Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Monday, November 06, 2006

Perkataan Terpanjang...

Masa membuat research (content) untuk LetzHop.com, saya terjumpa satu page di wiki-kamus... sesuatu yg rasanya best untuk dishare bersama.

Saya amat tertarik dengan artikel yang bertajuk "Perkataan Melayu yang PALING PANJANG atau TERPANJANG di dunia dalam alam Bahasa Melayu", tulisan onWheeZierPLot... lalu saya membacanya sehingga habis.







Saya betul2 terkejut apabila mendapati perkataan terpanjang dlm bahasa Melayu bukanlah mempertanggungjawabkan, (sebab masa sekolah dulu ramai cikgu yg cakap perkataan tu la yg paling panjang dlm bahasa Melayu...) sebaliknya, perkataan "menyetidaknyahcasdiversifikasielektrostatikkan" (to undiversify uncharged electrostatic electricity) dan "penyetidaknyahcasdiversifikasielektrostatikkan" (the process of undiversifiying uncharged electrostatic electricity) merupakan perkataan yg paling panjang & masing2 mempunyai 46 huruf.

Berbelit gak la lidah ni nak nyebut perkataan tu... masa baca perkataan tu mmg tak dpt nak tafsir maksudnya... tapi bila tgk english versionnya baru la faham :p Rasanya perkataan tu tak de dlm kamus DBP edisi ke-3... tak tau la kalau edisi baru ada perkataan tu... ish kalau ada spelling test, untuk eja perkataan tu... rasanya ramai yang kantoi... sebab saya pun copy paste jek :p

Menarikkan?!?! :D

Klik di sini untuk melihat lain2 perkataan yg terpanjang dlm pelbagai bahasa serata dunia.

Thursday, October 12, 2006

Jangan Terlalu Ikutkan Amarah...

***Berikut adalah email yg saya terima dr seorang rakan. Mungkin ceritanya terlalu panjang... tapi pengajaran dr kisah ini elok dijadikan panduan & pedoman kita dlm kehidupan seharian. Perlu diingat.... bkn semua benda yg kita ingin/hajatkan akan tercapai... Jgn terlalu ikutkan amarah... kelak kita akan menyesal...***

Seorang pemuda yg sedang berada di tahun akhir pengajian, mengharapkan sebuah kereta sport drpd ayahnya... Lantas, si pemuda memberitahu hajat kpd ayahnya, seorang hartawan yang ternama... Si ayah hanya tersenyum... Si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya..

Beberapa bln berlalu... Ternyata si anak, dgn berkat kesungguhannya.. telah beroleh kejayaan yg cukup cemerlang... Hatinya berbunga keriangan... Satu hari... Si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya.. Si ayah memuji anaknya... Sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang... Si anak tersenyum puas... Di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya...

Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik... Si anak terkesima... Sungguh... Bukan itu yg dihajatkan... Dgn hati yg berat... Kotak itu bertukar tangan... Matanya terarah kepada riak wajah ayahnya yg tidak menunjukkan sebarang perubahan. Seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang di hatinya....Dlm pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu... Penutup kotak dibuka...

"Apa makna semua ini???" Sebuah Al-Quran kecil, comel dgn cover kulit... Bertinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan... Si anak memandang ayahnya... Terasa dirinya dipermainkan... Amarahnya membuak...

"Ayah sengaja mempermainkan saya... Ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu... Bukannya ayah x mampu utk membelikannya... Sudah ayah... Bukan Al-Quran ni yang saya nak...," katanya keras...

Al-quran itu dihempaskan ke atas meja bacaan... Si anak terus meninggalkan si ayah... tanpa memberi waktu utk si ayah bersuara... Pakaiannya disumbatkan ke dalam beg... Lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya... Memulakan kehidupan baru berbekalkan ijazah yg dimilikinya....

10 tahun berlalu... Si anak kini merupakan seorang yang berharta... Punyai syarikat sendiri... Dgn isteri yg cantik & anak-anak yg sihat... Cukup membahagiakan... Namun hatinya tersentuh... Sudah 10 tahun, sejak peristiwa itu, dia x pernah menjenguk ayahnya... Sdg dia berkira2 sendiri... Telefonnya berdering... Panggilan dari peguam ayahnya... Ayahnya meninggal dunia semalam & mewariskan semua hartanya kpd si anak... Si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta...

Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa... Si anak pulang ke banglo ayahnya... Memerhatikan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya... Hatinya sebak... Bertambah sebak apabila mendapati di atas meja di bilik bacaannya... Al-quran yang di hempaskannya, suatu ketika dulu, masih lagi setia berada di situ... Bagai setia hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini...

Perlahan2 langkahnya menghampiri meja itu, diambil Al-quran itu... dibelek dengan penuh rasa terharu... Tiba-tiba... jatuh sesuatu dari al-quran itu... segugus kunci, di muka belakang Al-quran itu... Sebuah sampul surat dilekatkan di situ... kunci itu segera dicapai... hatinya tertanya2... nyata sekali... di dalam sampul surat itu... terdapat resit pembelian kereta idamannya... Dibeli pada hari konvokesyennya... dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah... sepucuk warkah, tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini... hadiah teristimewa utk putera kesayanganku.... air mata si anak menitis deras... hatinya bagai ditusuk sembilu... penyesalan mula bertandang... namun semuanya sudah terlambat...

Sekadar renungan bersama: berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati?? aku bukannya yang terbaik utk memberi nasihat... sekadar berkongsi ilmu... utk saling mengingati...

