Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Friday, November 06, 2015

Bila E-mel Kena Godam!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Pernah rasa E-mel kena godam (hack)? E-mel saya digodam baru-baru ini. Tiba-tiba saya dapat banyak mesej Whatsapp dari kawan-kawan. Bertanyakan tentang E-mel yang mereka terima dari saya. Kesian pada siapa-siapa yang ada dalam list contact saya, semuanya dapat E-mel ini (yang sebenarnya bukan dari saya...)

Siap guna nama dan link blog saya pula tu... (T_T)

Orang pertama yang perasan E-mel ini adalah encik hubby saya. Bila dia tunjuk, terus saya cuba akses ke E-mel saya. Beberapa kali juga saya cuba untuk log in, tetapi tidak berjaya

Kemudian saya terus hantar report kepada Yahoo Mail. Tidak lama kemudian mereka meminta saya untuk mengesahkan nombor telefon dan terus menghantar kod pengesahan, supaya saya boleh menukar password yang baru.

Kemudian barulah saya dapat akses semula E-mel saya... Risau?! Mahunya tak risau?! Maklumlah, E-melkan boleh dikatakan sebagai "ibu" kepada semua media sosial seseorang. Takut juga kalau ada pihak yang tidak berkenaan tu mengunakannya untuk perkara-perkara yang tidak baik... Anyway, syukur Alhamdulillah saya dah dapat akses semula E-mel saya.

Kepada mereka yang dapat E-mel tersebut dari saya, saya mohon maaf banyak-banyak. Ada juga rakan yang sangat prihatin sampai tolong reportkan ke pihak Yahoo Mail. Terima kasih banyak-banyak. Oh ya, ada juga yang reply E-mel tu, dan bila baca satu-satu, saya rasa reply ini yang paling win!!  (^_^)

Rasa bersalah pula bila rakan-rakan lain
dapat E-mel macam ni dari saya... Maafkan saya yea!

Nak tahu dari mana E-mel saya digodam?!
Digodam dari Nigeria... Hm...
Disebabkan saya dah terkena, maka boleh la saya senaraikan apa yang perlu dibuat jika E-mel anda digodam:

1. Pastikan anda sertakan nombor telefon - dengan adanya nombor telefon anda akan mendapat notification daripada pihak Yahoo Mail, jika E-mel anda cuba diakses oleh orang lain. 

Setting --> Account Info --> Account Security

2. Pastikan anda sertakan alamat E-mel alternatif - jika ada sebarang "perlakuan asing" kepada E-mel anda (seperti diakses oleh device lain, diakses dari negara lain dan lain-lain) maka pihak Yahoo akan menghantar notification kepada anda. 

Setting --> Account Info --> Account Security

3. Jika E-mel digodam, segera maklumkan kepada pihak Yahoo - cuba log masuk ke E-mel anda. Jika tidak boleh, terus klik pada (...)
dan ikut arahan selanjutnya. Ketika ini anda boleh memilih untuk mendapatkan kod pengesahan melalui nombor telefon ataupun E-mel alternatif anda.


4. Masukkan kod pengesahan dan tukar password - setelah mendapat kod pengesahan, segera tukar password anda.

Moga entri ini bermanfaat buat anda yang membacanya. Yang penting, pastikan nombor telefon dan alamat E-mel alternatif di isi oleh anda, untuk memudahkan anda jika perkara seperti ini terjadi.

18 comments:

  1. haha! saya pun dapat email ni dari madam

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak Nora Karim,
    Nasib baik dapat detect awal..

    ReplyDelete
  3. wowo dari Nigeria tu.. amboi pepandai guna nama nak duit..
    alhamdulillah CT tak pernah kena tapi kawan kena konon2 dia kat Indonesia dan perlukan duit.. padahal dok sama2 dalam kelas tengah lectures heeh..

    ReplyDelete
  4. Bahayanya gini kan.. alhamdulillah dh tak ada kejadian buruk drp kes ni..

    ReplyDelete
  5. MMG MASALAH KALAU EMEL KITA DIGODAM KAN NORA..JIKA KAK YG KENA XTAU NK BUAT APA..XBEREMELLAH JWBNYA..

    ReplyDelete
  6. Saya pun pernh beberapa kali email kene hack masa guna yahoo ni last2 tukar gmail terus dah x de kene bnde2 mcm ni, sebab gmail lebih secure n klu on double verification lagi selamat :)

    Jom Terjah: Fesyen dan Gaya Popular Lelaki Masa kini yang Simple lagi Murah! :)

    ReplyDelete
  7. Bahaya ni.. lately banyak pulak yang kena godam..
    entah apa apa email dia hantar dekat org lain..
    saya pun ada terima.. email sekali dengan link..

    terasa juga nak klik, sebab kawan hantar.. rupa2 nya spam..

    Jom join Giveaway kat sini.. Hamper RM100 untuk dimenangi -> http://goo.gl/08c6Tg

    ReplyDelete
  8. hati-hati jika buka website yang baru dikenal. apalagi membuka aplikasi di android yang meminta alamat email. ini bisa terjadi ke semua orang...

    ReplyDelete
  9. she is watching tv u fool muahahaha gelak guling2..macam2 ye hack..nigeria lg..takut juga ye

    ReplyDelete
  10. Amboiiii...awang itam ni memang bahaya akai panjang bab2 tipu putaq alam lagu ni sapa pon tak bleh lawan....nasib baik cepat tesedo dik takut gak ek kalau terkena camni

    ReplyDelete
  11. Mintak dijauhkan lah dpd digodam, leceh pulak nak inform yahoo bagai ni NK....

    ReplyDelete
  12. Betoi cakap Okjer tu... mintak2 jangan lah...leceh..

    ReplyDelete
  13. syukur je dpt tukar password kann., ;p

    ReplyDelete
  14. lamanya tak singgah sini.. alhamdulillah ok juga

    ReplyDelete
  15. emel sy terima notify dgn nama akk...terkejut jg....da agak ada org godam...siapa laa yg khianat ni ya

    ReplyDelete
  16. takutnya.. bahaya jugak ni.. nasib baik dpt detect awal

    ReplyDelete
  17. Terima kasih share pasal ni. Baru-baru ni pun emel ada cubaan masuk beberapa kali. Tapi dah tukar kata laluan semua. Hmm..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...