Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,
Isu "Surirumah Berijazah" yang dibincangkan dalam salah satu slot Wanita Hari Ini... menyebabkan ramai ibu yang agak 'panas hati'... Lebih-lebih lagi apabila ada statement yang agak 'memedihkan telinga' daripada orang awam yang ditemuramah. Antara respon orang ramai tentang isu ini:
1. Masa yang diperuntukkan untuk belajar perlu digunakan dengan sebaiknya selepas mereka keluar... kerja untuk mendapat pendapatan untuk membantu ekonomi keluarga.
2. Tak bagus la... sangat rugi... rugi masa, ijazah tu pun tak berbaloi, duit mak bapa pun habis...
3. Memang tak bagus la... sekarang yang tak de pelajaran pun nak kerja, inikan pula yang ada ijazah... cuma dorang ni malas ke apa... rugi bertahun-tahun belajar... tapi tak kemana-mana...
Daripada pemerhatian saya, orang awam yang ditemuramah adalah remaja yang belum bekeluarga dan mungkin tidak faham akan dunia sebenar kekeluargaan. Pada pendapat saya, respondannya agak tidak relevan. Sepatutnya respondan perlu juga di kalangan surirumah itu sendiri atau mungkin juga di kalangan suami.
Dalam dua Facebook group yang saya sertai... rata-rata menyatakan pendapat masing-masing terhadap isu ini. Ada yang marah, sakit hati, kecewa dan macam-macam... Apapun saya tidak mahu menulis tentang apa yang kami bincangkan... adalah lebih baik saya simpulkan apa yang telah dikupas oleh panel jemputan rancangan WHI iaitu Tuan Haji Hushim Salleh, yang merupakan Perunding Motivasi dan Keluarga.
1. Ibu yang berilmu akan mendidik anak-anaknya dengan ilmu yang dimilikinya... secara tidak langsung akan membentuk dan melahirkan anak-anak yang lebih intelek.
2. Dengan ilmu yang dimiliki, ibu akan lebih berkemahiran dalam isu-isu keibubapaan. Ilmu keibubapaan ini akan lebih mudah diaplikasi dan lebih terkesan kepada anak-anak.
3. Mendidik anak pada zaman sekarang adalah lebih mencabar. Dengan adanya didikan yang betul dari peringkat awal maka anak-anak akan lebih mudah dibentuk menjadi anak-anak yang baik.
4. Ibu yang berilmu akan membentuk sifat anak-anak itu supaya lebih seimbang dan sihat dari segi emosi dan psikologi, berbanding jika anak-anak itu dijaga oleh orang lain.
Saya percaya setiap isteri yang berijazah mempunyai alasan yang kukuh, mengapa mereka berhenti kerja dan mengambil keputusan untuk menjadi surirumah. Cuma apa yang penting, masyarakat janganlah memandang negatif kepada kami, surirumah berijazah!
Hari ini, saya isytiharkan bahawa saya adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Komunikasi Massa (Kewartawanan) and I love my job, I'm a HOUSEWIFE!
Peace! :-)
*** Anda boleh tonton isu ini di www.tonton.com.my: Wanita Hari Ini (episod 123)
*** Anda boleh tonton isu ini di www.tonton.com.my: Wanita Hari Ini (episod 123)
Saya rasa tak salah pun menjadi housewife. At least boleh mendidik anak dari kecil hingga besar dengan asuhan sendiri dan dari tangan sendiri.
ReplyDeletebetul... sekurang-kurangnya kita tahu kelemahan anak-anak kita dan kita boleh perbaikinya... Moga dengan perhatian dan didikan yang seawalnya akan menjadikan mereka anak-anak yang baik akhlaknya... Amin...
DeleteResponden x relevan...saya sbg sorg suami stuju dgn pendapat puan..kena nilaikan dari sudut kekeluargaan...
ReplyDeletekan... respondan tu tak balance... kalau ada surirumah or husband yang komen ok la...
DeleteBiasalah tu. Lain orang lain pendapatnya.Bagi saya jadi surirumah nih lagi mencabar dari kerja di pejabat.