Wassalam......

Monday, September 25, 2006

Bukan Angat2 Tahi Ayam... :p

Bosan tul kalau dok umah sengsorang ni... bila rumah dah abis kemas... nak tgk TV pun terasa bosan... teringat lak laman kat rumah ni yg rumputnya baru dimesin dek kawan bie... nampak cam kecik je laman kat luar tu... tapi bila nak dikemas.. mak aii... rasa tak abis2...

Rumput kat sini mmg cepat naiknya... subur bangat tanahnya.. kalau bertani sure cepat dpt hasil :p... bak kata kawan bie, kalau nak kasi rumput tu lambat naiknya, longgokkan rumput tu kat beberapa ruang/tempat dan kemudian di bakar... tapi tu la, bila mikirkan jiran2 sebelah rasa tak elok la pulak dibakar... maklum la.. sape yg tahan bau asapkan...? Rumput umah ni mmg mesin atau diracun sebab kat bakang umah tu kawasannya bersemak... ye la... kalau dah bakang tu bersemak... laman kat umah pun semak, takut lak kalau masuk "tetamu tak diundang"... tu yg takut tu...

Jadi nak ngelakkan membakar, saya pun dok ansur la kemas rumput2 tu... bermula di belakang rumah... bakang umah je dah 3 plastik beg sampah... lum lagi area depan & tepi... half way jek ngemasnya... :p pastu tak larat dah... letih... kalau bie ada... leh aa tahan gak.... ni sengsorang terasa sangat penatnya... Tapi at least kuar gak aa peluhkan... tak de la duduk saja jek... :p


Rumput dah mesin, tapi tak berkemas lagi.. Hadoi...

Sunday, September 24, 2006

Ramadhan...

Hari ni merupakan puasa yg pertama bg umat Islam.. Alhamdulillah, saya & anda semua masih berkesempatan menyambut Ramadhan tahun ni.. Org tua2 selalu ckp.. "rebut peluang setiap kali dtgnya Ramadhan.. dan anggaplah Ramadhan thn ni, Ramadhan yg terakhir utk kita.."

Dlm pengertian ayat ni.. cuma kadang2 kita je yg terlupa.. bkn x ambil kisah.. cuma semangat raya tu lebih dr mengingati perkara itu.. Jika perkara itu benar2 berlaku pd kita, pasti kita akan menyesal krn tidak penuhi Ramadhan dgn amal sebaik-baiknya...

Ramadhan ni merupakan Ramadhan yg pertama saya bersama suami... Agak berlainan dr menyambutnya dengan arwah ayah, arwah mak dan adik beradik dulu...

Saya menyambut 1 Ramadhan thn ni di Kuantan.. Takut gak kalau2 x terbangun sahur :P Maklum la... dulu2 arwah mak & kakak2 yg nguruskan makanan tuk sahur.. la ni kena la bgn & sediakan sendiri... Tapi alhamdulillah, inilah pengalaman yg paling menyeronokkan, sejak mendirikan rumahtangga... :D

Hm.. x tau dah nak tulis apa.. La ni dok pikir nak masak apa utk berbuka :p. Rasanya cukup dulu tuk post 1 Ramadhan ni...

Pada semua yg singgah ke "rumah" (blog) saya ni.. Saya mohon maaf jika ada salah silap saya pada anda semua... baik secara sengaja ataupun tak.. (org kata kalau kita tak minta maaf pada mereka yg pernah kita sakiti, maka sia2lah puasa kita... tiada apa yg kita dpt melainkan lapar & dahaga...). Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua... & penuhilah Ramadhan ini dgn sebyk dan sebaik2 amalan... Mudah2an puasa kita semua diberkati Allah.. Amin...

p/s: Adik beradik lain hari ni menziarahi pusara arwah ayah, mak dan abg... (Sedih lak bila tak dpt ikut diorg ziarah pusara...) Moga roh mak, ayah, abg serta saudara mara yg lain ditempatkan dlm golongan org2 yg beriman... Amin... InsyaAllah, saya akan ke pusara mereka sebelum tibanya Syawal...

Monday, September 18, 2006

Berkat SEDEKAH...

Dulu semasa hayat arwah ayah... Dia selalu berpesan... "Bersedekahlah... sbb apa yg ada di dunia ni bukan milik kita... pinjaman semuanya... maka berkongsilah walau sikit..."

Sedekah merupakan amalan yang berterusan sehinggalah apabila kita ditempatkan di alam barzakh.. Org yg suka bersedekah, akan sentiasa mendapat pahala dr apa yg dikeluarkan (spt wang, barangan, tenaga (program sukarela) & lain2 yg digunakan untuk kemudahan & ke jalan kebaikan).

Antara pahala sedekah yg berterusan adalah:

1. Berikan al-Quran pada seseorang, surau @ masjid dan setiap kali dibaca, anda akan mendapatkan hasanah.

2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital/rumah sakit dan setiap orang sakit menggunakannya, anda akan mendapat hasanah.

3. Berkongsi bahan bacaan yang membangun dengan seseorang/sekumpulan rakan @ diturunkan kepada org lain dlm bentuk penulisan/buku, anda akan mendapat hasanah.

4. Bantu mendidik seorang anak dr segi akhlak/ilmu dll, anda akan mendapat hasanah .

5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah.

6. Berkongsi CD Quran atau Do'a, anda akan mendapat hasanah.

7. Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid/surau/sekolah2 agama, anda akan mendapat hasanah.

8. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, anda dapat hasanah.

InsyaAllah...

Sunday, September 17, 2006

Wednesday, August 30, 2006

Lukanya Tetap Ada...

Berikut adalah email yg saya terima dari seorang rakan. Email ini agak terkesan di hati saya. Mungkin juga anda yg membaca akan turut merasa apa yang saya rasa. Sedikit sebanyak kisah ini membuatkan saya berfikir sejenak, "agaknya dah brapa byk hati rakan2 aku yg dah aku sakiti?". Sama2lah kita hayati kisah teladan ini...

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ia hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahanmu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang dilaluinya tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangan anaknya ke tembok tersebut dan berkata;
"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu ini, tembok ini tidak kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini."

"Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.," sambung si bapa lagi...

Lalu si anak mempelajari sesuatu dari perkara tersebut:
a) janganlah kita sesekali melemparkan perkataan2 yang tidak baik atau fitnah kepada sesiapa sahaja yang berada di sekeliling kita.
b) berfikir dengan waras sebelum kita berdepan dengan apa juga situasi.
c) bersikap matang dan positif.
d) jangan menuduh sebarangan. Mengaku/bertanggungjawab jika kesalahan itu datang dari kita sendiri.
e) bukti yg kukuh dalam menyelesaikan sesuatu situasi.
f) berbincang/musyawarah.
g) jgn sekali-kali melukakan hati mereka yg berada di sekeliling kita. Luka itu akan tetap ada biarpun peristiwa itu telah bertahun2 berlalu.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kita ketawa dlm apa jua keadaan, juga turut bersedih apabila kita ditimpa bencana. Sahabat juga adalah seseorang yg paling dekat dengan kita... bertindak sebagai pendengar, berkongsi suka dan duka juga sentiasa membuka hatinya kepada kita.

Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang/kesalahan di dinding hati anda semua.

Sunday, August 20, 2006

Jaring Flite Wireless @ Bdr Br Bangi

Hari ni saya bersama 4 org rakan team LetzHop.com telah trn ke Bdr Br Bangi utk sama2 memeriahkan event anjuran Jaring. Event seawal 7 pg itu dimulakan dgn senamrobik dan seterusnya majlis perasmian "Jaring Flite Wireless".

Selain demo Letzhop.com, kami juga menganjurkan pertandingan mewarna (dgn lukisan/outline kemerdekaan - oleh MatRock) bagi meyemarakkan bulan kemerdekaan Malaysia yg ke-49 ini. Pertandingan ini terbuka kpd semua kanak2 yg berkunjung ke Taman Tasek Cempaka, Bangi...


Thursday, August 17, 2006

Kehadiran Orang Baru...

Baru2 ni saya sempat la singgah ke rumah abg ipar di Kuantan... Hm... dia dpt baby baru!! :D Seronok btul dpt share xperience smbt baby baru dlm family.

Baby girl... masa saya pi tu baby baru je sehari... Merah lagi dia... takut lak nak usik2.. Comei... :D Lahir pada 11 Ogos 2006, jam 8.25 mlm... beratnya... hm.. tak tanya lak.. sebab xcited tgk baby... :p nama pun masa tu tak decide lagi... dgr2 mungkin Umairah... tapi tak final lagi nama tu...

Ni la gmbr2 comei baby "Umairah"...



Tahniah gak kat Pogey (member opis) sebab dpt baby boy baru2 ni... heheh... ni gmbr baby dia... (Muhammad Afiq Aiman) Comeinya.... rambut lebat.... tembam lak tu :D


Tuesday, August 08, 2006

Tahap Kesihatan Tak Memuaskan...

Mlm td saya mengalami kesukaran utk bernafas... Tdo tentu saja tak lena... Hm... dah dkt seminggu mengalami masalah ni... Semakin hari, dada semakin sakit... Lbh2 lagi bila bernafas dgn kuat... Xtau la pasal apa jadi cam ni... Nak kata faktor mknan... Xde kot...

Ingatkan menda tu jadi utk 2/3 hari je... tapi nmpknya dah semakin belarutan. Saya ada juga surf di tenet utk mendapatkan info & faktor yg menyumbang kpd masalah sesak nafas ni... Antara perkara yg menyumbang kpd sesak nafas adalah:
a) batuk yg teruk (saya x batuk)
b) selsema & kahak yg byk (saya juga x mengalami masalah ni)
c) lbh sukar bernafas pd sbelah mlm, terutama waktu hendak tdo (YES)
d) asma (saya x penah ada penyakit ni)
e) paru2 sempit (NOT SURE)
f) jangkitan kuman pd paru2 (NOT SURE)
g) TENSION (MAYBE?!?!)
h) sakit pala (kadang2)
i) terlalu letih (rasanya TAK)
j) ganguan emosi spt susah hati, terlalu memendam perasaan etc (MAYBE?!?!)
k) sakit jantung (NOT SURE - rasanya TAK!!)

Pg td dah ke klinik & dptkan rawatan... Pegi pun sebab rasa dah x thn sgt... (Pdhal sebelum2 tu ramai dah suh pi klinik... tapi malas nak pi sebab rasa tak trk..) Semua tanda2 yg saya dah senaraikan kat atas tu doktor tanya lg skali... bila dah xplain.. doktor cek tekanan darah (NORMAL), cek lak pernafasan (sedikit terganggu)... cek lak denyutan nadi (OK)... cek tekak merah ke tak? (bengkak skit)...

