Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Monday, September 24, 2012

Hargai Blogger Dengan 'SMTI'

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,


Mungkin ramai yang dah tahu tentang idea yang diberikan oleh Mazidul Akmal Sidik dalam blognya yang bertajuk "Saya Membaca Tampalan Ini (SMTI)". 

Dah setahun pun perkara ini dicadangkan oleh Mazidul... dan saya percaya ramai blogger yang menggunakannya. (biasanya yang dah tahu selok belok berblog atau yang dah berblog lebih dari setahun... mungkin sekali dua akan pakai SMTI ni...)

Ini sekadar perkongsian semula memandangkan sejak sebulan yang lalu ketika saya berblogwalking, terjumpa banyak juga blog yang baru. 

Malah ada satu dua blog yang saya "tertinggalkan" huruf-huruf S.M.T.I di ruangan komen mereka (ini sangat-sangat jarang berlaku... tapi kalau memang saya dah tak tahu nak komen apa saya akan tulis SMTI), tapi direply semula oleh pemilik blog tersebut dengan "Apa yang akak SIMPATIkan?", "Apa maksud akak SMTI?" (adeh... :-( )


So, untuk bloggers baru dan yang masih belum tahu APA dan BILA nak menggunakan SMTI... Kita buat revision ya...?! SMTI bermaksud SAYA MEMBACA TAMPALAN INI... Anda boleh meninggalkan komen SAYA MEMBACA TAMPALAN INI atau ringkasnya SMTI di mana-mana blog yang anda kunjungi. 

SMTI adalah bagi menghargai penulis blog tersebut akan post entry yang telah ditulis. Secara tidak langsung kita menyokong penglibatan penulis ke dalam dunia blogging. Bak kata Mazidul, dengan menulis SMTI, kita mengamalkan win-win situation sesama bloggers.

BILA anda boleh gunakan SMTI?

1) Apabila anda telah membaca satu-satu entri blogger lain, tetapi anda tidak tahu nak tinggalkan komen apa. So, anda boleh tinggalkan jejak dengan menaip SMTI di ruangan komen mereka.

2) Apabila anda telah membaca atau pernah membaca entri tersebut di blog yang lain.

3) Apabila post entry tentang penulis tersebut menyertai contest atau giveaway (GA)... (biasanya kalau orang tu join GA kita akan tulis good luck...kalau tak nak tulis good luck... boleh la tulis SMTI)

4) Apabila anda mengejar masa ketika berblogwalking :p

5) Atau dalam apa jua keadaan yang anda rasakan perlu menaip SMTI... 

Dengan syarat, anda memang benar-benar membaca entri yang ditulis mereka... Kalau anda tak baca tapi tinggalkan SMTI... tak baik la pulakan?! Kita sama-sama menulis... so, kenalah jujurkan... :-)

Salam blogging!! :D 

Nota kaki: Jika anda boleh menggunakan singkatan OMG untuk 'Oh My God' kenapa tidak SMTI... kan? ;-) 

30 comments:

  1. owhh , oke . baru paham . selama ni tira bca jugak post dari blog mazidul akmal sidek tu , dan bila baca komen , tira tertanya ape tu SMTI . hehe . skrg baru paham . thanks for this info .

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah... sekurang-kurangnya saya dapat tolong Nur Atirah... thanks to Mazidul! salam blogging :D

      Delete
  2. baru je tahu nih biar pun dah bertahun berblogging SMTI

    ReplyDelete
  3. Tapi saya lebih suka mengomen daripada hanya letak S.M.T.I...

    ^_^

    ReplyDelete
  4. Hai, saya blogger baru...
    Slamat berkenalan sis nora :)

    Pada saya, walaupun SMTI boleh menunjukkan tanda kehadiran seseorang di blog, kedengarannya seolah perhatian yg dibuat-buat.

    Just pandangan. Saya cuma rasa seandai ingin di hargai, hargai yg lain dgn ikhlas.

    Btw, bertuah dapat tau istilah STMI. Thanks sis~ ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenalan khalilah,

      betul tu... ada banyak lagi cara utk hargai blogger lain.. antaranya:

      1.tinggalkan komen yang jujur pada entrinya...

      2. menjadi follower blognya...

      3. menjadi pembaca tetap blognya... (secara langsung boleh bertindak sebagai 'pengkritik' blognya...)

      4. bertanyakan khabar jika penulis blog tersebut 'hilang' beberapa hari... (melalui email atau sms)

      5. menghantar kad (raya ke, birthday ke) kepada pemilik sesuatu blog.

      6. memberikan cenderahati kepada pemilik blog favorite anda, apabila anda bercuti di dalam mahupun luar negara...

      7. menziarah rumah penulis blog favorite anda apabila rasa kelapangan... (atau masa raya ke... kalau penulis blog tu buat kenduri dan jemput kita ke...)

      Apapun pastinya kita tak mampu nak buat semua yang ditulis kat atas ni... sebab kita ada byk blog nak diziarah... setiap hari ada byk blog baru yang muncul... so... memadai dengan menuliskan SMTI... daripada biarkan ruangkan komennya kosong...

      salam blogging.. :D

      Delete
  5. Oh.. macam tu rupanya... Ooo.. Ingat kan apa la SMTI tu.. Hehe..

    ReplyDelete
  6. akhirnya, saya tahu juga apa maksud SMTI..hihi

    ReplyDelete
  7. ooo camtu... sy ni kira ketinggalan lah kak.. sbb baru tau.. hahhaha

    stakat ni xpnh jumpa lg org komen smti, tu yg xtau.. ehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha blog ina ramai yang ina dah kenal... so dorang akan komen kaw-kaw punya... tak main la SMTI ni... hehehe

      Delete
  8. baru tau sebelum ni tak pernah tau pulak.. thank ya

    SMTI

    ReplyDelete
  9. bila baca entri ni teringat pulak dulu2 madam mengajar dalam kelas dari segi bahasa & cara explain..
    rindu! ^___^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hello ieff rindu kamu juga!! best tak belajar tempat baru? ada lecturer yang garang macam saya? hehehe

      Delete
    2. hehe,tak best semua benda kena berdikari. =( madam mana ada garang. kat sini subject yg "garang2" hehe ;)

      Delete
    3. bagus la... dan dah besar, kena la berdikari... :p

      Delete
  10. Replies
    1. ha ah... boleh guna bila rasa2 tak tahu nak komen apa.. hehe

      Delete
  11. wah bagus ni buat yg penat terbongkok-bongkok nk menaip komen mcm kak..tq infonya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...