Nuffnang Ads

Bookcafe (^_^)

Agoda Ads

Saturday, November 07, 2015

Renungan: Mimpi Seorang Gadis

Kisah ini dipetik dari program Motivasi Pagi  - TV 3 oleh Ustazah Norbahyah Mahmood 

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.

Lalu Rasulullah menegurnya. 

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?" 

Lalu gadis malang itu pun menceritakan hal yang berlaku padanya.

"Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi. 

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." 

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut. 

"Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga. Disebabkan kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." 

Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Dikibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya? 

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil..Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir... Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja. 

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. 

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. 

Lalu aku bertanya kepada ayahku, "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama"

Lalu dijawab oleh ayahnya, "Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia" 

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. 

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." 

Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYAALLLAH."

Friday, November 06, 2015

Bila E-mel Kena Godam!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Pernah rasa E-mel kena godam (hack)? E-mel saya digodam baru-baru ini. Tiba-tiba saya dapat banyak mesej Whatsapp dari kawan-kawan. Bertanyakan tentang E-mel yang mereka terima dari saya. Kesian pada siapa-siapa yang ada dalam list contact saya, semuanya dapat E-mel ini (yang sebenarnya bukan dari saya...)

Siap guna nama dan link blog saya pula tu... (T_T)

Orang pertama yang perasan E-mel ini adalah encik hubby saya. Bila dia tunjuk, terus saya cuba akses ke E-mel saya. Beberapa kali juga saya cuba untuk log in, tetapi tidak berjaya

Kemudian saya terus hantar report kepada Yahoo Mail. Tidak lama kemudian mereka meminta saya untuk mengesahkan nombor telefon dan terus menghantar kod pengesahan, supaya saya boleh menukar password yang baru.

Kemudian barulah saya dapat akses semula E-mel saya... Risau?! Mahunya tak risau?! Maklumlah, E-melkan boleh dikatakan sebagai "ibu" kepada semua media sosial seseorang. Takut juga kalau ada pihak yang tidak berkenaan tu mengunakannya untuk perkara-perkara yang tidak baik... Anyway, syukur Alhamdulillah saya dah dapat akses semula E-mel saya.

Kepada mereka yang dapat E-mel tersebut dari saya, saya mohon maaf banyak-banyak. Ada juga rakan yang sangat prihatin sampai tolong reportkan ke pihak Yahoo Mail. Terima kasih banyak-banyak. Oh ya, ada juga yang reply E-mel tu, dan bila baca satu-satu, saya rasa reply ini yang paling win!!  (^_^)

Rasa bersalah pula bila rakan-rakan lain
dapat E-mel macam ni dari saya... Maafkan saya yea!

Nak tahu dari mana E-mel saya digodam?!
Digodam dari Nigeria... Hm...
Disebabkan saya dah terkena, maka boleh la saya senaraikan apa yang perlu dibuat jika E-mel anda digodam:

1. Pastikan anda sertakan nombor telefon - dengan adanya nombor telefon anda akan mendapat notification daripada pihak Yahoo Mail, jika E-mel anda cuba diakses oleh orang lain. 

Setting --> Account Info --> Account Security

2. Pastikan anda sertakan alamat E-mel alternatif - jika ada sebarang "perlakuan asing" kepada E-mel anda (seperti diakses oleh device lain, diakses dari negara lain dan lain-lain) maka pihak Yahoo akan menghantar notification kepada anda. 

Setting --> Account Info --> Account Security

3. Jika E-mel digodam, segera maklumkan kepada pihak Yahoo - cuba log masuk ke E-mel anda. Jika tidak boleh, terus klik pada (...)
dan ikut arahan selanjutnya. Ketika ini anda boleh memilih untuk mendapatkan kod pengesahan melalui nombor telefon ataupun E-mel alternatif anda.


4. Masukkan kod pengesahan dan tukar password - setelah mendapat kod pengesahan, segera tukar password anda.

Moga entri ini bermanfaat buat anda yang membacanya. Yang penting, pastikan nombor telefon dan alamat E-mel alternatif di isi oleh anda, untuk memudahkan anda jika perkara seperti ini terjadi.

Wednesday, October 28, 2015

Resipi Mudah: Asam Pedas Ikan Kembung

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Subhanallah... Semalam saya ada terbaca entri kak Malinda pasal Asam Pedas Johor. Saya dah lama mencari resipi Asam Pedas yang kena dengan tekak saya. Selama ini saya masak... ada yang tak kena rasanya. Lepas baca entri kak Malinda tu saya nekad nak cuba... So, hari ni saya cari ikan kembung dan daun kesum, sebab dua bahan ini yang tiada dalam peti ais saya.

Dalam entri kak Malinda tu kan tiada sukatan-sukatan... Saya redha je la sukat ikut suka saya... (T_T) Tapi kalau ikut arwah mak saya dulu pun, bila tanya berapa banyak nak letak dia akan cakap, "agak-agak je la". Orang dulu-dulu masak yang agak-agak tu la yang sedap iye kan?

Ok saya share dulu resipi Kak Malinda (sukatan ikut agak-agak saya tadi):
 
Ikan kembung - ikutlah berapa ekor nak letak
4 biji bawang merah (kak Malinda pakai bawang besar)
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 1/2 sudu cili kering kisar
2-3 sudu besar asam jawa - campurkan dengan 3 gelas air dan dapatkan airnya (atau ikutlah nak cair ke pekat ke).
Bendi (saya tambah :p)
Daun kesum
Gula dan garam ikut rasa 
Minyak untuk menumis

Cara-caranya:

1. Bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan halia ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak, sehingga naik bau.

2. Bila dah bau dan sedikit garing bahan tumis tu, masukkan cili kering kisar. Masak sehingga pecah minyak.

3. Masukkan air asam jawa tadi, kacau sebati. Masa ni saya masukkan bendi, sebab bendi ambil masa juga nak lembut.

4. Bila kuah dah nak mendidih saya masukkan daun kesum (masukkan ikan kembung juga dan biarkan sehingga ikan masak)

5. Perasakan dengan gula dan garam.


Walla!! Dah boleh dihidangkan... OK, jangan dicari mana ikan kembung saya... Hahaha... Sebab saya hanya goreng je ikan kembung tu (garam, serbuk kunyit dan sedikit cili kering kisar = perap sekejap dan goreng garing).  Sebab encik hubby saya tak berapa suka ikan yang dalam kuah... so, saya asingkan. Kiranya asam pedas saya tu memang kuah dan bendi semata-mata.