Doktor kata paru2 saya sempit skit, mungkin kerana ada cairan yg berada di sekitar paru2... Doktor juga meminta agar saya berada dlm keadaan yg sentiasa rileks, jauhi mereka yg merokok, elak mkn coklat (coklat mudah bentuk kahak), tdo berjadual (kena plan masa tdo lak), rehat yg cukup & jauhi dr pendam emosi... Jika tidak, saya akan terus mengalami masalah sesak nafas ni... Utk memastikan saya x mengalami masalah2 lain, ujian darah dilakukan... & akan mendapat keputusannya dlm masa yg terdekat ni... Mmm... cemas gak tunggu result darah tu... :-(

Doakan saya x pape... Amin...


p/s: Pd 30 Julai lalu saya ada berjumpa dgn doktor pakar kulit, krn mengalami masalah kulit kering yg serius. Kulit pd jari tangan & tapak kaki saya menjadi keras dan mudah merekah serta luka.. Saya diberikan ubat sapu & alahan bg mengatasi masalah tu... kata doktor saya kena Chemical Disease... (saya masih lagi mencari info tentang penyakit ni, melalui tenet...) Kulit saya alah kpd segala jenis bahan pencuci kecuali sabun mandi... So skang ni nak mencuci, saya kena pakai sarung tangan.. Hm.. leceh tul... Selain tu.. byk menda gak yg saya dah tak leh mkn... Seafood, kulit & hati ayam, durian (buah2an lain boleh), telur, mknan yg terlalu berminyak (pendek kata mknan yg bergoreng kalau boleh kena elak...)...

Adoi... memacam penyakit lak hinggap la nie... :-(

Wednesday, July 26, 2006

Fadhilat Bulan Rejab...

Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.

Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

      • Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
      • Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
      • Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,
      • Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
      • Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.
      • Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
      • Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
      • Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
      • Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
      • Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
      • Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
      • Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
      • Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
      • Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
      • Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
      • Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.
      • Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
      • Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
      • Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.
      • Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
      • Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.

        Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.


Kelebihan lain bulan Rejab:

      1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
      2. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
      3. Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
      4. Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
      5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
      6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
      7. Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
      8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:

      1. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
      2. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
      3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
      4. Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
      5. Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.

Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:

      1. Israk dan Mikraj (27 Rejab)
      2. Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
      3. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

        Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
(Surah Al Israa': 1)

DOA BULAN REJAB:

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah."

Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.

Tuesday, July 18, 2006

Bila April + Biarlah Rahsia = Mungkir Bahagia...

Setelah Siti Nurhaliza mengumumkan tarikh perkahwinannya dgn Datuk K... pelbagai kata/cerita yg saya dgr... baik dari rakan2 sepejabat, ahli keluarga mahupun org sekeliling... Wah... Siti & Datuk K jadi bualan seluruh Malaysia! Di opis.. di kedai mamak.. dlm bas.. di mana2 je la... Lebih hebat ceritanya berbanding kisah tsunami yg berlaku di Indonesia.

Rata2 media memaparkan kisah Siti di muka depan... Begitu juga berita di TV3 semalam (17 July 2006), 15min pertama adalah berita kisah pengumuman Siti... Tak kisah la... Pd saya alhamdulillah... itulah jodoh Siti.. Jodoh yg telah ditentukan Tuhan.. Biar dengan siapa pun dia berkahwin kita sepatutnya mendoakan agar dia dan pasangannya berbahagia, bukan sahaja hingga ke anak cucu tapi sehingga ke akhir hayat. Saya gembira gak bila dpt tahu Siti dah ready untuk umumkannya semalam... Kira bagus la tindakan yg dia buat tu... (teringat kisah Norman dan Abby rujuk blk lps becerai tu... masa tu mmg puji betul la sikap Norman dan Abby yg x menyalahkan antara satu sama lain sebaliknya tahu kesilapan masing2 dan berjanji takan ulangi lagi...)

Apa yg saya nak kongsikan adalah 3 lagu yang sering berkumandang di radio sejak akhir2 ni, yg pertamanya Bila April (Fazley) diikuti dengan Biarlah Rahsia (Siti Nurhaliza) dan Mungkir Bahagia (Hazami)... tak tau la mungkin secara kebetulan... tapi bila dihayati ketiga2 lirik ni... hm.... tak tau la nak ckp... Macam ada something (atau mungkin perasaan saya je.. al maklum la... cerita Siti ni dah memenuhi setiap ruang kehidupan kita semua - pendek kata terpengaruh ngan isu semasa la ni...).

Umum dah sedia maklum dengan lagu Siti dan Fazley tu... ye la... kata org lagu Bila April tu Fazley tujukan khas buat Siti... Kononnya lagu yg penuh pengharapan dan penantian jawapan... Lagu Siti lak, yg lbh kepada tunggu dan lihat atau gantung tak bertali la :P... dan lagu Mungkir janji ni pulak.. mcm lagu duet Siti dan Fazley... Apapun ni semua kebetulan..... tak de kena mengena ngan mereka bertiga sebenarnya... pendek kata nak kasi tau 3 lagu ni antara top 10 di mana2 carta radio... tiga2 lagu ni mmg best!! :D


Mungkir Bahagia

Dihimpit dicengkam rindu ini
Gerimis duka ku
Menggamit kenangan silam
Resah dan pilu menghampiri

Sunyinya malamku kelam
Pedih kemelut cinta
Dingin kelu bicara
Tuk mengungkap rindu

(Korus)
Sayang ku mungkir pada kejujuranmu
Menolak segala bahgia dihadapanku
Kasihku mungkir pada kata janjiku
Berlari aku jauh dari cintamu
Ku kesali

Dihanyut dilambung ombak lara
Sepiku berkelana
Melayari jiwa nestapa
Menggagahi rasa kesayuan

Leburlah harapan cinta
Namun kesetiaanmu
Kugenggam bagai hukuman
Mengheret langkahku

(Ulang korus 2x)

Maafkan daku
Kekasih hati cinta kita berakhir
Maafkan daku
Kerna ku memungkirinya

Maafkan daku
Kekasih hati cinta jadi begini
Maafkan daku
Ku mungkir bahagia


* Semoga Siti akan jadi isteri dan ibu yg baik nanti... Amin...

