapi alhamdulillah tak seteruk abangnya dulu... Alisya tak masuk wad... sebab kuningnya normal (7.9)... dan sekarang muka Alisya dah merah & comel!!

Alisya disambut oleh Dr Nurrita, dua orang staf nurse, abah & seorang kawan UiTM mama... auntie Nida...!! tak sangka auntie Nida ada bersama-sama dalam labour room hari tu... semuanya kebetulan... time auntie Nida datang tu... Alisya dah memang nak keluar... rezeki auntie, orang first tengok Alisya... :-D (thanks Nida... :-))

Orang pertama datang lawat Alisya adalah auntie Tini (dengan dua anaknya; Hasya & Amna)... Auntie datang malam hari pertama tu... tapi auntie tak dukung Alisya pun.... (mama pun tak dukung... kekok sebab tengok Alisya kecik sangat...) Mama dengan auntie Tini sama-sama dah lama tak pegang baby, sebab tu dua-dua kekok... Mama pegang Alisya pun dah masuk hari kedua...! (teruk betul..!)



Friday, May 07, 2010

11 May 2010...

Hari ni kena pegi check up lagi... dr mlm tadi sgt berdebar2... (sbb takut kena tahan wad...) Kalau ikut hati mmg tak nak pi check up... Hari ni doktor buat VE... ngan CTG... seperti biasa doktor scan... tgk kedudukan baby... pastu tgk air ketuban... uri... dan yg sewaktu dengannya...

Seterusnya buat VE... (melihat jalan/bukaan) sama ada baby dah nak keluar atau tak... resultnya belum ada bukaan... terus doktor suruh buat CTG pulak... (merasa la masuk ke labour room untuk kali ke-2...) mmg berdebar2... walaupun tahu baby belum nak keluar dan berada dalam keadaan yg baik... alhamdulilah... denyutan jantung baby pun belum menunjukkan nak keluar.... mungkin mama dia ni yg salah kira hari... tak pe la...

Akhirnya doktor decide untuk keluarkan baby pada 11 may 2010... hari selasa... kata doktor... itu hari terakhir yg ditetapkan.. kalau jalan tak buka juga... makanya doktor akan induce... (memaksa baby keluar). Bila doktor sebut jek 11 Mei.. terus teringat kat Mak Teh baby... Rupanya baby nak keluar sama dengan tarikh birthday mak teh...!!

Apa2 pun... Perjuangan mama akan bermula pada minggu depan!!... Moga baby akan keluar dengan selamat... Moga Allah mempermudahkan segalanya... Amin.... :-)

Thursday, May 06, 2010

Masih menunggu....

Hari ni dah 6 May... maknanya dah 2 hari lewat dr tarikh jangkaan bersalin... baby pun belum tunjuk tanda2 nak kuar... 2 hari lepas (4 dan 5 may) sume org tegur... semua tanya... kenapa masih dtg keje... ada yg suh balik & berehat di rumah... Hm.. kalau dok umah pun, dok sorang... cam lagi bahaya... at least di opis... ada juga kawan2 boleh tgk2kan... atau... kalau ada kecemasan... boleh la kawan2 tolong hantarkan ke hospital... ye dak...?!?

hari ni duduk di rumah... hati betul2 tak senang... mikirkan final presentation Public Speaking bebudak semester 1... tah cam mana presentation mereka... harap2 semuanya berjalan lancar... sedih juga sebab tak dpt tgk final presentation mereka... tapi rasanya semuanya ok... panel yg ada pun insyaAllah ok kot... hari Isnin nanti ada final presentation Public Speaking budak2 Secretary... kalau ada rezeki... dpt la tgk... tapi kalau dah bersalin masa tu... hm... doa yg terbaik je la tuk mereka... Ni first semester subjek Public Speaking ditawarkan kepada course Secretary... agak excited juga nak tgk final presentation mereka...

Final presentation DEL pun tak dpt tgk habis... sgt teruja dengan presentation packaging tuk subjek publication design (subjek Sir Pirdaus)... Sempat tgk 1 group je yg buat packaging tuk Sushi... mmg menarik...!! tak sangka dengan hasil kerja students sem 4... masa menunggu ada ternampak satu lagi packaging yg menarik... something to do with Learn and Play kot... siapa2 yang terbaca blog ni... minta tolong updatekan blog masing2 dengan assignment packaging tu... sbb sgt menarik...! Btw... congratulation guys... and good luck for your final exam next 2 weeks... moga tenang menjawab soalan exam... dan moga mendapat keputusan cemerlang!!! Good luck...!! :->

Wednesday, April 28, 2010

Dinner SODS

Tak tahu la kenapa... tapi rasanya sgt excited utk menghadiri dinner School of Diploma Studies malam ni... Baby dalam perut ni pun sama... :-D (mungkin sebab nak makan puas2 sebelum tempoh berpantang 2 bulan nanti.... :-p )


Bila teringat balik tempoh berpantang selepas melahirkan Faris hampir 3 tahun lalu, tersengih sendiri... mana taknya... duduk di rumah kakak ipar di Rawang (yg anaknya ketika itu 4 org...) bila tiba waktu makan adalah waktu yg paling MENYEDIHKAN... ye la... anak2 buah dpt mkn sedap2... sedangkan org yg berpantang ni... hari2 makan nasi, ikan bilis+halia+bwg putih (digoreng), + lada hitam. Mmg terseksa rasanya... hingga smpi satu tahap... mkn sambil menangis... hahahha... Ye la... berpantangkan..!! Nak makan beria pun tak boleh... semuanya kena kawal... itu la pengalaman... mungkin kali ni kena la kuat skit... maklum la... akan berpantang sendiri... risau juga! Doakan la... moga semuanya dipermudahkan Tuhan...