ReplyDeletebetul... lebih mencabar dan lebih stress daripada kerja2 pejabat sebenarnya...
Deleteramai jugak sekarang surirumah yang berijazah yang menjadi surirumah sepenuh masa dalam masa sama jadi usahawan dari rumah...
ReplyDeletebetul... malah pendapatan yang diterima adalah lebih lumayan berbanding bekerja makan gaji...
Deletemy mum is housewife. as i grow older, i paham surirumah nyer tanggungjawab besar.
ReplyDeletesuri rumah tau segala pasal jahitan,masakan dan byk lagi. :)
betul... kalau boleh semua pun nak buat sendiri... kalau tak reti.. akan cuba juga sampai boleh... ;-)
Deletecukup tak setuju walau saya bekerja
ReplyDeleteRasanya walau suri rumah ilmu yg kita dapat tu bukan terpendam camtu saja.Ada juga gunanya.Sekarang zaman moden
Yang paling penting segalanya dari air tangan kita sendiri.Dari kaki sampai ke rambut ( semua ahli keluarga)
betul syiela... org yang tak duduk di tempat kami mmg takkan faham... isu ni la yang tak habis2 dibincangkan dalam FB group tu... kesian...
Delete'Orang awam' better do homework first la, jangan main lepas jer komen yang diaorang sendiri takder pengalaman...amenda la wartawan-wartawan ni pegi tanya orang randomly jer....
ReplyDeletemungkin org awam tu nak glamor masuk TV... yg penting masuk tv... ckp apa2 pun tak kisah... rasanya wartawan tu yg kena buat homework... kena fikir betul2 respondan cam mana yang sesuai...
DeletePersonally saya respect dengan surirumah berijazah nie...sbb saya rasa saya tak mampu nak buat mcm tue...as at now la..nnt kalo dah kahwin tak tau la...
ReplyDeleteSaya dah tgk 3 contoh depan mata mcm mana anak2 yg dijaga oleh mak yg jugak housewife berijazah jadi lebih bijak and matang dr anak2 yg hantar ker nursery.
So Kak Nora, should proud with yourself...clap..clap..
yey... clap... clap... clap... biar la apa org nak kata... yang penting kita nampak anak2 membesar depan mata dengan tangan kita sendiri... akak perasan... alisya lagi cepat belajar berbanding masa faris dulu... alhamdulillah ada hikmah semua ni...
Deletenak comment camner pn xreti....apapun, soon saya akan bergelar surirumah yang bekerja...ntah bagaimana saya nak susun jadual nanti...huhuhu
ReplyDeletejgn takut untuk menjadi surirumah... tak kisah la bekerjaya ke tak ke... yang penting kita cuba jadi yang terbaik...
Deletegood,, i like it..
ReplyDelete:-)
Deletesy sokong kak nora!
ReplyDeletewlaupun sy masih belajar,sy sependapat dgn kak nora..
kater nabi..
"tuntutlah ilmu smpi ke liang lahad"
kan?! tuntut ilmu hingga ke liang lahad... tapi apa2 pun family first... :D
Deletesm la... sy pun sk jd fulltime housewife... tp ms mula2 dulu.. ramai org pertikai.. katanya blajo tggi2 last2 xkeje... alaaahaiiii.. ilmu tu blh guna utk ajar ank kita apa... kn:-)
ReplyDeletekan?!? tak pe la apa org nak kata pun... yang penting anak2 kita membesar dengan tangan kita sendiri... :D
Deletebetul saya setuju.... dulu masa mula2 berhenti masa tu mengandungkan qayyum 6 bulan... lps tu suami x kasi kerja, mula2 ramai pertikaikan belajar penat tapi arwah mak ckp akan nampak hasilnya kemudian... tapi mmg benar
ReplyDeleteye la... kita mmg boleh gunakan ilmu yg kita belajar tu untuk didik anak-anak kita pula... chaiyok... chaiyok...