Monday, July 03, 2006

Congratulation Jegot's

Zai (kanan) bersama pasangan hidupnya... :-)

Alhamdulillah, seorang lagi rakan sekolah saya telah membina masjid pada 2 Julai 2006 di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Ini merupakan kali pertama saya menghadiri majlis perkahwinan "ala taman".. Mmg meriah dan tetamu yang datang bebas bergerak ke sana sini memandangkan kawasan yang luas. Majlis seumpama ini, mmg meriah lbh2 lagi bila bertemu semula dgn rakan2 sekolah yang telah bertahun2 ditinggalkan. Bila dah jupe tu... heheheh... KECOH la... :p Yang paling kelakar bila masing2 dok berusaha ngigat nama kengkawan yg dtg masa kenduri tu... :-))

Kengkawan sekolah dulu... SMCS... hampir 10 tahun kami berpisah...
di majlis Zai kami bertemu.. :-)

Apa pun.. tahniah buat Zai (Jegot), semoga mahligai yang dibina berkekalan... moga dikurniakan zuriat yg baik... Semoga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki.

Thursday, June 15, 2006

Mak - 100 Hari

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Mohon maaf sebab dah lama tak update blog ni.. bukan apa... dah tak tahu nak tulis apa sejak arwah mak meninggal dunia... memang ramai yang nak tahu kehidupan saya setelah pemergian mak & ayah serta sejak berstatus isteri... Hm, tak de byk bezanya... Kehidupan masih seperti biasa... Terima kasih kepada semua yang mengambil berat tentang diri saya... terima kasih banyak-banyak... 

Semalam merupakan genap 100 hari mak meninggalkan kami adik beradik... Rindu?! Memang rindu... lebih-lebih lagi bila tibanya Hari Ibu... Biasanya saya akan membelikan hadiah buat arwah mak... Bukan bermaksud pada hari ibu saja baru nak hargai mak atau nak hadiahkan something pada hari tersebut.. cuma... rasa excited bila mak pun tahu hari tersebut adalah Hari Ibu. Hakikatnya hadiah yang  paling bermakna buat seorang ibu adalah kasih sayang, perhatian, kejayaan, keikhlasan dan sebagainya.. Cuma sambutan Hari Ibu merupakan bonus bagi semua ibu...

Hadiah terakhir saya pada mak tahun lepas adalah set pinggan mangkuk yang berwarna merah jambu... Merah jambu bagi menzahirkan rasa sayang pada arwah mak.. Hm, mak memang sukakan pinggan mangkuk... Buka saja almari dapur.. pasti ada pelbagai jenis pinggan mangkuk yang dibungkus kemas oleh arwah mak... Bila ditanya kenapa banyak sangat pinggan mangkuk... 

Arwah mak akan jawab "senang nanti kalau buat kenduri... tak payah nak pinjam dari orang.." Hadiah yang saya berikan tidak dipakai oleh arwah mak, sebaliknya disusun dalam almari kaca... Kata mak, sayang nak pakai... Dan sekarang saya yang gunakan set yang dihadiahkan kepada mak tu... Setiap kali makan... teringat akan masakan arwah mak...

Kami sedang merancang untuk mengadakan kenduri tahlil buat arwah ayah, mak, abang Rudi, atuk Sahar serta semua sanak saudara yang telah kembali ke Rahmatullah... dalam masa yang sama, batu nisan arwah mak akan 'dinaikkan'. Tarikh... masih blum lagi ditetapkan.. InsyaAllah mungkin minggu depan.

Kehidupan kami adik beradik... macam biasa... tetap tinggal di bawah satu bumbung (kecuali abang sulung - tinggal Rawang)... Memandangkan semuanya bekerja, kami hanya bertemu pada sebelah malam... Tang makan.. hm, semuanya sendirian berhad... kami hanya akan masak pada hujung minggu... kalau weekdays.. biasanya sebelum balik rumah, kami memang dah siap makan di luar.. maklum la.. dah balik kerja, penat.. tak de siapa nak masak...

Hm... lain-lain? Semuanya macam biasa... yang hidup.. teruskan kehidupan kerana kita juga akan menyusul kemudian... Al-Fatihah buat semua kaum muslimin dan muslimat yg telah kembali ke Rahmatullah...

"Kau ampunilah dosa-dosa mereka ya Allah, lapangkanlah kubur mereka, terangilah kubur mereka & jauhilah mereka dari azab kubur... Tempatkanlah mereka di samping orang-orang yang beriman... Amin..."

Tuesday, February 28, 2006

Atuk Pergi Dulu...

Saya baru mendapat berita dr kakak saya yg menyatakan atuk di sebelah katil mak saya (di ICU) telahpun meninggal dunia pagi tadi jam 4.49 am (28 Feb 2006/29 Muharram 1427H)... Berita itu disampaikan oleh cucunya yg sama2 berjaga di ICU malam kelmarin & malam smlm...