Saya masak siap masak jam 10.45 pagi... Elok je kuah asam pedas saya masak, terus saya senduk nasi panas... Tak menahan tau baunya... Memang memanggil-manggil suruh makan... Bayangkanlah, Faris yang tak berapa suka kuah-kuah ni pun minta saya letakkan asam pedas ni pada nasi dia... Memang sedap baunya!


Daun kesum tu memang saya makan, sejak Ina kata daun kesum untuk awet muda... Kot la betul boleh la perasan muda... :p Lepas Asar tadi saya mengulang makan asam pedas tu... Sedapnya la hai... Apa pun saya nak cakap terima kasih sangat-sangat pada kak Malinda atas resipi dia tu... 

"Kak... Sedap bangaaatttt kak!!!" (^_^)

Sunday, October 18, 2015

Anies Buat Kejutan!!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Anies kurus kecil
berbanding saya :p
Ya Allah, semalam blogger Anies buat kejutan pada saya... Eh, memang terkejutlah saya. Anies datang rumah saya semata-mata nak hantarkan hadiah saya.

Oh lupa, bulan lepas saya ada join contest yang dianjurkan oleh Anies (Tudung Aidijuma by Anies), kira rezeki saya... Sebab saya antara pemenang contest tu... 

Anies ada minta alamat semua untuk tujuan pengeposan hadiah... So, saya memang dah bagi detail yang diminta tapi tak sangkalah yang Anies nak hantar sendiri hadiah saya tu. Saya macam tak percaya pula, bila Anies berdiri depan rumah saya... Ok saya sangat excited! Sebab Anies rakan alam maya pertama yang saya jumpa.

Syukur alhamdulillah, walau pertemuan itu amat singkat, namun saya rasa seronok dapat jumpa Anies... Dalam blog pun dah terasa dekat di hati, inikan pula bila ketemu, kan?! (^_^)

Terima kasih Anies, sudi hantar sendiri hadiah saya tu... Dapat tudung Aidijuma! Ala, tapi seperti yang saya dah agak, berebut la saya dengan Alisya tudung tu. Tapi dah sah-sah la jadi tudung Alisya... Sebab ada gambar dinasour, comel pula tu... (^_^) Alisya pun dah cakap siap-siap, "Ini tudung Alisya... Mama jangan pakai!" Haih, kemain tau... Mama yang masuk contest, dia pula yang ambil hadiah Mama... Sabar je la...

Meh saya belanja satu gambar Alisya pakai tudung Aidijuma, pemberian Anies tu...Thank you, Anies...! (^_^)

Comel la kalau Alisya pakai... kalau mama dia pakai
menangis pula dinasour tu... (T_T)

Friday, October 16, 2015

Tips Penjagaan Kucing Beranak

Bismillahirrahmannirrahim 
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Subhanallah, semalam kucing jalanan yang datang berteduh di rumah kami dah pun selamat "bersalin" pada 1 Muharram 1437H. Kucing hitam yang saya panggil "Cik Tam" ni datang ke rumah kami sejak dua tiga hari menjelang raya Aidilfitri lepas. Sejak dari hari tu, kami bagi makan dan minum... Dan ia bebas berlindung di garaj rumah kami dari hujan dan panas... :p

Ada juga beberapa cubaan untuk Cik Tam masuk ke dalam rumah, tapi memang kami tak bagi masuklah... maklum la... Adam Faris alah pada bulu kucing. Lama jugalah pintu rumah kami tak boleh buka... sebab Cik Tam cari peluang je nak masuk... Dua minggu lepas baru saya dan Faris pasang jaring pada grill pintu utama... barulah dapat buka pintu seluasnya.

Berbalik pada cerita Cik Tam "bersalin" tu. Itulah first time saya tengok kucing beranak. Serious ia sangat menggerunkan/menakutkan/mengujakan... hahaha nampak tak?! Saya tak dapat nak gambarkan perasaan tu macam mana... Menggigil pun ye juga!

Inilah anak-anak kucing Hijrah kami... (^_^)
Banyak-banyak tempat, bawah rak kasut jadi pilihan Cik Tam.

Disebabkan saya tak biasa dan tak pernah menjaga kucing, orang pertama yang saya teringat nak tanya adalah Eiyta kawan sekerja saya dulu. Eiyta dah biasa dengan kucing-kucing ni... Maka berWhatsapp lah saya dengan Eiyta, bertanyakan apa yang perlu dibuat dan tips-tips berkaitan bila kucing beranak.

So, apa yang boleh saya simpulkan, jika anda berdepan dengan situasi seperti ini (kucing beranak), bolehkan lakukan seperti apa yang Eiyta cadangkan pada saya:

1. Sediakan kotak dan alaskan kotak tersebut dengan kain - letakkan kotak yang bersesuaian berhampiran dengan "tempat bersalin" ibu kucing tersebut. Alaskan dengan kain agar anak-anak kucing tidak kesejukan.

2. Sediakan minuman dan sedikit makanan untuk ibu kucing berhampiran dengan kotak tersebut.

3. Berikan masa untuk ibu kucing, "membersihkan diri" setelah beranak - selepas beranak, ibu kucing, dan anak-anak kucing akan kelihatan seperti basah kuyup. Tapi ibu kucing akan membersihkannya.

4. Biarkan ibu kucing membersihkan dan memasukkan anak-anaknya sendiri ke dalam kotak - ibu kucing akan membersihkan anak-anaknya satu persatu. Maka anda tak perlu risau jika masih ada seekor dua yang ditinggalkan di luar kotak.

5. Pastikan ibu kucing dan anak-anaknya tidak terdedah dengan kucing jantan - bak kata Eiyta, kucing jantan akan makan anak kucing... Haih, gerun pula saya dengar. Jika ibu kucing merasakan tempat yang didudukinya selamat, maka ia akan terus tinggal di situ dan jika sebaliknya, ia akan memindahkan sendiri anak-anaknya.

6. Nyalakan ubat nyamuk beberapa jarak dari kotak anak-anak kucing tersebut - saya dapati banyak nyamuk yang mengerumuni anak-anak kucing tu (mungkin sebab ada bau darah lagi kot?!), maka saya pun nyalakan ubat nyamuk. Teringat, Eiyta pun nyalakan ubat nyamuk di luar rumah. So, kira salah satu tips la juga tu.

Anak kucing ni ada 6 semuanya, 4 hitam dan dua lagi
ada tompok putih...