Berbalik pada cerita dinner mlm ni... temanya adalah 1 Malaysia... (tapi dalam keadaan cam ni... tak dpt la nak ber"1 Malaysia" pakai jek la jubah ngandung :P) Bila dpt invitation card dr pelajar setiausaha, juga sgt excited bila tgk, persembahan mlm ni byk drp pelajar2 kewartawanan... nak juga tgk bakat2 terpendam dorang ni... selain bg support pada mereka...


Apapun... nanti update semula jika ada perkembangan terbaru....!! Adios!

Monday, April 26, 2010

Sedikit masa lagi... Mohon kemaafan dr semua...

Hari2 yg amat mendebarkan... dlm masa yg sama... agak tidak sabar utk menantikan kehadiran baby baru... Persediaan setakat ni...?!? Rasanya semuanya dah ada... InsyaAllah... (Recycle je barang2 kepunyaan Faris dulu, mana yg masih blh dipakai.. telah dicuci dan disimpan dgn baik...)

Tempoh hampir tiga tahun... membuatkan sedikit terlupa akan kenangan ketika melahirkan Faris dulu... sememangnya kenangan manis mendapat anak pertama... tapi bagaimana mengharunginya ketika itu...?! Sukar untuk diperkatakan...

Allah itu Maha Adil... Dia memberikan kita pengalaman... kemudian pengalaman itu diluputkan dari ingatan... Bayangkan jika pengalaman itu sering bermain di minda... rasanya setiap pasangan suami isteri hanya akan mempunyai seorang anak...! Allah itu Maha Berkuasa...

Setakat appointment pada 23 April lepas... keadaan baby adalah baik dari segala segi... (insyaAllah) Berat baby sekarang pun dah 2.7kg... (agak kecil dari faris... tapi... agak comel untuk seorang baby girl... :-D InsyaAllah). Moga Allah mempermudahkan segalanya...

Reaksi Faris?! Macam biasa... bila diminta utk sayang baby, dia akan dtg peluk perut mamanya dan cakap "baby dok leklok..." (tu je la yg dia tau!) Tapi yg pasti... setiap kali perut mamanya nak discan... si abang ni mmg excited...!! Macam mana la keadaan Faris bila adiknya keluar nanti? Cemburukah dia? Manjakah dia? Akan membawa dirikah dia? Pandaikah dia berkongsi mainan? Bila difikir2, rasa kasihan juga padanya yang akan digelar ABANG sedikit masa nanti... Harap2 si abang juga telah bersedia untuk menyambut kehadiran orang baru yang juga akan menumpang kasih mama dan abahnya...

Dengan kesempatan yang ada... mohon kemaafan dari semua yang mengenali dan membaca blog ini... atas segala kesalahan, baik sengaja atau tidak... sedar atau tidak... kalau ada... jangan la disimpan dalam hati... beritahu agar segalanya boleh dijernihkan... Doakan agar segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan oleh-Nya... Amin...


p/s: sesungguhnya saya cemas melaluinya biarpun utk kali kedua... Doakan saya....

Saturday, March 13, 2010

Bila Baby Duduk Songsang...

Semalam check up lagi... minggu ke-33 sudah... ni la hari yg paling mendebarkan... bak kata doktor... 2 minggu lps... kalau baby masih dok melintang, gamaknya kena ready tuk operation... menunggu giliran dipanggil begitu merisaukan... baby pula adakalanya gerak... adakalanya tidak... faris pulak sibuk belari ke sana sini... umpama larian marathon... sibuk betul dia berlari2 anak... sambil menegur kawan2 yg ada disekelilinya... habis sume org ditegurnya... dr baby... hinggalah pangkat abg2 padanya... dah lumrah budak2... sangat senang/mudah berkawan... riuh... bising... tu biasalah...

bila tiba giliran masuk ke bilik doktor... apa yg mampu dilakukan adalah bersabar dan menunggu perut untuk discan. mula2 doktor cuba merasa perut dgn tangan untuk mengagak di mana kedudukan kepala baby... tak rasa... bila start scan, maka jelaslah... kepala baby di atas (songsang)... alahai... patutlah 2 minggu ni rasa sgt sakit... adakala perut rasa seolah kejang... cemas?!? maunya tak cemas...!!

doktor kata 3 minggu lagi (minggu ke-36) kalau baby songsang jugak, kena la warded 1 hari untuk pusingkan baby... part tu ok lagi... tapi bila doktor kata...

"saya akan buat satu surat ke hospital kerajaan and doktor kat situ akan pusingkan baby...." (terus berderau darah... mana taknya... mmg agak sensitif dgr perkataan hospital kerajaan ni... maklum la... byk sgt cerita yg kurang elok didgr... mmg tak pernah terjadi pada diri sendiri... tapi... bila dgr org cerita... kita pun seriau jugak...!)

mmg tak mampu nak ckp apa2.. melainkan doa... agar baby akan pusing ke kedudukan sepatutnya sebelum tarikh 2/4/10... InsyaAllah...

reaksi abg faris... dia sgt supportive... bila mama dia kata, "ckp kat baby duduk elok2.." dia pun usap perut dan kata, "baby, dok leklok..." :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...