Saya sempat ziarah arwah atuk tu semalam (semasa saya ziarah mak)... Tak sangka semalam adalah hari terakhir saya menatap wajah atuk tu... Masa saya tgk atuk tu.. saya teringat pada arwah atuk saya.. wajahnya pun ada irasnya... Saya smpt juga berzikir di telinga atuk tu... Tak sangka smlm hari terakhirnya... :-(

Saya difahamkan arwah juga mengalami penyakit kencing manis dan masalah buah pinggang.. (sama seperti mak).. :-(

Sesungguhnya setiap manusia akan kembali kepada-Nya... Cuma dlm masa, tempat dan situasi yang berbeza & takkan kita ketahui... Janji Allah... kematian itu tidak akan diawal @ dilewatkan walau seminit & kematian itu adalah pasti...

Al-Fatihah buat atuk & takziah pada keluarganya...

Terkini Dari Dr Norli...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,
 
Hari ni saya seorang je yang datang tengok mak waktu lunch.. adik-beradik yang lain menguruskan kerja-kerja yang ditinggalkan 2/3 hari lepas.

Hari ni merupakan hari ke-6 mak di Renal ICU... Keadaannya masih seperti 5 hari lepas... cuma kata doktor, ubat telah dikurangkan dari 3 kepada 2 jenis.. Ini kerana mak ada memberikan tindakbalas kepada ubat-ubat tersebut, walaupun tindakbalas yang minima... (alhamdulillah)

Kata doktor lagi, mak dah boleh buka mata bila orang panggil dia.. tapi.. dia tidak fokus, dan pandangannya seolah-olah tiada apa-apa... Dia juga masih tidak kenal pada dirinya sendiri.. apatah lagi orang yang ada disekelilingnya.

Cuma apa yg tak sedap didengar... bahagian belakang mak dah pun luka (melecet)... luka sepanjang 7cm dan selebar 4cm. Luka ni disebabkan tiada pergerakan (mak hanya terbaring sejak dimasukkan ke wad)... 

Walau bagaimanapun doktor pakar kulit telahpun datang dan memberikan ubat bagi mengatasi masalah tersebut.. Ini adalah bagi mengelakkan jangkitan kuman... Selain tu, mereka akan menukarkan posisi mak setiap 4 jam... dan mereka akan menggunakan tilam angin bagi mengurangkan risiko jangkitan kuman di bahagian luka tersebut..

Sabarlah mak... :-( In sha Allah dengan izin Allah mak akan sembuh...


Update: Mak saya telah kembali ke rahmatullah pada 7 Mac 2006. Moga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Saturday, February 25, 2006

Mati Otak...

Semlm doktor menyatakan pihaknya telah memberikan sejenis ubat untuk melihat sejauh mana otak mak berfungsi... ubat ini memakan masa 2 hari sebelum disahkan keputusannya... Hari ni merupakan hari kedua (juga dikatakan hari penentuan)...

Sebaik sahaja doktor menyebut perkataan MATI OTAK... saya memikirkan punca2 & tanda2 tersebut... Byk artikel yg telah saya baca berkenaan mati otak sejak malam semalam... Apa yg kami harapkan... otak mak berfungsi & memberikan tindakbalas kepada ubat tersebut.

Sila klik artikel di bawah untuk bacaan lanjut tentang MATI OTAK.
What Is Brain Death?

Mati Otak dan Pendermaan Organ
Brain Death

Semoga Allah melindungi mak...

Friday, February 24, 2006

Hari Ke-3 di Renal ICU, HUKM

Tiga hari di Renal ICU, mak masih belum sedarkan diri... Sedih melihat keadaan mak yang bertebuk sana sini... Wayar pun berselirat satu badan... lebih menyedihkan bila melihat kiri dan kanan leher mak ditebuk (untuk masukkan wayar bagi pelbagai ubatan dan proses mencuci kuman & darah)

Kata doktor, paru2 mak telah dipenuhi dgn kuman.. Kuman yg dtgnya dari persekitaran hospital (dr pesakit2 lain) dan kesan dari operation kaki kiri 2 minggu lepas.. Doktor mengesahkan, pakar perubatan telah memberikan mak ubat2an yg kuatnya paling maksimum.. Namun tiada sebarang tindakbalas dari mak sendiri... Mak bergantung sepenuhnya kepada mesin pernafasan.. mak tak berupaya untuk bernafas sendiri... MANDATORY, itulah perkataan yg sering appear di screen mesin pernafasan tersebut...

Tiga hari saya ziarah mak... namun keadaannya masih sama..
Mata mak terpejam rapat... muka pucat (walaupun kerap cuci & tukar darah)... bibir kering... kulit kecut... seluruh badan mak hanya ditutup dengan sehelai selimut... (tentu mak kesejukkan) :-( kaki kanan mak mula luka (mungkin kerana terlalu lama tidak bergerak atau bergesel dgn cadar)

Mak... bernafaslah untuk kami... kami semua perlukan mak... Jangan terlalu lama 'berhijrah' ke dunia lain mak... pulanglah kepada kami... :-(

p/s: Saya belum berkesempatan untuk memberitahu mak... Yg kaki kiri mak telah pun selamat dikebumikan di sebelah pusara ayah pada 23 Februari 2006.

Monday, February 20, 2006

Keadaan Mak Tak Menentu...