Sebenarnya kotak yang saya letak pada mulanya ni agak kecil, saya dah pun sediakan satu lagi kotak besar untuk ibu kucing dan anak-anaknya. Tapi ibu kucing masih belum mahu alihkan anak-anaknya ke kotak baru (kotak besar). Mudah-mudahan nanti ia akan alihkan, baru nampak selesa sikit.

Sebenarnya tak perlu dijaga pun anak-anak kucing ni, sebab ibu kucing yang akan menjaganya. Kita cuma sediakan makan dan minum serta kotak buat ibu dan anak-anak kucing tersebut untuk berehat...

Oh reaksi Alisya dan Faris? Dah tentu mereka seronok. Bangun pagi, tengok kucing, pergi sekolah tengok kucing, balik sekolah tengok kucing, nak tidur jenguk kucing dan macam biasa soalan tak pernah habis. Kadang pening juga nak jawab. Kena cari ensiklopedia kucing la gamaknya?! Haih!

Tuesday, October 13, 2015

Ahlan Ya Muharram 1437H

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Sedar tak sedar kita telahpun berada pada hari terakhir kalendar Islam, tahun 1436H. Maghrib kejap lagi akan masuklah kita di tahun baru Islam, 1437H. Sekejap je masa berlalukan?! Tapi orang yang menulis ni masih lagi alpa dan culas nak perbaiki dan perbanyakkan amalan.(T_T)

https://ayyuhalwalad.wordpress.com/2013/11/23/muharram-doa-awal-dan-akhir-tahun/

Moga tahun baru ini, kita akan sama-sama perbaiki diri dan perbanyakkan amalan, sedekah dan ilmu.

Saya ambil kesempatan ini meminta maaf atas apa jua kesalahan yang telah saya lakukan secara sengaja ataupun tidak sengaja... moga kita sama-sama akan melangkah ke tahun baru Hijrah dengan lebih baik lagi... InsyaAllah... Amin...

Aktiviti: Shadow Play

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Alisya sekarang ni jarang tidur siang. Selalu kalau dia balik sekolah, dia akan mewarna atau melukis... Dua aktiviti ni memang dia suka buat. Kadang-kadang tu, sampai tak kasi saya kacau!

Minggu lepas hari Jumaat, hujan lebat... Tiba-tiba Alisya ambil powerbank encik hubby saya. Dia buka tutup lampu powerbank tu. Lepas tu saya tutup lampu rumah dan biarkan sedikit gelap... Maka saya biarkan Alisya explore lampu powerbank abahnya tu... 

Tak lama lepas tu saya nampak Alisya susun bantal-bantal kecil dari sofa, dan letakkan powerbank di atasnya. Lalu mula buat shadow play... Dia ni memang macam abangnya... banyak akal!



Makin lama dia makin seronok... Buat buaya la... burung la... ketam la... kadang-kadang ada sesi berbual-bual/bercerita dengan shadow haiwan-haiwan yang dibuat tu... Lepas tu menjerit-jerit/terkekek-kekek sendiri. Kelakar pula saya tengok!

Bukan main seronok dia gelak sakan!

Bukan main seronok dia. Nak-nak bila saya tunjukkan contoh-contoh lain nak buat shadow tu... Dalam banyak-banyak contoh ni, Alisya dapat buat (dengan hampir tepat), ketam, burung, buaya dan siput. Saya pun seronok melayan Alisya main bayang-bayang...(^_^)

Walaupun keras-keras tangan jadinya,
tetap dia nak buat juga... (^_^)

Monday, October 12, 2015

Kadar Baru Tol Mulai 15 Oktober 2015

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Berikut adalah kadar tol baru bagi Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Kajang-Silk dan Maju Expressway (MEX). Kenaikkan akan berkuatkuasa pada 15 Oktober 2015 (Khamis ini). Kadar baru ini adalah selaras dengan Perjanjian Konsesi yang ditandatangani dengan pihak kerajaan pada 12 Ogos 2004.

Lebuhraya DUKE:


Lebuhraya Kajang-Silk:


Lebuhraya MEX:

* Kadar baru di Tol Gombak adalah RM6.00 manakala di Tol Bentong, RM3.50 *
 

Saturday, October 10, 2015

Contest: 10 Entri Trafik Terbanyak @Denaihati 2015 (Jan-Sept)

 Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Tak pernah dibuat dek saya "menggeledah" entri-entri bermula Januari ke September 2015 di blog Denaihati!! Ni semua gara-gara nak mencuba nasib bila terbaca status yang diupload oleh pemilik blog berkenaan di Facebook Denaihati Ilhamku tentang contest ini.


Berikut adalah "hasil siasatan a.k.a bedah siasat" saya ke atas blog Denaihati... :p Betul tak betul, hanya DH je yang tahu...

9. GST Realiti Sebenar
10. Melayu Bila Lagi Nak Berubah 

Masih sempat lagi, jika anda berminat untuk memeriahkan lagi contest. Sekali sekala join contest anjuran otai best jugakan?! (^_^)

Thursday, October 08, 2015

Rambut Baru Alisya...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Ini first time Alisya sendiri minta dipotongkan rambut. Kalau ikutkan Alisya ni jenis yang payah nak dipotongkan rambut. Dah la tak suka ikat rambut... kadang saya yang serabut tengok rambutnya. Kalau setakat tak suka ikat tak pe lagi, tapi dia memang tak suka juga disikatkan rambut... Selalunya kusut la jadi rambutnya! 

Semalam masa saya ambil dia dari sekolah dia terus cakap nak gunting rambut macam kakak Zulaikha, sepupunya. Saya pun apa lagi terus la hantar dia pergi kedai gunting rambut kat rumah ni lepas hantar Faris pergi sekolah. Kena la bertindak terus... sebab takut dia berubah fikiran pula nanti.  :p

Ini adalah kedai gunting rambut yang saya biasa pergi sejak saya kecil lagi. Tukang gunting rambut tu orang yang sama tau! Umurnya pun dah 50-an... tapi tetap sama macam masa saya kecil-kecil dulu. Tukang gunting rambut ni kenal arwah mak saya, kakak-kakak saya dan juga sekarang dah kenal Alisya...

