Nuffnang Ads

Agoda Ads

Wednesday, August 30, 2006

Lukanya Tetap Ada...

Berikut adalah email yg saya terima dari seorang rakan. Email ini agak terkesan di hati saya. Mungkin juga anda yg membaca akan turut merasa apa yang saya rasa. Sedikit sebanyak kisah ini membuatkan saya berfikir sejenak, "agaknya dah brapa byk hati rakan2 aku yg dah aku sakiti?". Sama2lah kita hayati kisah teladan ini...

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ia hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahanmu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang dilaluinya tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangan anaknya ke tembok tersebut dan berkata;
"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu ini, tembok ini tidak kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini."

"Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.," sambung si bapa lagi...

Lalu si anak mempelajari sesuatu dari perkara tersebut:
a) janganlah kita sesekali melemparkan perkataan2 yang tidak baik atau fitnah kepada sesiapa sahaja yang berada di sekeliling kita.
b) berfikir dengan waras sebelum kita berdepan dengan apa juga situasi.
c) bersikap matang dan positif.
d) jangan menuduh sebarangan. Mengaku/bertanggungjawab jika kesalahan itu datang dari kita sendiri.
e) bukti yg kukuh dalam menyelesaikan sesuatu situasi.
f) berbincang/musyawarah.
g) jgn sekali-kali melukakan hati mereka yg berada di sekeliling kita. Luka itu akan tetap ada biarpun peristiwa itu telah bertahun2 berlalu.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kita ketawa dlm apa jua keadaan, juga turut bersedih apabila kita ditimpa bencana. Sahabat juga adalah seseorang yg paling dekat dengan kita... bertindak sebagai pendengar, berkongsi suka dan duka juga sentiasa membuka hatinya kepada kita.

Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang/kesalahan di dinding hati anda semua.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...