Inilah rutin harian saya sejak 2 minggu lalu... Setiap kali waktu makan tengh hari & habis waktu pejabat, saya akan ke HUKM bertemu ibu tersayang... Seperti hari2 yg lepas... tiada sebarang perkembangan yang positif.. Jika ada pun, hanya bertahan sehari dua... Berat mata memandang... saya tahu berat lagi bahu mak yang memikul...

Sejak ptg semalam... Saya tidak dpt bercerita dengan mak seperti hari2 yg lalu... (Walaupun komunikasi sehala...Saya berpuas hati dengan anggukkan mak...) Setiap kali saya dtg, mak hanya tidur.. (mungkin letih dengan ubat2an serta rawatan yang diberikan)... Jika dikejutkan pun, mak hanya buka mata sekejap & kemudian menyambung semula tidurnya...

Setiap kali saya bertemu mak, saya akan beritahu hari, tarikh & masa ketika saya dtg... Saya nak mak alert tentang hari & tarikh terutamanya... Semalam merupakan setahun pemergian arwah ayah (19 Feruari 2006)... Saya beritahu mak... Mak angguk...

Dan yg paling penting saya mahu mak tahu hari pernikahan dan perkahwinan saya semakin hampir... (lebih kurang 3 minggu lagi)... Saya juga akan update apa jua perkara yang berkaitan dgn menjelangnya hari perkahwinan saya... Saya beritahu mak.. saya, abg sulung dan 2 org saksi (pakcik Jono dan pakcik Omar - jiran) menandatangani borang kebenaran berkahwin di Masjid Ar-Rahimah, Greenwood semalam. Mak angguk dan genggam tangan saya..

Saya tahu mak sedih... Saya pun sedih bila memikirkan keadaan mak yg tak menentu... Saya berharap sgt mak akan balik ke rumah untuk sama2 meraikan hari pernikahan saya... :-(

Kami membacakan surah Yasin, ketika ini keadaan mak amat kritikal.
Masa ni mak asyik sebut perkataan "MAK"...

Mak dimasukkan ke High Dependency Ward, setelah sehari duduk di wad biasa.
Keadaan mak masih tidak stabil.

Ptg tadi.. ketika saya dtg melawat mak... Mak tidur...
Nampak lena tapi sukar untuk bernafas...

Semoga mak cepat sembuh... :-(

Wednesday, February 08, 2006

Mak di ICU

Jam 8.50 pm (7 Feb 06) - selepas pembedahan.

Jam 1.13 pm (7 Feb 06) - sebelum pembedahan

Saya tak punya byk masa untuk online/update blog sekarang.. Sedikit info dan gmbr untuk kalian..

a) Mak saya dimasukkan ke ICU (HUKM) pada hari Isnin (6 Feb 2006), malam (lebih krg jam 9.30pm) - sebelum itu dia dimasukkan ke wad kecemasan selama lbh kurang 10 jam sebelum dipindahkan ke High Dependency Ward (HDW).
b) Wayar dipasang hampir di kesemua anggota badan.
c) Pembedahan kaki kiri dilakukan jam 2.30 hingga 5.45 pm semalam (Selasa, 7 Feb 2006).
d) Sehingga ke hari ini.. keadaan mak saya masih belum stabil/masih kritikal (masih tidak sedar sejak dimasukkan ke ICU).

Doakan mak saya selamat........................... :-(

Tuesday, January 17, 2006

Tahan Sebak Cuci Kaki Mak...


Mlm semlm saya tolong mak cuci kakinya yg luka... Saya tak tau nak ckp betapa saya rasa sebak bila menyentuh & mencuci kaki mak... sedih melihat keadaan & penderitaan yg mak tanggung selama nie... Sepanjang saya mencuci... saya menahan air mata dr mengalir... Saya tak nak mak tgk saya menangis...

Kaki kiri mak.......... celah ibu jari kaki, ada satu lubang yang kecik... dalam hati saya berkata... lubang tu akan membesar... di celah2 jari yg lain juga terdpt nanah yang masih belum pecah... hati saya berdetik... jika nanah itu pecah... jari2 kaki mak akan menjadi hitam & gugur satu persatu... (seperti mana terjadi pada salah satu jari kaki kanan mak)... Saya semakin risau setiap kali hati saya berdetik... bg menyingkirkan kata2 hati saya yg negatif... saya berselawat sepanjang proses mencuci tu... Saya berdoa... supaya kaki mak tak apa2... Tapi sebaik selesai mencuci... Saya terus menangis...

Hari ni.. sepatutnya mak ada appointment di HUKM untuk laser mata... tapi mak dah ckp mak tak nak pi... alasannya kaki mak berbau...(sbb mak kena pakai stokin kalau keluar rumah.. menda ni akan menyebabkan kaki mak lagi kuat berbau) Saya tau mak malu & sedih bila org lain terpaksa bau kakinya yg bernanah tu... Tah la... puas saya pujuk supaya pegi laser mata tu.. tapi mak tetap tak nak...

Saya dah tak tau apa yg perlu saya buat... cuma yg saya tau... saya kena selalu bagi semangat pada mak... Semoga mak peroleh kekuatan untuk melawan penyakitnya... :-(

Friday, January 13, 2006

Sumbangan KRIS...

Hari ni beg yang kitaorg (AJK KRIS) plan nak kasi kat ahli2 dah pun tercapai... Dari awal perlantikan kitaorg lagi plan nak bagi something kat ahli... La ni baru tercapai...