Dah dua tiga kali juga Alisya gunting rambut di sini... (kalau encik hubby yang bawa dia akan hantar Alisya gunting di saloon. Melampau tau... saya pun jarang encik hubby belanja pergi saloon  :p )

Ni sebelum dan selepas... :P

Gambar sebelah kiri tu sebelum potong rambut... kalau perasan, rambut depan dia tu, pendek sikit sebab dia gunting sendiri... Sabar je la... So, yang sebelah kanan tulah rambut baru Alisya... first time juga dia minta straight cut. Sebelum ni selalunya layer cut.

Yang kelakar tu, dia minta saya  buka tingkap kereta besar-besar, sambil tengok rambut barunya di cermin sisi tu... Ayat tak sanggup nak dengar... "Comel betul la Alisya dengan rambut baru ni..." (sambil selitkan rambut di telinganya)... Kemain tau!!

Wednesday, October 07, 2015

Medina: Innallaha Ma'ana

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Tadi saya tengok Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3. Hujung slot MHI tu ada jemputan kumpulan nasyid Medina. Saya tak tahu pula rupanya ahli kumpulan Medina tu dari band Indonesia, iaitu MATTA (ala yang popular dengan lagi Ketahuan tu...) Mereka dah pun berhijrah... dan mula menyanyikan lagu-lagu dakwah. Ini adalah salah satu lagu yang dinyanyikan dalam MHI tadi...

Renungkan liriknya dengan mata hati... Jika kesedihan/ketakutan/kesusahan/kesempitan, mengadulah hanya pada Allah.

Di saat kau merasa sendiri
Dan kau merasa ada sesuatu yang hilang
Kau merasa lelah dan merasa lemah 
Cemas dan gelisah menghantuimu

Segera kau dekatkan diri pada Allah
Adukan semua masalahmu kepadaNya
Berdoalah padaNya jangan putus asa dengan rahmatNya,
Hanya Allah yang dapat menolongmu

Innallaha ma'ana 
Janganlah kau takut
Berlindunglah kepada Allah Yang Kuasa
Innallaha ma'ana
Janganlah bersedih
Tersenyumlah dan sambut hari esok yang indah

Segera kau dekatkan diri pada Allah
Adukan semua masalahmu kepadaNya
Berdoalah padaNya jangan putus asa dengan rahmatNya
Hanya Allah yang dapat menolongmu

Innallaha ma'ana 
Janganlah kau takut
Berlindunglah kepada Allah Yang Kuasa
Innallaha ma'ana
Janganlah bersedih
Tersenyumlah dan sambut hari esok yang indah

Innallaha ma'ana 
Janganlah kau takut
Berlindunglah kepada Allah Yang Kuasa
Innallaha ma'ana
Janganlah bersedih
Tersenyumlah dan sambut hari esok yang indah

 
 
 
Nota kaki: Lagu Dunia Sementara Akhirat Selamanya dan Ajal Tak Menunggu Taubatmu pun menarik untuk direnung liriknya... 

Tuesday, October 06, 2015

Mereka Yang Rajin Komen (September)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,


Dah ada widget tukang komen secara bulanan ni senang la sikit... Boleh la saya share mereka yang rajin datang komen di blog saya yang tak seberapa ni. Antara mereka ni mesti tukang komen di blog anda juga... sebab mereka ni memang la suka tinggalkan komen di blog-blog yang mereka singgah. Kalau tengok nama-nama top komentator di blog-blog lain pun kebanyakkan nama mereka ni tersenarai... Nampak tak betapa rajinnya mereka ni... (^_^)

5. Raz
7. dalila
9. Anies
 

Sunday, October 04, 2015

Sekolah Tutup Dua Hari

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Sejak Sabtu lalu, kelihatan jerebu semakin teruk. Asal buka pintu rumah, akan terbaulah asap yang memeritkan tekak. Sekali sekala batuk pun menjengah... Aduhai... Apa pun jaga diri baik-baik dan pastikan anak-anak minum air suam dengan banyak dan pantau mereka agar tidak bermain di luar rumah dalam tempoh masa yang lama. Klik sini untuk tips ketika jerebu.

Semua sekolah di Semenanjung Malaysia diarahkan tutup selama dua hari iaitu, pada 5 & 6 Oktober 2015 (Isnin dan Selasa). Moga anak-anak kita baik-baik saja. Kawan-kawan yang bekerja, jaga diri ya... pakailah mask jika anda bekerja di luar bangunan. (Kesian encik hubby dan adik saya pun dah mula batuk yang teruk...)

Moga jerebu ini segera beransur pergi... (T_T)   


Saturday, October 03, 2015

Terima Kasih, Ciksu! (^_^)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Alhamdulillah, hadiah GA yang saya menang dari blog CikSu, dah pun selamat saya terima. Alkisahnya saya join giveaway anjuran CikSu ni, tak sangka la pula menang... Saya menang pun atas undian kedua... Sebab yang kali pertama tu, nama saya memang tak naik... Tapi tu la orang kata, kalau dah rezeki tak ke manakan? Walaupun yang saya menang tu hadiah saguhati... Tapi sakan juga saya berebut dengan Alisya hadiah tu... Mujur ada dua, kira saya punya satu, Alisya satu la... (^_^)

Apapun saya nak ucapkan terima kasih pada CikSu atas hadiah yang comel ni... Moga CikSu sekeluarga sentiasa dalam keadaan sihat walafiat, dan didoakan juga agar Ciksu sentiasa dimurahkan rezeki... InsyaAllah. Amin...



Nota kaki: Pssst... Saya juga nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Yana Yani. Kenapa? Biarlah rahsia... hahaha

Monday, September 28, 2015

Muzium Negeri Terengganu

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Kami ni kan, kalau sampai di Marang, memang tak tahu apa nak dibuat. Encik hubby tak de kawan di Marang... Kalau kami balik ke Cerul, memang dari pagi sampai ke petang encik hubby bawa jumpa kawan-kawan dia. So, bila tak de nak jumpa siapa-siapa, kami pergi la melawat tempat-tempat menarik berhampiran.

Sehari sebelum Raya Aidiladha, encik hubby bawa kami pergi Muzium Negeri Terengganu... Faris dan Alisya la seronok sangat... Alisya walaupun demam layankan juga pergi berjalan-jalan. Cuma kadang-kadang dia minta didukung sebab dah penat berjalan.

Sebenarnya masa cuti macam nilah ramai orang ambil peluang untuk "Cuti-cuti Malaysia". Maklumlah hari biasa-biasa susah juga nak cutikan... Nak-nak kerja macam encik hubby saya yang kadang-kadang cuti kena beku disebabkan ada event besar melibatkan menteri.

