Nuffnang Ads

Agoda Ads

Sunday, September 09, 2012

Alhamdulillah... Berkat Doa Semua...

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Alhamdulillah setelah seminggu berada di Sunway Medical Centre... Kakak ipar saya kini semakin pulih. Terima kasih buat semua yang telah mendoakannya... moga anda semua diberkati, dirahmati dan berada di bawah lindungan Allah S.W.T.

Semalam saya berkesempatan untuk menziarah Kak Nor bersama encik hubby dan anak-anak serta Kak Pura (kakak saya)... Alhamdulillah... Saya rasa sangat lega dan bersyukur bila tengok Kak Nor berseri setelah dua hari menjalani rawatan (dua hari juga saya tidak menziarah Kak Nor kerana encik hubby bekerja)... 

Masa kami sampai di hospital, Kak Nor baru selesai solat Zohor. Ya betul... Kak Nor dah boleh solat (sambil baring), malah dah boleh makan dan minum sendiri. Alhamdulillah syukur... Jika sebelum ni Kak Nor tak larat nak angkat tangan, hanya terbaring je... Sedih tengok... Tapi alhamdulillah, sekarang dah beransur sihat.

Menurut perkiraan doktor kak Nor akan diberi rawatan di hospital dalam 5-6 hari lagi... (Lamanya...!) tapi tak pe lah... asalkan kak Nor benar-benar sihat bila dah keluar dari hospital nanti... Semoga semua rawatan berjalan dengan lancar dan tanpa kesulitan... Moga kak Nor segera keluar hospital, dengan sihat seperti biasa.... Amin... InsyaAllah...   


Untuk rekod: Kak Nor disahkan menghidapi Autoimmune disease, (badan yang menyerang sel-sel di dalamnya...)  oleh pakar darah, Dato' Dr Vijaya Sangkar. Dan treatment terus dilakukan bermula malam 5 September 2012 lalu. Hasilnya hari ini kak Nor nampak lebih bersemangat... Alhamdulillah...  


6 comments:

  1. Alhamdulillah.. syukur kak noor dah makin sihat.. mga kak nor makin bertambah sihat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah... baru la rasa lega sikit ina... kalau tak rasa tak sedap hati je...

      Delete
  2. alhamdulillah makin sihat.. moga dpt keluar cpat dari situ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks syiela... insyaAllah moga cepat keluar dr wad...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...