Nuffnang Ads

Bookcafe (^_^)

Agoda Ads

Monday, September 03, 2007

Cukur Rambut



Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Hari ni saya dengan Encik hubby hantar Faris ke kedai gunting rambut untuk cukur rambut. Tak berani nak buat sendiri... Sebab tu hantar kedai... Faris tak menangis pun masa orang tu "mesin" rambut dia... sebab dia tengah tidur. Malah makin lena...

Tengok... kemain lena lagi...

Sunday, September 02, 2007

Majlis Aqiqah Faris...



Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Alhamdulillah rezeki Faris... Majlis aqiqah dia Tok Alang yang sponsor... saya tak sempat lagi nak ambil gambar dari kamera kakak saya... InsyaAllah nanti saya masukkan... yang ada gambar Faris dengan Abang Arfan sebelum majlis tu start...

Sepanjang majlis Faris ok jek.. cuma masa orang gunting rambut dia.. dia terkejut-kejut, dah settle semua baru Faris menangis... Nak susu...

Terima kasih Tok Alang... sebab sponsor majlis aqiqah Faris....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...