Oh ya... kalau dah nama pun melawat muzium, mestilah tengok hasil-hasil tinggalan sejarah. Yang tak boleh nak layan tu bila Faris asyik la tanya macam-macam soalan pelik. Mama dia ni kalau tak sakit gigi, boleh la melayan. Ni nak layankan sakit gigi, layan soalan cepu mas lagi.. Aduhai! Mencabar betul rasanya... (T_T)


Saya: Faris ni la Batu Bersurat...

Faris: Batu Bersurat tu apa?!

Saya: Ni tengok... tulisan Jawi paling awal ni... Orang dulu tulis atas batu...

Faris: Kenapa susah-susah tulis atas batu?! Kertaskan ada mama... 

Saya: Dulu mana ada kertas... (*tepuk dahi*)

* * * * *

Faris: Macam mana pedang Jepun boleh ada kat kampung abah...?

Saya: Ye la dulu kita ni DIJAJAH orang Jepun... orang dulu-dulu mana ada pakai senapang hebat-hebat... pakai pedang je...

Faris: Kenapa Jepun GAJAHKAN kita?!

Saya: GAJAH apa pulak... JAJAHLAH... Jajah tu orang Jepun nak perintah tempat kita... (saya elak guna perkataan "takluk", kang lagi macam-macam dia tanya...)

Faris: MAJALAH?! Ooo, ambil gambar semua pedang ni masuk majalah... (T_T) Aduhai Faris... mama ni sakit gigi tau! Soalan-soalan lepas tu saya diamkan aja... Makin banyak di jawab, makin banyak soalannya... Kalau tak sakit gigi saya layankan je... Ni sebab sakit pun tak dapat nak tahan...

* * * * *

Bila tanya Faris dan Alisya apa yang paling best dekat muzium tu, kata mereka... Tempat yang paling best adalah di bahagian luar muzium. Di bahagian luar tu ada kolam ikan koi. Punyalah banyak ikan koi dalam tu... Ada pula jual makanan ikan... kami pun pakat beli dan bagi ikan makan... Seronoknya la Faris dan Alisya bila tengok ikan-ikan melompat dan berebut makanan. 

Anak-anakkan, aktiviti macam ni la mereka suka buat... kalau baca dan tengok barang-barang lama dalam muzium tu bukannya mereka faham pun...


Kepada mereka yang ingin melawat Muzium Negeri Terengganu, ini sedikit info tentangnya:

TIKET:
Kanak-kanak (7-15 tahun) - RM 2.00 (bawah 7 tahun percuma)
Dewasa (16 tahun ke atas) - RM 5.00

WAKTU OPERASI:
Sabtu - Khamis - 9.00 pagi - 5.00 petang
Jumaat - 9.00 pagi - 12.00 tengah hari, dibuka semula jam 3.00 - 5.00 petang


Nota kaki: Lepas ke Muzium dan bagi ikan makan, kami terus ke Pantai Batu Buruk... Nanti saya buat entri lain...

Wednesday, September 23, 2015

Kecelaruan Bahasa (^_^)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Alhamdulillah, kami sekeluarga telah pun sampai di kampung encik hubby dengan selamatnya lewat petang semalam.

Sepanjang jalan adakalanya hujan lebat, adakalanya renyai. Kelihatan juga beberapa kemalangan berlaku mungkin disebabkan jalan licin. Untuk rakan-rakan yang akan pulang ke kampung, tak kira dekat ataupun jauh, pandulah kereta berhati-hati. Biar lambat, asal sampai dengan selamat.

Apa yang saya nak cerita adalah tentang Faris dan Alisya. Seperti yang saya beritahu dalam entri sebelum ni, mereka sangatlah seronok bila cakap akan beraya di kampung. Raya Aidilfitri hari tu, kami tak dapat nak balik kampung sebab encik hubby kerja. Jadi kami balik la Raya Haji ni...

Ahad lepaskan kami menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya di Serting, Negeri Sembilan. Ahad tu Faris dan Alisya dengar la loghat Nismilan. Balik tu dapat la sebut, "apo kono ea jang?!" 

Tiba-tiba hari ni mereka dengar loghat Ganu pula. Sampai-sampai di rumah Tok De ni, jumpa la seorang budak kecil (encik hubby kata, budak tu dua pupu Faris dan Alisya). Macam biasalah kan, budak-budak kecil ni mudah berkawan. So, main sama-sama sampai berpeluh-peluh.

Masa nak pakaikan Alisya baju, saya tanyalah apa nama kawan Alisya tu? Alisya cakap, "tak tahu la Alisya tak faham dia cakap apa... dia cakap nama dia ipang ke... ifang."

Yang mamanya ni pun lupa sedang berada di Terengganu. Saya pun jawablah, "takkan la namanya pang... Alisya tanya la betul-betul." 

Lepas makan, sambil tengok tv terdengar Tok De nya panggil budak tu, minta ambilkan remote tv. Terus Faris tanya apa nama dia?! Tok De nya jawab, "Ifang" Faris tah berapa kali cakap "Ha? Ha apa?" Lepas tu Tok De sebut perlahan-lahan, "IRFAN."

Terus saya tergelak... betul la Alisya cakap tadi... nama budak tu ipang/ifang, sebab Ganu ada "g" belakang... 

Alisya cakap... "cikgu Alisya cakap Klate (gapo dio), kampung mama cakap Nismilan (apo kono ea jang), kampung abah pulak cakap Ganu (Ifang). Pening Alisya!"

"Ha... ni baru Malaysia!" jawab saya... (^_^)


Nota kaki: Selamat Hari Raya Aidiladha semua. Jaga diri baik-baik ya!


Monday, September 21, 2015

Jumpo Waghih!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Lama dah saya tak jumpa saudara mara di Nismilian (Negeri Sembilan) ni... Sejak mak dan ayah saya tak de, kami memang jarang balik. Lebih-lebih lagi dulu saya duduk luar dari Kuala Lumpur, so, jarang dapat masa nak penuhi jemputan saudara mara.

Semalam, mak ngah Ani saya di Serting, buat majlis perkahwinan anak bongsunya... Kebetulan adik saya pun nak pergi, saya pun join sekaki. Encik hubby saya kerja. So, saya ikut la adik, abang dan kakak saya. Faris dan Alisya, kemain seronoklah bila kata nak balik kampung!