Plan asal beg ni nak diberi sempena hari lahir ahli2 KRIS... tapi memandangkan kesuntukkan masa dan agak tidak praktikal, kami mengubah kepada rancangan dari hadiah hari jadi kepada hadiah TAHUN BARU KRIS 2006...

Alhamdulillah seramai 139 orang ahli telah mendapat beg ini.. (Kalau tak silap tahun lepas semua ahli dapat t-shirt teambuilding..) Beg ni ada dua color, satu seperti gambar di sebelah.. manakala satu lagi color biru pekat. Design sama jek..

Kami sering juga ditanya tetang trip.. Adus... yang tu susah sikit nak jawab memandangkan banyak faktor yang perlu diambil kira... Walau bagaimanapun, kami sedang dalam usaha menyiapkan proposal bagi merealisasikan impian semua ahli... Diharap anda semua dapat memberikan kerjasama dan bersabar dengan aktiviti (trip) tersebut... InsyaAllah kalau x de aral melintang, 25-26 Februari 2006 kita akan bersantai2 di luar KL...

A Famosa atau Tiara Beach, PD... Mana satu pilihan anda?? :-D

Thursday, January 12, 2006

Mak Demam... :-(

Tadi masa baru balik dari opis, saya tgk mak berjalan perlahan ke katil... lengkap bertudung... Dlm hati tertanya jugak, ke mana mak pegi... Tapi saya cuba bersikap positif... Menyangka mak ke pasaraya berjalan2 bersama abg atau kakak bg menghilangkan rasa bosan duduk di rumah... (mmg dr ptg td saya rasa x sedap hati...)

Masuk je pintu rumah, saya terbau sesuatu yg tidak menyenangkan (bau kaki mak yg bernanah) Saya makin x senang hati... Saya tunggu mak duduk... hilangkan mengah... Saya tenung muka mak... Lama... Muka mak pucat... Kemudian saya tgk jari kaki kiri mak yang luka sejak 2 minggu lalu... Mmg sah bau tu dtg dr luka jari kaki tersebut... Bila saya tanya mak ke mana... mak diam... tapi kak Linda bgtau yg dorang br balik dr klinik...

(Gmbr kat sebelah, keadaan jari kaki kiri mak yg luka... masa ni saya tgh mencuci luka tersebut, sbb byk darah yg keluar)

Mak ke klinik sbb demam... (Mmg dah demam sejak 2 hari lepas...) Dua hari lepas mmg saya dah ajak mak ke klinik... sebab badan mak panas dan kaki kiri mak bengkak (bengkak nanah & air dlm bdn x keluar/x diproses) Kak Linda ckp doktor kat klinik tu marah sbb lewat hantar mak ke klinik... Mungkin doktor marah sbb badan mak mmg panas sgt... Saya bebtul2 risau... Tak fikir benda lain selain terfikir, mungkin mmg dah sampai masanya mak mulakan salah satu dr plan dialisis tu(fistula @ CAPD)...

Demam dan bengkak kaki merupakan salah satu faktor yg menunjukkan kegagalan buah pinggang dr berfungsi... Saya x tau macam mana nak xplain pd mak... Bila saya ckp... "Rasanya mak kena ke HUKM balik nie..." mak mula tunduk & x nak ckp dgn saya (tanda protes)... Entah cara macam mana saya boleh yakinkan mak bahawa salah satu dialisis tu akan banyak membantu proses membuang air & toksin dlm bdn... :-(

Mati akal dibuatnya...

Tuesday, January 10, 2006

Aidiladha...


Lama betul tak update blog nie... byk benda yg nak tulis tapi sume tersimpan as draft.. tah la.. byk sgt menda yg nak disettlekan sejak 2 bulan lepas... pasal tahap kesihatan mak... pasal company club... pasal kawin... naik pening pala mikirkan... pe pun bak kata org kena nak tempuhi...

Hari ni sambutan aidiladha, mak buat korban tuk arwah ayah, arwah abg rudi & arwah atuk, kat Masjid Rahimah, Greenwood... dpt la 3 bahagian... tambah ngan daging korban yang surau sedekah... tambah lak dengan daging yg Asrap dpt (opis takaful buat korban kat Rawang...) mmg byk sgt daging korban yg kitaorg dpt... mak dah pesan kat abg Zaini, 3 bahagian tu, sedekahkan pada sesiapa... tapi org masjid tak sedekahkan, sebaliknya simpan tuk kitaorg collect ptg tuh... (tu pun smpi org masjid call suh dtg amik sebab dah nak tutup opis... sedangkan kitaorg igt daging tu dah disedekahkan)... Last2 mak suh E1 paskan daging korban yg byk tu pd Acik utk disedekahkan pada org kg...

Hmm.. pe lagi nak cite.. ooo pasal juadah pg raya nie...?? Hari tu mak ada ckp teringin nak makan pulut durian.. saya pulak teringin nak makan pulut kuning ngan sambal ayam... so, kitaorg wat la pulut2 tu berlaukkan.. kari daging ngan sambal ayam.. Layan pulut je la dr pg smpi ke ptg :p

Yg dtg bertandang ke rumah ada la jugak... tapi x seramai masa raya Aidilfitri... kawan2 Asrap... hm... sedara-mara mak... + E1 (bertambah2 dia makan pulut kuning ngan kari daging.. kari mmg fav dia...) :-D

OK buat semua... cukup kot dulu.. nanti sesenang saya post lagi... Selamat Hari Raya Aidiladha.. :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...