Deletesetuju sangat...hati ini memberontak nak jdi suriruma penuh masa...jaga ank sndri...tpi keadaan xmengizinkan...pa kan daya... huhu
ReplyDeletetak pe... bila ada peluang bersama anak2 manfaatkan.. :D
Deleteassalam..ehem adik mama juga memiliki ijazah dari UUM.. berhenti kerja & skrg suri sepenuh masa kerana mengikut hb bertugas didaerah lain..mula2 abah mama sgt marah kerana dah banyak wang yg habis masa dia belajar..hu2x..
ReplyDeleteperancangan manusia dengan perancangan Allah... sesungguhnya perancangan Allah lebih baik untuk kita... :D
Deletesgt berbeza org berijazah dgn x dlm mendidik anak2..yg penting ilmu yg ada digunakan sebaik2nya..masyarakat sekarang perlu di didik apa tujuan belajar bkn semata2 utk bekerja..nk berjaya di dunia dgn ilmu.berjaya di akhirat dgn ilmu.nak dunia n akhirat dgn ilmu..mmg sebaik2 tempat seorg ibu dirumah mendidik ank2nye..
ReplyDeletebetul tu... setuju sgt...
Deletesalam perkenalan. :)
ReplyDeletejumpe this blog while searching kat google utk motivasikan diri about being a housewife. saya juga decide utk berhenti kerja bilamana saya bekerja di negeri lain dan suami di negeri lain. to make it worst weekend tak sama. saya sabtu ahad cuti.husband jumaat sabtu. banyak masa habis kat tgh jalan.
tp stigma masyarakat termasuk keluarga terdekat sgt membuatkan saya stress
almost 4 months saya menjadi suri rumah dan selalu dpt soklan 'x bosan lagi ke duk rumah'. 'sygnye berhenti..kenapa'. 'gemukla duk rumah je'. 'belajar tinggi sygnye duk rumah je'.
baca ur blog kuatkan semangat saya yg masih cuba utk ignore apa yg org cakap.
:)
nad.
salam, kak terima kasih kerana memberi semangat kepada kami yg telah membuat keputusan utk menjadi fulltime housewife!!
Deletesaya pun sama macam nad. just google tentang fulltime housewife yg berdegree untuk memotivasikan diri..saya dh 6 bulan duduk di rumah, Alhamdulillah saya rs happy sgt2 dapat duduk sama ngn husband. dulu waktu sy kerja, suami di utara sy di selatan, walapun bergaji hasben & wife tp sy rs duit gaji habis kat tgh jalan je sbb travel everyweek dan rasa penat sangat2. hasben sy slalu outstation & hasben sy sendiri mintak xyah keje sbb senang nk angkut pegi sana sini. yes! I really enjoyed my life as a fulltime housewife..memang akan ada mulut ckp xboring ke, rugi nnt xde pencen, tengok orang lain semua keje. tp bg saya setiap hari adalah sgt seronok..sbb sy penuhkan jadual sy dengan baik, solat, baca mathurat pagi2, mengaji lepas mgrib..masak membasuh mengemas melipat kain & paling seronok dapat follow movie/korean drama/dokumentari :) sy rs mungkin kehidupan sy selepas ada anak akan lebih sibuk berbanding skang :)
percayalah rezeki bukan dalam bentuk duit / harta sahaja, tp rezeki juga dlm bentuk zuriat yg soleh/ kesihatan yg baik & keluarga yg bahagia .. insyaallah
Nini
wa'alaikumsalam nini...
DeleteAlhamdulillah syukur... makin ramai pula yang respon pada entri ni...
Betul Nini... akak pun rasa apa yang nini rasa... hampir setahun PJJ dgn husband... habis masa dan buang duit atas jalan... sebab kena travel.. plus cuti hari bekerja kami tak sama...
at last, pindah kerja... awal tahun ni husband kena pindah pula ke melaka... malas dah nak berpindah tempat kerja... so decided utk berhenti kerja... sekarang dah nak setahun jadi surirumah... MEMANG SERONOK!! (^_^)
*moga kita semua tabah menghadapi ckp2 nakal org lain... Nad, Nini... welcome to the club! ;)