Yang kelakarnya, kami siap sosek (sesat)! Nampak sangat dah lama tak datang, sampai sesat-sesat dibuatnya... Kami sampai pun dalam pukul 3 lebih... Pengantin pun dah turun dari pelamin dan cuci pinggan mangkuk... Hahaha... Kena gelak tak ingat dengan orang kampung... Haih! Tak pe la... yang penting kami selamat sampai.

Tapi yang seronoknya dapat jumpo waghih... Mak Ngah Ani, Mak Long, Pak Teh... eh semualah! Part yang paling best bila dengar mereka cakap Nismilan. Punyalah lama tak dengar orang cakap Nismilan. Excited pula rasa. 

Dulu arwah mak dan ayah saya memang cakap Nismilan. Kami adik beradik ni tukang gelak. Tapi sekarang ni rasa rindu pula. Nak cakap sendiri, bunyinya tak sama macam orang Nismilan cakap! Dengar pakcik makcik cakap sedap je bunyinya.

Antara waghih-waghih....
Si Alisya asyik berkepit dengan anak kakak saya si Raihana tu...
Kemana-mana pun menempel je budak dua orang ni...

Oh ya, Faris dan Alisya punyalah seronok bila sampai kampung... Berlari sana sini, melawat kawasan, tegur sapa dengan atuk dan wan. Suka hati dia je tegur atuk dan wan yang dia nampak. Bukan kenal pun! Tapi sebab excited nampak atuk dan wan! Maklumlah sebab mereka tak sempat jumpa atuk dan wan mereka.


Nota kaki: Esok insyaAllah balik kampung encik hubby pula... Raya Aidiladha di Marang... AF macam biasa, excited bila kata nak balik kampung!!

Friday, September 18, 2015

Perkongsian Jumaat: Terjemahan Surah Al-Kahfi: Ayat 49

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam Penghulu Hari,

Play Store: BAYAN QURAN

Terjemahan Surah Al-Kahfi, ayat 49:
Lalu diserahkan suratan amalan masing-masing untuk ditimbang. Ketika itu, orang yang berdosa, mukanya pucat lesi, takut melihat suratan amalan yang mereka sudah dapat meneka kandungannya. Bisik hati mereka: Apakah begini lengkap catatannya, sehingga tidak meninggalkan sedikit pun amalan yang aku buat? Semua tercatat dengan jelas. Demikianlah caranya Allah menunjukkan keadilanNya supaya tiada yang boleh menuduhNya zalim.

Peringatan buat diri sendiri:
Setiap amalan baik mahupun buruk, amalan kecil mahupun besar, amalan tersembunyi mahupun nyata, segalanya dalam pengetahuan Allah SWT. Segalanya dicatatkan selengkap-lengkapnya tanpa ada yang tertinggal... Allahurabbi... (T_T)


Nota kaki: Sudahkah kita membaca Surah Al-Kahfi hari ini? Jika tidak juga punya masa untuk baca, dengarlah melalui MP3/YouTube/Aplikasi Quran. Moga ini juga menjadi amalan kecil untuk dicatatkan dalam buku amalan kita... InsyaAllah. Amin.  

Thursday, September 17, 2015

GA: Tudung Aidijuma Giveaway by Anies

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Saya luangkan masa ini, untuk support Giveaway yang dianjurkan oleh salah seorang rakan blogger saya iaitu Anies. Apalah gunanya rakan maya kalau tak support rakan blogger lainkan...

Jom join... Hadiah menarik tau! (^_^) InsyaAllah mudah juga syaratnya... Kalau nak join boleh klik banner yea... Tarikh tutup 24.09.2015, sempat lagi nak join ni...

http://aniesandyou.blogspot.my/2015/09/tudung-aidijuma-giveaway-by-anies.html

So, dalam entri ini saya nak ceritakan pengalaman saya bila Alisya nak pakai tudung. Alisya mula pakai tudung pada usianya 2 tahun (sekarang dia 5 tahun). Saya sendiri tak pernah paksa Alisya untuk pakai tudung. Tapi dia sendiri yang nak pakai bila dia tengok saya selalu bertudung bila keluar rumah. Inilah tudung pertama Alisya...


Alololo... masa ni Alisya tembamkan...? Maklumlah masa ni fully breastfeed kan... Alisya menyusu cukup dua tahun... Alhamdulillah... Ok berbalik cerita tudung Alisya, so, selepas tudung yang ni maka banyaklah koleksi tudung Alisya kemudiannya. Boleh kata, kebanyakkan masa kalau keluar rumah, memang dia minta tudung untuk dipakai.

Tapi biasalah budak-budak ada on & off. Kalau dia sangat berpeluh, dia akan minta untuk buka tudung... Biasanya dia akan minta izin dulu dari saya untuk buka tudung. Disebabkan dia masih kecil, saya akur. Tapi slowly ajar juga kenapa mesti pakai tudung sepanjang berada di luar rumah.

Sekarang ni mudah sikit sebab di PASTI pun cikgu dah sentuh bab aurat. Cikgu selalu pesan, orang perempuan kena tutup aurat. Anak-anak biasalah, akan ikut cakap cikgu berbanding Mama dan Abahkan... :p Bagus juga... kalau Mama dengan Abah yang cakap, banyak sangat "ye ke?" nanti...

Kalau nampak tudung kanak-kanak yang menarik di shopping mall kan, mesti Alisya akan cakap, "kalau Mama cukup duit nanti, boleh tak belikan Alisya tudung macam tu." Alo.... sweetkan?!

Alisya ni satu yang saya perasan tak macam abangnya yang jenis meraung kalau tak dapat barang yang dia nak... Alisya lebih bersifat cool and understanding. Biasanya dia akan cuba minta dengan polite. Kalau tak dapat dia tak menangis. Memang bezalah dari abangnya.

Ni saya share lagi gambar-gambar Alisya bertudung... Moga anak saya ni juga turut "istiqamah" bertudung pada usia remaja dan dewasanya nanti... Moga jadi anak yang solehah ya sayang... InsyaAllah... Aamiin...



Nota kaki: Menarik juga giveaway Anies pasal entri pengalaman bertudung ni... tiba-tiba rasa touching pula bila cerita pasal anak... hahaha

Wednesday, September 16, 2015

Tutorial: Widget Top Komentator (Bulanan)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Ok ini kelakar... Sebenarnya saya tak boleh nak panggil ni tutorial. Sebab blog saya ni tak boleh di copy dan paste. Eh ke boleh?! Sebab seingat saya, dulu saya pernah masukkan coding agar entri-entri saya tidak boleh di copy paste. Tapi saya tak sure sama ada anda boleh copy paste entri saya atau tak? Acer try... (^_^) 

Saya cuma nak panjangkan ilmu yang saya ambil dari Azhafizah. Saya sebenarnya dah lama cari widget tukang komen secara bulanan. Ada tutorial yang saya dapat dari blogger-blogger lain hasil carian di Google, tapi kebanyakkannya akan menyebabkan blog saya lambat loading. Sampailah saya jumpa widget yang dikongsikan Fiza ni.

