Nuffnang Ads

Agoda Ads

Saturday, May 21, 2011

Nur Kasih The Movie...

Assalamualaikum & salam 1Malaysia,

Wah, saya sangat excited dengan filem Nur Kasih ni... tak tahu la kenapa... Mungkin kerana saya memang mengikut drama sirinya dulu....Jika dulu, (ketika drama siri Nur Kasih ditayangkan), hampir setiap hari kami (rakan-rakan office) akan bercerita tentang watak-watak dan jalan cerita siri tersebut... Watak yang sering membuatkan kami bercerita adalah watak "Sara" adik kepada Nur Amina... Watak itu cukup menjadi dan terkesan dihati... Mana taknya, sikap iri hati, dengki dan dendam Sara, membuatkan kami bercerita hampir setiap masa. Malah, demam drama Nur Kasih ini terbawa-bawa sehingga ke kelas... setiap kali nak bagi example akan keluarlah perkataan "Nur Kasih".

Hm... itu dulu... ketika demam drama bersiri Nur Kasih... sekarang ni sedang hangat ditayangkan Nur Kasih The Movie yang menyebabkan saya mencari ruang untuk menonton filem tersebut... Ya, saya dah tonton! Tapi saya rasa impaknya tidaklah se'gah' jalan cerita drama bersirinya... Personally saya rasa saya agak kecewa...!

1. Jalan cerita Nur Kasih The Movie ni terlalu banyak sangat konflik... dalam durasi 1 jam 30 minit tu terlalu banyak yang nak diceritakan, Adam sakit, Nur mengandung, Aidil dan anak-anaknya, Aidil ambil alih kelab remaja yang ditubuhkan Adam argh... banyak sangatlah bendanya...

2. Watak-watak penting dalam drama dimatikan, sedangkan watak-watak sampingan inilah yang menguatkan cerita Nur Kasih. Watak Sara, mak Nur, isteri Aidil...

3. Yang peliknya, saya terbaca dalam sinopsis yang ditulis oleh rakan-rakan blogger lain... Malah dari akhbar dan majalah... rata-rata menulis, filem ini adalah apa yang berlaku kepada Adam, Nur dan Aidil setelah 6 tahun (dari drama bersirinya..) tapi... takkanlah dalam 6 tahun, Adam, Nur dan Aidil dah tua?! Kalau ikutkan dari drama, katalah umur Adam, Nur dan Aidil dalam 30-an, so patutnya filem dalam 40-an je.. Eh! Ke... tafsiran saya yang salah?

4.  Filem ni terlalu banyak yang flashback.. Kadang-kadang saya teroff daripada jalan cerita tersebut.

5. Kadang-kadang saya rasa ada juga yang tak logiknya filem tu... Part Adam beria cari cincin Nur tu... Bak kata Ita... "Ala... cincin je kot... tak yah la beria sangat..." :p (mungkin cincin itulah sentimental value kepada cinta Adam dan Nur...) hahahah...

6. Sepanjang filem itu ditayangkan, rata-rata penonton akan berbunyi.. (mengeluarkan komen spontan...) "La.. tetiba jek?!?", "Eh, kat sini pulak?!", "Banyak sangat konflik la cerita ni...!"... dan macam-macam lagi la..

Hm... cukup la tuh... saya dah tengok.. saya dah review... so kawan-kawan, selamat menonton Nur Kasih The Movie dan share la pula pendapat anda.. Boleh saya baca nanti...By the way, saya menonton filem ini dengan Cik Ita dan Puan Farah... :p

Oh lupa nak cerita... Kalau anda seorang yang mudah menangis... tolong bawa tisu la... atau bawa selendang macam Puan Farah kita ni... Puan Farah, dari awal sampai akhir cerita dia menangis... (memang ada part yang sangat touching bagi mereka yang telah berumahtangga.. saya?! tak la menangis... tapi bergenang juga... hahahha) Puan Farah, keluar panggung, mata bengkak!! hahahha... kelakar la pulak...

Jom layan Lagu Nur Kasih: Tiz Zaqiah & Yasin...





10 comments:

  1. dah tengok ke?
    best x? hehe
    sy blom tgk lg.

    ReplyDelete
  2. mizzaple, dah tgk... tapi personally tak berapa suka la.. untuk tonton saja2 ok la...

    ReplyDelete
  3. elehhhhhhh..akak pun nangis jugak kan kan kan ehhehe..time tu saya teringat husband...sebab karakter dia macam ADAM..hu2

    ReplyDelete
  4. akak tak nangis la.. bergenang jek.. huhuhu

    ReplyDelete
  5. Best tak crita ni? Kite tak tengok lagi.. Heee

    ReplyDelete
  6. boleh la dayang... layan suka2 ok la..

    ReplyDelete
  7. hehehe.. aku dah agak dah.. mesti tak best mcm drama bersiri nyer..

    ReplyDelete
  8. mesti best kan citer ni...nurr x tgk lagi

    ReplyDelete
  9. Nurr tgk la... then boleh nilai sendiri... filem ni dah cecah RM4juta tau..!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...