Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Sunday, October 31, 2010

Alisya dah pandai merangkak!

Sejak abah Alisya outstation (ke Galas), Alisya begitu berusaha untuk merangkak… Alhamdulillah… berkat usaha dan kesabarannya… sekarang ni dia dah pun pandai merangkak. Yey… Clap… Clap... Clap… Walaupun badannya kecik (bak kata kak zimah) namun… dia tetap nampak comel 'terkedek-kedek' bila merangkak… Kesian… abah tak dapat tengok perkembangan Alisya sekarang… dan abah pun tak percaya mama kata Alisya dah boleh merangkak… abah asik tanya… ''betul ke dia dah boleh merangkak…?!? Pelahan ke laju…?!?"

Sekarang ni di mana ada mama dia… di situ jugalah menjadi destinasinya utk merangkak… apa tidaknya dia geram kot tengok abangnya 'mengendeng' bersama mama setiap masa sejak abahnya outstation. Tapi abang Faris bagus… selalu tengok2kan adiknya bila mamanya ni sibuk memasak atau buat keje…

Selain dah pandai merangkak… Alisya pun dah kenal org… kalau dia tak biasa dengan org tu.. mula la speakernya berbunyi… sekarang pun dia dah pandai tak nak tinggal kat umah pengasuhnya… setiap kali mama hantar… dia akan menangis nak ikut mamanya ni pegi keje… Amboi… pandainya dia…! Tapi yg touchingnya abg Faris akan ckp, "adik.. jgn nangis… tunggu mama balik… tunggu.. tunggu…" (sambil tepuk belakang adik…)

Oh lagi satu, gambar kat sebelah ni... Alisya meragakan bonet crochet barunya… (hm…  ada hairband crochet jugak... tapi tak boleh nak upload pula gambarnya tu...) tapi bonet tu terlalu besar untuk Alisya… dia tak boleh pakai lagi… kena tunggu dia besar skit… Mamanya ni begitu excited dengan accessories baby girl di pasaran :p Maklum la… baju & accessories tuk baby boy sume sama je… tapi baby girl.. comel2 barangnya… Faris jgn jealous ya!! :p


*Letih juga jaga budak2 ni bila abahnya takde...

2 comments:

  1. Awww. so cute and very comel. tombam lak tuhh. hee :)

    ReplyDelete
  2. ShidahAmie: heheh tq... sekarang dah nak masuk 2 tahun :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...