Tutorial ni sangat mudah. InsyaAllah blog pun tak ambil masa lama untuk loading. Jom tengok caranya...

1. Log in blogger.com
2. Dashboard >> Layout >> Add gadget >> HTML/Javascript
3. Copy code (sila ke blog Fiza untuk coding ya kawan-kawan)
4. Paste ke dalam box HTML/Javascript 
5. Edit coding. 
6. Dah siap Edit. Save!

Ha... tengok caranya pun senang je kan? So, anda yang mencari widget top commentator bulanan ni, boleh la ambil code dari blog Fiza tu ya. Saya harap dengan perkongsian saya ni dapatlah panjangkan ilmu yang dikongsikan Fiza...

Selamat mencuba! (^_^)


Nota kaki: Saya personally nak ucap terima kasih banyak-banyak pada Fiza atas tutorial yang dikongsikan ni. Saya percaya ilmu ini bukan hanya bermanfaat pada saya, malah ramai lagi blogger di luar sana, lebih-lebih lagi blogger yang baru belajar blogging. Thanks Fiza. (^_^)

Bahulu Warisan Kegemaran Alisya

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Petang tadi Alisya beritahu dia nak makan "benda" tu. Saya tanya la "benda" apa? Dia cuba explain, tapi saya tetap tak faham... Lepas tu dia ambil kertas dan lukis "benda" yang dia nak makan tu.
Yang dalam bulatan tu Alisya lukis...
Yangmacam payung bawah tu saya yang lukis...
Hahaha ada juga la rupa bahulunya :P

Yang dilukis seperti dalam bulatan tu. Saya puas fikir apa la agaknya tu... Lepas tu dia cakap, "mama ni semua tak ingat, ni la yang Alisya makan selalu tu... Mama tak ingat ke? Mama beli lepas tu Alisya makan, Uwais makan, Syifa makan, Raihana pun makan. Tak ingat?"

Ni la tiga anak kakak saya... tengok yang
dalam troli tu super cute!
Lepas dia sebut nama-nama anak saudara saya yang tiga orang tu baru la saya teringat. "Benda" yang Alisya maksudkan tu adalah bahulu. Sebab masa saya jumpa kakak saya dekat Tesco Rawang hari tu, saya ada beli bahulu satu bekas sederhana untuk Alisya. Dia makan sama-sama dengan anak kakak saya. So, yang dilukis dalam bulatan tu rupanya bahulu la... (^_^)

Kalau nak tahu, Alisya ni memang suka sangat bahulu... tapikan dia cuma suka Bahulu Warisan. Kalau dapat Bahulu Warisan bekas besar tu, dia boleh habiskan dalam 2-3 hari je. Tapi kalau beli bahulu lain dia memang tak makan.

Seingat saya Alisya mula suka Bahulu Warisan ni sejak umurnya 3 tahun. Masa duduk di Melaka dulu, Bahulu Warisan ni senang dapat. Saya selalu beli dekat Jusco Ayer Keroh je... Dekat dengan rumah saya dulu. 

Ni bila Alisya minta, saya tak tahu pula mana nak cari Bahulu Warisan, di area Gombak ni... Takkan nak pergi Tesco Rawang pulakan?! Jauh tu... (T-T)
Alisya ni jenis susah makan... So, bila dia cakap dia nak makan apa-apa, saya cuba jugalah usaha untuk dapatkan. Kalau nak nasi ayam ke, pulut kuning ke, homemade chocolate ice-cream ke, biskut nestum ke... bolehlah saya buat... Er... ke saya kena apply francais kiosk Bahulu Warisan? Hahahah... 
Ada sesiapa pernah nampak kiosk Bahulu Warisan di area Gombak ni?!

Tuesday, September 15, 2015

Jerebu: Sekolah Tutup 15.09.2015

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Sekolah-sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka ditutup pada 15.09.2015 (hari ini) kerana bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang semakin meningkat. 

Cuaca semakin tidak sihat, maka pastikan anak-anak sentiasa berada di dalam rumah. Pantau pergerakan anak-anak, jangan biarkan mereka terdedah dengan udara yang tidak sihat ini. Pastikan juga anak-anak minum air suam yang mencukupi. Baca Tips Hadapi Jerebu ini.

Jaga diri ya semua... Moga kita semua baik-baik saja... Doakan juga agar cuaca kita nanti akan semakin baik.

Petua: Hilangkan Lendir Bendi

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah, 

http://www.theayurveda.org/ayurveda/herbal-medicine/10-health-benefits-of-green-vegetable-lady-finger/
Sejak duduk dengan adik beradik ni, saya rajin la juga beli dan masak pelbagai jenis sayur. 

Sebab kami adik beradik jenis makan sayur dan ulam. Encik hubby saya memang tak makan sayur. Kalau makan pun hanya sayur kobis.

Semenjak dua menjak ni, saya memang kemaruk makan bendi, terung dan sawi... Bendi tu kalau masuk dalam kari atau asam pedas, mak aihh sedapnya! 

Kari ayam ni saya bungkus dan beri
pada jiran-jiran masa bulan puasa hari tu...
Tapikan macam yang semua tahu, bendi ni... bila di potong ia akan mengeluarkan lendir kan?! Ni saya nak share petua untuk menghilangkan lendir bendi tu...

Macam biasa potong dan bersihkan dulu bendi tu. Bila dah bersih, rebuskan bendi di dalam periuk dengan air secukupnya. Kemudian masukkan sekeping asam keping. Biarkan mendidih seketika. Angkat dan toskan. (Atau kalau anda tiada stok asam keping di rumah, gantikan dengan sedikit minyak masak.)

Kemudian boleh la anda masukkan bendi yang dah di rebus tu ke dalam kari atau asam pedas yang anda masak. InsyaAllah, masakan anda tidak la berlendir di sebabkan bendi tadi...

Selamat mencuba! (^_^)

Monday, September 14, 2015

ZALORA: Tips Gayakan Shawl Murah

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Siapa kata nak bergaya kita perlu berbelanja besar? Tak semestinyakan?! Yang penting... kita kena kreatif dan yakin bila berfesyen. Berfesyen di sini bukan hanya pada pakaian saja tau! Pemilihan kasut, beg tangan, aksesori malah termasuklah pemakaian tudung/shawl (bagi yang bertudung).

Jom saya nak kongsikan tips menggayakan koleksi shawl murah bersama ZALORA. Biarpun memakai shawl murah, anda masih boleh tampil bergaya tau!

1. Dapatkan shawl murah yang selesa untuk dipakai. Penting untuk anda pastikan fabriknya sesuai dan selesa, maklumlah... cuaca di Malaysia ni kan panas. Oh ya, kalau anda lihat di laman sesawang ZALORA, jangan terkejut... harga shawl di ZALORA bermula dari hanya RM10 tau! Anda pasti teruja... So, nanti boleh intai-intai ya... (^_^)


2. Ok tip ini saya rasa sangat penting. Kalau anda nak menggayakan shawl, pastikan anda memakai anak tudung/inner. Bukan apa, penampilan anda akan nampak lebih kemas dengan adanya inner. Sebenarnya inner membolehkan anda bergaya dengan pelbagai teknik unik pemakaian shawl. Tak percaya?! Anda kena cuba!


3. Pilihlah aksesori seperti kerongsang, bracelet, beg, kasut dan sebagainya yang berpadanan dengan corak dan warna shawl anda. Tak semestinya pakai tudung tak boleh pakai aksesorikan?! Yang penting anda kena bijak mix and match. Cuma perlu diingatkan rekaan aksesori yang simple adalah yang terbaik!


4. Akhir sekali, dalam berfesyen anda perlu berani bereksperimen dengan fesyen tudung terkini dan mencuba lilitan shawl kontemporari yang unik. Macam mana?! Ha... kan ada banyak tutorial pemakaian hijab yang anda boleh dapati di laman sosial seperti YouTube, Facebook dan Instagram. So, anda hanya perlu klik dan cuba! Mudahkan?

Selamat mencuba!   
Online shopping dengan ZALORA, yuk! (⌒‿⌒)

Sunday, September 13, 2015

Jerebu: Pastikan Anak-anak Tidak Terdedah Udara Kotor...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Sejak hari Jumaat lepas jerebu nampak teruk di Gombak ni. Masa hantar dan ambil Faris dari sekolah, Alisya dah start beritahu tekaknya sakit. Malam tu mulalah batuk dan selsema. Hari ni dah start demam pula. 

Keadaan jerebu hari Jumaat lalu di Gombak...

Hari ni kami bawa Alisya jumpa doktor, seplastik jugalah ubat yang di bawa balik. Disebabkan dah tiga hari batuk dan selsema, tekak pun dah merah, kena pula demam maka doktor bagi antibiotik untuk seminggu ni. Sabarlah, moga cepat sembuh ya anak mama!

Walaupun demam, batuk, selsema...
nampak mainan nak main juga!

Kesan Kesihatan Akibat Jerebu

1. Masalah pernafasan
2. Asma 
3. Radang paru-paru
4. Sakit jantung
5. Sakit tekak
6. Sakit mata
7. Batuk
8. Selsema

Tips Hadapi Jerebu

1. Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah/bangunan - baik dewasa, lebih-lebih lagi kanak-kanak, elakkan daripada terdedah kepada udara di luar rumah/bangunan. Jika perlu berada di luar rumah, pastikan anda memakai penutup hidung dan mulut (face mask)

2. Pastikan udara di dalam rumah/bangunan adalah bersih - kurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok. Perokok perlulah lebih prihatin kepada udara di dalam rumah yang mana adanya anak-anak kecil.

3. Apabila memandu, gunakan penghawa dingin - tutup semua tingkap kereta dan pilih mode kitaran udara dalaman apabila berada di dalam kereta. 

4. Minum banyak air suam - pastikan anda minum air suam dengan banyak, bagi mengelakkan anda dehydrated kerana udara yang kering dan kotor.

5. Kerap basuh tangan dan muka - pastikan anda membasuh tangan dan muka setiap kali selepas anda melakukan aktiviti luar. 

Moga anda semua baik-baik saja. Yang penting, jaga diri, pastikan minum air suam banyak... Tolong tengokkan anak-anak... Moga mereka tidak terlalu terdedah dengan udara yang tidak baik sekarang ni... Take care ya semua! 


Nota kaki: Sekolah-sekolah hanya akan diisytiharkan tutup jika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 200 atau lebih... 150++ pun dah agak sesak nafas... maka ibu bapa kena pantau kesihatan anak-anak yea... Moga anak-anak kita sentiasa dalam lindungan Allah... Amin...

Friday, September 11, 2015

Kesian Tau!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,


Saya beli 'jajan' ni depan sekolah Adam Faris. Tu pun sebab Alisya dah jerit-jerit kata nak benda ni... saya pun beli je la... Kadang-kadang boleh bagi makan benda ni... Saya ambil dua bungkus, satu untuk Alisya, satu untuk Faris... Saya bagi RM1 dekat akak yang menjual tu... Saya tercegat tunggu baki... sambil dia kemain rancak berbual.

Bila dia tengok saya masih lagi berdiri di tepi kereta dia tu, saya pun tanya... "tak de baki ke kak?!"

Akak tu jawab, "satu 50 sen."

Tekejut saya dengar, "la... ye ke?! Mahal eh?! Saya beli kat kedai 30 sen je sebungkus gini?"

Terus saya berlalu. Dalam hati, niaga depan sekolah je kot... kesian budak-budak sekolah tu kena beli dengan harga yang lebih mahal dari kedai... Kalau ikutkan memang la elok harganya mahal sikit untuk tidak menggalakkan anak-anak makan makanan yang tidak berkhasiatkan...?!

Tapi tu la... apa yang jadi persoalannya adalah, kenapa mereka menjual dengan harga yang lebih mahal dari kedai... itu je... Sebab saya selalu juga tengok anak-anak yang baru keluar sekolah ni, berebut-rebut nak beli "jajan", dah ambil, dah pegang, tapi lepas tu kena letak balik sebab duit tak cukup. Kesian... Kadang-kadang kalau saya bawa duit, saya bayarkan je... 

Kalau dekat bookshop sekolah pun sama... Saya selalu tengok anak-anak ni, terkebil-kebil depan bookshop dan tengok barang-barang yang mereka tak dapat nak beli. Kesian tau! 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...